Pages

Friday, February 22, 2008

Kisah Aku

Assalamualaikum wbt.


Aku baru balik. Untuk kelas hari ini, aku puas hati sebab aku faham apa yang kami bincang di kelas. Rasa berbaloi aku stay up malam tadi. Walaupun tidak berapa sedia sangat, tapi.. ok la! =)

Semalam lecture habis lambat. Lecture tu di Pharmacology Dept, terletak lebih kurang 30 - 45 minit dengan hostel jika menggunakan metro. Daripada sepatutnya habis pukul 4 petang, jadi habis pukul 5 petang. Tapi aku dah siap bawa bekal Nasi Goreng sebab aku tahu aku akan lapar di sana. Tapi aku bawa lebih sebab aku lebih suka berkongsi makanan dengan kawan - kawan. Rasa macam zaman sekolah rendah dahulu. Walaupun tak berapa sedap, tapi bila makan ramai - ramai, jadi sedap pula. hehe

Sejak akhir - akhir ini, selalu sangat aku melatah. Aku tak suka tapi dah terkeluar dari mulut. Tak boleh nak elak la. Dulu tak pun macam ni. Kalau beristighfar ke, bertahmid ke, ok lah juga. Ini.. "Oh, mak kau!". Hurm.. Rasa macam nak kunci saja mulut ni.

Sebenarnya hari ini (22 Februari) hari lahir Kak Mija, Miza dan Amnah. Selamat Hari Lahir diucapkan untuk kalian berdua.


* Kak Mija atau Sharmiza Adnan - Kakak aku yang kedua. Kini telah berkahwin.

* Miza atau Siti Hamizah Mohd Salleh - Rakan sama sekolah semasa di Sambest dulu. Dulu tak pernah rapat pun dengan dia. Dah sampai Moscow baru kenal sangat baik dengan dia.


*Amnah atau Amnah Yousop - Senior 1 tahun aku di Moscow ni. BAik dengan KS (sekaligus baik juga dengan aku dan teman sebilik). Bekas pelajar KISAS.



~ Selamat hari lahir.. Iringan Doa kuhulur.. Bersyukur kepadaNya.. Atas nikmat usia.. ~

Tuesday, February 19, 2008

5 Al - Farabi 2004

Assalamualaikum wbt.

Aku pernah membaca satu entri sahabat aku yang kini berada di Rabat, Morocco. Entri tu berkenaan dengan kelas dia dahulu. Aku rasa ianya agak menarik. Jadi aku mengcopy entri tu dan buat untuk kelas aku pula.



1)Apa nama kelas anda?
- 5 Al - Farabi.
2)Siapa ketua dan penolong kelas?
- Muhammad Hasan Fitri Mohamad dan Nurul Ain Kamaruddin.
3)Apa jawatan yang anda pegang dalam kelas?
- Aku tak pegang apa - apa jawatan pun. Dah jadi adat sekolah, Ketua Pelajar ( aka prefect ) tak boleh pegang jawatan lain dalam sekolah.
4) Duduk sebelah siapa masa di kelas dahulu?
- Sebelah Erny Asyikin dan Nur Kamilia ( aka m.i.l.i. ). Depan aku Umi Najua Mohd Nasohah. Dia ni geng aku dulu - dulu.
5)Paling suka subjek apa?
- Biologi. Entah kenapa memang minat dari tingkatan 4 dulu. Cikgu Munirah mengajar pun seronok. Matematik Tambahan pun aku suka juga. Walaupun kadang - kadang macam tak faham kan.. Cikgu Norasidah ajar aku Add Math ni.
6)Agak kurang suka subjek apa?
- Sorry to say. Sejarah subjek paling aku lemah dan sekaligus buatkan aku kurang berminat dengan subjek tu. Aku dah cuba nak pujuk diri aku supaya suka subjek tu, tapi apakan daya.. hurm. tak dapek den nak nolong.. Sebab tu spm, sejarah tak dapat A.
7)Nama penuh guru kelas anda dan dia mengajar subjek apa?
- Cik Kasmani Mamat. Mengajar BAhasa Melayu. Aku selalu terlelap subjek ni. =)
8)Siapa yang selalu dapat markah tertinggi dalam setiap subjek?
- Ni yang aku ingat je la ek:
BI - Nazirul aka Mando, Mili
Add Math - Ismail
EST - Mando gak dan ada lagi tapi tak ingat
Biologi - ramai yang selalu dapat markah tinggi. Selalu macam berlumba - lumba : Mizi, Mando, ada lagi.
PSI - Umi
Kimia - Ismail
Bahasa Arab Tinggi - Hasan


