Pages

Tuesday, September 30, 2008

Malam Raya Kami.

Agenda Malam Raya.

Tadi selepas balik kelas, pergi ke library hantar buku seperti yang aku rancangkan sebelum ini. Balik rumah, keluar semula pergi ke kelas. Balik kelas, terus solat dan mengambil alih tugas di dapur. Asalnya aku hanya mahu memenuhi permintaan KS yang nakkan kuah lodeh. Dan Emy asalnya nak memasak rendang. Alih - alih aku yang ganti. Memandangkan Emy sudah memotong ayam untuk masak rendang, jadi aku terus saja mula memasak. Sekejap je buat rendang. Maklumlah, segalanya instant! Nak buat manual, tak ada bahan yang cukup. Tapi masih rasa tau rendangnya! Walaupun tak lengkap dengan kerisik. Kuah lodeh pun aku buat juga, tapi lambat sikit. Dalam 30 minit sebelum masuk waktu berbuka baru aku start. Kesian roomates aku tak sempat nak merasa kuah lodeh tu. Nampaknya kena makan esok lah..

Tadi muslimin bertakbir di rumah aku. Sayu hati. Tapi sekerat jalan, aku sudah ke dapur untuk siapkan sedikit juadah. Tak adalah mereka pulang perut kosong. Hidang kuih muih bekalan dari rumah muslimat lain, jadikan malam raya kami sedikit meriah walau jauh di perantauan. Hehe.. Terima kasih datang bertakbir.

Baju raya warna ungu. Aku beraya kali ini pun tukar cadar baru. Juga ungu. Entah kenapa berungu aku kali ini. Rasa ayu! Haha.. Warna ungu warna lembut. Aku nak rasa jadi lembut. Eceh..

Bagi yang tak ada kelas, jangan lupa bangun awal pagi, mandi sunat aidilfitri. Lepas tu solat raya. Bagi yang ada kelas, masih boleh mandi sunat. Aku ucapkan selamat hari raya kepada yang ada kelas pagi - pagi raya.. Jangan sedih. Tuntut ilmu lebih utama.

Sunday, September 28, 2008

Lumrah Anak Perempuan

Assalamualaikum wbt.
Tadi telefon rumah. Sekali. Mamat yang angkat. Dia pass telefon pada Emak. Borak la dengan Emak pasal macam - macam benda. Lepas tu aku cakap aku raya kat Moscow sehari awal insyaAllah. Lepas tu Emak kata, "Tahun ni Emak beraya dengan 4 orang je la anak Emak. Yang lain semua tak balik. Semua raya rumah mertua." Aku dengar jadi sayu. Memang raya kali ini tak ramai berada di rumah. Akak Idah beraya di Melaka, rumah Abang Rizal. Tapi raya ketiga dah kena masuk hospital semula sebab menggantikan kawannya yang cuti bersalin. Kak Mija beraya di Melbourne satu keluarga. Semua kerana ilmu. Elin beraya dengan Abang Nazri di Tanjung Karang. Itu pun Hari Selasa masih bekerja. Maklumlah bekerja dengan badan bukan kerajaan (MERCY MALAYSIA). Susahlah sikit. Watie memang tak dapat balik Semenanjung sebab cuti sekolah untuk raya bukanlah lama sangat. Dia beraya saja dengan Abang Baha, Hasya dan keluarga Abang Baha di Betong, Sarawak.

Tolak lagi aku dengan Mia tiada di Malaysia, hanya tinggal Nana, Mimin, Mamat dan Atha saja di rumah. Nak harapkan 2 orang adik lelaki aku tu, entah kemas ke tidak rumah Klang aku tu. Nana dengan Mimin sudah pasti tolong Emak di dapur. Siapkan juadah hari raya. Hurmm.. Itulah lumrah keluarga yang ramai anak perempuan. Bila sudah berumahtangga, pasti hidup berada dekat dengan suami. Dengan komitmen pada kerja lagi, menjadikan anak perempuan seolah - olah jauh dengan keluarganya. Aku tak tahu apa nanti yang jadi pada aku. Kalau ada jodoh, ada jugalah keluarga mertua untuk aku. Tapi sedih juga bila dengar Emak kata begitu dalam perbualan kami. Tu memang akan jadi pada anak perempuan. Nasihat aku, kalau cari suami tu, cari yang considerate sikit. Tak adalah nanti dikongkong suami saja. Nak balik beraya rumah mak bapak pun, terpaksa bertegang mulut.

