Pages

Wednesday, December 30, 2009

Kami Gadis Tetrad

Assalamualaikum wbt.

Tirai 2009 pun hampir ke penghujung. Aku pula secara rasminya sudah mula bercuti bermula hari ini. Cuti semester musim sejuk! Moscow pun mula memutih walaupun ada ura-ura Mayor Moscow mahu menjadikan Moscow tidak bersalji. Hurmm.. Kuasa Tuhan kan, siapa boleh lawan?

Hari ini kami bergelar Devushki s tetradyami (Gadis tetrad). Haha.. Kelakar bukan bunyi nya? Kenapa jadi macam tu? Hurmm... Pagi ini kami ke Ashan City membeli barang untuk satu program ni. Program ni akan berlangsung di Moscow selama 2 hari. Apakah program itu? Nantikan.. Hehee..

Untuk program tu, kami berdua (Aku dan Tikah) belilah tetrad (buku exercise)dalam kuantiti yang sangat banyak. Serupa macam nak buku bussiness kedai buku pula. Huhu.. Makcik-makcik kat situ la panggil kami macam tu. Kami beli pun bukan setakat buku saja, malahan benda-benda lain yang bakal diperlukan untuk program itu nanti.

Balik pula naik metro. Sampai senget-senget bahu aku memikul barang-barang tu semua. Tambah pula terlupa nak bawa sarung tangan (glove). Bertambah la sakit tangan aku. Nak suruh Tikah bawa banyak-banyak sangat pun, dia kecil saja. Aku yang besar ni la yang patut bawa lebih sikit. Konon macam kuat sangat la kan.. Hihihi..

Tapi akhirnya setelah beberapa kali berhenti untuk melegakan otot-otot bahu dan tangan, aku selamat juga sampai rumah. Alhamdulillah. =)

**Selamat Menyambut Tahun Baru 2010. Dan Selamat Tahun Baru Islam walaupun sudah dekat 2 minggu kita menyambutnya.

Friday, December 25, 2009

La Taghdhob

Assalamualaikum wbt.

عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ : أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : أَوْصِنِي. قَالَ:
لاَ تَغْضَبْ. فَرَدَّدَ مِرَارًا قَالَ: لاَ تَغْضَبْ )) رواه البخاري))


Daripada Abu Hurairah r.a.:
Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat.
Baginda bersabda: Janganlah
engkau marah.
Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali.
Baginda tetap bersabda: Janganlah

engkau marah.





Terubat rasa hati menghadiri majlis ilmu begitu. Dalam kekusutan nak periksa, hati ini terisi dengan sesuatu yang bermakna, melegakan dari gundah gulana. Mendengar pengisian ini buat aku terfikir, selama ini teruk sangatkah tahap kemarahan aku? Terdapat banyak riwayat yang mementiingkan tentang "Janganlah kamu marah" tapi mengapa aku masih boleh marah? Tak cukupkah pesanan kekasih Allah itu untuk aku sematkan dalam jiwa? Iya, aku tahu, aku ini manusia. Manusia memang fitrahnya ada perasaan marah. Tak kisahlah marah itu dalam bentuk terluah atau terpendam. Tapi ianya tetap marah bukan?

Tadi ada berbincang. Kalau terasa hati itu dikira marah jugakah? Pendapat mereka adalah marah. Cuma marah itu terpendam. Ramai manusia yang aku tengok suka menampakkan kemarahan mereka. Untuk orang mengetahui bahawa dia sedang marah. Dan apa yang Rasulullah ajar pada kita? Apabila marah hendaklah kamu duduk dan baring di muka bumi. Ataupun. berwudhuklah kerana marah itu datangnya dari syaitan. Syaitan itu asalnya dari api, dan api dapat dipadamkan dengan air. Apabila seseorang berasa marah, hendaklah dia berwudhuk.

Aku tak nak rasa marah. Pening lah marah-marah ni. Aku nak senyum dan gembira saja. Jadi aku sangat berharap kalau tiada orang yang boleh buat aku marah. Huhu.. Iya la, aku ni jenisnya kalau marah ke apa ke, bukan tak nak tunjuk, tapi aku tak suka tengok reaksi orang lain bila aku marah macam tu. Baik aku simpan sendiri, tiada orang pun yang kecil hati.

Imam Ghazali berkata, marah manusia ini ada beberapa macam. Pertama, cepat marah dan cepat reda. Kedua, lambat marah dan lambat reda. Ketiga lambat marah dan cepat reda. Yang ketiga inilah yang paling terpuji. Jadi aku masuk dalam golongan yang mana? Kena fikir semula ni.

Orang marah ini memang kita boleh nampak kemarahannya. Merah matanya dan naik urat lehernya. Jadi untuk tidak mempamerkan kemarahan, telanlah sifat marah itu supaya tidak terpampar di wajah.

Tapi orang kita, selagi tak mencarut atau menghembur kata-kata kesat, selagi itu tak puas. Tapi lepas itu baru menyesal. Menyesal kerana menyeburkan kata-kata yang kurang sedap didengar itu. Kalau aku sendiri aku tak berapa gemar mendengar perkataan sebegitu dituturkan. Kalaupun tak ditujukan pada aku, tapi aku tahu mesti orang yang kena sembut tu terguris hatinya.

Kita ini kena selaraskan taqwa kita kepada Allah dengan hubungan baik sesama manusia. Itulah maksud sebenar dan lengkapnya TAQWA. Taqwa kita tak lengkap kalau hanya sekadar taqwa kepada Allah tapi hubungan sesama manusia tiada. Dua benda ini harus seiring. Itu paling penting.

Aku sekadar berkongsi ilmu. Untuk peringatan diri sendiri juga.

**Ada orang pernah berkata, kalau kita mahu cari pasangan hidup, tengoklah keadaan ketika dia marah. Kerana itu adalah sifat sebenar yang ada dalam dirinya. Kalau boleh terima, maka buatlah keputusan.
**Baru beberapa hari post kat FB : Manusia yang kuat adalah manusia yang boleh menahan nafsu amarahnya.

Wednesday, December 16, 2009

Kesejukan Moscow

Assalamualaikum wbt.

Suhu di Moscow sudah mencapai bawah paras beku. Pengalaman bertolak ke kelas selepas Subuh memang menguji iman dalam jiwa. Kelas tu memerlukan masa lebih kurang 1 jam setengah untuk sampai. Jadi, pilihan terbaik, bertolak lepas Subuh, meredah kesejukan serendah -27'c!

Minggu lepas, pulang dari kelas semapt lagi bermain salji. Bergolek-golek dalam salji memang kerja gila! Haha.. Sampai merah-merah muka. Hahahaa...

Semalam mendengar tazkirah tentang Taubat. Terasa diri ini macam kuman di hadapan Allah. Walaupun Allah sentiasa terbuka dengan hambaNya, tapi kita sentiasa lupa untuk bertaubat kepadaNya. Aku tak berani nak cakap benda yang aku belum yakin untuk buat. Tapi, ini bukan bermaksud aku kena sentiasa berdiam dan tak menyampaikan apa yang aku patut buat. Dalam hati sentiasa takut, tapi luaran, selalu buat benda yang tak sepatutnya. Allah bagi banyak betul peluang pada kita tapi kita selalu tak rebut peluang tu. Kalau peluang sesama manusia, berebut-rebut betul kita nak rebut, tapi peluang yang Allah bagi, selalu saja kita lepaskan.

Hurmm.. Banyak benda yang terjadi dalam masa terdekat ni. Tapi dek kesibukan dengan kelas dan ujian, blog ni pun terbiar juga meniti kesibukan tuannya. Dah makin malas mahu menulis. Kerana ia mengambil masa. Dan masa tu aku perlukan untuk diri aku dan masa depan aku.

Aku tinggalkan kesejukan Moscow di sini. Moscow dengan putihnya. Moscow dengan bekunya. Tapi kita jangan sesekali mengeluh kerana syaitan sangat suka mengusik hati hamba Allah yang mengeluh. Mengeluh bawa kita jauh dari sifat bersyukur.

**Selamat Pengantin Baru untuk Abang Ajib (sepupu) yang melangsungkan perkahwinan dengan isterinya pada 11 Disember lepas. Semoga berbahagia. Yang ada gambar, upload cepat! Jangan upload muka korang je! =P
**Selamat Tahun Baru Hijarh semua. Pasang azam dan lakukan ia! Insyaallah. Kita akan berjaya.

Monday, November 30, 2009

Sukan Komuniti 2009

Assalamualaikum wbt.

Penatnya badan. Satu badan sakit-sakit. Ini semua dek kerana satu hari main tanpa berhenti semalam. Dari pagi sampai petang. Dari bola jaring sampailah futsal. Dari orang mula berjual, sampailah orang turunkan harga makanan.

Bangun pagi ini, mata dah tak boleh nak tutup dah, tapi badan pula sakit-sakit malas nak bangun. Hari ini tiada kelas. Esok pula kelas terakhir untuk rotation bulan ini. Rabu adalah hari pertama yang akan membuatkan aku sibuk sepanjang satu bulan sebelum bermulanya cuti semester musim sejuk.

Mengapa semalam aku main dari pagi sampai petang? Hurmm.. Semalam Kelab UMNO Moscow telah menganjurkan Sukan Komuniti (SUKOM) untuk tahun 2009. Aku sertai sukan bola jaring dan futsal. Sukan tu bermula jam 8.30 pagi jika mengikut jadual, dan berakhir dengan penyampaian medal kepada pemenang dalam jam 6 petang.

Antara sukan lain : bola keranjang, futsal lelaki dan dodgeball.

Apa yang menariknya SUKOM kali ini seperti SUKOM lepas, tempat solat disediakan oleh pihak penganjur dan promo tentang menutup aurat yang sangat-sangat ditekankan. Waktu solat juga ditampal di setiap penjuru pintu mengingatkan tentang kewajipan kita yang satu ini. Ye la, sukan itu sunat untuk menjaga kesihatan. Tapi kalau kita bersungguh melakukan yang sunat tapi mengabaikan yang wajib, tak ke mana juga kan?

**Gambar di sekitar SUKOM tu nantilah ye. Tapi kalau dah lama sangat, jadi basi pula kan? =P

Gambar masih belum tersedia lagi. Jadi entri kali ini tanpa gambar la. Hehee..

Saturday, November 28, 2009

Group 6

Assalamualaikum wbt.

Salam Aidil Adha dari kumpulan 6, Moscow Medical Academy.

**Spot me, can you? =)

Friday, November 27, 2009

Eid Adha

Assalamualaikum wbt.

Selamat hari raya aidiladha. Keadaan raya di Moscow ada sedikit berbeza dari tahun-tahun lepas. Tahun ini di kedutaan ada majlis menumbang 25 ekor kambing biri-biri bagi sesiapa yang mahu berniat aqiqah dan korban.