PS I : kalau ada yang teringat, bgtau aku ok?


9)Kenangan paling seronok bagi anda ketika dalam kelas anda itu?
- Di saat nak pilih ketua dan penolong ketua tingkatan. =) Kelakar bila nak angkat - angkat tangan kira undi.
10)Kenangan paling tak seronok bagi anda ketika dalam kelas anda itu?
- Semua macam best je.. Malas la nak ingat yang tak best.


PS II : Aku sebenarnya nak upload gambar kelas, tapi tak jumpa kat mana. Kelakar juga bila tengok gambar zaman muda dulu. =D

Cerita Hari Selasa

Assalamualaikum wbt.

Hari ni sedikit sejuk. Pagi tadi nak bangun pun rasa sangat malas. Tapi kena juga kuatkan diri bangun sebab nak ke Hygiene Lecture yang diberi dalam bahasa Rusia itu. Lepas tu ke Internal Diseases Lecture, dan terus saja ke kelas. Bertolak pukul 8.4o pagi, sebab lecture mula pukul 9.00 pagi. Sebenarnya berjalan kaki hanya mengambil masa 10 minit saja, tapi aku tidak mahu berkejar. Sengaja mahu mengambil udara segar di awal pagi. Di tengah jalan terserempak dengan rakan sebatch berjalan ke Hygiene Department. Seronok dapat berjalan beramai - ramai. Semangat tu ada. =)

Tapi hari ni aku agak penat. Tidak macam selalu. Asyik menguap saja ketika ID Lecture. Semasa waktu rehat 10 minit tu, aku terus lelapkan mata. Rasa letih yang amat. Selalunya aku tidak begitu. Selepas habis kelas ID, dalam pukul 3.00 aku sampai rumah. Tukar baju, lepas masuk waktu Asar, terus tidur. Letih sangat - sangat. Memang aku tahu tidak elok tidur lepas Asar. Boleh mewarisi kegilaan. Aku tahu itu. Tapi tidak boleh elak. Daripada aku tidak boleh study malam ni, baik aku tidur sekejap. Ketika Maghrib, aku bangkit.

Ambil makan malam, rehatkan minda sebelum memulakan study. Badan rasa agak kurang selesa. Orang kata apa ek? Tak sedap badan? Janganlah demam. Banyak kena cover ni. Kena sedia awal - awal supaya memudahkan final nanti.

Apa pun, jaga kesihatan kamu. Itu penting sebab sejak aku belajar pasal penyakit ni, makin takut pula aku. Takut kena infection.

PS : Malam ni kena habiskan study awal sikit, pastu nak tidur. Esok bolehlah bangun awal sikit (kalau bolehlah kan... =P)

~ Jaga Hati, Jaga Akal, Jaga Badan ~

Saturday, February 16, 2008

.Pesanan Dalam Lagu.

Assalamualaikum wbt.

Aku sudah rehat 1 minggu dari aktiviti ini. Aku senang begini. Dalam keadaan internet rumah bermasalah pada masa lalu buat aku malas untuk mengemaskini blog ini. Ya, aku senang begini. Tumpuan pada study meningkat sedikit. Tahap kedisiplinan aku terhadap diri pun sedikit naik. Aku tak sangka aku boleh manage diri aku dengan disiplin yang begitu. Sungguh tak sangka. Ini bermakna, aku tidak manjakan diri aku. Bahaya kalau manjakan diri sendiri.



