Pages

Showing posts with label syawal. Show all posts
Showing posts with label syawal. Show all posts

Sunday, October 5, 2008

Hadiah Aidilfitri 1429H : Studio 205



Assalamualaikum wbt.


Hari ini 205 telah pun menubuhkan satu agensi permodelan yang akan dikenali sebagai Agensi Model 205. Hanya terhad untuk ahli berdaftar sahaja. Cik Pengarah kita adalah .... Jeng.. Jeng.. Jeng.. Akan tahu di akhir iklan model ini. Memperkenalkan para model kita hari ini.



Cik Emy kita yang bersungguh memberi pose istimewa sempena Syawal.


Cik Hanim yang ayu mengenakan tudung ungu sedondon dengan bunga tabur bertanah putih.



Cik Fareena protege Saloma bak kata Cik Fatt. Manis bersimpuh, kan?


Senyum manis Cik Fatt. Ceria berbaju merah jambu.

Model kita paling vogue. Cik Siti. Pose macho nih. huhu.. Suka tengok cik model kita ni pakai ungu.




Entah apa yang diborakkan tu. Seronok nampaknya..



Hadiah Cik direktor buat Cik Siti. Kenangan kita moga sentiasa mekar. Adik beradik ni bagai apa ye? Nak kata pinang dibelah dua, langsung tak kena. Apa agaknya yang sesuai? Tak dapat difikirkan sekarang.

Terima kasih atas kerjasama kamu. Lain tahun kita tukar tema ok! Manis semua, ayu semua. Semua belum ada. Ada yang berkenan? Sila beri contact number.. Hahaha...



Dari Saya :


Cik Direktor yang tak bertauliah. Hadiah Aidilfitri buat Cik Siti dari Cik Direktor untuk Syawal 1429 H.




** Cik Siti kata mata Cik Direktor macam mata dicerlang. Apa maksudnya? Tanya Cik Siti. ^-^

Saturday, September 27, 2008

Rancangan Sebelum Raya

Assalamualaikum wbt.


Sekarang ni masih fresh lagi baru balik dari shopping untuk raya. Tau apa aku dapat untuk raya kali ini? Dapat jaket baru (atau lebih famous orang kenal dengan nama trench coat). Boleh guna untuk pergi beraya nanti. Dan ada lagi dua berita gembira. Satu, 1 Syawal (insyaAllah Selasa ni)nanti aku tak ada kelas! Boleh pergi solat raya. Yipee.. Last minute lecturer aku cakap lecture hari Selasa cancelled! Dua, keputusan test Topan aku lulus! Kalau tak lulus kena datang buat hari Selasa tu. Mood happy sangat!


Setelah seminggu aku tungkus lumus, hujung minggu kali ini aku rasa tenang sikit. Di baki Ramadhan ni, tiba - tiba aku ada rasa sedikit sayu. Sempat ke aku nak jumpa Ramadhan akan datang? Rancangan untuk Ramadhan kali ini, berusaha untuk berjaya.


Hari Isnin ni nak ke perpustakaan. Nak hantar buku. Itupun kalau sempat nak pergi lepas kelas. Harap - harap tak tutuplah perpustakaan tu. Kalaupun nak tutup, tunggu lepas aku hantar dan pinjam buku! Boleh ke macam tu? ;)


Tak sabar nak tunggu malam raya. Nak telefon rumah minta maaf untuk raya daripada family. Kena pastikan credit banyak. Kalau tak tersangkut - sangkut nanti nak minta maaf. Kalau tengah feeling tu, kang terbantut pula nanti. Hehe.. Lepas tu ada pula yang kata nak call dari Malaysia malam raya tu. Tapi tak harap sangat sebab tahu kalau telefon dari Malaysia mesti mahal. Aku nak call tak bagi, nak juga call ke sini. Kita tengoklah nanti macam mana!


Dan aku ni nak kata tunggu kad raya tak juga sebab memang tak ada pun yang menghantar. Kad dari Mia pun tak sampai lagi. Rusia ni memang semuanya lambat! Apa pun, ni aku nak bagi kad raya kat bawah ni pada semua orang. Kalau nak ambil, ambil. Kalau nak tengok je, tengok. Kalau tak sudi nak tengok pun tak apa. Tapi yang paling penting, di kesempatan ini, aku memang nak minta maaf andai sepanjang aku menulis ni, aku ada menyinggung perasaan sesiapa secara tidak sengaja. Ampun banyak - banyak. Walaupun orang kata lidah lebih tajam dari mata pedang, tapi kadang - kadang mata pena (atau dalam kes aku sekarang ni papan kekunci) ni lebih tajam dari lidah sebab kamu tak dengar aku cakap guna lidah kan? =)


Enjoy lagu raya naa.. Yang tengah buat biskut raya tu, jangan sampai hangit!



SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR BATIN