Pages

Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Tuesday, March 17, 2009

Kata - kata

Assalamualaikum wbt.

Sekarang ini jam menunjukkan jam 1.02 pagi. Pembacaan aku jadi sangat slow. Mungkin kena stimulate dulu minda agaknya. Jadi aku bercadang untuk menulis sesuatu supaya otak aku aktif sedikit (seaktif sang hamster, Stuart bersukan di tengah malam, di dalam sangkarnya.). Haha.

Tapi aku tertaip panjang lebar lah pula. Kalau rasa mahu baca, semoga ia memberi manfaat.

Kali ini aku ingin sekali berkongsi kisah dengan kamu tentang KATA - KATA. Semua orang berkata - kata bukan? Selagi tidak ditarik nikmat suara, mereka akan berkata atau bercakap. Paling tidak, mengucapkan salam. Tapi tidak semua orang suka bercakap macam aku. Aku sangat suka bercakap. Terutama dengan orang yang rapat dengan aku. Huhu.

Tapi sesedap mana kita bercakap, kita selalu lupa. Kita selalu tidak sedar, yang kesukaan kita bercakap itu kadang kala mengguris hati orang lain. Atau dengan kata lainnya, kadang - kadang kita ini melaser orang seolah - olah mulut kita ini tiada insuransnya. Mungkin pada sesetengah orang, melaser itu adalah sifat dirinya. Dia tidak kisah apa yang orang lain rasa asalkan dirinya puas. Aku sendiri pun pernah mengalami keadaan sebegini. Dilaser sampai aku makan hati. Padahal bukan apa pun. Hati sakit itu memang terjadi. Tapi selalunya aku akan pujuk hati sendiri supaya tidak merasa sakit hati. Aku akan kawal minda aku dengan berkata : Oh, mereka ini bercakap tanpa berfikir panjang. Tak apalah.

Percakapan yang baik adalah percakapan yang lemah lembut, berinfomatif dan tidak menyakiti orang lain. Itu definisi aku tentang percakapan yang baik. Pada orang lain, aku tidak tahu. Kadang - kadang manusia ini selalu saja memandang kesalahan orang lain tanpa mengira kesalahan sendiri yang sebenarnya lebih besar. Dan tanpa usul periksa, main terjah saja. Main sembur saja. Tanpa ada angin ribut, main sedap mulut saja berkata - kata. Tapi kita selalu terlupa. Setiap perkataan yang keluar dari mulut kita ini sebenarnya menggambarkan peribadi kita bagaimana. Jika elok, maka eloklah peribadinya.

Pernahkah kita tengok seorang yang pemarah itu hanya simpan saja perasaan marahnya dalam hati? Tidak kan? Selalu kita tengok kalau dia itu pemarah, dia main sembur saja kemarahannya kepada sesiapa. Dengan mengeluarkan kata - kata yang menyakitkan hati, itu buatkan dia rasa puas. Tapi bagaimana pula dengan orang yang dimarah? Pasti tersimpan dendam dalam hatinya bukan? Manusia ini kalau sudah berdendam, susah jadinya. Lagi satu hal pula si pemarah itu ingin meminta maaf kepada orang yang dimarahkannya.

Ada satu cerita ini yang pada aku, aku nak bawa supaya kamu - kamu tidak melakukan ini. Si A ini suka bergurau. Dia memang suka bergurau dengan kawan - kawannya. Tapi si Z tidak suka. Walhal si A ini tidak pernah mengacau si Z walaupun dia pada hakikatnya suka bergurau. Entah kenapa tiba - tiba saja si Z ini mengeluarkan kata - kata yang tidak sedap didengar dan ditujukan kepada si A. Si Z : Ko ni kenapa? Takde kerja lain ke dok kacau orang? Pada pendapat kamu la kan, apa agaknya perasaan si A ini? Dia tidak mengganggu pun si Z ini tapi dia pula yang kena.

Pada aku, si Z tidak berapa patut la berkelakuan begini. Itu tindakan yang kurang matang. Tidak salah kalau si Z berkata elok - elok : A, ko janganlah buat macam ni. Tak elok bergurau berlebih - lebih ni. Kan ke sopan begitu?

Kita ini jadi manusia biarlah sentiasa bersederhana. Kalau cara kita hidup pun boleh bersederhana, kenapa cara kita bercakap tidak boleh disederhanakan? Hari ini aku ada terbaca satu ayat Al - Quran yang membuatkan aku terasa ingin menulis entri ini. Surah An - Nisa ayat 148 yang bermaksud : Allah tidak menyukai perkataan buruk (yang diucapkan) secara terus terang kecuali orang yang dizalimi. Dan Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui. Dalam konteks ayat ini, maksud orang yang dizalimi itu adalah orang yang dianiaya. Contohnya ketika di dalam mahkamah, dia bercakap keburukan orang yang menzaliminya. Itu maksudnya. Bukan bercakap perkataan buruk setiap masa seperti kita ini setiap masa dizalimi.

Percakapan yang berhemah adalah percakapan yang matang. Percakapan yang matang lahir dari pemikiran yang matang dan sihat. Dan pemikiran yang sihat itu asalnya dari hati yang bersih, yang dididik dengan sifat sabar yang tinggi. Semua perkara yang bagus itu asalnya pasti dari didikan Islam. Jika tiada kesilapan dalam beragama, pasti kehidupan kita gembira saja.

Kalau orang yang tak dikenali datang pada kita, cakap macam - macam tentang kita tanpa dia kenal kita bagaimana, itu macam mana pula? Hurmm.. Pada aku, selagi mana dia tidak melampaui batas yang sepatutnya dia sendiri tahu, aku akan layan dia sebaik dan sewaras mungkin. Selagi dia tidak membangkitkan kemarahan kita, kita jangan marah pada dia. Mungkin ketika itu hormon level dia kurang seimbang. Hehe.. Tak kisahlah apa pun dia mahu katakan tentang kita, dia kata kita nak tunjuk baik lah, dia kata kita macam - macam lah, tapi kita sebenarnya boleh menanganinya dengan fikiran yang waras. Jika dengan berdiam diri lebih mendatangkan kesan yang lebih efektif, maka kita diamlah (maksudnya kalau kita bertikam lidah sekalipun tapi tidak mendatangkan apa - apa tanda perdamaian).

Mungkin ada yang kurang setuju. Ala Wanie, buat apa nak tolerate dengan orang - orang macam ini? Orang dah buat kita macam - macam, takkan kita nak diamkan aje? Hurmm.. Pada aku, ini mungkin satu kelemahan diri aku yang aku sendiri tak boleh nak buang. Mungkin sebab itu aku perlukan seorang untuk tolong lawan balik kalau ada orang datang kacau aku kot? Huhu..