Dan lepas Zuhur aku telefon rumah. Kali kedua. Kali ini Abah yang angkat. Sebetulnya aku telefon rumah kali kedua tu sebab nak tanya pasal zakat fitrah yang wali kita bayar setiap kali nak masuk Syawal. Disebabkan aku selalu kat sini raya awal sehari, jadi aku keliru kalau Abah terbayar lambat ke zakat kepala untuk aku. Kalau tak bayar lagi, boleh juga aku guna Maybank2U. Jadi kebetulan Abah yang angkat, aku berbasa - basi dahulu sebelum ke tujuan sebenar aku telefon. Perbualan lebih kurang begini:

Aku : Assalamualaikum. Ni siapa ni? Abah ek?
Abah : Iye.. Abah ni.
Aku : Dah berbuka ke kat Malaysia?
Abah : Ish, lama lagi.
Aku : Haah. Ye la. Baru pukul 6 kat Malaysia.
Aku : Abah, Wanie kat sini raya satu hari awal. Hari Selasa insyaAllah.
Abah : Ye ke..
Aku : Tapi kan Abah, zakat macam mana ek? Abah bayar macam mana?
Abah : Eh, Abah dah bayar dah untuk Wanie dengan Mia 16 Ramadhan haritu. Kan Wanie dan Mia masih dalam tanggungan Abah.

*Aku jadi terdiam kejap*

Aku : Oh, ye ke. Terima kasih Abah. Sebab Wanie macam confused. Ok lah Abah. Nanti malam raya Wanie call lagi. Assalamualaikum.
Abah : Waalaikummussalam.


Tiba - tiba rindu pada rumah. Masa berbual dengan Emak tadi, Emak baru selesai potong ayam. Katanya Nana mahu masak ayam masak merah. Dah siap diperam dah. Lepas tu Emak kata mahu tidur sebentar. Penat agaknya. Sebenarnya aku harap, aku dapat pulang untuk menambahkan bilangan ahli di rumah. Tapi tak apa. Ilmu lebih penting, belajar kerana Allah. InsyaAllah diberkati.

Susah jadi anak perempuan. Kena betul - betul menjaga segala segi.

**Alhamdulillah tadi dah khatam Quran beramai - ramai. Tiap - tiap minggu buat tadarus, akhirnya khatam juga.

Saturday, September 27, 2008

Rancangan Sebelum Raya

Assalamualaikum wbt.


Sekarang ni masih fresh lagi baru balik dari shopping untuk raya. Tau apa aku dapat untuk raya kali ini? Dapat jaket baru (atau lebih famous orang kenal dengan nama trench coat). Boleh guna untuk pergi beraya nanti. Dan ada lagi dua berita gembira. Satu, 1 Syawal (insyaAllah Selasa ni)nanti aku tak ada kelas! Boleh pergi solat raya. Yipee.. Last minute lecturer aku cakap lecture hari Selasa cancelled! Dua, keputusan test Topan aku lulus! Kalau tak lulus kena datang buat hari Selasa tu. Mood happy sangat!


Setelah seminggu aku tungkus lumus, hujung minggu kali ini aku rasa tenang sikit. Di baki Ramadhan ni, tiba - tiba aku ada rasa sedikit sayu. Sempat ke aku nak jumpa Ramadhan akan datang? Rancangan untuk Ramadhan kali ini, berusaha untuk berjaya.


Hari Isnin ni nak ke perpustakaan. Nak hantar buku. Itupun kalau sempat nak pergi lepas kelas. Harap - harap tak tutuplah perpustakaan tu. Kalaupun nak tutup, tunggu lepas aku hantar dan pinjam buku! Boleh ke macam tu? ;)


Tak sabar nak tunggu malam raya. Nak telefon rumah minta maaf untuk raya daripada family. Kena pastikan credit banyak. Kalau tak tersangkut - sangkut nanti nak minta maaf. Kalau tengah feeling tu, kang terbantut pula nanti. Hehe.. Lepas tu ada pula yang kata nak call dari Malaysia malam raya tu. Tapi tak harap sangat sebab tahu kalau telefon dari Malaysia mesti mahal. Aku nak call tak bagi, nak juga call ke sini. Kita tengoklah nanti macam mana!


