Pages

Monday, September 24, 2007

Korban cinta kerana ISLAM

Assalamualaikum wbt.

P/S: Entri ini agak panjang. Maaf kalau kurang suka membaca entri yang panjang - panjang! ('',)V

Alhamdulillah. Ungkapan kesyukuran itu aku panjatkan kepada Allah SWT kerana masih beri aku nikmat kesihatan setelah seminggu berdepan dengan dugaan 'kurang sihat'. Betullah! Kita kena menghargai waktu sihat kita sebelum datang waktu sakit. Dalam masa aku kurang sihat ni, study memanglah tak masuk walaupun ada 2 tests yang menunggu minggu depan. Tapi walaupun kurang belajar, aku ada membaca satu buku yang bertajuk, "Wanita yang Dikasihi" terbitan Darunnu'man, hasil tulisan Fatimah Hj Omar.
Dalam aku baca buku tu, aku terasa ada satu kisah yang menyentuh jiwa. Kisahnya berkenaan Puteri sulung Junjungan Besar kita Rasulullah SAW yang bernama Zainab.
Zainab binti Muhammad SAW.Itulah nama yang menggambarkan utuhnya jiwa puteri sulung Rasulullah ini.Beliau adalah anak hasil perkahwinan Rasulullah dengan Saidatina Khadijah binti Khuwailid r.a. Zainab dilahirkan kurang 12 tahun sebelum Rasulullah diangkat menjadi Rasul. Sewaktu berumur 10 tahun, Zainab telah dikahwinkan dengan Abul - Ash bin Rabi', sepupu sebelah ibunya, yang merupakan seorang bangsawan Quraisy, pemuda yang kaya - raya dan baik budi pekertinya. Berkat perkahwinan ini, mereka dikurniakan oleh Allah 2 orang anak iaitu Umamah dan Ali.
Rumah tangga mereka aman dan bahagia, hidup dalam rumah tangga yang dibina khas untuk mereka, diserikan dengan kehadiran cahaya mata yang sangat dikasihi. Tapi kebahagiaan mereka tidak bertahan lama kerana dugaan yang menimpa mereka sangatlah menguji diri masing - masing.
Pada suatu hari, Zainab seperti biasa mengunjungi rumah ibu bapanya. Pada waktu itu, suaminya pergi menguruskan perniagaan di luar kota Makkah. Zainab telah diberitahu oleh ibunya tentang satu berita aneh, iaitu berkenaan wahyu pertama yang diterima oleh ayahnya. Zainab sedar yang beliau adalah puteri kepada seorang Rasul yang akan membawa perubahan kepada umat di dunia dengan agama yang benar yang didatangkan terus oleh Allah SWT.
Zainab tanpa menunggu masa yang lama dan berfikir panjang terus menyatakan keimananNya kepada Allah dan RasulNya sebagaimana yang dilakukan oleh ibu dan adik - beradiknya yang lain. Beliau juga menangis terharu apabila mendengar keterangan Waraqah bin Naufal bahawa ayahnya dan sesiapa yang menganut agama ini akandimusuhi dan ditentang sungguh - sungguh oleh kaumnya yang jahil lagi angkuh. Saidatina Zainab cuba untuk menghadapi ujian ini dengan sabar.
Sewaktu Abul - Ash kembali dari musafirnya, Zainab segera menyatakan tentang keIslamannya, Abul - Ash tidak berkata apa - apa dan tidak pula membantah tindakan isterinya itu. Tapi apabila ditanya mahukah Abul - Ash memeluk agama itu, nampak keraguan di wajahnya dan perasaan serba - salah tidak dapat disembunyikan. Dengan gugup, dia menyatakan sebenarnya dia mengakui kebenaran yang dibawa Rasulullah tetapi dia tidak dapat mengenepikan kaum keluarganya yang belum lagi menerima ajaran tersebut. Dia bimbang akan dituduh sebagai orang yang membuang agama nenek moyangnya semata - mata kerana hendak mengambil hati bapa mertuanya dan mengikut kehendak isteri.
Tetapi walaupun keadaanya begitu, Zainab masih mampu memberi ketaatan kepada suaminya dan melayan suaminya seperti biasa. Dia tidak pernah bermasam muka dengan suaminya. Pertuturannya berhikmah, sopan dan berakhlak.
Tidak lama selepas itu, Allah telah memerintahkan RasulNya berhijarah ke Madinah kerana orang - orang Musyrik telah berpakat untuk membunuh Rasulullah. Zainab tidak berhenti - henti mendoakan ayahnya dan orang Mukmin supaya terselamat dari kederhakaan orang kafir. Berkat doa anak yang solehah itulah membawa ayahnya dan rombongan selamat sampai di tanah Madinah.
Selepas beberapa waktu penghijrahan mereka ke Madinah, tercetuslah satu peperangan yang besar dalam Islam, Perang Badar. Ketika perang itu, Zainab tidak dapat melelapkan mata kerana pertempuran itu berlaku di antara ayahanda tercinta dan suami tersayang. Namun, kemenangan berpihak ke atas ayahnyadan kaum Muslimin. Akhirnya Abul - Ash ditawan serta diberi layanan yang baik. Kerana perasaan cinta Zainab kepada suaminya tetap utuh, beliau mengirimkan kalung pusaka milik ibunya untuk menebus suaminya.
Kalung itu diterima oleh Rasulullah dengan perasaan terharu. Dengan persetujuan sahabat, Abul - Ash dibebaskan dan kalung itu diberikan semula kepada Zainab. Abul - Ash pulang menemui Zainab dan berterima kasih di atas pengorbanan isterinya itu dan juga ucapan selamat berpisah. Abul - Ash berkata,"Antara kau dan aku bukan lagi irama dan lagu yang boleh disatukan.Engkau adalah insan yang telah disucikan hatinya dan jiwaku masih kotor. Kerana itulah kita tidak boleh bersama dan terimalah hakikat ini."
Zainab menerima ucapan itu dengan sabar. Kerana Islam, dia merelakan perpisahan itu berlaku. Zainab tetap berdoa supaya suaminya itu pulang ke pangkuan Islam, dan doanya itu dmakbulkan Allah SWT. Suaminya kembali kepadanya dan menyatakan keIslamannya. Akhirnya, Rasulullah mengahwinkan mereka semula. Dan selang setahun, sewaktu usianya masih muda, Zainan lebih awal menyahut panggilan Ilahi.Pemergiannya diiringi oleh doa restu dan linangan air mata yang tidak kering dari suaminya yang menghargai pengorbanan, perjuangan dan cinta yang suci itu..
Tersentuh hati bila baca kisah ni.. Semoga kita terus kuat memegang panji Islam teguh di benak sanubari kita. InsyaAllah.. Inilah baru dikatakan cinta atas dasar Islam. Pegang Islam dan cintakan Allah dulu, baru pegang dan cintakan benda lain..
~ cinta kepada Allah jaminannya besar.. ~

3 comments:

miashaf said...

aku pun suka lagu demi cinta Zainab ni.
Cinta insan kerana cintakan Allah.

Shazwani Adnan said...

salam
aku pon suke gak lagu ni.. first time dgr terus suke..

MakcikMuda said...

sedey oke.

nanes ryn bace :(