Hari ni ada kelas pharmacology di Barrikadnaya (nama salah satu stesen metro di Moscow). Lepas lecture, terus ke Barrikadnaya. Mujur tidak ketinggalan bas! Tapi sebagaimana biasa di mana - mana tempat pun, hari pertama bukan belajar sangat. Hanya introduction saja. Balik pun awal. Selepas kelas, aku terus menuju ke bangunan 'Dekanat' untuk ke Mos Lanka (syarikat yang menguruskan hal hostel kami). Aku fikir, "hari ni hari Jumaat. Sure tidak ramai orang sebab ada yang pergi solat Jumaat."
Hurm.. nampaknya betul telahan aku. Aku masuk ke office Mos Lanka, terus beratur untuk ambil dokumen. tapi agak malang sedikit sebab kebetulan waktu itu office tutup sekejap. Lunch hour katanya. So, aku tunggu la kat situ. Dah la panas, tak ada ventilation. Aku naik pening tunggu kat situ. Mulalah dalam kepala otak aku plan nak buat benda 'bodoh'. Hehehe... Dalam beg aku ada kamera. So, aku buat kerja 'gila' ambil gambar ragam orang2 yang tengah tunggu office buka semula. Tengok la sendiri! (''-)
Tengok tu, dah start dah dengar mp3. Ada pula tu yang berkerut! Penat sangat tunggu diorg buka office.. *Russian.. biasalah..*
Entah apa yang dikorek dalam beg tu? Mungkin nak keluarkan duit untuk settlekan yuran hostel!
Ha!! Ni lagi rajin! Sempat isi masa dengan buka lecture note! Hish.. Tabik spring! Toing..Toing..Toing..
~ "Sungguh, Kami telah memberimu (Muhammad) nikmat yang banyak (1). Maka laksanakanlah solat kerana Tuhanmu, dan berkorbanlah (sebagai ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah) (2). Sungguh, orang -orang yang membencimu dialah yang terputus (dari rahmat Allah) (3)." Surah Al -Kausar : (1 - 3) ~
5 comments:
assalamualaikum.......wani
selaluker buat kerja 'bodoh' tu. ambikla gambar luar banggunan nak jugak tgk russia yg jauh nun disana.
waalaikummussalam,
xdela slalu buat keje 'bodoh' tu. tu pon sbb bosan sgt tunggu kt situ
aih,mentang2 ade camera br..haha
hehe...
tu la gunenye di saat2 'kecemasan'
sure penat tunggu, selesai dah sume?
Post a Comment