Hati kamu, kamu sendiri jaga. Kalau mahu hati bersih, sentallah dengan apa - apa pun.

Lagi satu, jika ingin mendidik hati, jangan ego untuk mengucapkan maaf dan jangan segan untuk sentiasa berterima kasih. Dua perkara ini boleh membawa kita menjadi hamba yang bersederhana. Bukan susah pun untuk ucapkan Aku Minta Maaf atau Sorry. Bukan payah untuk cakap Terima Kasih atau Thanks. Bukan susah. Cuba buat perlahan - lahan. Nanti lama - lama akan terbiasa. =)

**Bersabar itu sebahagian dari Iman.
**Kata - kata yang terpuji itu lebih sedap daripada makanan yang kamu sediakan. Kalau kamu boleh sediakan makanan yang sedap untuk diri kamu, kenapa kamu tidak boleh mengeluarkan kata - kata yang elok dan terpuji untuk menjaga hati?
**Jangan terjah aku. Aku ada perisai yang kuat untuk menepis kata - kata walaupun setajam mana kata - kata itu boleh mengguris aku. Jangan main - main na! =D
**Kata - kata itu lebih tajam dari mata pisau. Tambah - tambah kalau mata pisau itu tumpul. Kalaulah kata - kata itu boleh buat potong bawang, mesti tiap - tiap hari senang je nak masak. Tak payah guna pisau! Bercakap saja tanpa henti.

Friday, January 30, 2009

Zaman Sekolah

Assalamualaikum wbt.

Sejak akhir - akhir ini, aku suka betul mengimbau kenangan masa zaman sekolah dulu. Apa lagi bila tengok - tengok gambar ini, buat aku rasa aku kembali muda (tapi sekarang ni belum tua!). Zaman kalau nak tengok aku low profile atau tidak, gambar - gambar inilah buktinya. Aku hanya menempel saja. Haha..

Dulu masa aku sekolah, kelompok aku hanya kawan - kawan rapat aku. Kawan - kawan perempuan aku yang kadang 'gila' kadang serius. Kalau yang outshine sikit masa sekolah dulu adalah : Fahimah, Asma dan Umi. Tolak aku sebab aku ni biasa - biasa saja. Orang tak berapa kenal aku dulu. Entah sedar kewujudan aku atau tidak, aku pun kurang pasti. Hurmm.. Fahimah tu semua orang tahu kenapa dia terkenal. Sebab dia bijak. Ranking batch tak pernah jatuh sejak tingkatan 1. Asma sebab kepetahannya bercakap. Maklumlah, Biro Perhimpunan. Tambah lagi pendebat ke -2 bahasa inggeris sekolah! Hehe.. Umi pula sebab ada seorang ustaz ini suka mengambil gambarnya. Mungkin kemanisan raut mukanya. Senyum pun malu - malu.

Aku dulu kerjanya main saja. Padanlah pegang Biro Sukan. Masa tingkatan 5, aku disuruh berjemur tengah panas untuk menyiapkan padang sempena Hari Sukan Sekolah. Maka itulag jawapan kepada kegelapan yang melanda aku sekarang. Haha.. Tak lah. Dah genetik. Tambah dengan sukan, apa lagi, rentung! Huhu..

Kalau yang Sharifah Fareeza @ Che' Pah, dia ada keistimewaannya sendiri. Dia baik dan 'gila - gila' juga. Berkawan dengan Nadiah @ Nard yang pendiam tapi genius, mereka sangat kamcing. Khaulah pun best. Aku rapat dengan Khaulah sebab debat Bahasa Arab. Aku, Yusra, Khaulah dan Fahimah. Yusra pun pandai. Dialah orang yang ambil 13 subjek masa sekolah dulu. Kami seua 12 saja. Dia budak Lukisan Kejuruteraan. Tapi mahu juga ambil Biologi. Bagus. Cikgu pun bagi kebenaran untknya mengambil subjek ke-13 tu sebab cikgu tahu dia boleh buat. Kami rapat dulu. Sekarang masing - masing sudah ke arah yang dituju. Ini mereka :

Fahimah - Adelaide, Australia (Medicine)
Asma - JUST Jordan (Medicine)
Umi - Univ Teknologi Petronas
Che' Pah - Univ Islam Antarabangsa (Engineering)
Nard - Univ Malaya (Pharmacy)

Jom kita kenali mereka. *Nak bawa kenal kawan - kawan lama.*

Masa mengambil SPM, Ustaz Roslan buat makan - makan di rumahnya. Kalau tak silap, gambar ini sewaktu kami beraya ke rumah Ustaz. Aku duduk di belakang, sebelah Ustaz.

Kamu pasti boleh teka aku yang mana satu. Tapi tak apa. Mahu kenalkan semua sekali. Ini gambar masa jamuan akhir tahun tingkatan 5. Tang berdiri dari kiri : Fahimah, Aku, Che' Pah, Nard. Yang duduk dari kiri : Umi, Khaulah, Asma. *Asma kecil kan?*

Ini di rumah Che' Pah. Zaman kami muda. Muka aku muka budak. Kikiki..

Gambar Ketua Pelajar. Sangat kecil. Kalau hebat, recognize mana satu aku?
Team debat Bahasa Arab. Berdiri dari kiri : Khaulah, Yusra, Ustaz Najjah Opir, aku, Fahimah. Lelaki dari kiri : Fadhli, Asyraf, Hasan Fitri, Zaidani, Mahmud.
Ni aku rasa gambar paling kelakar. Kalau nak tengok aku pakai pelik, inilah. Tudung warna kuning dengan baju warna biru. Sungguh tak padan! Ini masa hendak bertolak ke Pulau Pangkor, rombongan budak tingkatan 5.

Ni di Taman Lebah. Semua pakai jumper batch.

Ini classmates aku di Sambest. Ini hanya perempuan. Penolong kelas aku adalah perempuan yang duduk, yang memakai tudung hitam. Nurul Ain Kamaruddin. Disebabkan aku low profile, aku duduk belakang. Wee~~

** Aku baru lepas bermesejan dengan kawan sekelas aku, Bayu. Aku kata rindu dengan mereka. Katanya, tak apa. Nanti sudah habis belajar, kita jumpa ramai - ramai. Baru sekarang aku nampak dan hargai nilai sahabat zaman sekolah.

Sunday, January 11, 2009

Kepada Ms RR

Assalamualaikum wbt.

Kalau dulu tanggal 11 Januari, pasti majoriti daripada rakyat Malaysia akan teringat kepada seorang figura terkenal Dato' Siti Nurhaliza. Mana taknya, peminat setianya memang tak pernah lupa akan tarikh lahirnya ini. Tapi sekarang, sejak aku berada di Moscow, selain Siti Nurhaliza, ada lagi seorang peminat Siti (dahulunya) yang mempunyai tarikh lahir yang sama.