Dan aku ni nak kata tunggu kad raya tak juga sebab memang tak ada pun yang menghantar. Kad dari Mia pun tak sampai lagi. Rusia ni memang semuanya lambat! Apa pun, ni aku nak bagi kad raya kat bawah ni pada semua orang. Kalau nak ambil, ambil. Kalau nak tengok je, tengok. Kalau tak sudi nak tengok pun tak apa. Tapi yang paling penting, di kesempatan ini, aku memang nak minta maaf andai sepanjang aku menulis ni, aku ada menyinggung perasaan sesiapa secara tidak sengaja. Ampun banyak - banyak. Walaupun orang kata lidah lebih tajam dari mata pedang, tapi kadang - kadang mata pena (atau dalam kes aku sekarang ni papan kekunci) ni lebih tajam dari lidah sebab kamu tak dengar aku cakap guna lidah kan? =)


Enjoy lagu raya naa.. Yang tengah buat biskut raya tu, jangan sampai hangit!



SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR BATIN

Wednesday, September 24, 2008

Apa Sajalah..

Assalamualaikum wbt.
Alkisahnya malam itu aku ingin mula buka buku Topographical Anatomy and Operative Surgery (Topan). Aku kena rajin sikit sebab belajar dalam Russian. Jadi nak belajar bersama Atlas Bergambar Netter (gambar tubuh badan manusia). Aku duduk di atas lantai, buku tu atas meja. Punyalah malas nak bangun jadi aku dari lantai tu capai sajalah buku yang ada atas meja. Tapi satu benda pula yang jadi. Atlas tu agak berat dan tak semena - mena terhempap atas tangan aku dan tangan aku terlanggar bucu katil. MasyaAllah. Sakitnya yang amat. Terkena di bahagian tengah ibu jari. Mula - mula ingat ok je. Kejap je sakitnya. Tapi aku pergi kelas harini, nak salin apa yang lecturer cakap masa lecture tadi, tak boleh nak betul - betul tekan pen tu. Sebab yang kena tu tangan kanan. Tapi Alhamdulillah masih boleh menulis. Cuma tulisan tak berapa nak jelas sebab tak boleh nak tekan sangat pen tu. Hari ni baru nampak sikit kesan lebamnya. Bendanya sikit saja. Nak suruh orang urutlah. Tapi nak suruh siapa ek? Hehe.. Dah nak raya pulak tu. Kalau orang lain lebam sana sini, luka sana sini sebab main mercun, tapi aku ni lain pula ceritanya.. Haha *Gelak seorang diri walaupun tengah terkenang orang di kampung.*

Saturday, September 20, 2008

Cerita PreRaya

Assalamualaikum wbt.
Ni baru sangat balik dari memenuhi jemputan berbuka puasa rumah kawan. Juadah yang sangat - sangat mengenyangkan. Besar sungguh pahala mereka menyediakan juadah untuk orang yang berpuasa. Dalam perjalanan pulang, kami berenam sangat gembira walaupun terpaksa meredah suasana malam Ramadhan di Moscow menaiki public transports (metro & bas). Berjalan kaki hingga sampai rumah yang mengambil masa 10 minit buat kami lega, akhirnya sampai juga rumah dengan selamat. Boleh juga jimat duit daripada ambil cab yang boleh dicaj beratus ruble! Hurm.. Semalam aku ditag. Bulan ni saja sudah dua kali aku kena tag. Tapi aku ni jenis kalau dah ditag, aku tak kisah nak buat, cuma lepas tu aku dah malas nak tag orang dah. Maaflah, kalau sesiapa yang tag aku tapi nak suruh aku tag orang lain, baik awal - awal jangan tag aku. Tapi best juga aku buat tag ni. Rasa enjoy. Dan kali ni aku nak selesaikan tag dari nrina.
1. Berapa pasang baju raya anda taun ni dan kaler apekah?

Baju raya aku tahun ni? hurm.. Secara rasminya ada satu tapi aku bawa baju kurung baru ada 3 helai. Yang rasmi tu mungkin aku akan pakai hari raya pertama walaupun aku kemungkinan besar ada kelas waktu tu. Warnanya UNGU. Lembut tak? Hehe.. Lagi dua tu warna MERAH JAMBU dan COKLAT.

2. Apakah makanan raya tradisional kegemaran anda?
Makanan pulak? Aku suka makan semua. Tapi yang paling aku rindukan sekarang ni nak makan lontong dengan kuah lodeh campur kuah kacang yang Emak aku masak. Selalunya Emak akan masak paru berempah untuk juadah hari raya. Dan tak lupa sambal udang. Yang kuah kacang semua tu wajib lah ada. Tapi Emak jarang buat ketupat. Kalau nak buat pun tak bayak sangat, sebab nanti mesti dapat juga daripada orang.


