Pages

Monday, June 1, 2009

Hargai Dia

Assalamualaikum wbt.

Aku bercakap ini sebagai seorang kawan. Apa yang aku cakap ini bukan sebab aku ni baik ke atau sebaliknya. Tapi saja cakap-cakap sebagai seorang kawan.

Sesuatu yang baik sudah ada depan mata, tapi kita selalu abaikan. Tak pernah menghargainya. Tapi bila tiba masa sesuatu itu hilang dari pandangan, baru masa itu kita terkial-kial mencari-carinya. Dan barulah pada masa itu kita sedar yang kita betul-betul menghargai sesuatu itu dan kita amat perlukan sesuatu yang selama ini berada dekat dengan kita.

Tak semestinya sesuatu yang aku maksudkan itu sejenis barang. Ia mungkin boleh jadi orang. Atau mungkin juga sesuatu yang jika sudah hilang, takkan ada gantinya. Kenapa aku tulis tentang ini? Sebab ada banyak keadaan yang berlaku di sekeliling aku ni yang kisahnya sebegini. Yang berlaku antara kawan-kawan aku sendiri. Kenalan aku sendiri. Mereka ini seorang lelaki, seorang perempuan. Mereka ini baik berdua. Kawan rapat. Masing-masing ada hati terhadap masing-masing tapi tak mahu luahkan sebab masing-masing ada egonya tersendiri. Bukan nak salahkan mereka itu, tapi bila aku tengok, aku terfikir, kenapa tak cakap je terus terang? Bukan susah, kalaupun lagi seorang tu tak ada perasaan pun, nak malu apa? Sekurang-kurangnya tak ada simpan-simpan, dan tak ada yang rugi pun.

Ni dok pendam tak bagitau. Tapi pada aku, kalau perempuan ni ada malunya. Takkan dia nak jadi perigi pula kan? Sebelum ni pun aku ada cerita juga pasal perigi mencari timba. Tapi apa salahnya kalau lelaki tu yang mulakan dulu. Tanya je, bukan apa pun. Tapi kalau dah tak nak tu, tak apalah. Nak buat macam mana.

Aku menulis sebab benda ini berlaku kepada orang yang berada dalam kelompok aku ni. Itu sebab aku menulis, kot-kot orang tu terbaca dan TERfaham ke kan. Huhu..

Kamu-kamu faham ke apa yang aku tulis ni? Tapi apa pun, aku tak suruh kamu menyokong pun. Yang lebih baik untuk diri kamu, kamu sendiri yang lebih tahu. Aku menulis sekadar ingin menulis. Berkongsi apa yang ada dalam kepala aku ni. Dah tepu dengan segala macam penyakit, rehat sat dengan menulis benda ni. =)

**Hargailah dia sebelum menyesal. Menyesal kemudian hari sudah tiada gunanya. Huhu

7 comments:

KS said...

Huuuuuuuu.....

*terasa macam baru petik cili api dan terus kunyah*
*nak potong 2 ibu jari bagi kat Wanie sebab sangat best susun ayat*

Sayang Wanie :)

Hafizuddin Awang said...

hoh ni kisah pasal KS ka? sapa plak yg malu2 ngan ks ni? ks bgtau la...hehe.

KS said...

Eh eh. Tak pasal KS yang kena ye, Judin. Haha. KS komen camtu sebab it was very clearly well said by Wanie. Hal macam ni selalu jadi dalam hidup, kan. KS ni sape yang nak cik Jude oi. Hehe.

p/s: Mana sajak baru??? Hahahaha =p

yellowrose yg dah tepu stdy said...

mesti ko bosan sebab org tuh asek2 luah perasaan kt ko..cite2 kt ko...adekah ko yg tersepit di tgh2..

Shazwani Adnan said...

salam to all.

KS : Berterus terang tanpa kiasan, itu kan lebih membuatkan orang faham.. huhu

Judin : Amboi Judin, hg ni suka betul buat spekulasi macam tu

Asma : Bukan bosan, tapi kalau dorang tu betul-betul jadi, tak adalah sesiapa yang merana.. :D

alchemy said...

hurm................aku pnah je trus terang, org tu xnak...... huhu :p

Shazwani Adnan said...

salam

Firdaus : Terus terang je la. tak salah. diterima ke tak itu belakang kira. Yang penting cakap... :D