Rafidah Rahmat. Atau Dodod. Atau Kak Ida. Atau mungkin Fida. Itu semua menjurus kepada orang yang sama. Rafidah - nama formal. Dodod - Orang di sini panggil dia begitu. Ida - gelarannya di rumah. Dan Fida? Hurmm.. Fikirlah sendiri. Hehe.. Dia ni awal - awal lagi dah membuat special request pada aku. Jadi, aku tunaikanlah permintaan kawan aku seorang ini.

Sejak akhir - akhir ini, aku terasa macam rajin pula berborak dengan budak Dod ni. Gayanya lebih kurang aku. Cakapnya banyak juga macam aku. Yang bezakan kami berdua adalah saiz dan ketinggian. Dia kecil molek. Aku tinggi tak berapa nak lampai sangat. Lagi satu yang istimewanya pasal dia ni, dia akan jadi spot light setiap kali sambutan raya. Setiap tahun! Sebab apa? Baju dia camtik - cantik! Pergghh.. Manik sana manik sini. Kalau buat pertunjukan fesyen, aku akan undi dia jadi nombor satu. Haha. Mak dia pandai menjahit. Untung dapat anak perempuan seorang, semuanya diberi untuk dia seorang.

Sepanjang aku kenal Dodod ni, banyak - banyak benda yang dia suka buat, aku sangat suka kalau dia rajin masak. Ye la, nasib baik aku bukan housemate dia, kalau tidak, habis semua makanan yang dia masak, aku licinkan. Masa dia nak balik haritu, aku dengan tak malunya menawarkan diri untuk makan bersamanya. Haha.. Maklumlah, dia makan seorang, kawan - kawannya yang lain dah balik. Kaka teman baiknya pula keluar membeli - belah. Jadi, apa salahnya sekadar menjadi peneman kan?

Hari ini, aku ambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI TUA untuk ko Dod! Aku belum tua lagi. Masih ala - ala awet muda gitu. Huhu. Aku tau hang kat rumah tu dapat bertimbun - timbun hadiah. Nah ini hadiah aku untuk hang. Hang gelak - gelaklah baca! Huhu


Cik Dodod yang duduk dua dari kiri. Upps.. Dia dah berpunya! =)

Tuesday, December 2, 2008

Menjaga dan dijaga

Assalamualaikum wbt.

Aku ini baru saja pulang dari bilik kawan aku. Aku ke sana untuk menyambut hari lahirnya yang ke - 21. Afifah namanya. My best buddy. Selamat hari lahir. Ko dah besar, walaupun badan ko kecil. Maka, aku akan anggap ko dah besar.. Huhu..

Kami berborak panjang, padahal tiap - tiap hari berjumpa dia di kelas. Entah, dengan dia ini, pasti cerita aku tak pernah habis! Hehe.. Dan satu soalan aku tanya pada dia :

Aku : Ko nak hadiah apa untuk hari lahir ko kali ini?
Dia : Tak payah susah - susah lah fikir.
Aku : Ye la, sebab aku tak nak fikir, aku terus tanya ko.
Dia : Tak nak apa - apa la. Aku nak kasih sayang ko je. Hehe..
Aku : Tak boleh.. Sayang aku hanya... (*aku tak habiskan cakap*) Ala.. Aku baru nak bagi ko pakwe. Ko tak nak ke?
Dia : Tak payahlah. Diri sendiri pun tak terjaga.
Aku : Sebab tu aku nak carikan supaya dia boleh menjaga ko.
Dia : Takde maknanya. Pakwe sekarang nak dijaga. Bukan menjaga.
Aku : Kalau aku, aku nak cari yang menjaga aku lah. Senang sikit kerja! Hihi.
Dia : Ye la tu.
Aku : Tak pun, biarlah dia terjaga sendiri.
Dia : Terjaga dan berjaga - jaga!

Kami gelak.. Haha..

Perbualan itu hanya gurauan senda antara sahabat. Kalau tak faham tu, pandai - pandailah fahamkan.

Dijaga dan menjaga adalah satu benda yang tak usah dicakap. Hanya diluahkan dalam bentuk perbuatan. Kadang - kadang dia tak cakap pun, kita tahu dia sedang jaga kita. Paling tidak, penjaga kita : Ibu bapa kita. Dan sebaik - baik penjaga adalah Dia. Dia Maha Bijak menjaga hambaNya, mengatur alam dan seluruh isinya. Kalau kita rasa kita masih tak dijaga, atau kita rasa kawan kita langsung tak ambil endah pasal kita, itu maknanya kita belum cukup tinggi lagi keyakinan kita terhadap Yang Maha Esa. Tak semestinya kena ada yang menjaga kita depan mata baru kita tahu kita dijaga.

Aku rasa aku terjaga. Kalaupun tiada orang yang datang menjaga, kita yakin kita dijaga selagi kita tak buat perkara yang menunjukkan kita tiada penjaga. Jagaan Tuhan terhadap hambaNya tak pernah terhenti. Maka, rasailah jagaan Allah dengan menjaga diri, supaya kelak diri kita terpelihara dan terjaga.

Ini hanya entri penyedap hati. Buat apa nak fikir tentang masalah yang bukan datang dari kita. Lepas bangun tidur tadi, aku cuba menceriakan diri. Dan aku berjaya! Tahniah pada aku! Wahh.. Aku bijak mengawal emosi.. Huhu

Tuesday, November 25, 2008

Terima Kasih

Assalamualaikum wbt.

Ada seorang kawan aku ini yang aku kenal masa aku mengikuti briefing untuk ke Timur Tengah bertempat di Pejabat Majlis Agama Islam Selangor anjuran Pusat Zakat Selangor (PZS). Namanya Nur Amalina Faisal. Lebih selesa untuk aku panggil dia Amna. Disebabkan pihak PZS yang akan menanggung pengajian pelajar yang akan dihantar ke Timur Tengah, maka mereka mengadakan sesi taklimat itu untuk menerangkan beberapa perkara dan infomasi yang berkaitan dengan program Penghantaran Pelajar ke Timur Tengah ini. Dari situ, kami berkenalan, dan terus kami berpakat untuk meneruskan hajat mengikuti kursus persediaan Bahasa Arab di Pusat Kegiatan Guru (PKG), di Kampung Jawa. Di sana (PKG), kami (aku, Asma dan dia) tinggal satu dorm. Memang kami rapat. Pergi makan, pergi kelas, balik kelas, pergi keluar semuanya sama - sama. Lama juga aku duduk situ sementara tunggu fly ke Timur Tengah (aku dan diorang pilih Jordan) la konon - kononnya. Aku dan Asma pilih bidang perubatan dan Amna, Bahasa Arab. Kami memang dah berpakat untuk tinggal sekali di Jordan.