3. Apakah biskut raya kegemaran anda?
Dulu masa kecil, aku suka sangat biskut kacang yang Mak Wah (makcik aku yang jaga aku sedari kecil) buat. Lepas aku juga suka biskut honey cornflakes (dalam cup) yang family aku buat. Tu biskut yang wajib dibuat setiap kali raya. Dan ada lagi satu yang aku suka tapi sekarang tak berapa nak suka sangat iaitu Batang Buruk. Tapi sekarang ni, aku lebih gemar rasa semua jenis biskut terutama tat gulung. Fair and square. Tak macam dulu, kalau suka sangat satu - satu biskut, asyik mengadap aje walaupun beraya kat rumah orang. Tak sopan sungguh!


4. Bape banyak duit raya anda dapat n spend untuk bagi kat bebudak?
Dulu dapat la dalam RM5 dari Abah dan Emak. Dah makin besar ni, makin banyak la dapat. Lagi - lagi kalau dapat keputusan baik masa peperiksaan besar, duit nya makin besar lah. Tapi sekarang dah berapa tahun tak beraya kat Malaysia, duit raya pun taklah dapat, cuma kalau balik Malaysia tu aku tapau lah duit family sebagai ganti dut raya! Hahaha.... Dan aku tak spend duit nak bagi kat orang sebab aku belum kerja! =)


5. Apakah aktiviti malam raya korang?
Malam raya dulu biasanya aku, Nana, Mimin dan Mia akan jahit sembat kat lengan untuk baju raya kitorang sebab selalunya Emak tak sempat nak jahitkan. Kakak aku yang lain pulak akan kemas rumah, sapu - sapu 'sawang' yang ada. Kami yang kecil - kecil ni semasa siangnya (hari terakhir sebelum raya) akan lap semua cermin tingkap, daun pintu dan dinding yang ada kat rumah tu. Basuh koridor dan beranda. Emak akan mula isi beras dalam kelongsong lontong (yang pakai daun pisang tu) dan petangnya mula rebus. Dan biasanya malam tu tak tidur sebab nak siapkan masak apa yang patut dan tunggu lontong masak. Tapi sekarang dah kat Moscow ni, aku dan roomates aku biasanya masak yang simple je. Rendang ayam, kuah kacang, kuah lodeh beserta nasi impit. Itu pun kalau sempat.

Itu aje ceritanya. Tak ada suasana raya sangat. Maklumlah dah duduk jauh. Kadang - kadang pagi raya pun dah terpaksa terpacul depan pintu kelas. Sedih juga tak dapat nak cium tangan ahli keluarga di pagi raya. Dah masuk tahun ke - 4 ni. Hanya lafaz ampun saja aku kirim dari jauh..

Friday, September 19, 2008

Jumaat

Assalamualaikum wbt.

Aku sangat suka hari Jumaat. Dan aku juga amat yakin ramai juga yang sukakan Jumaat. Penghulu hari. Dan selain itu juga, Jumaat juga hari yang mana sebelah malamnya aku boleh rehatkan diri daripada sebarang aktiviti yang memerah otak. Mana taknya, lepas seminggu otak terasa tepu disumbat dengan pelbagai jenis ilmu, jadi apabila selesai kelas terakhir hari Jumaat buat hati aku riang gumbira berjalan pulang ke rumah. Lalaalaa..

Dan disebabkan itu juga aku memilih untuk mengambil giliran memasak pada hari Jumaat! Tapi Jumaat kali ini mengingatkan aku pada sesuatu. Dan mungkin juga pada kamu. Nak tahu? Yela, Jumaat (hari ini) mengingatkan kita yang kita akan memasuki hari pertama esok untuk 10 hari terakhir Ramadhan 1429. Bukankah itu istimewanya Jumaat kali ini? Bukan setakat kita seronok sebab hujung minggu nak tiba. Tapi kita patut juga seronok untuk mendapat ganjaran anugerah pemberian Ya Rabb pada hambaNya yang bersyukur di penghujung Ramadhan sebelum kita meraikan kemenangan kita melawan nafsu dan amarah. Bukan senang nak dapat. Kena main rebut - rebut. Kalau rajin, InsyaAllah dapat. Kalau tak, jangan menangis jika diri sendiri yang rugi. Aku pun nak join juga lah sesi rebut - merebut ni. =)

-------------------------------------------------------------------------------
Harapan aku semoga aku tabah.
Harapan aku untuk aku kuat.
Aku berharap aku mampu.
Semoga aku sentiasa dekat denganMu.
Selama ini harapanku hanya itu.
Dan dengan usaha aku ini
Semoga aku istiqamah.

Wallahu a'lam.