Aku tak mampu melihat keseluruhan proses penyembelihan sebab sejuk. Tapi ada jugalah tengok nya. Tak ada la takut macam masa kecil-kecil dahulu. Waktu kecil dulu, takut nak tengok orang kampung sembelih kambing sampai menangis-nangis. Tapi kali ini tidak lagi. Hehe..


Lepas tu kerja-kerja melapah didominasi oleh kaum Adam. Hurmm.. Kita yang perempuan ni tolong tengok je la. Kerja melapah tu dibuat di garaj kereta yang bertutup dan dah pun dipenuhi oleh mereka-mereka yang bersemangat waja dan tegar membuat kerja-kerja itu. Huhuhuu..


Tapi ada sedikit gambar yang hendak dikongsi. Ini je la yang aku sempat tangkap sebab kambing lebih dapat perhatian dari kamera aku ni. Maksudnya aku lebih suka kambing dari tangkap gambar. Huhuuhuu

**Selamat hari raya dari Moscow.
**Lama betul aku tak tulis kat sini kan? Hehehe

Sunday, November 15, 2009

Si kecil

Assalamualaikum wbt.

Monday, November 9, 2009

Miss her

Assalamualaikum wbt.

I am gonna miss this person. In Moscow, she is my mom, she is my friend.

Wednesday, November 4, 2009

Hari ini Cuti

Assalamualaikum wbt.

Hari ini cuti. Ni la masanya nak siapkan segala kerja sekolah (hahaa macam budak sekolah je siapkan kerja sekolah) . Alhamdulillah kerja sekolah pun dah siap. Sekarang ini aku baru memulakan cycle Therapy dan Surgery. Di samping tu, jadual aku juga diselitkan Philosophy and Medical History. Philosophy dan MedHis tu pening juga sebab dalam rusia dan term yang dibelajar pun agak memeningkan kepala. Hehehee

Hari ini terbangun lambat pula. Maklumlah cuti. Heheheee.. Nak telefon Malaysia tapi malas pula mahu pinjam telefon rumah orang lain. Hurmm telefon rumah sendiri rosak kan..

Semalam ada orang buzz kat ym (Asma la yang buzz =P) tanya macam mana belajar. Sebab dia kata tak cerita pun kat blog. Aku tak tahu lah sekarang ni kenapa malas sangat nak menulis dan tak tahu macam mana nak cerita tentang rotation aku kat sini. So far ok je pergi hospital, balik hospital =D

**Malam tadi aku mimpi aku pergi angkasa lepas. Ada peluangkah aku ni? =P

Tuesday, November 3, 2009

Philo Oh Philo!

Assalamualaikum wbt.

Baru sahaja selesai menunaikan tanggungjawab sebagai Muslim. Solat fardu Maghrib. Di sini, Maghrib masuk awal. Pukul 4.46 petang. Kalau di Malaysia, waktu itu barulah orang bersiap-siap untuk solat Asar. Tapi kami di sini kena sentiasa alert dengan waktu solat yang sering bertukar. Kalau lalai, ada kemungkinan untuk terlepas waktu solat.

Hari ini hampir saja Maghrib di kelas. Kelas apa? Kelas Philosophy. Hahahaa.. Kelas ini buat kepala aku pening sangat-sangat. Belajar dalam bahasa tempatan. Aku memang pening. Mujur cikgu tu lepaskan kami awal, katanya : Zaftra u nas praznik (esok kami ada perayaan - maksudnya cuti!). Hehee.. Maka kelas yang sepatutnya 4 jam, dipendekkan jadi 1 jam 30 minit. Seronok bukan? Seronok memang la seronok tapi sakit kepala pun dapat juga!

Aku pening la belajar Philo ni. Tak faham apa sebenarnya yang dia nak. Tulis je tapi satu apa pun tak difahami. Sebab tu kot dapat sakit kepala. Balik je, Alhamdulillah makanan dah tersedia, sekurang-kurangnya perut ni terisi juga. =P

**Dah hampir masuk musim sejuk. Latarbelakang blog pun dah bertukar rupa. Dah berusia sehari tapi mungkin ada orang masih tak perasan. Hurmm..

Monday, November 2, 2009

Winter is Coming

Assalamualaikum wbt.

Yeah, winter is coming! Eventhough Mayor of Moscow has promised that there will be no snow this winter, but I still love winter with a little bit suffer of coldness, its windy morning, with bear-like winter jacket and high boots! Oh, this will be my second last winter. Now, I will appreciate it to the maximum.

See you this winter with much more fun!

**Life with Sunnatullah is much much better than human rules.

Wednesday, October 28, 2009

Abah

Assalamualaikum wbt

Selamat hari lahir Abah. Semoga Abah sentiasa sihat walafiat. Wani selalu doakan Abah dengan Emak supaya sentiasa sihat dan berada di bawah lindungan dan rahmat Allah. Wak Denan rock! Hehehe..

Wani sayang Abah. Wani sayang Emak. Wani sayang semua.

Monday, October 26, 2009

Puteri Ayu

Assalamualaikum wbt.

Aku nak makan kuih ni! (T.T) Teringin sangat sangat. Ada sesiapa boleh tolong poskan tak? Tak pun buatkan ke =)

Sunday, October 25, 2009

Sedekah Jariah

Assalamualaikum wbt.

Bukan semua daripada kita ini pernah mengalami pengalaman yang benar-benar mengajar kita tentang erti kehidupan. Aku pernah mendengar cerita dari mereka yang pernah mengalami dugaan yang sebegitu besar dalam kehidupan ini sehinggakan mereka mempunyai persepsi yang tersendiri tentang sesuatu. Mengapa persepsi itu terjadi? Disebabkan pengalaman yang dialaminya dulu.

Ada satu cerita yang aku nak kongsikan. Tentang amalan sepanjang hayat. Amalan yang tak putus-putus pahalanya. Pasti ramai yang pernah mendengar tentang hadis ini:

Apabila mati seorang anak Adam itu, maka terputuslah segala amalannya melainkan 3 perkara : sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kedua ibu bapanya.

Kalau nak cerita tentang doa anak yang soleh, pasti sudah ramai yang mengetahui dan ramai juga yang melakukannya. Ilmu yang bermanfaat juga semua dah sedia maklum. Ilmu yang diperoleh dan diamalkan. Ilmu yang tak terhenti dan sentiasa diajarkan kepada orang lain. Tak rugi ilmu yang kita kongsikan kepada orang lain kan? Malah ilmu itu akan makin melekat dalam diri kita.

Kita tinggalkan cerita tentang anak soleh dan ilmu. Tapi aku nak kongsikan cerita tentang sedekah jariah. Tak ramai dari kita yang bercerita tentang sedekah jariah. Yang kita tahu hanya : Oh, senyum itu sedekah. Maka marilah kita selalu senyum! Hehe.. Bukan semua dari kita mampu untuk bersedekah dengan apa yang kita ada. Di sini aku bukan ingin mengutuk sesiapa, tapi aku ingin mengingatkan diri aku dan sesiapa yang berdekatan dan berjauhan tapi membaca hasil tulisan aku ini.

Aku ini tidak berharta sangat. Aku tahu rasa menjadi orang yang serba kekurangan. Tapi pengalaman aku ini tidak ada apa la sangat jika nak dibandingkan dengan pengalaman orang terapat dengan aku. Kisah pengalaman dia meniti kehidupan semata-mata ingin meneruskan keinginannya unutk belajar, pada aku sangat wajar untuk dijadikan tauladan. Semangatnya untuk belajar itu aku sangat kagum. Kesusahannya yang aku dengar dari ceritanya buat aku terharu. Keazamannya yang dia bawa itu buat aku terkedu. Jika nak dibandingkan usaha aku dengan usaha dia, usaha aku ni rasanya 2-3 % saja dari kesusahan yang dia tanggung dulu.

Kisahnya berkaitan dengan usahanya untuk memperoleh bantuan bagi menyambung pengajiannya dalam bidang perubatan. Cita-citanya besar untuk memenuhi tuntutan fardu kifayah ini. Usahanya tinggi untuk menjadikan cita-citanya itu suatu kenyataan. Tapi dulu, walau dia sangat layak (baca: sangat sangat layak) untuk menerima biasiswa dari J**, tapi permohonannya ditolak. Maka dia pun berusaha lagi mencari bantuan lain. Mencari jalan lain termasuk berjumpa dengan orang-orang yang padanya (sebenarnya pada kita pun) lebih berkemampuan untuk menyumbang sedikit hartanya untuk menampung perbelanjaan anak muda seorang ini menyambung pengajian. Senang kata orang berada la.

Jadi, bila dia usaha dan usaha, akhirnya Allah memudahkan jalannya. Sepanjang dia berusaha untuk memperoleh haknya untuk sambung belajar, banyak benar dugaan yang ditanggung. Contoh : dia pergi ke pejabat untuk bertemu dengan pegawai yang berkenaan, tapi pembantunya kata bosnya tiada, tetapi bila orang lain datang nak bincang pasal bisnes, boleh pula masuk ikut pintu belakang. Walhal, orang tu datang lagi lambat dari kawan aku ni. Itu baru satu. Masih ada la contoh lain tapi aku tak nak cerita. Satu contoh cukuplah. Pada aku, dia ni layak nak dapatkan hak dia tapi orang yang sepatutnya menguruskan perkara tersebut tidak menjalankan tanggungjawab dan amanahnya dengan baik.

Itu satu perangai orang yang sedikit berada ini yang aku kurang gemar. Bila satu perkara itu mendatangkan keuntung kepadanya dan ahli keluarganya, perkara itu menjadi benda utama bagi dia. Tapi jika tak berkaitan langsung dengan dia, macam-macam alasan hendak diberikan supaya dia terlepas dari situasi itu. Tapi aku tak maksudkan semua orang berada itu begitu. Aku sangat respek dengan orang kaya yang sangat merendah diri. Macam dalam cerita Nur Kasih. Alia itu kan dari keluarga yang kaya tapi sangat humble. Ibu bapanya juga begitu. Sekarang ini jarang benar kita jumpa orang kaya yang macam tu di Malaysia. Ada tu ada tapi tak ramai.

Tak apa jika kita kaya tapi kita salurkan sedikit kekayaan kita itu ke jalan yang baik. Contoh membantu orang lain yang dalam kesusahan. Orang yang dalam kesusahan itu bukan bermaksud orang miskin saja, atau orang yang tak cukup makan pakai. Orang yang ingin belajar juga orang yang susah. Kalau dulu kita tengok orang yang nak belajar agama saja dibantu oleh orang kampung, tapi zaman sekarang ni, ada juga yang bercita-cita tinggi tapi tak berkemampuan. Orang-orang beginilah yang kita perlu bantu. Bukan jadi orang berkemampuan tapi hanya pandai show off atau menunjuk-nunjuk saja. Maaf aku kurang berminat dengan orang-orang begini.