Jika aku melanjutkan pengajian di sana, aku tidak dapat tanggungan sepenuhnya dari Pusat Zakat Selangor (PZS). Hanya yuran pengajian saja ditanggung. Hal ini memang sudah diberitahu sejak awal - awal lagi kepada ibu bapa. Jadi Abah kata hantar saja borang permohonan tu sambil tunggu tawaran lain. Aku pun ikut sajalah. Abah yang banyak uruskan hal aku masa lepas SPM dulu. Tapi aku memang harap sangat aku dapat ke Jordan. Dan aku memang belajar betul - betul waktu kat PKG tu.


Tapi betullah pesan ustaz ustazah aku dulu. Sebaik mana perancangan manusia, perancangan Allah lebih baik. Aku terpaksa melupakan hasrat aku untuk meneruskan impian bersama mereka sebab Abah awal - awal lagi sudah menyatakan yang Abah tak mampu untuk menyara pengajian aku di Jordan. Aku ingat lagi aku merayu kat Abah dan Emak yang aku nak sangat ke Jordan, tak kisahlah kalau terpaksa tukar bidang pun. Tapi aku tak mahu menyusahkan Abah dan Emak di kemudian hari. Mereka pun sudah hampir pencen. Adik - adik aku ada lagi kat bawah yang hendak ditanggung.

Dan selepas beberapa kali buat istikharah, aku akhirnya terpaksa melepaskan peluang aku untuk ke Jordan dan mengikut kata Abah yang inginkan aku mendaftar sebagai pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai pelajar pra - ijazah sains. Kalau ada rezeki, adalah. Aku sedih sebenarnya nak tinggalkan kawan - kawan aku kat situ. Terutama Asma dan Amna. Diorang bersungguh suruh aku stay. Tapi nak buat macam mana kan.. Dan semasa di UiTM tu, aku jadi keseorangan. Budak baru kan. Ikut orientasi, sesi taaruf. Seminggu orientasi tu berlangsung.

Nak dipendekkan cerita, lepas seminggu, aku balik rumah. Dan Mimin menyatakan yang aku mendapat tawaran ke Russia di bawah tajaan Kerajaan Negeri Selangor. Aku terus terima. Tak dapat ke Jordan, ke Russia pun jadi. Bidang perubatan juga. Dan aku mengikuti kursus di Intec.

Sepanjang aku di Intec, aku masih lagi contact dengan Asma dan Amna. Mengikuti perkembangan kawan - kawan aku yang lain yang masih berada di PKG. Dan masa cuti musim panas dua tahun lepas, kami bertiga keluar bersama sebab sudah lama tak jumpa. Kami masih macam dulu. Masih havoc! hehe.. Dan Khamis lepas, Amna mengkhabarkan khabar gembira tentang dirinya. And Amna, really, I am happy for you! I always pray for the best, for both of you.

Dan walaupun kami kenal sekejap, kami terasa hubungan persahabatan ini sangat erat. Amna pun hampir tamat pengajian. Selepas ini tak tahu lagi ke mana arah tuju dia. Lagi dua tahun aku dan Asma pula habis mengaji. Dan kami masing - masing sibuk. Semoga ikatan ukhwah ini masih utuh. Dan Amna, terima kasih atas persahabatan ini. Selamat Hari Lahir. Semoga segalanya terbaik saja buat kamu!

**Dan terima kasih kepada kamu, kamu dan kamu yang sudi membaca entri yang ke - 200 ini. Terima kasih. (^.^)V

Tuesday, October 28, 2008

Futsal

Assalamualaikum wbt.

Hobi baru, melupakan sekejap masalah sekeliling. Yeah! Futsal. Hobi baru kami : Bermain futsal. Liga futsal yang dikelolai oleh Sechenov Malaysian Student Association (SMSA). Perlawanan pertama banyak dapat ditimba. Semangat sukan, semangat sepasukan. Tak kisah main cara kotor, main cara bersih. Itu belakang kira. Yang penting, satu fakta : Kami hampir kesemua 4 daripada 6 orang bilik kami menyertai liga futsal ini. Kecuali dua orang Emy dan Dibah. Kami 4 orang dalam satu team. Tambah lagi 4 orang, juga batch aku melengkapkan kami seramai 8 orang.

Perlawanan pertama sudah ramai yang injured. Mana taknya, bermacam gaya menyepak, menendang bola. Guna lutut, kepala, kaki apatah lagi. Terseliuh itu tak seteruk mana. Jatuh tergolek itu biasa. Lebam sana lebam sini usah dikata.

Posisi last man dalam padang buat aku penat berlari. Selesai perlawanan berkesudahan 1 - 0 (kami kalah), aku jadi semput. Semput kerana sepanjang separuh masa kedua, aku saja yang mengawal pintu gol kumpulan aku. Membantu goal keeper.

Macam - macam gaya. Kalau tak percaya tanyalah kakak tahun 6 kita yang satu - satunya menyertai liga ini. Dia lagi hebat. Sehingga depan pintu gol lagi. Bukan cubaan sekali. Berapa ye?

Pengalaman pertama untuk kebanyakan dari kami buat kami rasa gembira. Ya! Kesemua kami adalah beginners (kecuali Mily - 3 tahun main-, Ili - 2 tahun main- dan Ikha -ada pengalaman main- ) dan perlawanan malam semalam adalah perlawanan pertama kami. Kami puas kerana niat kami asalnya : Play For Fun! =) Yeah, We enjoyed our game last night!

Selamat Hari Lahir Buat Abah. Selamat Hari Lahir juga buat Ikha (Zalikha Raman), groupmate aku, merangkap anak kawan kakak aku (Watie) merangkap lagi teammate futsal aku dan seterusnya merangkap juga kawan aku.. huhu

Saturday, October 18, 2008

Kuning :: Hijau :: Perang

Assalamualaikum wbt.
Ini bukanlah satu janji. Tapi niat di hati memang ingin berkongsi suasana di Moscow dengan semua orang. Kalau hanya ditulis, minda tak terbayang keadaannya bukan? Jadi gambarlah jadi bukti.

Siri penjelajahan suasana musim luruh bermula selepas pulang dari membeli - belah barangan yang diperlukan. Kebetulan sewaktu perjalanan pulang, kami melintasi satu taman yang biasanya dipenuhi dengan kanak - kanak bermain pada waktu petang. Taman Frunzenskaya kami gelar. Hanya beberapa kilometer dari bangunan pejabat Dekan yang terletak di Stesen Metro Frunzenskaya. Kami berlima sudah cukup untuk jadikan niat aku termakbul. Kebetulan aku membawa kamera, habis semua pemandangan jadi spot lensa aku. Huhu..

