Sunday, September 30, 2007
Salam Perantauan
Friday, September 28, 2007
Nuzul Quran
Thursday, September 27, 2007
Dalam Duka Ada Gembira
Setelah lama x update blog ni, aku ambil kesempatan time ni nak update apa yang terjadi kat Moscow, khususnya yang terjadi kat hidup aku dan roomates aku. Kenapa duka? Dan kenapa gembira? Hurm.. macam ni cerita dia..
Gambar I : Kita buka cerita dengan makanan dulu ye.. Menu: Nasi tomato, ayam masak merah, keropok ikan, popedam, segala macam lauk untuk nasi tomato eg: telur rebus, tomato, salad,timun, pastu ada trifle, buah - buahan yang sangat banyak, air teh tarik (buatan KS yang sangat *masyuk*, cok (baca: sok means jus buah). Banyak kan? Memang kenyang sampai dah tergolek... Hahaha
Gambar III : Side situ.. Ha!! aku nampak KS and Dr Faiz.. Pastu ada lagi tu.. Cici and abang cameraman tengah makan. *Aku tak de lagi?? waaa!*
Gambar V : Haaaa.... Nampak pon gambar aku akhirnya.. Time ni Sdr Nizal tengah record ucapan raya aku.. Entah apa entah yang aku merepek dalam ucapan tu.. Ni tengah fikir idea la ni...Gambar VI : Gambar aku lagi?? Hahaha *gelak jahat..* Time nih mereka dah nak balik. Sempat la gambar aku di snap oleh entah sapa entah.. Tu Dr Sheikh tuuuu..... *Smiling*
Gambar VII : Aku pon xtau kenapa aku letak gambar nih.. Hahaha saja je nak letak gambar KS yang comel lote tu.. (KS, jangan marah naa...) KS comel kan kawan2?? Hihi.. *saje - nak - ngusik - KS mode*
Gambar VIII : Ni aku dengan para Saintis dari Malaysia. Yang letak tangan atas bahu aku tu namanya Prof. Raja. Sebelahnya : Kak Fazlina and Dr Sue Men (PhD holder).
Gambar X : Memang di saat sebelum mereka nak naik van untuk pulang ke Hotel Renaissance. Happy nya...... Susah la nak dapat saat happy macam ni lagi. InsyaAllah kalau ada jodoh, kita akan dipertemukan lagi oleh Allah.. InsyaAllah..
~ Ukhwah itu indah bukan?? ~
Monday, September 24, 2007
Korban cinta kerana ISLAM
P/S: Entri ini agak panjang. Maaf kalau kurang suka membaca entri yang panjang - panjang! ('',)V
Saturday, September 22, 2007
20 Sept 2007 ( ii )
ii. Cik Fatt
iii. Raihan MK
iv. Pire
Thursday, September 20, 2007
20 Sept 2007 ( i )
Situasi 1:
Lecturer : Good afternoon. Sit down please.
Students : Good afternoon. Thanks.
Lecturer : Okay I want to ask you. What is the rules of topograhic percussion?
Bla..Bla..Bla.. Students answered all the questions given.
Aku bersama dua orang lagi (Ikha dan Afifah) ambil patient bilik 331.
Situasi 2:
Sebelum memulakan pemeriksaan, patient kami tu kata dia perlu ke bilik prosedur untuk diambil darah. Tapi doktor kami cakap2 sikit dengan patient tu, lepas tu doktor tu suruh kami mulakan pemeriksaan. Dan doktor tu sempat cakap, "This patient is very interesting!"
Aku : Zdrasbuite. Kak vashe dela sevodnya? (Salam sejahtera. Apa khabar hari ni?)
Patient : Zdrasbuite. Ochen khorosho. (Salam sejahtera. Sangat baik)
Aku : Mi khatim osmotrit vasha grud. Mozhno da? (Kami hendak memeriksa dada encik. Boleh bukan?)
Patient : Da, koneshna! (Ya, tentu boleh!)
Aku : Rasdibaetes pozhaluista. (Tolong tanggalkan baju encik.)
Patient tu pun buka baju dia untuk pemeriksaan.
Sesi melakukan praktikal ke atas patient berjalan.
Situasi 3:
Setelah selesai melakukan apa yang patut dilakukan (palpation and percussion).
Patient : Bsyo da? (Sudah selesai kan?)
Ikha : Da, bsyo. (Ya, Sudah selesai.)
Patient : Shto vi nashli? (Apa yang kamu jumpa?)
Ikha : Huh? Mi necevo ne nashli. Mozhet bit mi ne znali. (Huh? Kami tak jumpa apa2. Mungkin kami tak pasti.)
Patient tu buat percussion kat badan dia sendiri. Berbunyi!
Kami buat semula. Memang ada perbezaan..
Setelah selesai....
Situasi 4:
Aku : Shto vi rabotali ranshe? (Apa pekerjaan encik sebelum ni?)