Tuesday, September 16, 2008

Kali ni giliran kamu..

Assalamualaikum wbt.

Lepas ramai yang suggest aku jadi gynaecologist, kali ni kita tukar angin. Tiada lagi istilah medic. Kita enjoy! =)

Nak dekat 2 tahun lebih aku berblog, aku tak pernah tahu apa jenis blog aku selama ni. Sekarang ni ada macam - macam website yang describe satu - satu blog tu. Salah satunya aku ambil dari nrina. Inilah jenis blog aku.

Your Blogging Type Is Thoughtful and Considerate
You're a well liked, though underrated, blogger.
You have a heart of gold and are likely to blog for a cause.
You're a peaceful blogger - no drama for you!
A good listener and friend, you tend to leave thoughtful comments for others.


Haha.. Betul ke? Boleh percaya ke? Entah.. Kamu tentukan. =)
*Esok Nuzul Quran. Harapnya kita makin dekat dengan warisan tinggalan Rasulullah untuk kita. InsyaAllah.

Friday, September 12, 2008

Apa yang sesuai untuk aku?

Assalamualaikum wbt.

Rabu lepas aku ada kelas Medical Genetics. Sepanjang kelas itu, cikgu aku menerangkan tentang congenital anomalies atau nama lainnya kecacatan kongenital yang berlaku sewaktu kelahiran. Ada di antara kecacatan itu berkaitan dengan mutasi gene pada kromosom seseorang selain daripada amalan semasa mengandung. Secara amnya begitulah. Dan cikgu ada juga menunjukkan beberapa keping gambar dan terma - terma klinikal yang berkaitan. Takut juga aku tengok gambar - gambar tu, rasa sayu pun ada juga. Kasihan jika kita lihat anak - anak kecil yang sedari lahir sudah ada kecacatan. Kalau disebabkan mutasi, memang tak boleh elak. Tapi yang geram kalau amalan seseorang bakal ibu itu semasa mengandung langsung tidak sihat. Contohnya merokok, pengambilan dadah dan alkohol. Kalaupun mahu membahayakan diri sendiri, setidak - tidaknya fikirlah akan bayi dalam kandungannya tu. Dan disebabkan perkara ini aku terfikir akan bidang pengkhususan (speciality in medical field) yang mungkin akan disambung setelah tamat Ijazah Kedoktoran dari Rusia ini. Semasa waktu rehat tu, aku mula berbual dengan deskmate aku yang selalu dengan aku, Afifah:

Aku : Pip, ko kan kalau nak jadi specialist, ko nak dalam bidang apa?
Pip : Aku nak amik Cardiology. Mungkin aku suka kot walaupun aku tahu field tu susah.
Aku : Ko rasa aku sesuai amik apa? Dalam medic ni aku minat 2 benda je. Gynaecology and blood. Tapi kalau amik bidang yang berkaitan dengan darah, banyak risk nya. Tapi boleh kerja kat Bank Darah.
Pip : Aku rasa ko sesuai jadi gynaecologist la. Sebab sifat ko. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana tapi aku rasa ko sesuai amik O & G.
Aku: Ooo.. ye ke? Tapi seronok juga kalau amik gynae ni.

Aku teruskan pertanyaan aku pada semua groupmates aku dan ini jawapan mereka:

Dodod : Tak tahu la. Tahun klinikal ni la baru aku nak tengok bidang apa yang aku minat.
Ikha : Entah.
Fadzil : Bidang forensik kot sebab aku rasa aku tak boleh bedah orang hidup. Kalau dah mati tu ok sikit la. Dia pun tak rasa dah sakitnya.
Nadid : Semua pun boleh kecuali apa - apa yang berkaitan dengan khirurg ( english : surgery).
Yana : Neurosurgeon.
Anna : Semua ok kecuali O & G.
Hanif : Cardiology.
Fikri : Cardiology.

Dan aku dapati ramai juga yang berminat bidang jantung ni. Kalau aku, bidang jantung lah yang aku rasa pilihan bawah - bawah sikit dalam senarai bidang yang aku nak ambil. Bukan apa, aku rasa sedikit susah. Itu je.