Kita tengok gambar jom! ('.~)V



Daunnya perang.. Daun kuning pun ada. Itik pun menikmati kekuning - perang - orenan musim luruh.



Burung berterbangan menjadikan pemandangan sangat tenang. Berkawan dengan itik di tasik.



Inilah kami berlima (campur orang yang menangkap gambar). Maaf lelaki seorang tersesat. =)


Salam musim luruh. Nah, ambillah daun maple ni. Aku bagi. Aku pegang yang kuning. Dibah pula yang masih ada hijaunya. Belakang kami : Hamparan daunan Oren Campur Perang - Perang Sikit. huhu


**Kuasa Redha tu hebat. Bukan semua boleh buat. Tapi KS insyaAllah boleh. ('',)

Tuesday, October 14, 2008

Adat Berkawan

Assalamualaikum wbt.
[Entri ini sangat - sangat panjang. Skip saja kalau malas nak baca]

Hari tu aku berpakaian biru. Pakaian pengawas sekolah. Pagi - pagi aku macam biasa berhimpun di dataran perhimpunan. Mia pun ada. Ye la, dia kan 'budak lompat', mesti dia ada sekali. Suasana macam sekolah menengah. Tapi yang aku pelik kenapa Mia satu sekolah dengan aku. Sebab kitorang sekolah menengah kat lain tempat. Takpe la..

Lepas habis perhimpunan tu, aku terpandang satu figure. Dia tengok aku. Aku kenal dia. Aku nampak je dia, aku terus lari. Tiba - tiba je lari. Aku lari sebab aku tak suka nak tengok dia. Ada sebab aku tak suka. Mia terkejut. Dia kejar aku. Dia pelik kenapa aku lari. Orang yang aku tak suka tu pun kejar aku. Mungkin dia juga pelik kenapa lepas aku nampak dia, aku lari. Jadi, dua orang la yang kejar aku.

Sampai satu selekoh, Mia tarik tudung aku. Dia tanya aku dengan nada tercungap - cungap (ye la, baru lepas lari kan..) "Kenapa ko lari?" Aku yang memang nak lari lagi tapi dah ditahan dengan Mia. Aku nampak orang yang aku tak suka tu dah sampai kat selekoh tu. Aku jerit kat depan muka Mia : "Aku kan pengawas. Aku nak jaga kelas la! Kan cikgu semua tak ada sebab ada mesyuarat." Lepas tu aku terus pergi. Aku tinggalkan Mia yang tengah blurr. Dan aku sengaja menjerit supaya orang yang aku tak suka tu tahu yang aku tengah sibuk.

Lepas aku menjerit tu, aku rasa sedikit puas. Dan rasa puas tu buat aku terbangun Subuh semalam. Aku bangun dan aku berfikir. Adakah aku betul - betul tak suka dengan orang tu? Oh, aku rasa aku tak suka sebab mungkin aku rasa dipaksa. Ye la, dia kawan aku. Kalau satu benda tu aku asyik fikir je, sampai mimpi aku bawa. Nak marah dia di alam realiti tak boleh sebab tak termarah, kita marah dalam mimpi je la. Haha.. Aku ni kalau berkawan, aku kawan dengan semua orang. Selagi aku tak menyusahkan dia (aku tak berapa suka menyusahkan orang kecuali orang - orang tertentu je. Tu pun yang dah biasa dengan aku. Kira yang dah rapat la dengan aku..Tu pun kadang - kadang bila aku tak boleh buat suatu benda tu disebabkan aku sibuk atau tak ada masa) dan dia tak menyusahkan hidup aku, aku ok je. Cara kawan aku yang dalam mimpi aku tu mungkin sedikit annoyed atau kata lainnya menjengkelkan. Mana taknya, orang lain pun kawan juga, tapi takyah la sampai buat orang rasa terganggu. Aku tak nak rasa macam ni. Aku tak suka perasaan tak selesa dengan orang. Aku nak berkawan dengan semua. Jauh ke dekat ke. Jangan la buat aku terbeban. Terbeban sebab kawan aku buat aku rasa kekok. Aku ni orangnya complicated.

Aku kawan dengan ramai orang. Aku berkawan secara adil. Kalau seorang kawan tu aku layan dengan baik, kawan lain pun aku layan dengan baik juga. Tapi bila aku layan baik tu, jangan pula ambil kesempatan. Kata kawan. Kawan mestilah layan kawan dia dengan baik kan?

Aku dah kata aku ni bukan baik sangat. Aku kalau dah tak puas hati dengan orang, aku lempar je. Prinsip aku senang. Kita hidup bermasyarakat. Kalau orang tengah susah, kita tolong. Sebab kita tak tahu bila kita akan susah. Kita bukan selalu senang. Ada beberapa kisah yang aku nak kongsi dan apa yang aku rasa sepanjang pengalaman aku berkawan dengan orang :
  • Kalau orang minta tolong dengan aku, aku tak kisah nak tolong, terutama kalau kawan aku sendiri yang minta tolong. Aku tak kisah kalau aku susah, tapi aku paling tak suka kalau aku minta tolong pada dia tapi dia nak mengungkit - ungkit apa yang dia buat. Nanti aku fikir dia tak ikhlas tolong aku.
  • Aku paling tak suka kalau masa senang tu, dia buat tak kenal orang, hidup sendiri - sendiri. Tapi bila susah, pandai pula cari orang. Masa tu la, dia la yang paling kenal ramai orang. Ni lagi aku anti. Bila aku tanya, nampaknya bukan aku je yang rasa anti, bahkan orang yang tempat diminta tolong tu pun rasa benda yang sama. Tapi sebab kawan kan, tolong je la.
  • Aku tak suka perasaan bila terasa hati dengan kawan aku. Tapi aku kadang - kadang terasa dengan mereka bila diorang buat sesuatu yang boleh melukakan hati aku. Kalau ye pun nak melibatkan nama aku atau kawan - kawan baik aku, periksa dulu kebenarannya. Jangan main terjah saja.
  • Lagi satu aku paling pantang benda ni. Aku memang bengang kalau orang tu berkawan tapi pada masa yang sama dia tembak / tikam / yang seumpama dengannya kawannya dari belakang. Memang aku benci orang macam ni. Jangan la salahkan aku bila aku tak suka pada orang macam ni kalau orang ni perangai tak berapa nak elok. Memang la perangai aku bukan la elok sangat, tapi berpada la kalau nak sakitkan hati orang.

