Assalamualaikum wbt.
Bagi sesiapa yang tahu cerita, saya baru sahaja pulang dari 'bercuti'. Hehe.. Hari tu saya menjelajah ke bumi Scandinavia. Saya bersama 6 orang lagi mengambil pakej menggunakan khidmat travel agency (Neva Travel) untuk ke sana. Kami jimat banyak sangat bila ambil pakej ni. Pakej ni termasuk sekali penginapan dan perjalanan ke 4 buah negara (Finland, Sweden, Norway dan Denmark). Kali ni berbeza dengan trip perjalanan merentasi bumi Tuhan yang sebelum ni. Kali ni lebih santai dan menyeronokkan serta tidak memenatkan. Semua jadual perjalanan telah diatur tanpa perlu kita berfikir. Ikut saja! :)
Route kami: St Petersburg-Helsinki-Turku-Stockholm-Oslo-Copenhagen-Stockholm-Turku-St Petersburg.
Dan lebih menarik, dalam trip kami ni, kami berpeluang untuk menaiki cruise untuk bergerak dari Sweden ke Norway. Tapi kami duduk kabin Leonardo DiCaprio je. Bukan kabin Kate Winslet pun. Maksudnya, kabin yang kami duduk ni kabin yang paling cikai sekali. Alah, untuk tidur je, bukan untuk apa pun. Tapi kapal yang kami naik ni memang mewah. Makanan yang dijual pun agak tercekik juga lah. Hehe.. Tapi bila naik kapal ni, saya rasa sangat bersyukur. Dapat melihat alam dari arah laut. Dapat lihat matahari terbenam, subhanallah, memang sangat cantik. Serius!
Di atas kapal dari Stockholm, Sweden ke Turku, Finland. |
Nak buat ala-ala Titanic tapi tak boleh nak buat kat hujung kapal, kat tepi pun jadi lah. :) |
Kat belakang tu laluan kapal. Nampak tenang je laut ni kan? |
Pelampung yang disediakan untuk kes kecemasan. |
Cuma sepanjang kmi berjalan ni, cuaca agak mencemburui la. Hujan memanjang. Tapi tak apalah, hujan rahmat. Hehe.. Alhamdulillah. Mujur tak demam.
Tengoklah baju hujan saya.. terbang-terbang gitu. Ala-ala model la. Perasan! Ceh. Tapi ni di St Peterburg. Terlepas pula gambar ni kat sini. |
| Bertolak dari st Petersburg dengan bas. |
| Ni kapal yang bawa kami dari Turku ke Stockholm. |
| Welcome to Stockholm |
Di Stockholm. Kami bertujuh. Akhirnya boleh pun bergambar semuanya! |
Tour guide yang sangat berdedikasi. Dia sangat ambil berat dengan kami ni.. |
| At Nobel Museum. |
| Persekitaran di Royal Palace, Stockholm. |
Sepanjang kami jalan ni, banyak kami lawat istana raja yang lama-lama tapi kebanyakan reka bentuk bangunan macam bangunan-bangunan kat Eropah je. Typical! Hurmm.. Tengok gambar je la ye.. Nak cerita lebih-lebih pun, tour guide cakap Russian. Saya pula rasa, waktu makcik tu cakap, rasa macam dia mendodoi saya pula. Jadi saya tidur je la.. Hehe..
| Di hadapan Royal Palace, Stockholm. |
Kat tempat yang saya lawat ni, ada satu taman tapi saya tak ingat namanya, rasanya di Oslo, Norway. Tempat ni banyak sangat patung bogel. Nak ambil gambar pun rasa segan. Tapi ada satu gambar ni yang agak sopan la. Tu yang saya boleh tiru gaya dia tu. Hihi..
| Ada gaya tak? |
| Fontain yang unik |
| Taman yang saya tak tahu nama tu.. |
Hotel ni sangat selesa. Sangat-sangat berbaloi dengan harga pakej yang kami bayar. Memang sangat selesa.
Ni pula atas kapal dari Oslo ke Copenhagen. Tapi kapal ni agak bergoyang menyebabkan saya jalan macam orang mabuk (masuk laut la katakan..). Mungkin sebab kapal ni kapal kecil, jadi dia bergoyang lebih la.. Tak tahu lah apa kaitannya.. Hehe
| Kapal dari Oslo ke Copenhagen. |
| ber-posing tak ingat. |
Ni dah di Copenhagen, Denmark. Di sini amat senang untuk lihat perempuan memakai hijab. Tak kira warna kulit, bangsa. Senang benar nak cam orang Islam kan? Berbeza kita dengan yang lain.
| City hall, Copenhagen |
| Royal Palace, Copenhagen |
| Royal Park, Copenhagen |
| Pak guard yang ada topi tinggi |
| Ripley's Beieve It or Not Museum. Tapi mahal sangat. |
| Ni apakah? |
Satu je yang saya rasa kurang best sebab nak solat susah. Mujur waktu summer, waktu zuhur-asar sangat panjang. Kalau tak, tak tahulah, burn semua kot. Tapi waktu musafir ni, banyak-banyak doa, doa makbul. Sepanjang trip ni, saya dapat tengok fajar shadiq. Satu pengalaman yang saya tak lupakan. Dulu selalu belajar je tapi tak pernah tengok. Kali ni, betul-betul depan mata. Kalau dulu waktu subuh tengok jam je. Ni, kena tengok langit. Memang mahal la pengalaman ni!
**Setiap bahagian bumi Tuhan ni ada keistimewaannya. Di Scandinavia, banyak padang rumput yang terbentang luas berdekatan dengan tasik yang juga luas. Maha Suci Tuhan Yang Menciptakan. Nikmat Tuhan mana lagi yang kamu dustakan? TT.TT