Pesan Emak, kalau nak cari orang jadi menantu Emak, tak payahlah cari yang kaya-kaya sangat. Cari yang biasa-biasa sudahlah. Kita pun bukan kaya sangat nak digandingkan dengan mereka. Asal kita tinggi akhlak, tinggi budi bahasa, itu lebih penting. Harta kita boleh cari, tapi budi bahasa kita kena lentur. Jadi antara syarat untuk jadi menantu Emak: Jangan kaya sangat! Hahahaa (tak berkaitan ok, sila abaikan)

Kenapa aku tiba-tiba berbicara tentang ini? Sebab sekarang ini aku merasa kesusahan mereka yang kurang berkemampuan. Ye la, sekarang ni kad bank aku tak boleh digunakan sebab masalah BSN yang aku sendiri kurang arif. Hanya pengguna-pengguna Kad Matrix saja yang menghadapi masalah begini. Sudahlah aku ini jauh di perantauan, masalah ini pula timbul, mana la aku tak rasa susah. Bukan tak ada duit, tapi tak boleh dikeluarkan. Kenapalah perlu ada masalah seperti ini? Haa.. Aku tahu : Supaya aku belajar jadi orang susah. Macam orang dulu-dulu.

Tapi satu prinsip aku yang Emak Abah ajar, jangan suka-suka pinjam duit orang lain. Kalau di rumah, minta saja pada Emak atau Abah, tapi dapat tak dapat tu belakang kira! Hahaaa..

Banyak dah aku tulis. Tapi harapnya pembaca yang berkemampuan itu, pesan aku jangan berlagak dan menunjuk. Jadilah orang yang humble. Keberlagakan kita itu akan mengguris hati ramai orang. Dan ingat, orang kaya lagi senang masuk syurga tapi ramai juga yang masuk neraka. Aku cakap bukan aku yakin aku masuk syurga. Aku sendiri banyak buat dosa tapi sekurang-kurangnya kita mengingatkan antara satu sama lain. Kita berkongsi cerita, kita berkongsi suka, kita berkongsi duka.

Aku tak cakap aku tak suka orang kaya atau aku sokong orang miskin. Aku tak berniat membandingkan antara pangkat dan harta. Di sisi Allah kita ini semuanya sama, yang membezakan antara kita hanyalah TAQWA kita. Aku kawan dengan semua orang. Aku suka kawan dengan semua orang. Tapi sikap sesetengah orang itu buat kita ini kadang-kadang rasa tidak selesa.

**Maaf kalau ada yang terasa dengan entri ini. Maaf dengan sangat.

Ahad dengan Tambah 1 jam

Assalamualaikum wbt.

Malam tadi aku sudah kepenatan lalu aku pun tertidur awal. Dan aku terlepas untuk melihat Moscow mengalami pertambahan satu jam menjadikan beza Moscow dan Malaysia adalah 5 jam. Selalunya aku akan menunggu tapi malam tadi sungguh keletihan. Mana taknya, pergi bershopping tak ingat dunia! Hehe.. Melepaskan penat di hujung minggu. Sudah lama rasanya tidak berehat dan mencuci mata di hujung minggu. Kelas sehingga Sabtu. Ahad sudah pastinya mahu berehat di rumah saja. Tapi bila kelas hari Sabtu sudah tiada, maka boleh la kita keluar hari Sabtu! Tapi window shoping je la. =)

Pagi tadi aku keluar ke Ashan City. Membeli barang dapur sedikit. Beras sudah kehabisan stok. Tapi disebabkan tak larat nak angkat banyak-banyak barang, beli beras 2 peket je =P Beli minyak sikit, bawang sikit, dan ada lain-lain barang sikit. Semua sikit-sikit.

Dah balik tu, aku pun makan la baki lauk semalam. Oh ya, semalam aku masak nasi lemak sambal lala. Tapi terPEDAS pula! Aku ni selalu la macam tu. Tak makan pedas tapi masak pedas-pedas. Hurm nak buat macam mana kan? Kena la tahan. Padan la muka siapa yang makan. Huhuhu.. Tapi tadi aku makan, tak adalah pedas sangat. Boleh la tahan. Hehee..

Lepas makan tu, aku tengok satu video futsal ni. Perlawanan yang aku terlepas minggu ni. Tapi baru satu perlawanan je aku tengok. Hehehee.. Tapi bila dah dapat video (siapa entah yang rakam) maka aku pun tengok la. Perlawanan futsal yang aku tengok tu adalah perlawanan antara favourite team aku =). Itu adalah sebahagian dari liga futsal Sechenov (akademi aku). Tapi bukan semua perlawanan aku tengok. Aku tengok favourite team aku je =P

Masa tengah tengok sorang-sorang tu, terjerit sana terjerit sini. Biasalah perempuan tengok bola kan emosional sikit =P Bila gol je, tepuk tangan sorang-sorang. Hahaaa macam orang tak betul. Huhu.. Dah la sorang-sorang.. Hurmm selalunya aku tak dapat pergi tengok perlawanan futsal tu sebab sibuk dengan kelas semua. Tapi mujur perlawanan tu tiap-tiap minggu, dan sekarang ni hujung minggu aku lapang sikit. Maka? Teng..teng.. teng..

Hurmm.. Dah lama rupanya aku tak menulis kat sini kan. Orang yang membaca pun dah makin kurang je. Tak apalah, bukan tak nak tulis, tapi sangat-sangat sibuk. Sekarang ni ok sikit la. Biasalah belajar ni kita sendiri tak tahu bila masa kita sibuk, bila masa kita lapang. Tapi satu benda kita kena ingat : Ingat 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara.


**My favourite team : Legend. My favourite keeper : Shhh.. Hahahahaa
**Selamat Hari Lahir untuk Watie kakak aku yang baru lepas lahirkan seorang puteri tapi sebulan yang lepas =P

Wednesday, October 14, 2009

Geram

Assalamualaikum wbt.

Ada ke plastik sampah yang masih belum penuh disuruh buang? Rugi la ruang dalam plastik tu. Sekarang ni dah la plastik sampah mahal. Kalau ye pun mahu cari salah kami ni, tak payah la ada-ada kan benda yang tak ada. Hish, geram pula dengan mama hostel ni. Ni gara-gara makcik cleaner yang melapor keadaan dapur kitorang. Hanya kerana terletak oven atas lantai (tapi bawah meja seperti jiran aku buat) dia bising-bising. Jiran tu dia tak bising pula. Geram aku.

Jiran tu lagi la. Sampah penuh kot kat dapur, tapi tak sound pun. Mentang-mentang kita ni inostranets (foreigner), main suruh-suruh je. Kalau suruh benda logik tu, boleh la diterima.

**Maaf la meluah di sini. Berapi dah dengan mama hostel yang satu tu. Mama yang sound KS dan Pena ketuk-ketuk rak malam tu.

Thursday, October 8, 2009

...

Saya selesema cikgu!

Saturday, October 3, 2009

Hati bersihlah.

Assalamualaikum wbt.

Mendengar musibah yang melanda saudara kita di Padang Indonesia, buat aku jadi sayu. Teman seperjuangan yang sedang menuntut ilmu di sana juga harus pulang ke Malaysia. Baca suratkhabar Utusan sambil mata terbeliak membaca perkhabaran itu. Astaghfirullah. Kuasa Allah sekelip mata saja terjadi jika Dia berkehendakkan begitu. Sekilas pandangan kadang-kadang buat kita tak percaya bangunan yang awalnya berdiri teguh, ranap disebabkan gempa.

Alhamdulillah aku dan teman di sini masih berpeluang menuntut ilmu fardu kifayah ini. Bila berlaku begini, buatkan aku takut untuk main-main ketika belajar. Tambah lagi mendengar perkongsian pengalaman dari senior-senior yang sudah mula berkhidmat sebagai houseman di hospital. Lagi buat aku bertambah berdebar meniti tahun-tahun akhir aku di Moscow ni.

Kisah gempa Bumi di sana dan siri lain di tempat-tempat lain membuat aku terfikir, Allah mahu memberi peringatan ni. Aku saja yang tak mahu beringat. Degil, keras kepala. Ilmu di dada hanya sedikit, tapi berlagak seperti tahu semua benda. Iman di dada hanya secebis tapi berlagak baik seperti dialah yang paling bersih hatinya. Dan aku juga tersedar, aku ini hanya biasa saja. Iman di hati mudah benar goyah. Seperti bangunan yang tiada tiang serinya. Seperti rumah yang tiada pacak besi sebagai asasnya.

Terasa diri aku ini amat kotor. Pada luarnya kelihatan bersih pakaiannya, kemas tudungnya, tapi di dalamnya hati rasa amat tercela akhlaknya, sudah bersemak samun. Tuan badannya tiada sabit dan tidak ada usaha untuk mencari sabit untuk menebas lalang-lalang kekotoran dari tumbuh meliar di dalam hati. Ya Allah, ampuni hati ini Ya Rabb.

**Terimalah amalanku Ya Rabb. Terima kasih Ya Allah dan ampunkanlah aku Ya Rabb Izzati.
**Tiba-tiba teringat lagu sound track cerita Aqso dan Madina kat tv9 tu.
**Tahniah untuk Ain Najwa Badrulamin yang selamat dinikahkan kepada suaminya semalam dan majlis di rumahnya berlangsung hari ini. Semoga berbahagia di samping suami dan keluarga tersayang sehingga akhir hayat insyaAllah

Wednesday, September 30, 2009

Nobody

Assalamualaikum wbt.

Aku tak tahu lah apa pasal dengan aku sekarang ni. Hehe.. Tadi pergi layan lagu No Body dari Wondergirls tu. Ni gara-gara pergi tengok dalam blog Pena ada lagu Gee. Hehe.. Salahkan Pena plak. Kalau dulu masa lagu No Body tengah meletup, hari-hari dok dengar lagu tu. Kiranya macam berhantu la lagu tu, sekali dengar, tak boleh lupa. Hish.. Apa la nak jadi. Kikiki..

Tapi sekarang ni pening pula bila dengar balik. Kiranya hantu dah tak rasuk dah.

**Bila dengar lagu Korea ni, teringat masa kita berada di sana dulu-dulu.. DI kalangan orang dia pun, terasa macam berlakon drama!

Saturday, September 26, 2009

Aku Update

Assalamualaikum wbt.

Sekarang ni aku tengah menunggu orang untuk sama-sama pergi hypermarket beli barang. Sementara tu aku update la blog aku yang dah nak bersarang ni ha. Lepas seminggu berhari raya (tapi tak raya pun), kena bertungkus lumus untuk belajar balik. Mana la raya sangat pun. Kat sini sehari je la raya. Tapi aku pakai baju kurung aka baju raya sepanjang minggu =)

Minggu ni kerjanya asyik makan kuih raya tapi kuihnya tak habis-habis. Banyak betul jenisnya. Tapi aku suka! Sangat suka!

