Semalam di Kedutaan Malaysia ada Majlis Iftar dan Suai Kenal bersama pelajar - pelajar Tahun 1 di Moscow. Majlis ini dianjurkan oleh Persatuan Perubatan Islam Malaysia - Moscow Student Chapter (IMAM - MSC), Kelab Umno Moscow (KUMOSC), dan Malaysian Student Association (MSA). Ramai la gak budak - budak tahun 1 yang aku dah kenal. Tajaan JPA, MARA & SSG (Selangor State Govmt). Ada junior aku gak time sekolah dulu.. Yela.. mestila seronok jumpa junior sekolah.. Mane taknya.. Dah 3 tahun aku dengan Miza je SAMBEST kat Moscow nih.. At least bila jumpa ni, boleh la buat reunion! (hahaha... bersungguh je.. ). Tentatif semalam mula2 berbuka puasa, lepas tu solat Maghrib berjemaah, tazkirah, menjamu selera, solat Isya berjemaah, solat terawikh, majlis suai kenal (dimulai dengan slide show presentation and Q & A session). Pastu, moreh!!! (makan selepas solat terawikh). Ada la gak aku snap gambar semalam.. Semua cantik je sebab berbaju kurung bagi muslimat) dan berbaju melayu (bagi muslimin). Dah rasa cam raya! (waaaa..... nak balik.. :'( Hurmm... )
Kami pelajar tahun 3 Moscow Medical Academy ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat ibu bapa dan keluarga yang kini berada di Malaysia. Buat pihak penaja kami, PA & MA, JPA, SSG, Yayasan Terengganu, Salam Aidilfitri dari kami di Moscow. Dan tidak lupa kepada warga Malaysia tidak kira di mana anda berada.. Kami menyusun 10 jari memohon maaf andai ada salah silap yang kami sengajakan atau tidak disengajakan.. Halalkan makan minum kami dan doakan kejayaan kami di sini..
Dari kiri : Syazrin Mukhtar, Nurhatim Mohd Khorie, Shazwani Adnan, Nur 'Afifah Musa, Fatini Najwa Ghazali dan Nur Emiliana Mukhtar.
ps: sebenarnya nak anta dekat Salam Perantauan, tapi tak tau bila sebab tak ambil gambar yang proper.. :)
~ Ke mana arah kita selepas ini?? ~
* this is my 50th post.. :D *
8 comments:
Salam wanieku sayang... macam kenal je baju kurung pink tuh. pantang aku tinggal ko rembat yeh. baru ingat nak bawak nxt year. hampagas btol.
merujuk kpd salah satu caption wanie...
pick me!pick me!im single!
hehe=p
salam..
mia,
aku yg korek2 baju tu dalam kotak.. aku igtkan dh bungkus terus.. so, aku amikla.. ala.. balik nt ko mintak la kt mak baju kurung yg baru.. kan raya haji time tuh!! :P
pena,
wahhh... promote diri sendiri nampak? senang la kerje aku...
salam wanie,
tak tahan ks tengok korang sume yg asyik bergambr je. walau di mana berada, kamera tak boleh dipisahkan drpd korang!
hmm..merujuk gmbr yg akhir tu, dh 5 thn ks duk d moscow ni, tak penah sekali pun hantar ucapan raya d utusan dan yg sama waktu dgnnya...
thn depan la kot baru nk buat memandangkan dh thn akhir dh :p
salam..
bese la tu ks, tambah2 org tuh dh ade camera bru kn.. makin masyuk la berposing dan menangkap gamba.. tak gitu?=P
aku tahulah baju aku cantik2 kan? hihihi
salam,wanie cantek.
tetibe ske lakk nengok wanie pakai spek.
ahaks!
hoho!
wanie,ryn ade anta kad raye utk wanie.hiks!
salam
mia,
haah la.. mmg baju ko cantek2! jeles aku.. huhu..
Ryn yang ayu,
waahh.. anta kad raye? seronok nye.. camne la wani nk balas nih? xde address ryn la..
*actly bru je pki spek nih.. dah rabun dah.. *
Post a Comment