Balik kelas sambung balik cerita pasal benda ni. Maklumlah, jalan kaki ramai - ramai, seronok sikit borak. Jalan jauh pun terasa dekat. Fikri cakap kat aku, "Wanie, hang jadilah psychiatrist. Hang kan boleh. Aku rasa hang boleh la." Pipah sambung, "Tak.. Aku tak rasa Wanie sesuai jadi psychiatrist. Nanti dia jadi tak terurus sebab dengar masalah patient dia. Dan dia akan fikir mendalam gile macam mana nak settlekan problem patient dia sampai akhirnya nanti dia yang akan pening." Giliran aku sambung, " Tak nak aku. Ko nak aku jadi psycho ke? Aku tak rasa aku boleh.. " Dan akhirnya topik itu tergantung macam tu saja..


Nota : Kamu rasa aku sesuai jadi apa? Any idea? Tapi aku pasti bukan bidang Anesthesiology (bius) sebab Kak Idah sudahpun bergelar anesthesiologist di Hospital Seremban.

Dictionary
Cardiology - bidang berkaitan jantung.
O & G - Obstetrics and Gynaecology.
Gynaecology - bidang berkaitan sakit puan
Obstetrics - bidang berkaitan dengan proses kelahiran bayi dan perkara yang berkait rapat dengannya.
Neurosurgeon - Pakar bedah yang berkaitan bidang sistem saraf.
Anesthesiology - bidang berkaitan bius dan seumpama dengannya.
Anesthesiologist - Pakar bius.

-----------------------------------------------------------------------------------


Sekali dengan ini, aku langsaikan hutang tag dari Judin.


bashrie.blogspot.com
fndy.blogspot.com
encree.blogspot.com
shootsyuhada.blogspot.com
aigoo-saranghae.blogspot.com
akutengahblur.blogspot.com
farhanwahab.com
hafizuddinawang.blogspot.com

Sejujurnya aku sangat malas hendak mengetag sesiapa sebab aku tahu masing - masing sangat sibuk di kala Ramadhan Al Mubarak ini. dan aku berkeputusan untuk bersikap jujur. Tapi jika sesiapa yang terbaca atau membaca entri ini dan terasa ingin membuatnya, silalah. Saya wakili semua bloggers mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua umat Islam tidak kira di mana sahaja kamu berada. Dan jika hendak membuat tag ini, begini caranya:

1. Copy gambar di bawah lalu posting di blog anda.
2. Teruskan tags ini minimum ke 5 blogger muslim yang anda kenal.
3. Jangan lupa tinggalkan komen pada blog mereka
4. Tulis alamat blog anda (di bawah gambar) setelah alamat blog pemberi tags

Wednesday, September 10, 2008

Hujan - Sejuk

Assalamualaikum wbt.
Kalau minggu lepas, suasana hujan yang aku alami agak tidak seronok, tapi semalam hujan yang turun ala - ala suasana hindustan gitu. Pagi tu memang dah hujan dan sejuk menjadikan keadaan amat sedap untuk sambung tidur. Tapi kalau aku dah tidur, alamat tak pergi kelas la aku. Aku keluar dalam pukul 8.15 pagi. Ingatkan hujan sudah berhenti di saat aku nak bertolak ke kelas. Mana nak bawa payung. Rupanya tengah jalan lama kelamaan semakin lebat. Tapi alang - alang ku dah basah, jalan la perlahan - lahan, tidak berlari macam orang kena kejar anjing. Dalam pada aku berjalan pagi yang hujan tu, aku terlihat seorang ibu bersungguh melindungi anak kecilnya supaya tidak terkena hujan. Terlintas dalam fikiran, mungkin begitulah cara Emak lindungi kami adik beradik dulu. Sayu sebentar. Sayu sendiri. Maklumlah jalan seorang. Maka sayunya seorang jugalah.

Tapi alhamdulillah walaupun hujan sedikit lebat, baju aku tidaklah begitu basah. Setelah habis kelas, hujan semakin lebat dari sebelumnya. Aku berkeputusan untuk meredah saja hujan tu memandangkan kalau aku menunggu sehingga hujan berhenti, alamat aku tak boleh nak melaksanakan rancangan aku hari tu. Dalam masa 20 minit jalan ke Pejabat Dekan (salah satu dari rancangan aku hari tu), aku sudahpun basah kuyup, kalau tudung tu boleh diperah, memang airnya boleh ditakung. Jaket aku pun basah. Mujur aku pakai baju tebal sikit, tidaklah begitu sejuk, cuma kepala dan kasut saja yang basah.

Balik hostel, terus bersihkan diri sebab tak mahu demam. Nanti bila dah demam, susah. Ingatkan nak tunggu Zuhur masuk baru nak tidur, tapi mata sangat berat, jadi tertidur. Mujur terbangun sebelum waktu Asar menjengah. Tak lama lepas tu, roomates semua pulang.