Kelamarin junior tahun pertama sudah sampai ke Moscow. Tapi junior Selangor tak ada pun. Selangor dah tak hantar pelajar baru ke sini. Batch terakhir adalah batch yang sekarang sudah jadi tahun 3. Tak apalah, biar sikit, tapi kualitinya ada. Pelajar tajaan lain pun tak kurang hebat. Masing-masing membawa nama agama dan Malaysia di sini. Kalau bagus, baguslah nama itu, kalau tidak, memalukan saja. Jadi kami di sini kena sentiasa ingatlah =)

Semalam aku balik rumah sudah lambat. Perut pula penuh. Alih-alih tertidur duduk pula! Punyalah tak nak baring lepas makan tapi nak tidur.. Apa punya kes la aku ni.. Hahahahaa..

Tapi aku raya kat sini tetap tak puas hati, sebab:
1. TV3 terlalu beraya sangat sampai tak tayangkan Nur Kasih pun! Sudah-sudah la tu beraya. Raya 3 hari cukup la.
2. Tak dapat join budak-budak Sambest batch 2004 pergi beraya. Waaaa T.T
3. Tak dapat duit raya tapi dapat baju raya :D

Monday, September 21, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2009

Assalamualaikum wbt.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin. Gambar malas nak upload dan malas nak menulis la. Tengok je la gambar ek. Lagi seronok =)


Thursday, September 17, 2009

Aidilfitri 1430h

Assalamualaikum wbt.

Selamat Hari Raya buat semua yang kenal aku. Buat keluarga yang sangat tersayang dan cinta. Buat adik beradik yang sangat dirindui. Buat anak-anak saudara yang comel-comel dan ada sedikit aktif. Buat teman-teman yang aku pernah kirimkan kad raya melalui pos, tapi tahun ni tak hantar la ek, sibuk sangat. Khas untuk Emak dan Abah, Wani mohon ampun dan maaf, rasa macam nak balik raya tapi tiket kapal terbang tak buat offer untuk raya la pulak! Kalau tak, dah lama tercongok dengan pintu rumah. huhu.. Buat Kak Mija dan keluarga yang macam sibuk berjual kuih-muih =). Buat Mia yang kena tinggal sebab kawan-kawan dia balik =P. Buat Nana dengan Meen yang mesti bakal sibuk menolong Emak merebus lontong dan memasak untuk raya ni, sebab dah sah-sah anak bujang Emak yang dua orang tu tak masuk dapur! Buat Kak Idah dan keluarga, Elin dan keluarga serta Watie dan keluarga. Buat Mamat dengan Atha yang panjang melampai tu, tak reti-reti nak tolong kemas rumah? Huhuhuuu.. Sawang-sawang kat rumah tu tolong bersihkan ok!

Buat kawan-kawan kat Moscow, Malaysia dan di mana saja, salam aidilfitri buat semua. Terutama kawan-kawan Sambest yang baru je semalam berkumpul dan berbuka sama-sama. Aku jeles la dengan korang! Jeles sebab tak dapat menghadirkan diri. Kalau tak, mesti seronok jumpa kawan lama. Buat Asma, Amna, dan semua kawan-kawan oversea yang dapat balik beraya, tahniah diucapkan! =)

Buat Dr Orked (huhu..) yang dah pun mula bertugas, selamat menunaikan kewajipan dan tanggungjawab. Kita tahun ni serupa la. Tak berapa raya sangat. Hehee..

Buat teman-teman Blogger.com, teman-teman Plurk.com, dan semua pembaca blog ini sama ada yang baru sampai atau dah jadi pembaca tetap, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga penulisan aku di sini tak menyinggung perasaan mana-mana pihak la ek.

Dengan ini, aku sediakan kad raya kat atas tu untuk semua. Sebab tangan penat sangat nak tulis satu-satu untuk bagi pada semua. =)

Selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Maaf untuk semua kesilapan dalam sedar atau luar sedar. Semoga aidilfitri kali ini membawa kegembiraan di samping tidak melakukan pembaziran dan silaturrahim dieratkan =)

Tuesday, September 15, 2009

Kelima Ramadhan

Assalamualaikum wbt.

Sekarang ni dengan khidmat internet yang sudah kembali ok, tiap-tiap petang lepas balik dari kelas dan lepas solat, aku mesti duduk bersila di depan laptop tengok satu cerita melayu ni. Tajuk dia Pertama Ramadhan Datang Lagi. Ramadhan lepas pun aku ikut cerita ni. Kan aku ni ratu cerita melayu, nak buat macam mana lagi kan. Tapi aku tak tahu sejauh mana kamu-kamu ni ikut cerita tu. Ni aku nak cerita sikit la ek pasal cerita tu.

Seorang lelaki, Hakim yang kematian isteri, mempunyai 2 orang anak, mengambil seorang gadis, Mila sebagai isteri barunya. Tapi yang si Mila ni masih belajar, menyambung masternya. Nak dijadikan cerita mereka ini berkahwin dan selepas berumah tangga, Mila masih menyambung pengajian Masternya. Tapi dalam cerita ini, Mila sangatlah sibuk belajar sehingga lewat malam, dan Hakim yang terpaksa menguruskan anak-anaknya ketika bulan Ramadhan. Tujuan asal Hakim mengambil Mila sebagai isteri supaya kehidupannya lebih teratur dan Mila boleh menolongnya mengurus rumah tangga, tapi yang terjadi sebaliknya. Hakim masih sibuk jua, dengan kerjanya sebagai pensyarah lagi, dan balik rumah kena mengurus anak-anak. Mujur anak-anaknya faham susah senang ayah mereka.

Tapi betul ke susah kalau berumah tangga sewaktu masih belajar? Aku tengok cerita tu, Mila tu sangat sibuk belajar, kalah orang lain. Itu buat aku terfikir, betul ke betul-betul sibuk macam tu? Nasib baik Hakim tu memahami orangnya.

Kat Moscow ni ada ramai kot yang dah kahwin sewaktu mereka masih belajar. Tapi tu semua senior aku la. Batch aku tak ada lagi. Tapi cerita tu memang buat aku terfikir tentang kesibukan dan komitmen.

Kalau cerita tu Pertama Ramadhan, aku pula Kelima Ramadhan =) Cuma hari tu aku dah sempat berpuasa seminggu di Malaysia. =)

**Tadi telefon Dr. Lewat juga Dr tidur ek? Hehe.. harap yang terbaik je untuk Dr. =)
**Hari ini asyik terfikir-fikir dan bermuhasabah je. Membuat penilaian diri ketika Ramadhan ni. Iman aku ni sama je ke, makin kurang ke atau ada bertambah? Harapnya ada bertambah la walaupun sikit.
**Anak saudara aku yang ke-10 bernama Nur Hasya Auni Qaisara Bt Baharuddin.

Sunday, September 13, 2009

Terjemah buku

Assalamualaikum wbt.

3 jam setengah menterjemah satu topik dalam Paediatric ni memang menduga kesabaran. Inilah salah satu cabaran belajar dalam bahasa selain daripada bahasa inggeris. Tapi bukan tak nak guna buku bahasa inggeris, tapi kalau diterangkan dalam bahasa tempatan, ianya lebih terang dan jelas dengan kehendak soalan. Kadang tu, guna juga buku English tapi untuk bersedia sebelum kelas, aku lebih suka menggunakan buku yang dibeli di kedai buku universiti dan nota senior. Lebih membantu huhu..

Tapi inilah sebabnya kadang tu tak tahan nak habiskan dalam masa yang cepat. Tapi pagi ni je alhamdulillah aku berjaya juga la membaca satu topik. Lepas ni nak solat Zuhur dan sambung topik kedua. Harapnya berjaya la aku. huhu..

Subjek Paediatric ni sangat menarik. Bila baca pasal budak-budak ni, teringat semua anak saudara aku yang kat Malaysia dan Australia tu. Rupanya dah 10 dah anak saudara aku. Yang terbaru tu baru je selamat dilahirkan 2 minggu lepas kot kalau aku tak silap. Hehe.. apa punya makcik la aku ni..

**Background baru tukar. Saja tukar angin. Warna merah jambu terlalu feminin pula =)
**Senangnya dalam hati.. (konon tengah menyanyi lagu Madu Tiga oleh P Ramlee)
**Jangan lupa banyakkan amal ok. Ada orang pesan kat aku, dan aku pesan kat kamu semua. Dah nak habis Ramadhan dah ni..

Friday, September 4, 2009

Dugaan Ramadhan

Assalamualaikum wbt.

Memang betul-betul dugaan. Atau ini disebabkan ketiadaan KS maka semua benda pun nak mogok rindu? Adeh, pening kepala melayan semua ini. Ye la, mana taknya, baru seminggu naik cuti semester, dapur pula tak hidup. Nak kata tiada elektrik, bilik pula terang benderang. Lepas tu, periuk nasi pula yang tertonggeng ke bawah. Habis nasi yang sedang ditanak bertaburan atas lantai. Dah la nasi tu belum masak sangat, setengah masak je. Dah la masa tu nak masuk waktu berbuka puasa. Terus sajalah kemas satu dapur. Fuuhh dugaan, dugaan.

Tambah pula sekarang ni internet jadi tak berapa betul. Kejap-kejap tak boleh connect. Lepas tu, kalau boleh pun, hanya sesetengah laman web je boleh buka. Nak tengok Nur Kasih pun tersangkut-sangkut =P

Tapi itu apalah sangat dugaannya jika nak dibandingkan dengan ujian yang menimpa rakyat Palestin yang berjuang menegakkan agama Allah di bumi sendiri. Di dalam Ramadhan lagi. Subhanallah. Aku bersyukur kepadaMu Ya Allah kerana Kau mengurniakan rahmat Ramadhan ini. Terima kasih Allah.

Wednesday, September 2, 2009

Barang Dari Malaysia

Assalamualaikum wbt.

Sebenarnya kan, setiap tahun, kalau sekembalinya dari Malaysia, pasti beg aku penuh dengan barang makanan. Untuk stok setahun! Barang yang wajib ada adalah:

-Kicap
-Sos cili
-Cili api
-Serai + Daun limau purut + Bunga kantan
-Serbuk belacan, perencah segera
-Pati ayam, pati tomyam
-Bihun
-Maggi
-Kerepek (tahun ni je bawa 2kg!)
-Kuih raya (Hehehe maklumlah, raya kat moscow!)
-Sambal goreng buatan Emak
-Bekalan Panadol
-Cili kering/Serbuk cili
-Rempah ratus (bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga,etc)
-Asam jawa

Tapi tahun ni, disebabkan Emirates Airline berbaik hati menaikkan kadar keberatan beg kepada 30 kg, maka aku telah menambah barang makanan. Kiranya macam nak pecah beg aku mengangkut barang-barang tu termasuk baju-baju sikit. Yang tambahan tu adalah : Lengkuas, kerisik, ketumbar, jintan manis/putih, pek segera Berahim (untuk kegunaan di masa-masa kecemasan =P). Kalaulah aku boleh bawa semua barang dari Malaysia, bagusnya la..

