Pages

Wednesday, June 10, 2009

Tabiat Pelik

Assalamualaikum wbt.

Lepas satu, dua lagi akan datang. Tapi sebelum kena cut balik penggunaan internet aku ni, saja menulis sesuatu di sini supaya tak adalah kosong sangat page nih. Hehe..

Aku ni pelik. Macam yang aku selalu kata. Aku ada satu perangai yang pelik semasa belajar. Aku tak tahu ada tak sesiapa yang mempunyai perangai seperti aku ni. Dari dulu lagi aku perasan benda ni ada pada aku. Sejak dari sekolah rendah. Bila belajar, aku suka belajar di depan televisyen (TV). Pelik kan? Sesetengah orang tak boleh dengan sedikit pun bunyi (dia memerlukan tempat yang kedap bunyi untuk menumpukan perhatian) tapi aku ni pelik sikit. Tapi biasanya TV tu akan terpasang saja. Bukan aku tengok pun. Setakat untuk buat bising-bising saja. Aku ni boleh belajar kalau mendengar bunyi bising dari TV atau radio tapi kalau suara orang, aku tak boleh. Sebab apa? Sebab nanti aku ikut berborak sekali! Hahaa..

Bila sampai sini, lagi-lagi sejak akhir-akhir ni, aku belajar selalu membuka cerita apa-apa untuk menjadi peneman aku belajar. Tapi aku tak tengok pun keseluruhan cerita. Walaupun macam tu, aku tetap faham jalan cerita dia. Pelik kan? Dan paling pelik lagi, aku pergi tengok CERITA HANTU waktu tengah belajar! HAhaaa.. Semua orang dalam bilik aku pelik dengan aku ni. Tak takut ke tengok cerita hantu seorang diri? Aku jawab : Bukan tengok sangat pun. Dengar bunyi je. Tapi kalau orang lain, masa tengok cerita hantu, dengar bunyi lagi takut dari tengok rupa hantu tu. Huhuuu

Tapi inilah tabiat aku kalau time aku belajar. Lagi-lagi belajar untuk exam ni, hanya untuk meneman belajar dan kurangkan sedikit tekanan semasa belajar. Kalau tak tengok cerita hantu pun, aku hanya mendengar lagu nasyid yang lama-lama (stok Nada Murni dan nasyid sezaman dengannya plus nasyid dari zaman Raihan, Hijjaz dan seangkatan dengannya). Kadang-kadang kalau nak jiwang sikit, dengar la lagu melayu ke apa ke. Hehee

Tapi itu kalau aku belajar. Kalau orang lain aku tak tahu. Inilah diceritakan bukan untuk dicuba, tapi seadar berkongsi cerita saja. Kalau ada yang pelik dan tak boleh terima, terpulanglah. Aku dengan cara aku, kamu dengan cara kamu. Itu baru maksudnya : KITA TAK SERUPA.. Huhuhu

**Tinggal lagi 2 subjek. Lepas tu, 2 tahun lagi untuk habis. Emak Abah! Cuti ni Wani nak pergi PASAR MALAM!!! =)

3 comments:

FRM said...

woi x bayar bill! :D

truemax said...

Salam Wanie,

Memang sah pelik. Ingat kan saya sorang je pelik.. he he he.. mana boleh, semua, setiap dari kita, unik tu yang jadi menariknya kan.

Pelik tapi benar.. saya dari kecil tak suka makan buah-buahan dan sayuran dan air kosong.. juga tak suka belajar.

Ermmm.. yang last tu ramai kot :)

Good luck for your 2 more papers.

::truemax

Shazwani Adnan said...

salam.

FRM: KAlau kat sini, bill dah termasuk duit hostel yang mahal tu. huhuhu

Truemax:Bukan semua orang perfect. Ada je jumpa orang lain yang pelik dalam dunia ni.