Sebenarnya aku mahu cakap ini:



Setiap lagu yang aku letak dalam blog ni sebenarnya bukanlah sengaja aku letak. Biasanya sebelum aku buat keputusan nak letak di blog, pasti sebelum itu aku ada terfikir sesuatu atau peristiwa yang menyebabkan aku teringat akan satu2 lagu tu. Macam sebelum ini, lagu Akrab Persahabatan. Lagu tu buat aku teringat kenangan di Sambest. Sebab tu aku letak. Lagu Albi Nadak (suatu ketika dulu aku pernah letak) tu sebab aku terdengar lagu tu di blog Raihan MK. Masa tu baru aku teringat yang seorang kawan aku ada pernah bagi aku lagu tu. Masa pertama kali dengar, terus suka lagu tu. Habis semua orang aku suruh dengar. =)

Tapi kali ini, jika perasan, lagu yang aku letak bukanlah lagu berunsur nasyid atau yang seumpama dengannya. Ini satu lagu yang aku tahu sewaktu aku tinggal di rumah Kak Idah di Alor Setar. Aku ke sana sebab tolong jaga anak - anak saudara aku. Masa tu, lagu Apo Kono Eh Jang ni sangat famous. Anak - anak saudara aku semua hafal lagu tu. Diorang pasti akan ikut nyanyi bila lagu ni berkumandang di radio terutama bila dalam kereta. Yang aku lagi pelik, setiap perkataan yang penyanyi tu cakap (yang bukan dinyanyikan) semuanya dihafal. Jadinya aku seronok dengan situasi tu.

Ada suatu insiden yang lagi buat aku tahu yang diorang ni memang suka sangat lagu tu. Suatu hari, masa ni malam la. Kitorang bertolak balik ke Klang dari Alor Setar. Sengaja Abang Rizal bertolak malam sebab tak berapa banyak kereta di jalan. Kitorang balik naik Pajero sebab kitorang ramai. Dalam 6 orang. Jadinya, nak dijadikan cerita, radio yang ada kat Pajero tu tak berapa nak berfungsi sangat. Mungkin sebab kereta lama kot. Biasalah. Dalam perjalanan, budak - budak mestilah tidur kan? Dah la malam. Tapi yang peliknya, sampai kat satu tempat ni (aku tak tahu nama tempat tu), tiba - tiba radio tu berfungsi pula. Dan kebetulan sangat - sangat, lagu yang kitorang dengar tu, lagu Apo Kono Eh Jang. Jadi, apa lagi. Budak - budak tu dari awalnya tidur, terus terbangun pastu nyanyi lagu tu. Aku, Mia, Akak, dan Abang Rizal terus gelak besar. Memang dahsyat la budak - budak ni..

Pesanan dalam lagu tu? Hurm. Kita ni hidup kenalah berusaha. Walaupun dalam lagu tu, dianalogikan sebagai seorang lelaki ni berkenan kat seorang perempuan tu. Tapi malas nak berusaha untuk dapatkan dia. Banyak benar alasannya. Duduk saja sampai kerja lain semuanya terbengkalai. Dan akhirnya, kan melepas. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Apa pun, kalau nak berusaha, biarlah kena pada caranya. Jangan asyik kata "Aku nak berusaha. Aku mesti berusaha" Tapi duduk saja. Tunggu macam bintang jatuh dari langit. Mana boleh macam tu. Kalau berusaha dengan bersungguh, barulah boleh dapat apa yang kita mahukan. Tak gitu?

Pesanan Penaja : Usaha Tangga Kejayaan. Walaupun Dalam Usaha Memikat Hati Seseorang. LOL


PS I : Hari ini Mia pulang ke Adelaide. Semoga selamat sampai. Dah sampai nanti, kirim salam aku pada Kak Mija tau! Itupun kalau ko terbaca blog ni.


~ Niat di hati biarlah suci. Kata yang terucap biarlah lahir dari niat yang suci. Amal yang hendak dibuat eloklah dilaksanakan. ~

Thursday, February 7, 2008

Bersedia Dari Sekarang

Assalamualaikum wbt.