Biasanya beberapa hari sebelum balik tu, aku akan berada di luar rumah dan memetik daun limau purut dari pokok Emak, serai dari rumpun tepi semak, lengkuas dari pokok lengkuas tepi pokok limau purut dan bunga kantan dari kebun. Jimat kan? Tak payah beli-beli. Itulah kelebihan duduk kampung macam aku. Tapi sekarang kalau duduk bandar pun masih boleh bercucuk tanam serai tepi rumah juga kan? Cuma nak tak nak je =)

**Yang paling penting, BAJU RAYA! Walaupun tak dapat raya kat Malaysia, baju raya tetap kena ada! Tak boleh tidak =)
**Terasa macam nak kongsi je halaman rumah aku dengan pembaca. Halaman rumah yang penuh dengan tanaman yang pelbagai.

Hari kedua bergelar Tahun 5.

Assalamualaikum wbt.

Hari ini hari kedua bergelar tahun 5. Semalam aku masuk kelas untuk hari pertama. Kelas Paediatrics dan Psychiatry. Setakat ini masih ok tapi tak boleh nak kata apa-apa lagi sebab masih awal. Harapnya akan ok selamanya la. Tapi usaha tetap kena ada. Usaha kan tangga kejayaan. Allah pun suka hambaNya yang berusaha, kan?

Hari ini rancangannya hendak menyudahkan hal visa yang leceh itu. Kena keluar awal la pagi ini. Tapi tak apa, siap lambat sikit sebab tadi aku dah mandi. Hehe baru satu hari mandi awal, dah kecoh. Huhu..

Cerita hari ini akan diceritakanlah insyaAllah. Itupun kalau aku tak sibuk. Rasa macam sibuk sebab material yang kena baca adalah banyak ok! =)

**Just put negative things aside. And the happiness will come forward.

Tuesday, September 1, 2009

Adik Beradik

Assalamualaikum wbt.

Ni gambar kami adik beradik. Jejak kasih sampai ke Aussie. Hahahaa..


**Dari kiri: Arfah, Kak Mija, Mia, aku.
**I am off to hospital.

Serupa Muka kah?

Assalamualaikum wbt.

Masa cuti hari tu kan aku pergi melawat Australia tapi aku tak sempat pula nak cerita. Ni meh aku nak cerita sikit. Aku singgah tempat Kak Mija di Melbourne dan Mia di Adelaide. Kisah aku di Adelaide aku ingin kongsi. Aku ada seorang adik di sana. Tapi rasanya semua orang dah tau kot =P Namanya Shafnah. Panggil Mia. Kiranya dalam dua tahun lebih kot aku tak jumpa dia. Mana takya, dia cuti, aku tak cuti. Begitulah sebaliknya. Jadi lama dah tak borak dengan dia. Bila sampai je rumah dia, tengok dia masih lampai, kiranya masih Mia yang dulu la. Hahaha.. Jadi aku dengan Fatt dan Pena ni buatlah kawan-kawan dia macam kawan-kawan kitorang. Borak macam biasa.

Tapi yang peliknya, kawan-kawan dia selalu cakap, aku ni sebijik macam Mia. Ayatnya lebih kurang macam ni: Soo Shafnah! Hahaa.. Aku pun balas lah balik: Apa yang sama? Kawan dia: Semua! Cakapnya, gayanya, semua. Muka pun lebih kurang.

Jadi yang aku pelik, betulkah begitu serupa? Tapi sudah tentu ketinggian tu memang tak serupa. Sebab aku pendek. Huhuhu.. Dan lagi satu di Adelaide, antara mereka ini, semuanya kenal satu sama lain. Jadi, satu hari ni aku, Fatt, Pena dan Mia ni pergi la jalan-jalan kat Central Market. Dalam perjalanan, singgah satu kedai Bubble Tea kot. Sementara Mia tengah membeli, aku tengok-tengok la jalan. Sekali ternampak kawan aku. Kawan lama. Namanya Athirah Suboh. Dia kawan sekolah aku (duduk sebelah lagi) masa tingkatan 2. Aku cam sangat muka dia. Jadi aku laung la nama dia. Dia toleh. Dia tenungnya muka aku, dan perbualan bermula:

Athirah: eh, awak. Tapi, eh, bukan..
Aku: Ko tak kenal aku?

*Dan waktu tu adik aku pun siap beli dan pergi kat tempat yang aku jumpa Athirah tu*

Athirah: Laa, ko. Aku ingatkan Shafnah tadi. Tu sebab tengok dua kali. Rasanya macam Shafnah tapi macam bukan.
Aku: Hehe..

*Perbualan berterusan tentang pengalaman masing-masing*

Jadi, aku nak kamu tengok betul ke muka kami ni serupa? Dah tanya beberapa orang, diorang semua kat ada la serupanya, tapi tak tahu tuan punya badan percaya ke tak. Hehehe..



**Sekarang gambar ni dah jadi latarbelakang di Desktop. Nilailah ye.
**Dua orang budak kecil tu la anak saudara aku yang kat Melbourne. Anak Kak Mija, Anis dan Aina =)

Hari pertama bergelar Tahun 5.

Assalamualaikum wbt.

Tak tahu la kenapa aku tak boleh tidur malam tadi. Dan hari ini bangun awal pula. Hai.. Mata sudah la mengantuk tapi tak mahu lelap. Beg sekolah sudah siap dikemas malam tadi. Cuma kot putih saja belum bergosok. Ingat mahu gosok pagi ini.

Semoga pagi ini segalanya berjalan dengan lancar. Amiin.

**Asbahna wa asbahl mulku lillahi la syariikalah. Laa ilaha illahu wailaihin nusyur..

Monday, August 31, 2009

Moscow 2009-2010 (Hari Kedua)

Assalamualaikum wbt.

Esok hari pertama bergelar pelajar tahun 5. Tak tahu macam mana gayanya. Layan je la. Tapi sekarang ni visa dengan registration dengan universiti pun belum selesai. Rasa kecewa sikit la tadi. Dah masuk dah dalam bilik tu untuk daftar, tapi dia suruh balik dan disuruh datang pula esok pagi. Aku rasa aku buat muka kecewa tadi. Memang kecewa pun. Lagi sikit je tapi sebab dah pukul 5, tu yang dia tak dapat teruskan tu.

Sekarang pendaftaran visa dah dibina kaunter. Walaupun masih kena berhimpit, tapi tak payah nak naik atas, beratur kat ruangan kecil tu. Kaunter tu ikut tahun, berbeza dengan tahun-tahun lepas. Hurmm, tapi orang Rusia tetap dengan kelambatannya. Nak buat macam mana lagi.. Layan je la.

**Baru sampai Moscow semalam. Berbuka pun seorang diri je. Ni internet baru bayar, baru la dapat online. Semalam tak berinternet pun..

Saturday, August 29, 2009

Rumusan sebelum balik

Assalamualaikum wbt.

Maka dah tiba la masanya untuk kita terbang balik Moscow. Adeh, raya lagi kat sana (doh). maka di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang membuatkan cuti aku kali ini amat bermakna. Mereka adalah:

1. Ahli keluarga aku sendiri (mestilah! Dah aku balik rumah mak aku, dah sah-sah keluarga aku ada!)
2. Semua kawan aku yang dah banyak tolong aku menyudahkan hal visa dan sijil aku yang melecehkan itu. Yang kena pergi Russian Embassy, yang dah aku tumpang keretanya, yang dah aku tumpang rumahnya..
3. Semua warga PUSRAWI yang banyak membantu sepanjang aku buat praktikal di sana, dan teman yang buat praktikal sekali dengan aku (Fatt, Miza, Dod)
4. Semua teman dan adik beradik yang berada di Australia (Kak Mija, Kamal Hadi, Odd, Iza, Farah, Izzy dan kawan-kawan, Mia dan rakan-rakan juga, Paim)
5. Kawan aku yang seorang ni yang sempat aku jumpa walaupun 2-3 hari sebelum aku terbang balik = Asma. Dan yang dalam telefon juga = Che Pah.
6. Thanks alot to my RT. You helped me alot.

**Terma kasih, cuti aku kali ini penuh sangat-sangat. Love you guys~!
**Harapnya tahun kelima ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Amiin

Friday, August 14, 2009

Fresh From OZ

Assalamualaikum wbt.

Minta maaf sangat-sangat kepada semua pembaca (macam ramai sangat je pembaca blog ni haha) sebab lama benar tak update. Sekarang ni aku berada di Australia melawat kakak dengan adik aku. Lama dah tak jumpa ni, maka aku la yang bergerak jumpa sebab tengah cuti. Plannya dah lama, sebulan lebih yang lepas. Memang aku susun plan ni supaya fit dengan waktu cuti aku. Praktikal buat awal-awal supaya dah nak balik nanti, tak risau-risau dah =)

Sekarang berada di rumah Mia di Adelaide. Minggu lepas turun kat Melbourne dari KL, rumah Kak Mija. Tour satu OZ la ni lebih kurang. Dari Melbourne - Sydney - Brisbane (termasuk Gold Coast) - Adelaide - Melbourne. Tapi memang jimat habis la. No shopping. Tapi nasib baik la bukan mood shopping pun, so ok la =)

Gambar tak boleh nak upload lagi sebab banyak kat kamera orang lain. Pen drive pun tak bawa, memang bijak la ek. huhu.. Cuma aku bagitahu je keadaan semasa aku sekarang.

Lagi dua minggu lepas balik dari Melbourne, dah kena terbang balik Moscow pula. Adeh, kena struggle betul-betul. Tak nak leka-leka dah, lagi dua tahun nak habis. Kena belajar betul-betul :)

**Yeah, Asma dah balik. Ko tunggu aku balik, then kita jumpa ok! Aku jumpa Paim kat sini =)

Tuesday, July 28, 2009

Selepas Sebulan

assalamualaikum wbt.

Hampir sebulan tak tulis apa-apa di sini. Cerita terbaru. Rumah aku hampir terbakar! Ini semua dek kerana bekalan api terputus dan kebakaran sedang-sedang itu berlaku berpunca dari lilin. Dan kejadian itu menyebabkan microwave kami terbakar teruk, dan memujuk kami supaya membeli yang baru =)

Kejadian tu berlaku malam semalam. Malam tu aku dengan Nana kat dalam rumah. Emak dan Abah pula berada di luar rumah. Panas katanya kalau berada dalam rumah. Dalam pukul 11 tu, Abah masuk semula ke dalam rumah dan terus ke dapur. Tiba-tiba aku dengan Nana ni dengar Abah menjerit Terbakar! Kitorang pun terkejut lalu lari terus ke dapur. Abah dengan pantas menyiram air. Masa tu api dah tinggi membakar bahagian atas microwave dan menjulang mencecah siling. Bagi ahli keluarga aku, dorang tau la betapa tinggi siling dapur rumah aku tu, dan api tu mencecah siling.