Kesimpulan: Best main hujan!! Dah jadi macam Safwan anak Cikgu Jawe. Haha... Jangan marah ye cikgu. Tiba - tiba teringat entri Safwan main hujan.

Saturday, September 6, 2008

Ramadhan muncul, kelas pun mengikut.

Assalamualaikum wbt.

Bulan ini aku sibuk.
Entah apa yang disibukkan pun aku tak tahu.
Jadi aku hantar peneman yang sedang berkumandang di gegendang telinga kamu sebagai pengganti diri.
Jika aku mempunyai kesempatan waktu, aku sendiri yang akan penemankan kamu di sini.
Kamu faham bukan? Harap kamu faham.
Salam Ramadhan Kareem.



* Sejak masuk tahun klinikal, jadual makin padat. Bulan ini ada satu subjek yang aku kena ambil dan subjek itu sangat berat memandangkan medium pembelajarannya adalah dalam bahasa orang sini. Berjalan ke kelas 20 minit setiap hari, kena keluar awal memandangkan kelas bermula seawal 9 pagi. Pengalaman pertama mengajar aku menjadi morning walker yang setia di sepanjang Jalan Malaya Pirogovskaya menghala ke Jalan Rosalimo. Hari Isnin dan Rabu pula aku susuri Jalan Bolshaya Pirogovskaya. Hampir seminggu berpuasa di penghujung musim panas ni memberi banyak kebaikan dan menurunkan berat aku sebanyak lebih kurang 1.5 kilogram dari berat asal aku. Bagus juga, dalam pada waktu yang tak berapa nak cukup untuk bersenam secara teratur, boleh juga aku mengecilkan diri aku yang tak pernah nampak kecil ni. Hehe..

* Selamat Hari Lahir ke - 2 ( pada 6 September) buat Arfah (anak saudara aku) yang kini berada di Melbourne Australia. Ni acik Wanie datang wish. Hadiah kalau nak minta pada ayah dan mama ok! Peluk cium acik dari Moscow.

Wednesday, September 3, 2008

Sambung cerita..

Assalamualaikum wbt.
Selepas sehari, baru boleh menulis. Hari ini penat sedikit sebab baru nak mula pergi kelas. Mana taknya, semalam baru sampai Moscow, unpacked barang sampai pukul berapa entah, lepas tu pergi bersihkan diri yang dah sehari tak mandi. Sebelum tu pergi jumpa groupmates tanya belajar apa untuk hari yang aku tak datang supaya aku boleh catch up balik lessons yang aku missed. Lepas mandi tu aku belajar la sikit untuk persediaan kelas hari ni. Tidur pun pukul 2 lebih tapi bangun pukul 5 pagi. Lepas tu sampai la ni tak tidur. Tadi ambil buku di library. Dah la buku tebal - tebal, 4 buah pula tu. Jadi aku dengan member aku sorang ni sampai nak patah tulang bahu mengangkut ilmu.. Sampai dah tak larat nak jalan, kami ambil cab saja dari depan library.

Sebenarnya bagi yang dah tahu cerita yang aku nak cerita pada entri lepas tu, ni ha sekarang aku nak cerita kepada sesiapa yang belum tahu lagi. Rumah aku kena pukul ribut la.. Habis atap genting tercabut dan berterbangan tapi tak lah jauh sangat. Jatuh tepi rumah je. Bahagian bumbung di tengah rumah berlubang. Boleh nampak dari jalan. Masa tu pukul 3 lebih petang. Aku tengah potong tempe sebab Emak nak buat sambal goreng supaya kakak aku boleh bawa balik rumah sewa dia. Lepas tu tiba - tiba je hujan turun dengan lebatnya, datang sekali dengan angin yang extra kuat sampai mampu menumbangkan sebatang pokok mempelam yang sedang berbuah dengan banyaknya. Masa tu lepas hujan memang kitorang boleh petik mempelam tu tanpa menjolok guna galah.. Haha..

Tak lama pokok mempelam tu tumbang, kitorang adik beradik yang masa tu ada berempat je campur Emak yang ada kat bilik dengar bunyi genting jatuh. Aku jerit la kat adik aku suruh matikan main suis elektrik supaya tiada arus elektrik mengalir bila terkena air nanti. Segala macam lap kitorang alas tempat yang bocor, segala macam baldi campur besen kitorang tadah supaya tak banyak yang membanjiri dalam rumah. Alhamdulillah masih ada ruang di tengah rumah yang tak terkena air. Jadi di situlah tempat kami solat supaya diberhentikan hujan dan di situ juga aku letak beg aku yang nak dibawa balik ke Moscow supaya tak basah.