Pengalaman aku banyaknya terjadi sejak aku duduk jauh dengan keluarga di mana kawan - kawan la yang buat kita tak sedih sangat bila berjauhan dengan keluarga. Tapi ragam manusia ni lain - lain. Kalau sama je, bosanlah kan. Dan mungkin juga ada yang tak puas hati dengan aku kalau tiba - tiba mulut aku terlaser ke kan.. Haha.. Aku laser dengan orang yang rapat betul - betul dengan aku. Yang dah biasa dengan cara hidup aku. Tu la cara aku bermanja dan beramah mesra. Huhu..

Aku jenis cakap banyak. Dengan sesiapa saja kawan aku. Ada dua sebab je buat aku jadi sedikit pendiam. Satu, bila aku jumpa orang yang pertama kali aku jumpa dan aku tak pernah kenal dia. Kedua, bila aku terasa hati/bengang/sakit hati dengan orang tu, aku pun akan jadi pendiam. Aku boleh je jadi ignorant kalau nak. Kalau ada yang tiba - tiba perasan aku diam je, periksa balik, mana tahu ada terkecilkan hati aku ke. Aku ni suka merajuk dan memang fitrah aku suka bercakap. Orang pernah kata dorang rindu kalau tak dengar aku berceloteh. Hehe.. korang tahu siapa korang. Huhu..

Aku selalu gembira dan ketawa sebab kawan. Aku pernah menangis juga sebab kawan. Aku pernah marah dan melenting pasal kawan. Tapi aku simpan. Aku cerita hanya pada roomates aku dan kawan baik aku. Sebab selalunya dorang ni tak pernah buat aku rasa selain dari gembira. ('.')V

Ramai kawan - kawan aku datang jumpa aku bila ada masalah. Datang meluahkan perasaan. Bila dorang rasa hilang arah, rasa tak puas hati dengan orang, rasa kosong, rasa risau, dan macam - macam rasa lagilah. Tak kira jantina. Aku sendiri pun tak tahu kenapa, tapi bila diorang datang cari aku, takkan aku nak halau pulak kan. Kalau aku rasa aku perlu beri nasihat, aku cakaplah sikit - sikit. Kalau aku rasa dia hanya nak lepaskan geram, aku akan diam je, dengar je dia cakap. Kalau ada dua pihak yang salah faham, dan dua - dua pihak tu cari aku nak luahkan rasa tak puas hati, biasanya aku akan dengar cerita dari kedua- kedua pihak. Aku tak mahu jadi orang yang tak adil. Selalunya cerita dan keadaan sebenar yang berlaku itu lain dan berbeza dari kalau kita dengar cerita sebelah pihak saja. Tapi aku nak kawan - kawan aku tahu, aku sentiasa sokong kawan - kawan aku. Kalau dia buat silap, aku tegur sikit - sikit. Kalau aku buat silap, aku harap diorang tegur aku. Itu guna kawan kan?

Aku sentiasa doakan kejayaan kawan - kawan aku. Aku nak kawan - kawan aku berjaya. Kalau belajar untuk jadi doktor, jadi doktor yang berjaya. Kalau nak jadi jurutera, jadi jurutera yang berjaya. Kalau nak duduk untuk exam, pass exam dengan cemerlang. Dan aku tak tahu berapa ramai yang doakan untuk aku, tapi doa kamu untuk aku, aku ucap terima kasih.

Maaf kalau ada yang terasa dengan entri ini. Ni cara aku luah perasaan aku dan cara aku menegur sebab aku amat pasti semua orang berkawan di dalam dunia ni. Aku nak kita jadi sahabat yang terbaik untuk sahabat kita. Ni entri tak spesifik pada sesiapa. Ini untuk semua. Siapa nak datang kawan dengan aku, silakan. Siapa kawan aku yang terasa dengan aku, aku mohon maaf dengan sangat. Aku minta maaf dari hujung tudung sampai hujung stokin.

Sunday, October 12, 2008

Tetamu

Assalamualaikum wbt.

Sejuk nampaknya di luar tu. Aku dari dalam hanya memandang helaian daunan bergoyang di dahan. Seperti mahu tunggu waktu gugurnya. Pagi ini gelap. Subuh masih ada. Teman masih berselimut. Tapi tanggungjawab sudah dilaksana. Mungkin kepenatan semalam masih belum pergi.

Niat di hati mahu belajar pagi ini. Satu badan sakit - sakit menerima tetamu yang tak dijangka semalam. Alhamdulillah. Dapat juga melayan dengan sebaik mungkin. Tetamu pulang, aku tersadai. Tersadai atas katil yang bukan milik aku. Milik Fareena. Kepenatan, walhal teman lain lagi lelah dari aku.

Menerima tetamu itu berkat. Melayan mereka itu kegembiraan. Tengok mereka pulang dengan senyuman buat kita rasa lega.. Lega dapat memenuhi keperluan mereka. Alhamdulillah.

**Doa yang terbaik sahaja buat adik kepada KS, Fareena, Fatt dan Dibah yang bakal menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang bermula esok. Adam, Wawan, Fatin dan Adi, jangan hampakan harapan keluarga. Buat yang terbaik. Kamu dah macam adik akak dah. Cewaah.. Huhu.. Untuk Atha, ko kena dengar sini. Aku nak membebel kat ko ni. Selamat beramali. SPM buat betul - betul. Ko duduk asrama, Emak tak boleh nak monitor ko. Ko kena monitor diri sendiri. Kata dah besar. Mesti pandai uruskan diri. All the best. Buat yang terbaik. Kakak - kakak kamu kat sini dah risau - risau dah. Kamu mesti contohi mereka. Mereka rajin, kamu pun boleh. Ingat ni tau! ~~ ^.^

**Dan juga doa yang terbaik sahaja buat sesiapa yang akan mengambil peperiksaan dalam masa terdekat ni. Orang yang berusaha, insyaAllah pasti akan berjaya.

Wednesday, October 1, 2008

Raya Mode I

Assalamualaikum wbt.

Baru je lepas bersalam raya dengan Emak, Abah dan adik beradik lain. Tapi melalui telefon. Abah berbaju melayu kelabu katanya. Emak tak sempat nak tanya. Aku ke kelas harini berkebaya coklat kotak - kotak. Baju raya tahun lepas. Kan kita masih beraya. Tak gitu? Aku ikut Malaysia beraya. Hehe..

Lepas ni ada kelas lagi. Tapi balik rumah kejap sebab gap masa antara kelas tadi dengan kelas kejap lagi tu panjang. Balik rumah, makan kuih raya bersama nescafe panas! Tak pernah dibuat dek orang.. Haha..