Tak lama lepas tu, bekalan elektrik pun hidup. Tapi rumah aku habis berjelaga semuanya. Dari dapur, meja makan, lantai sehingga ke ruang tamu. Bilik aku pun lantainya berjelaga sebab letaknya dekat dengan dapur tapi malam tadi aku tak sedar menyebabkan aku dengan selambanya tidur bersama jelaga! Bangun tidur je, satu muka dengan tangan kaki semuanya hitam kesan jelaga. Rasa macam dilumur dengan arang!

Pagi esoknya (semalam) kami semua bergotong royong mengemas, menyapu dan mengemop semua lantai. Aku mop siap dengan Clorox! huhu.. Tapi balik-balik kotor semula.. Mana tak penat kalau dah lap, tapi kotor semula..

Ni maknanya aku kena kerja walaupun masa cuti!

**Hati tak senang tapi sabar itukan sebahagian daripada Iman..

Saturday, June 27, 2009

Dari Dungun

Assalamualaikum wbt.

Lokasi: Dungun, Terengganu
Masa: 12.02 pm

Nota pendek dari penulis. Kami kini berada di Dungun Terengganu dan akan bergerak ke Kuala Terengganu mungkin selepas ini. Kenapa kami berada di sini? Menghantar adik bujang aku yang bongsu seorang itu mendaftar sebagai mahasiswa UiTM cawangan Dungun. Tapi aku tak sempat nak menulis panjang, sebab tak ada masa. Cuma yang aku suka kat sini, tempatnya dekat dengan pantai dan aku terkilan satu, tak dapat nak tengok matahari terbit sebab keluar rumah lambat. huhu




**Nak ucap tahniah pada Kak Falin sempena hari perkahwinannya dan Wani minta maaf banyak-banyak tak dapat hadir perkahwinan akak. Wani doakan akak bahagia dengan keluarga dunia dan akhirat =)

**Lepas ni lagi lama la aku tak update blog ni. Salam dari Dungun, Terengganu Darul Iman.

Monday, June 22, 2009

Dubai

Assalamualaikum wbt.

Short review from Dubai. Nothing much to say but Dubai is super hot. =) Nice treat nice journey. Alhamdulillah.





**Malaysia, here I come! Thanks alot to En Rahman and family. Being in Dubai is such an unforgettable memory for me.

Friday, June 19, 2009

Aktiviti hari semalam

Assalamualaikum wbt.

Pekena laksa Penang yang dihangatkan semula bersama sirap limau panas di malam hari memang menyelerakan. Padahal lepas ni nak menidurkan diri. Habislah usaha mahu mengecilkan badan untuk pulang ke Malaysia hancur. Ye la, kalau kecilkan badan, bila sampai Malaysia nanti, dapatlah menyumbat banyak sikit. Itulah yang aku selalu buat setiap kali pulang. Nanti Emak dengan Abah jangan terkejut pula tengok Wani kat airport ok. Huhuu..

Tadi baru habis kemas sebahagian barang yang nak dibawa balik. Yang aku kemas tu hanyalah beg besar yang akan di'check-in'kan. Yang tak kemas lagi tu ha, beg yang nak diheret-heret ke sanan ke mari. Kebiasaannya aku bawa balik hanya sedikit saja barang. Tapi kali ni aku bawa balik banyak sebab memandangkan aku lagi 2 tahun nak habis, jadi bawa pulang barang sikit-sikit. Nanti tak adalah susah nak fikir macam mana nak bawa balik barang yang banyak sangat tu.

Harini saja banyak benda aku selesaikan. Lipat baju yang dah dua kali round tak berlipat. Membasuh baju entah berapa banyak round. Mengemas segala nota-nota (tapi tak susun pun sebab dah pening sangat tengok bertimbun-timbun nota berterabur atas meja). Semuanya aku letak atas para buku yang tergantung tu. Alas meja sudah direndam menanti giliran untuk dibasuh. Barang-barang jualan murah yang dijual oleh senior (diorang dah jadi doktor dah. Balik nak berkhidmat untuk masyarakat) pun sudah diambil. Untung beli dari diorang, kondisi masih elok dan harga berpatutan.

Sekarang ni tempat aku pun sudah jadi sedap mata memandang. Beg terletak depan almari (entah kenapa aku letak situ, nanti macam mana nak buka almari!) Rancangan esok untuk memasak, mengemas dan bergotong royong membersihkan rumah, membasuh cadar dan segala benda yang nak dibasuh, dan memberi kualiti yang terbaik kepada bilik sebelum pulang ke Malaysia. Nanti dah sampai sini tak adalah kelam kabut nak kemas semuanya. Ketika itu mesti penat sebab waktu itu bulan Ramadhan. Yeah, aku dapat puasa di Malaysia! =)

**Habis terbelit lidah aku menjawab russian language exam pagi semalam. No more russian class. After this, you have to learn your mistakes by your own.
**Wah, dah entri ke-300

Wednesday, June 17, 2009

taktahu nak bagi tajuk apa

Assalamualaikum wbt.

Pagi semalam aku exam subjek kedua terakhir. Dan yang terakhir esok. Russian languange. Wah.. Tercabar kemahiran bahasa rusia aku. Adeh, takut pun ada juga tapi lepas tu.... HAPPY!

Satu benda je kena berjaga-jaga bila nak dekat balik Malaysia ni. Kena berjaga-jaga supaya tak terkena Swine Flu. Kalau tak, tak pasal-pasal kena kuarantin kat airport. Huhu..

nOta pEndek: Dah jarang update blog. Macam takdak masa je.. :(

Wednesday, June 10, 2009

Tabiat Pelik

Assalamualaikum wbt.

Lepas satu, dua lagi akan datang. Tapi sebelum kena cut balik penggunaan internet aku ni, saja menulis sesuatu di sini supaya tak adalah kosong sangat page nih. Hehe..

Aku ni pelik. Macam yang aku selalu kata. Aku ada satu perangai yang pelik semasa belajar. Aku tak tahu ada tak sesiapa yang mempunyai perangai seperti aku ni. Dari dulu lagi aku perasan benda ni ada pada aku. Sejak dari sekolah rendah. Bila belajar, aku suka belajar di depan televisyen (TV). Pelik kan? Sesetengah orang tak boleh dengan sedikit pun bunyi (dia memerlukan tempat yang kedap bunyi untuk menumpukan perhatian) tapi aku ni pelik sikit. Tapi biasanya TV tu akan terpasang saja. Bukan aku tengok pun. Setakat untuk buat bising-bising saja. Aku ni boleh belajar kalau mendengar bunyi bising dari TV atau radio tapi kalau suara orang, aku tak boleh. Sebab apa? Sebab nanti aku ikut berborak sekali! Hahaa..

Bila sampai sini, lagi-lagi sejak akhir-akhir ni, aku belajar selalu membuka cerita apa-apa untuk menjadi peneman aku belajar. Tapi aku tak tengok pun keseluruhan cerita. Walaupun macam tu, aku tetap faham jalan cerita dia. Pelik kan? Dan paling pelik lagi, aku pergi tengok CERITA HANTU waktu tengah belajar! HAhaaa.. Semua orang dalam bilik aku pelik dengan aku ni. Tak takut ke tengok cerita hantu seorang diri? Aku jawab : Bukan tengok sangat pun. Dengar bunyi je. Tapi kalau orang lain, masa tengok cerita hantu, dengar bunyi lagi takut dari tengok rupa hantu tu. Huhuuu

Tapi inilah tabiat aku kalau time aku belajar. Lagi-lagi belajar untuk exam ni, hanya untuk meneman belajar dan kurangkan sedikit tekanan semasa belajar. Kalau tak tengok cerita hantu pun, aku hanya mendengar lagu nasyid yang lama-lama (stok Nada Murni dan nasyid sezaman dengannya plus nasyid dari zaman Raihan, Hijjaz dan seangkatan dengannya). Kadang-kadang kalau nak jiwang sikit, dengar la lagu melayu ke apa ke. Hehee

Tapi itu kalau aku belajar. Kalau orang lain aku tak tahu. Inilah diceritakan bukan untuk dicuba, tapi seadar berkongsi cerita saja. Kalau ada yang pelik dan tak boleh terima, terpulanglah. Aku dengan cara aku, kamu dengan cara kamu. Itu baru maksudnya : KITA TAK SERUPA.. Huhuhu

**Tinggal lagi 2 subjek. Lepas tu, 2 tahun lagi untuk habis. Emak Abah! Cuti ni Wani nak pergi PASAR MALAM!!! =)

Tuesday, June 2, 2009

Anime

Assalamualaikum wbt.

Di sini aku dikelilingi oleh kawan-kawan rapat yang amat sukakan anime atau manga atau yang sewaktu dengannya. Dan yang peliknya, aku bukanlah tergolong di dalam golongan itu tapi aku masih boleh hang out dengan mereka, malahan sampai sekarang, kami masih rapat.

Dulu, ada la dalam 2-3 tahun lepas, kawan aku seorang ni, Afifah, asyik mempromote kat aku suruh cuba tengok siri anime pe benda entah tajuk dia. Dia kata sikit pun tak apa, tapi nak tahu apa kesudahannya? Aku try la juga tapi tak lekat! Hahaaa.. Memang la aku ni susah nak dipengaruhi oleh mana-mana siri anime jepun.

Tapi, sepanjang aku sampai umur 22 ni, masa kecil-kecil dulu ada jugalah minat cerita-cerita macam ni. Maklumlah, budak kecil kan. Semua cerita kartun ditengoknya, mana reti nak bezakan anime ke kartun Disney ke. Tapi yang aku ingat, aku suka betul tengok Dragon Ball versi masa mula-mula dia cari bola tu, Sailormoon dengan gayanya tu yang mana sekarang ni aku rasa dia tu amatlah tak matang, dan satu cerita ni yang samapi sekarang aku suka iaitu Cardcaptor Sakura! Hahaa..

Sekarang ni aku dah makin tahu tajuk-tajuk cerita lain disebabkan kawan-kawan rapat aku ni la. Bleach la, Naruto, apa entah lagi. Kadang-kadang bila diorang bercerita, rasa seronok juga mendengar walaupun tak faham apa yang terjadi. Tapi ye la, kongsi cerita kan lagi best. Dan kawan yang baik adalah bila kawan dia lagi seorang bercakap dengan dia, dia menunjukkan rasa tertarik dengan apa yang dibualkan walaupun ceritanya tak berkaitan pun dengan diri si pendengar. Aku ni suka juga dengar orang bercerita. Sekurang-kurangnya nanti tak adalah orang lain kata aku ni buta anime walaupun aku tak tengok. huhu..