Patient : Ya bil vrach. (Saya doktor.)
Kami ternganga! Doktor??
Patient : Da, ya vrach. (Ya, saya doktor)
Aku : A seichas? (Dan sekarang?)
Patient : Uzhe pensianer. (Dah pencen)
Ikha : Shto vam bolit? (Apa penyakit encik?)
Afifah : Ochen khorosho. (Sangat bagus.)
Aku : Ochen priatna! ('Nice to meet you!')
Patient : Ya tozhe. (Saya juga.)
Kami : Bsevo dobrava. Dasvidaniya. (Semoga selamat semuanya. Selamat tinggal.)
Patient : Spasiba. Dasvidaniya. (Terima kasih. Selamat tinggal.)
Selamat Hari Lahir
Wednesday, September 19, 2007
Entah Kenapa Entah..??
Saturday, September 15, 2007
selesai TAG..
Zaman kanak - kanak aku bukanlah seseronok zaman kanak - kanak orang lain. Kitorg hanya duduk dalam kelompok keluarga kitorang je. Campur dengan tinggal bersama - sama makcik (aku panggil dia Mak Wah). Disebabkan time kecik - kecik dulu tinggal dengan makcik, so banyak gambar kat rumah dia. Tak de lah nak pergi ambik semata - mata nak buat TAG ni. Gambar - gambar ni pun cuma yang masih lagi ada dalam simpanan aku. So, enjoy ek...
Dekat Tasik Shah Alam suatu ketika dahulu.. 4 tahun kot.. Yang tinggi sikit tu aku la dengan adik aku, Mia (di Adelaide). Tapi sekarang dia lagi tinggi!! Waaaaa....
Ni di Sek Men Sains Tengku Abdullah, Raub. Time ni pergi melawat kakak no - 2. Aku berbaju hijau yang sedang berdiri itu..
Aku: yang selempang tangan itu. Time nak hantar kakak - 2 pergi airport Subang. Dia sambung belajar di Vanderbilt Univ. di Nashville, USA. Ni dah besar sikit kot. Darjah 1 atau 2. Tak ingat.
>>> Muka aku time kecik dengan besar tak banyak beza. *Comel tu tetap ada! :P*. Kulit still macam coklat2 gitu *orang kata ape ek? Cam hitam manis laa... ni org kata!*
Selain aku nak korang tengok gambar waktu aku kecik - kecik dulu, cuba compare dengan muka waktu aku dah besar sikit. Tengok apa bezanya. Bukan tujuan untuk suka - suka ye kawan - kawan! Sekadar ingin mengetahui kadar perubahan muka aku ni.. (sorry, ayat terjadi skema la pulak!!)
Walau apa pun, sesungguhnya ciptaan Allah tu sentiasa cantik dan pada Allah tahap kecantikan adalah sama. Hanya yang membezakan antara kita adalah tahap taqwa kita kepada Allah. Itu hak kita sejauh mana kita hendak meletakkan erti cantik dalam kamus hidup. Itu juga hak kita bagaimana kita mempamerkan kecantikan diri sendiri di mata umum terutama kita sebagai umat Islam. Masing - masing ada cara mereka sendiri. Jangan kisah apa orang lain cakap atau pandang kita. Cukuplah kita sendiri tahu apa yang kita lakukan asalkan tidak melanggar batas - batas yang dihadkan.
" Allah lah yang menjadikan bumi untukmu sebagai tempat menetap dan langit sebagai atap, dan membentukmu lalu memperindah rupamu serta memberimu rezeki dari yang baik - baik. Demikianlah Allah, Tuhanmu, Maha Suci Allah, Tuhan seluruh alam. "
Surah Ghaafir : 64
Sunday, September 9, 2007
Ramadhan kembali

Send this eCard !
~ 10 hari terakhir menunggu. Rebutlah ia jika terdaya.. ~
Friday, September 7, 2007
Tengok tu, dah start dah dengar mp3. Ada pula tu yang berkerut! Penat sangat tunggu diorg buka office.. *Russian.. biasalah..*
Entah apa yang dikorek dalam beg tu? Mungkin nak keluarkan duit untuk settlekan yuran hostel!
Ha!! Ni lagi rajin! Sempat isi masa dengan buka lecture note! Hish.. Tabik spring! Toing..Toing..Toing..
~ "Sungguh, Kami telah memberimu (Muhammad) nikmat yang banyak (1). Maka laksanakanlah solat kerana Tuhanmu, dan berkorbanlah (sebagai ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah) (2). Sungguh, orang -orang yang membencimu dialah yang terputus (dari rahmat Allah) (3)." Surah Al -Kausar : (1 - 3) ~
Thursday, September 6, 2007
Doa Aku

Wednesday, September 5, 2007
Istiqamah
Daripada Abu `Amru - atau digelar juga Abu `Amrah - Sufian ibn Abdullah r.a. beliau berkata:
Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah. Kemudian hendaklah engkau beristiqamah.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.