Lepas sudah beberapa hari meninggalkan blog ini dengan memori Sambest, aku kini kembali dengan kisah kehidupan aku sebagai student di Bumi Soviet ini. Hari ini, 8 Februari 2008, aku sudah bersedia untuk memulakan hari pertama semester kedua ini. Kelas pertama hari ini adalah Pathological Physiology. Subjek ini kena bersedia sebab setiap kali kelas, kami kena buat test (multiple choice questions). Memandangkan aku dah lama bercuti, nak kata ke mana – mana, duduk rumah saja. Internet pun tengah down, so, apa lagi yang aku boleh buat? Start lah belajar sikit – sikit. Makanya, nak dijadikan cerita, disebabkan sudah mencover tajuk yang sepatutnya dicover, semalam aku keluar ke kedai buku untuk membeli buku latihan, fail, dan stationaries yang diperlukan untuk semester ini.


Keluar selepas Asar, bertolak ke Stesen Lubyanka, 30 minit dari hostel aku. Di stesen tu terletaknya kedai buku yang agak terkenal di kalangan kami students di sini. Detskii Mir (Dunia kanak – kanak). Lepas dapat apa yang aku nak, berjalan – jalan sekejap. Waktu tu hujan tengah renyai – renyai. Musim sejuk kali ini jarang turun salji. Hujan saja memanjang. On the way balik ke hostel, aku berhenti satu stesen sebelum stesen yang sepatutnya aku turun. Sengaja mahu berjalan – jalan. Seronok juga dapat berjalan di kala hujan. Melintasi bangunan dekan, tembus ke pasar, sampai ke hostel. Balik – balik pening kepala sebab bermandi hujan. Selepas solat Maghrib, ingatnya mahu tidur sebentar sebelum memulakan sesi pembelajaran semula. Dapatlah juga terlelap sebentar walaupun tidak berapa nyenyak. Risau agaknya hendak memulakan kelas.


Lepas bangkit tidur, mengisi perut dengan nasi, telur bersama kicap. Punyalah malas hendak masak! Goreng saja telur tu. Haha.. Lepas solat Isya’ barulah baca notes yang aku dah sediakan sedari awal. Kalau ikutkan, kepala masih pening. Tapi kena juga study. Kalau tak, macam mana mahu menjawab soalan yang menanti tu? Hurm.


Dalam waktu cuti 2 minggu inilah, macam – macam perkara berlaku. Daripada sambutan birthday, kisah Internet, sampailah ke sesuatu yang di luar jangkaan. Kadang – kadang tak tahu bagaimana mahu menghadapi. Tak pelah. Allah kan Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba – hambaNya. Berserah sajalah. Jangan sampai terganggu study sudahlah.


~ Selamat memulakan semester baru ini kawan – kawan. Rindu pada Emy. Bila nak sampai dari Malaysia? ~




Saturday, February 2, 2008

Memori dah datang pula..

Assalamualaikum






Bila tadi godek2 youtube, terjumpa profile ustaz aku masa kat sambest dulu. Pastu terjumpa video nih. Tiba-tiba teringat pula zaman-zaman aku ambil SPM 4 tahun lepas. Di dalam dewan yang sama, susunan yang lebih kurang sama. Hurm.. Apalah agaknya result SPM tahun ye.. harapnya gempak juga seperti tahun sudah. Amin.


Terkenang sebuah memori lalu..
Kisah persahabatan kita bersama..
Di dalam satu pengajian..
Menuntut ilmu dan pengalaman..
Mengingatkanku..
Pengorbananmu..
Terpahat padu di kalbuku..









Aku tinggalkan kamu dengan video ini. Semoga kamu dapat manfaat daripadanya. Mereka adalah sahabat-sahabat aku yang sama sekolah dulu. Sekarang mungkin mereka sudahpun berjaya dengan karier masing-masing.


PS I: Kad dari orang Kuching sudah sampai. Terima kasih orang Kuching!