Dan sekarang ni, ada pula kelompok yang menggelar aku dengan Supasaiya! Haha.. Kelakar.. Kelakar.. Tak apalah. Supasaiya tu hebat kan RT? RT ni tokeh cerita anime. huhu..

**Baru-baru ni tengah berjalan pulang dari Yugo Zapadnaya, aku ternampak satu iklan gambar Naruto terpampang kat dinding stesen metro. Famous juga Naruto ni!

Monday, June 1, 2009

Hargai Dia

Assalamualaikum wbt.

Aku bercakap ini sebagai seorang kawan. Apa yang aku cakap ini bukan sebab aku ni baik ke atau sebaliknya. Tapi saja cakap-cakap sebagai seorang kawan.

Sesuatu yang baik sudah ada depan mata, tapi kita selalu abaikan. Tak pernah menghargainya. Tapi bila tiba masa sesuatu itu hilang dari pandangan, baru masa itu kita terkial-kial mencari-carinya. Dan barulah pada masa itu kita sedar yang kita betul-betul menghargai sesuatu itu dan kita amat perlukan sesuatu yang selama ini berada dekat dengan kita.

Tak semestinya sesuatu yang aku maksudkan itu sejenis barang. Ia mungkin boleh jadi orang. Atau mungkin juga sesuatu yang jika sudah hilang, takkan ada gantinya. Kenapa aku tulis tentang ini? Sebab ada banyak keadaan yang berlaku di sekeliling aku ni yang kisahnya sebegini. Yang berlaku antara kawan-kawan aku sendiri. Kenalan aku sendiri. Mereka ini seorang lelaki, seorang perempuan. Mereka ini baik berdua. Kawan rapat. Masing-masing ada hati terhadap masing-masing tapi tak mahu luahkan sebab masing-masing ada egonya tersendiri. Bukan nak salahkan mereka itu, tapi bila aku tengok, aku terfikir, kenapa tak cakap je terus terang? Bukan susah, kalaupun lagi seorang tu tak ada perasaan pun, nak malu apa? Sekurang-kurangnya tak ada simpan-simpan, dan tak ada yang rugi pun.

Ni dok pendam tak bagitau. Tapi pada aku, kalau perempuan ni ada malunya. Takkan dia nak jadi perigi pula kan? Sebelum ni pun aku ada cerita juga pasal perigi mencari timba. Tapi apa salahnya kalau lelaki tu yang mulakan dulu. Tanya je, bukan apa pun. Tapi kalau dah tak nak tu, tak apalah. Nak buat macam mana.

Aku menulis sebab benda ini berlaku kepada orang yang berada dalam kelompok aku ni. Itu sebab aku menulis, kot-kot orang tu terbaca dan TERfaham ke kan. Huhu..

Kamu-kamu faham ke apa yang aku tulis ni? Tapi apa pun, aku tak suruh kamu menyokong pun. Yang lebih baik untuk diri kamu, kamu sendiri yang lebih tahu. Aku menulis sekadar ingin menulis. Berkongsi apa yang ada dalam kepala aku ni. Dah tepu dengan segala macam penyakit, rehat sat dengan menulis benda ni. =)

**Hargailah dia sebelum menyesal. Menyesal kemudian hari sudah tiada gunanya. Huhu

Friday, May 29, 2009

Lepas lama diam diri

Assalamualaikum wbt.

Waaah!! Hampir 2 minggu aku berdiam saja. Maklumlah, sekarang ini musim exam. Aku dah hampir berpuasa internet! Malas mahu menulis, kadang-kadang menulis ni mengambil masa. Jadi, aku kurang berblog dalam musim-musim exam begini.

Semalam aku baru saja lepas satu lagi subjek untuk exam ni. Topographical Anatomy and Operative Surgery. Aduh!! Subjek yang paling menyeramkan bagi aku. Sudahlah dalam Russian, kena ingat semua benda yang ada dalam badan kita ni.

Hurmm.. Sekarang skill menaip aku sudah tak sepantas mana. Lambat betul aku menulis. Ni yang rasa geram nih. Grrrr...

Aku masih tinggal 4 subjek lagi. Tarikh akhir exam pada 18 Jun 2008. Tak sabar rasanya nak habis periksa. Setiap tahun pun aku rasa begini. Asyik terasa : Kan best kalau belajar je tanpa ada periksa.. Tapi kan, Ilmu ni kena diuji. Baru tahu berkesan ke tidak dan baru tahu kita faham ke tidak.

**Aku terasa mahu menulis saja, buat kenang-kenangan nanti masa aku sudah habis belajar. Betapa susah aku belajar, betapa gembira aku belajar dikelilingi kawan-kawan yang sangat baik. Nanti bagi anak cucu baca supaya diorang termotivasi! lol
** Tak sabar nak balik Malaysia!!
** All the best untuk MMA's seniors yang akan mengambil State Exam. Semoga dipermudahkan dan diberi kejayaan yang cemerlang! Lepas tu, jadi Doktor yang Terbilang. Kalau nanti jadi MO lepas tu dapat HO macam aku, jangan jadi garang sangat ok? :D

Saturday, May 16, 2009

Nota Pendek

Assalamualaikum wbt.

Nota Pendek:
  • * Kami akan menduduki peperiksaan dalam masa terdekat ni. Doakan kami berjaya.
  • * Selamat Hari Guru untuk semua guru seMalaysia dan sedunia.
  • * Jaga kesihatan diri sendiri. Jangan sampai terkena jangkitan Swine Flu ok?
  • * Untuk semua senior Sambest aku yang sudah atau sedang atau akan melangsungkan perkahwinan, Tahniah kepada anda dan semoga berbahagia sehingga akhir hayat, dunia dan akhirat.
  • * Kepada semua, semoga sihat selalu, jaga diri, jaga minda. Selalu ingatkan diri sendiri supaya jangan lalai ok?
  • * Aku nak rehat sekejap, bagi laluan kepada exam yang dah nak menjelang ni. Doakan aku dan kawan-kawan aku berjaya semuanya. Terima kasih! (>.<)V

Wednesday, May 13, 2009

Share

Assalamualaikum wbt.

How to make home-made garlic bread.

You need:
  • Butter
  • Garlics
  • Parsley leaves
  • Bread

Blend garlics (or you may cut it into small pieces) and cut the parsley into pieces. Mix them together with butter. Spread the mixed butter on the slice of bread. Toast it in the oven for 3-4 minutes. Ready to serve with mushroom soup of any other side dishes.

**It depends on how many garlic you use.

Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum wbt.

Untuk semua ibu di luar sana, Selamat Hari Ibu. Aku terlambat sikit mengucapkan ini. Tapi apa yang aku mampu buat, hanya ini. Banyak tu bunga aku ada untuk Emak! Lebih dari dua tiga dozen tau! Tapi gambar sajalah. Yang betul-betul, kalau hantar, nanti layu. Huhu


Untuk Emak, Selamat Hari Ibu. Terima kasih sudi mengandungkan Wani dan adik beradik. Sakit perit Emak lahirkan kami dulu, tak mampu kami balas walau segala harta benda kami, kami berikan, masih tak setanding jasa Emak dan Abah didik kami. Jadi, aku nak jadikan Hari Ibu kali ini sebagai Hari Emak dan Abah! Hahaha..

Tapi kan, Abah suka bunga ke? (>.<)V

** Susah tu nak dapat tulip sekarang ni. Istimewa dari Wani sempena Hari Ibu.
**Selamat Hari Ibu juga untuk kakak-kakak aku yang dah jadi ibu. Huhu.. Set combo! Kongsilah tulip-tulip tu sama-sama ek.

Saturday, May 9, 2009

Peringatan Untuk Ketua Keluarga

Assalamualaikum wbt.

Pagi ini terbaca suratkhabar tentang berita anak perempuan kena rogol dengan bapa kandung sendiri. Aduh, bila baca tu, rasa macam nak menyumpah seranah si bapa yang tak bertamadun tu! Kalau nak dengar aku terkeluarkan perkataan B***h, masa aku terdengar kisah-kisah seperti inilah.

Sanggup seorang bapa itu merogol anak sendiri? MasyaAllah, apa nak jadi dengan dunia ini? Padahal dahulunya si bapa inilah yang mengiqamatkan anak perempuannya di saat dia lahir ke dunia. Si bapa yang sepatutnya menjadi pelindung kepada isteri dan anak-anaknya membuat perkara terkutuk itu, serupalah macam harapkan pagar, pagar makan padi! Sungguh tak menghayati hakikat rumah tangga dan peranan seorang bapa.

Kalau perkara itupun sudah dia sanggup lakukan pada anak sendiri, apatah lagi perkara lain? Astaghfirullahal'azim. Bila aku terdengar berita ini, aku mengucap panjang. Beristighfar. Mengeluarkan kata-kata kesat yang sebenarnya bukanlah kesukaan aku pun. Tapi bila dah terdedah dengan masyarakat yang di dalamnya ada kelompok orang-orang begini, itulah yang selayaknya untuk mereka.

Bunyinya seperti kasar, tapi itulah hakikatnya. Aku paling benci orang begini. Tugas tak dijalankan dengan amanah. Anak itu punyalah berharap pada bapanya untuk melindunginya di saat dia dalam kesusahan dan ketakutan, tapi apa yang dia dapat? Kerakusan bapa sendiri yang membawa padah dan kehancuran dalam dirinya. Inilah salah satu sebab berlakunya keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Ibu bapa yang menentukan anaknya itu jadi manusia yang bagaimana di kala mereka besar nanti. Seperti yang disebut dalam salah satu hadis Rasulullah SAW.
Anak itu ibarat kain putih, Ibu bapalah yang mencorakkannya sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi.
Alhamdulillah Abah menjadi pelindung yang baik kepada kami anak beranak. Kami adik beradik yang ramai perempuan ini terasa selamat di bawah jagaan Abah. Terasa kami ini juga berani seberani Abah. Hehe.. Sebab itu kalau kamu lihat, kami ini bukanlah ayu sangat. Ganas juga gayanya seperti lelaki. Dan adik aku dua orang lelaki yang bawah itu pun keras juga seperti Abah. Hehe.. Kalau Abah keluar atau tiada di rumah, merekalah yang melindungi Emak dan kakak-kakaknya. Contoh masa kejadian rumah aku dipukul ribut, Abah yang terkandas di surau dan tak boleh nak pulang ke rumah, Mamat dan Atha lah yang membantu kami menghadapi situasi itu. Tapi selepas itu Atha terpaksa pulang juga ke asrama petang itu. Tak apalah. Alhamdulillah didikan yang cukup dari Emak dan Abah menjadikan kami adik beradik jadi begini. Alhamdulillah. Terima kasih Emak dan Abah.