Masa tu Abah di surau. Dia tengah tengok orang masak bubur lambuk sempena Ramadhan. Dah jadi pengerusi surau, kenalah pantau kerja anak buah kan.. Kebetulan Abah memang tak boleh balik sebab hujan lebat sangat dan Abah naik motor. Memang air parit depan rumah naik sampai banjir teruk. Selalunya tak banjir teruk pun. Tapi itulah yang terjadi.

Aku dengan kakak aku sibuk mengeluarkan air dari dalam rumah. Aku di bahagian bawah (ruang tamu), kakak aku di bahagian atas (bilik tidur atas kami adik beradik perempuan), dua orang adik lelaki aku di bahagian beranda rumah. Emak pula keluarkan air dari bilik tidurnya. Memang penat. Takut pun ada juga. Ye la, mana pernah mengalami kejadian seumpama tu seumur hidup aku. Tapi kena buat cool sebab kalau kelam kabut, apa pun tak boleh nak difikirkan dan dibuat.

Kejadian ni berlaku pada hari Isnin (1 September) yang mana malam tu sepatutnya aku kena bertolak ke KLIA bagi penerbangan ke Moscow pukul 2 pagi (2 September). Dalam pukul 7.15 malam kot baru selesai keluarkan air dari dalam rumah. Hendak masak untuk berbuka pun tak sempat. Hanya pesan pada kakak aku seorang lagi (Elin) untuk bawa makanan untuk berbuka. Kebetulan dia memang hendak balik rumah Klang dan terus stay untuk hantar aku ke KLIA.
Jadi oleh kerana kejadian ini berlaku, aku tak sempat hendak memaklumkan yang aku nak bertolak balik Moscow kepada kakak - kakak aku yang tak sempat nak balik jenguk aku. Kepada Watie dan Nana, maaf aku tak sempat bagitahu korang aku balik. Dan kepada Mia dan Kak Mija & family, bila baca entri ni, jangan risau sangat. Diorang yang kat rumah ok je semuanya. Sekarang tinggal nak cari orang betulkan rumah je.

Aku bersyukur kepada Allah SWT kerana:
* diturunkan hujan bukan pada waktu malam yang mana kitorang tengah tidur. Bila waktu siang, sempat juga kitorang buat apa yang patut.
* tiang elektrik depan rumah tak tumbang yang mana boleh membahayakan kami jika arus elektrik mengalir sekali dengan air banjir. Dan kalau ia tumbang, boleh sampai menghempap bahagian depan rumah kami.
* ada 2 orang adik lelaki aku kat rumah yang jadikan kitorang perempuan ni sedikit berani. Baru time ni aku nampak yang diorang ni sebenarnya boleh diharap.

Apa pun, Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.

Atas flight ke Dubai, aku tidur saja..

Nota : Gambar ada dalam handset, tapi tak ada USB nak masukkan gambar dalam laptop. Maaf ya..

Tuesday, September 2, 2008

Dari Dubai

Assalamualaikum wbt.

Syukur alhamdulillah dipanjatkan ke hadrat Allah SWT di atas segala nikmat yang diberikan kepada hambaNya di kala kesusahan..

Alhamdulillah, aku selamat berlepas dari Kuala Lumpur ke Moscow dan kini aku tengah duduk termenung di Dubai International Airport sambil menanti panggilan untuk ke pintu bagi penerbangan ke Moscow. Sekarang ni tengah berseorangan la ni. Tak ada siapa yang sudi temankan.. Cewah!!

Setelah apa yang terjadi, aku tetap memanjatkan kesyukuran yang tak terhingga kepada Allah SWT. Mahu tahu ke apa yang dah terjadi? Nampaknya aku tak boleh cerita sekarang. Tengah mamai baru lepas bangun tidur. Mana taknya, sepanjang perjalanan aku tidur saja.. Sampaikan makanan pun aku tak ambil. Nasib baik dia bagi lagi satu makanan untuk bersahur, kalau tak, pengsan pula aku. Semasa di KLIA pun aku masuk awal sebab aku nak bagi keluarga aku rehat. Kesian diorang, sudahlah flight aku lambat, kalau nak suruh mereka tunggu, tak sedap hati pula. Mereka hantar ke airport pun sudah cukup bagus.

Apa pun, terima kasih dan syukur Alhamdulillah yang tak terhingga hanya untuk Allah SWT. Semoga Ramadhan kali ini menjadikan kita hamba yang tinggi nilai sabarnya.