Semalam sibuk satu hari pergi beraya.. Mujur pagi ni perut tak memulas. Ye la, kalau selalu hari raya makan macam - macam, esoknya sakit perutlah, cirit - birit lah, what so ever. Alhamdulillah aku masih ingat dan sedar diri supaya tak makan banyak sangat. Hehehe..
Kepada yang baru raya hari ini, selamat hari raya. Lepas ni kita ramai - ramai mula puasa 6 ok! =)

**Aku nak salam raya dengan Mia dan Kak Mija. Tapi tak tahu pulak macam mana.
**Gambar raya kena tunggu dululah. Tapi aku tak cukup glamour nak dibandingkan dengan orang lain.. Huhuhu~~
**Tahun ni tahun akhir beraya dengan KS. Sedih hati. Sayu jiwa. Tak tahu lepas ni siapa akan jadi pengganti KS. KS, KS kena tahu, kamu tak boleh diganti. Tempat kamu masih disitu. Di hati Wanie, di ingatan Wanie. Raya tahun depan Wanie claim duit raya! :D

Friday, August 15, 2008

Banyaknya nombor 3!

Assalamualaikum wbt.

THREE NAMES THAT FRIENDS CALL YOU:

1. wanie (untuk orang yang dah rapat dengan aku)
2. shazwani (orang yang baru kenal aku dan aku baru kenal dia)
3. suria (dulu budak2 MARA panggil aku macam ni dan aku tak tahu kenapa), tok ketua (aku tak tahu kenapa Judin panggil aku macam ni dan yang peliknya aku menyahut kalau dia panggil), muslimahbestari (ni sebab ID ym aku)

THREE THINGS YOU’VE DONE IN THE LAST 33 MINUTES:

1. berborak dengan kakak aku (Meen)
2. tengok Olimpik Beijing 2008 (badminton)
3. main Freecell dan dah menang 2 games

THREE WAYS TO BE HAPPY:

1. tak marah - marah
2. berborak dengan kawan - kawan sambil makan - makan
3. tenangkan diri dengan cara aku sendiri

THREE OF YOUR FAVORITE SONGS AS OF NOW:

1. Taubat seorang hamba - tak ingat siapa yang nyanyi. Anyone can help me?
2. Ruang rindu - Letto
3. Albi Nadak

THREE THINGS YOU LOVE IN A GUY:

1. luhur pekertinya, terjaga dirinya, tinggi ilmunya
2. suka layan aku borak yang kadang - kadang entah apa - apa entah
3. bijak dalam menangani semua hal

THREE PERSONS YOU MISS:

1. roomates aku kat Moscow memandangkan sekarang ni dah dekat sebulan lebih tak jumpa
2. kawan - kawan yang aku kenal melalui blog, ym, dan seumpama dengannya tapi tak pernah jumpa
3. member - member Sambest yang sekarang ni dah belajar jauh - jauh

THREE GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE:

1. doa supaya aku terus berjaya dalam pelajaran dan kerjaya pada masa akan datang
2. aku nak mobile phone! ada sesiapa ke nak kasi? hehe...
3. apa lagi ek? yang seingat aku, semua aku dah ada.. tapi sesiapa nak kasi pun, aku terima je.. =)
THREE PLACES YOU WANT TO GO FOR NEXT VACATION:

1. Australia (nak jumpa adik aku, kakak aku dan anak - anak saudara aku yang sekarang ni makin cute aku tengok)
2. Jordan (nak jumpa kawan - kawan aku yang berlambak kat sana tu..)
3. Korea, Jepun, China (tapi tak ada duit! ada sesiapa nak belanja ke? hahaha.. teringin nak pergi tengok budak - budak yang cute2 kat sana!)

THREE OF YOUR FAVORITE HOBBIES:

1. Makan sampai aku kenyang
2. Blogging
3. Berborak

THREE FAVORITE CARTOON/ANIME CHARACTERS: (ni la yang paling susah aku nak fikir sebab bukan aku suka tengok kartun/anime pun)

1. Spongebob squarepants
2. Disney characters
3. Detective Conan

THREE OF YOUR FAVORITE FAST FOODS:

1. Pizza Hut
2. Mc Donald
3. KFC

THREE FAVORITE DRINKS:

1. Nescafe (kalau ada ais lagi sedap..)
2. Teh O
3. Sirap sejuk (sedap lagi kalau diminum sewaktu musim panas!)

THREE THINGS FOUND IN YOUR HANDBAG:

1. wallet
2. handphone
3. lip balm

THREE FAVORITE COLORS:

1. Biru
2. Ungu
3. Hijau

TOP THREE U LOVE SO MUCH:

1. keluarga
2. roomates kat Moscow
3. best friends aku yang tak kira mana pun diorang berada sekarang ni

Monday, July 14, 2008

Cuti Hujung Minggu

Assalamualaikum wbt.


Sekarang ni sakit - sakit badan aku. Mana taknya, tidur atas kerusi kayu panjang yang ada kushen la. Hampir setiap malam aku tidur atas kushen tu. Letaknya di ruang tamu. Masa awal - awal balik tu aku tidur kat bilik hujung (bilik yang selalunya jadi bilik pengantin kalau ada kakak - kakak aku yang kahwin), tapi bilik tu banyak nyamuk (ni keje malas nak sembur dengan Ridsect!) plus, kalau aku tidur situ, kalau aku tak bangun subuh sendiri, pasti tiada yang mengejutkan aku. Tapi bezanya kalau aku tidur di ruang tamu tu, nyamuknya kurang, bila pagi - pagi Emak biasanya akan bangun untuk sahur lepas tu tanya kat aku nak sahur sekali ke tak atau terus kejut subuh, plus kat ruang tamu tu ada TV! haha.. Biasanya aku kalau dah penat sangat, baring je atas kerusi kayu tu konon - konon sambil nak tengok tv tapi akhirnya.... tv yang tengok aku. Hahahaha..


Semalam Kak Idah datang rumah. Dia ada conference kat Shangri La Hotel kat KL. Jadi hari Sabtu tu dia tinggalkan anak - anak sedara aku kat sini. Takut nak tinggalkan kat Seremban katanya. Tambah - tambah Along (anak dia yang sulung) demam pulak, sampai termuntah kat atas rambut Ira, salah seorang adiknya yang bergulung - gulung rambutnya! haha.. Yang kelakarnya, Ira tak marah pun, bahkan gelak! Tak tahulah gelak bangga atau apa.. Bila anak - anak sedara datang rumah, biasanya sapu rumah berkali - kali. Kenapa? Yela, sebab sapu sekali, bersepah. Sapu lagi sekali, bersepah lagi. Lastly kitorang biarkan aje. Lepas diorang balik je, sapu terus satu rumah. Ni harini rasa malas nak mop pula. Nampak gayanya aku la yang kena mop memandangkan Nana and Meen tak ada. Seorang kerja, seorang lagi sibuk dengan Masternya.