Wahai ibu bapa sekalian, sayangilah anak-anak kamu. Wahai bapa-bapa sekalian, sayangilah isteri dan anak-anak kamu. Wahai ibu-ibu sekalian, sayangilah suami dan anak-anak kamu. Rasulullah sudah mengajar kita bagaimana hendak membentuk keluarga bahagia mengikut landasan Islam, tapi kenapa kita masih tidak mencontohinya? Dulu masa nak kahwin, kata ikut sunnah Nabi, tapi takkan kahwin saja nak ikut sunnah? Yang lain tak payah kah? Janganlah begini. Jika kita hendak ikut Al Quran dan As Sunnah, jangan ambil sikit-sikit. Nanti menjadi mudarat pada diri kita sendiri. Kita sendiri yang kelak akan menanggung akibatnya.
Aisyah r.a. berkata,

"Rasulullah mencium Hassan dan Hussain, putera Ali bin Abi Talib r.a. dan pada waktu itu ada bersama Rasulullah Al-`Aqra bin Habis At-Tamimi. Al-'Aqra berkata, "Saya mempunyai 10 orang anak. Tidak satu pun yang pernah saya cium." Maka Rasulullah memandang kepadanya dan bersabda, "Barang siapa yang tidak berkasih sayang, maka ia tidak akan mendapatkan kasih sayang."
Bentuklah keluarga bahagia yang Muslim. Baitul Muslim. Itulah sebaik-baik keluarga. Ibu sebagai pembantu bapa melindung keluarga dan anak-anak. Mendidik anak-anak mengikut acuan Islam. Insyaallah Islam mekar di bumi Allah. Amin.

**Kasihan anak kecil yang tak tahu apa-apa tapi diperlakukan sebegitu. Sedih aku membacanya. Harapnya orang yang aku kenal di sekeliling aku, tidak akan melakukan sedemikian. Ingat Allah dan jaga iman. Ok? =)

Friday, May 8, 2009

Jalan

Assalamualaikum wbt.

Buat kesekian kalinya, dah tiba musim bunga. Jadi banyaklah bunga yang tumbuh terutama di taman-taman sekitar Moscow ni. Petang Jumaat minggu ini buat aku ambil keputusan untuk menjenguk bunga-bunga aku yang ada tu. Huhu.. Tambahan pula, esok merupakan Dyen Pobedi (Victory Day). Mungkin ada yang menarik yang boleh dikongsi.

Tak seronok jika jalan berseorangan. Jadi, aku mengajak Dibah dan Fatt sertai aku. Aku ni sejak akhir-akhir ini suka benar menangkap gambar. Dengan bantuan dua model aku yang tak berapa nak tauliah sangat, maka terhasillah entri ini.

Kami bertolak dari rumah ke Okhotny Ryad selepas mereka habis kelas. Bertolak sebelum Asar tapi sempat kami balik rumah sebelum Maghrib. Dengan berbaju kurung, lagak macam model sebenar jalan atas runway. Huhu... Mana taknya, semua mata bertumpu ke arah kami bertiga. Manalah ada orang pakai baju kurung dok pose di tengah-tengah Bandar Moscow. Hahaha.. Layan sajalah. Buat apa nak malu? Baju tradisional rakyat Malaysia tu. Tambah-tambah ianya kelihatan sopan lagi. Bukan macam minah Rusia yang mengenakan skirt sesingkat mungkin. Lagak macam tak cukup kain saja nampaknya.

Bila nampak saja tulip berdiri tegak di atas tanah, aku seperti ayam baru jumpa semula anaknya. Tanya sajalah Fatt dan Dibah bagaimana reaksi aku tengok tulip tu. Memang menjerit. Hahaha.. Dapat bayangkan kah bagaimana aku menjerit dengan semua tahu ton suara aku yang sedikit memekakkan telinga? Hurmm.. Tapi banyaknya hanya warna merah. Ada sedikit warna kuning. Tapi tak apalah, belum semua tulip di Okhotny Ryad itu kembang. Masih ada yang belum tumbuh pun bunganya. Jadi nampak gayanya, ada lagi la peluang aku ke sana semula!

Gambar ini aku mahu kongsikan dengan kamu. Tapi maaflah ye, aku berkaca mata hitam. Panas dan silau! Huhu..

Kami bertiga

Inilah tulip kesukaan hamba!

Entah macam-macam gaya ada.

Pemandangan sekitar Red Square dan Okhotny Ryad.

Selepas puas bergambar, kami singgah berjalan-jalan di Manezh pula. Hurmm.. Kena faham sajalah, kami ni kan perempuan..

**Lama sudah tak tinggalkan jejak di sini. Maaf ye. Terasa macam mahu tutup saja. Tapi sayang.. :(

Sunday, May 3, 2009

Cerita Sebuah Kota

Assalamualaikum wbt.

Baru pulang dari mendengar cerita. Cerita tentang pembukaan Kota Constantinople. Sebelum ni dengar cerita ini dibawa oleh Ustaz Amin, yang satu ketika dulu datang ke Moscow. Kali ni dengar dari Ms Amnah pula. Ditambah lagi dengan ahli lain, jadi terngiang-ngiang cerita tu sampai sekarang.

Dengan semangat yang diterapkan oleh bapa Sultan Muhammad dan kebijaksaan yang dikurniakan, Sultan Muhammad menggunakannya dengan sebaik mungkin. Kalau kita la, mungkin juga semangat kita dah luntur kot untuk melawan musuh dan membuka sebuah kota yang sangat gah seperti Constantinople.

Dulu masa aku tingkatan 2 atau 3 (aku tak berapa ingat), ustaz aku ada anjurkan satu tayangan perdana berkenaan kisah pembukaan Kota Constantinople. Cerita kartun. Tapi malangnya, aku ni tertidur. Tapi bila teringat balik sekarang, rasa rugi pula sebab tak pernah nak mengambil iktibar dari cerita tu. Ada ke pergi tidur. Hurmm.. Wanie.. Wanie..

Selepas penaklukan Kota Constantinople oleh Sultan Muhammad Al-Fatih, namanya bertukar kepada Istanbul yang sekarang terletak di Turki. Bagi sesiapa yang pernah melawati Turki, kamu patut mengetahui sejarah silamnya bagaimana yang mana kisahnya sangat menarik. Boleh menjadi pembakar semangat.

Kepada yang belum pergi, Turki ni adalah sebuah negara yang dahulunya mempunyai kota yang sangat kuat dan tidak mudah ditawan. Atas kebijaksaan Sultan Muhammad, ia dapat ditawan dan letak di bawah kerajaan Islam. Kamu yang hendak pergi ni, jangan lupa belajar dahulu tentang sejarahnya, barulah seronok berjalan sambil belajar tentang tamadun Islam.

Bari yang baru pergi, tentu kamu semua masih teringat tempat-tempat yang ada di sana.

**Bilalah aku mahu menjejak kaki ke sana? Dah dekat dah ni..

Saturday, May 2, 2009

Jalan

Assalamualaikum wbt.

Hari semalam hari kami keluar bersama. Hari semalam hari yang paling penat kami berjalan. Hari semalam hari cuti. Itu paling penting.

Kami berjalan-jalan di Jalan Arbat Lama. Sampai satu spot, kami ligat mengambil gambar. Bermacam-macam pose dibuat. Dinding tu pula cantik diwarnakan. Macam jalan di lorong-lorong pelukis. Lihat sajalah gaya mereka.

Malam sebelum tu, di sini ada buat penghantaran dedikasi untuk sesiapa saja. Kek cawan @ cup cake. Aku ada dapat juga, 4 aku dapat. Tapi aku kongsi satu sajalah gambarnya. Yang bawahnya tu cup cake bertulisan Happy Birthday. Laa.. untuk orang yang sambut hari lahir la, takkan untuk orang yang sudah awal-awal dulu sambut hari lahir kot?

**Selamat Hari Lahir. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

Thursday, April 30, 2009

Cerita Volgograd

Assalamualaikum wbt.

Atas permintaan seorang kawan aku ni, mehlah aku cerita apa sebenarnya yang berlaku sampai ada medal tergantung kat leher-leher kami dalam entri sebelum ni. Walaupun cerita ni agak dah nak basi, tapi aku nak panaskan semula. Pakai microwave. Hahaha..

Khamis lepas, aku bersama-sama dengan kontijen MMA (universiti aku) bertolak ke Volgograd untuk menyertai VolGames 2009 (Intervarsity Games). Perjalanan mengambil masa dalam 16 jam. Kami bertolak lebih kurang 4.30 petang hari Khamis. Sampai di Volgograd keesokan paginya.

Game aku hari Jumaat. Sampai-sampai saja sudah kena main. Gementar pun ada sebab ni kali kedua aku mewakili U aku untuk ke Intervarsity Games. Tahun pertama dulu masa ianya berlangsung di Moscow 2 tahun lepas. Tahun lepas MMA tak menghantar wakilnya ke Nizhny Novgorod.

Jadi, kami dapat nombor 2 dalam acara ping pong. Lelaki dan perempuan dua-dua dapat nombor 2. Sebab tu ada medal tergantung. hehe..

MMA mendapat 2 emas keseluruhan. Kedua-duanya dari acara athletics. Satu dari acara lompat-lompat (hehe.. sebenarnya Lompat Kijang) dua dari lari-lari (berapa meter ek?). Pingat perak ada la banyak sikit dari emas. Dua daripadanya dari acara ping pong. =)

Di Volgograd cuacanya panas berangin. Dalam bilik hotel pula sejuk. Jadi aku pun terkena selesema. Maklumlah badan kurang imuniti. Hehe.. Tidur dalam bilik tu rasa macam tenggiling, sejuk je.. Itulah, padan muka, siapa suruh malas nak minta heater kat makcik bawah tu? Tak apalah, sekarang pun sudah sembuh.

Kami bertolak pulang dari Volgograd Ahad petang dan sampai semula ke Moscow awal pagi Isnin. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Kami pergi dan pulang dengan selamat. Alhamdulillah.

Kita tengok gambarlah ye.


Kontijen MMA dengan merahnya.

Beregu Wani-KS 'beraksi'. Cewah. Hahaha

MMA Ping Pong Team (without Ron)

MMA kontijen. Cubalah cari aku kalau jumpa. haha

Sebelum ke Grand Dinner. Semua happy je. Senyum tu kan sedekah.

**Asyik tak terupdate saja blog ni. Maaf ek. Nanti kita cerita-cerita lagi ok?
**Lagi sekali, gambar semua diambil dari Encik Photographer kita. Kerjanya asyik menempel kat lens dia je, nak buat macam mana kan? =P