Sabtu lepas, aku ke rumah Kak Faaiqah. Dia kawan KS. Aku kenal masa pergi Egypt. Dia kahwin hari tu. Ni aku rasa dah cerita, tapi takpa nak cerita lagi! Aku yang sibuk - sibuk nak pergi. Bukan dapat kad pun! Aku ambil alamat dia, aku cari. Mulanya nak pergi dengan Fatt, tapi dia nak ke Penang. Pastu minta tolong dengan Ammar, pun tak boleh juga sebab dia ada hal. Diorang berdua tinggal dekat Bangi, jadi aku minta tolong diorang. Bila dua - dua tak dapat join, aku pergilah juga tapi sendiri la, survive! Yela, sebab hadiah dah beli, takkan tak pergi pula. Sebelum pergi tu, siapkan dulu kerja - kerja rumah dulu. Senang sikit Emak nanti.


Masa pergi tu, banyak betul dugaannya. Mula - mula komuter yang menghala ke Seremban tu stucked dekat Segambut. Aku tunggu punya lama sampai make - up pun cair (eceh, pandai ke awak tu pakai make up cik wanie ooii!). Bila komuter sampai, punyalah ramai orang sampai aku yang 'besar' dan 'bajet melampai' ni tersepit di tengah - tengah puluhan rakyat Malaysiaku tercinta. Bila dah sampai tu, terus je cari cab, bagitau pakcik teksi tu aku nak ke alamat sekian - sekian. Dia pun tak sure. Dia tanya aku, aku lagi tak tahu. Dia pun kata: Takpa, kita cari sama - sama. Rumah si pengantin letaknya jauh ke dalam. Kalau nak jalan kaki, rasa macam boleh patah kepala lutut untuk orang yang dah berdiri lama dalam komuter di celah - celah orang macam aku ni. Sampai je, aku called KS. Yela, dah la datang seorang, lepas tu yang aku kenal hanya si pengantin dan KS. Mula - mula makan dulu sementara aku tengok KS sibuk layan tetamu.




Dari kiri Sdr Yasir Tamizi, Cik KS, Sdr Azwan dan Cik Aku


Bila aku habis je makan, KS pun perasan aku yang tengah duduk sorang - sorang layan blues (cewah!) tu. Tak lama tu, KS cakap dengan aku yang kawan bloggers dia juga datang . Yasir Tamizi dengan Azwan (patutkah aku address mereka dengan word Bro di depan memandangkan mereka macam lebih senior dari aku? Aku tak pernah panggil mana mana lelaki dengan panggilan 'Abang' melainkan abang - abang ipar aku! haha..). Tapi tak apalah. Panggil nama je la. Kang rasa pelik pulak. Haha.. KS yang kenalkan aku pada diorang. Selalu dengar je KS sebut - sebut nama tapi orangnya tak pernah jumpa pun. Tapi jangan risau, apa yang KS sebut - sebut tu hanya yang baik - baik saja. KS suka bercerita. Jadi aku yang suka mendengar cerita orang ni, selalu juga dengar cerita KS.

Masa pergi tu boleh la tahan lagi sebab ada teksi. Aku bagitau KS, aku tak tahu nak balik ke stesen komuter naik apa memandangkan tiada langsung kelibat teksi di kawasan berdekatan. Lepas aku bagitahu KS aku pun tumpang solat Zuhur. Lepas tu je KS kata kawan KS yang aku baru kenal tu boleh tumpangkan aku sampai stesen komuter. Alhamdulillah. Haha.. tiada lagi kerisauan! huhu.. Terima kasih ye.. Kalau tak, nampak gayanya saya jalan kaki la balik stesen komuter!

Tapi apa pun, majlis Kak Faiq sangat meriah. Rindu nak ada majlis kenduri kahwin kat rumah sendiri. Tunggulah siapa - siapa kahwin nanti. Huhuhu~


Kesimpulannya, weekend ni sungguh terisi! Terima kasih kepada watak - watak yang terlibat.

PS: Saya nak buat pengumuman. Budak kecil dalam entri sebelum ni saya, adalah anak sedara acik Wanie yang sekarang ni ada kat Melbourne, Australia mengikut mama saya yang sambung belajar dalam PhD. Nama saya Arfah Sahira bt Azrin. Ayahlah yang jaga kitorang adik beradik bila mama pergi ofis. Kat sini sejuk, tu sebab kena pakai snow cap, tutup kepala. Hehe..

Wednesday, May 28, 2008

Ada yang nak tolong?

Assalamualaikum wbt.

Agak susah sebenarnya bila cakap dengan seseorang tu, tapi orang tu tak faham - faham kan? Lagi susah kalau bila kita cakap orang tu salah faham. Kadang - kadang sampai dah tak tahu nak buat apa lagi bila berdepan dengan orang macam ni. Dulu kawan aku pernah alami satu masalah ni. Tapi sekarang dah ok dah. Alhamdulillah. Allah buka kepala otak kawan aku ni untuk fikirkan jalan penyelesaian bagi masalah yang dia sendiri tak minta.

Persoalan yang membuatkan aku terfikir bila berdepan dengan masalah kawan aku ni adalah : How to bring her friendship into the crowd? Lebih kurang seminggu aku tolong fikirkan benda ni untuk dia sebab masa tu orang mula cakap - cakap pasal dia dengan kawan dia ni. Susah kalau nak ada kawan ni. Lebih - lebih lagi berlainan jantina yang kita kena tahu had kita dengan dia. Oh, lagi sekali aku cakap pasal kawan. Kenapa aku suka sangat cakap pasal persahabatan ni ek? Hurm. Mungkin sebab aku amat menitikberatkan hubungan persahabatan ni. Lagipun aku nak kongsi apa yang aku rasa bila ada orang tanya atau hajatkan penyelesaian dari aku. Ok, balik pada kisah kawan aku ni. Aku terfikirkan persoalan tu seminggu. Lepas tu, aku cakap kat dia dan suruh dia ambil keputusan, buat bodoh je selepas aku ceritakan keadaan kawan aku pada ramai orang termasuk housemates aku. Dan aku minta nasihat daripada diorang macam mana aku nak nasihatkan kawan aku ni. Dan apa yang aku dapat adalah : Selagi dia tahu had dia dengan kawan dia yang lain jantina tu, selagi dia pandai jaga diri, tak langgar apa yang patut dia jaga sedari awal, aku rasa ok. Aku tahu kat luar tu ada yang tak setuju dengan pendapat aku ni. Aku pun tak tahu nak terang macam mana. Tujuan aku tulis ni pun sebab aku nak ceritakan pada seseorang tapi tak tahu pada siapa. At least,bila aku menulis, ada yang baca dan ikutlah orang tu nak fikir apa tentang pendapat aku.

Aku nak cakap, sesiapa rasa nak berkawan dengan sesiapa pun terutama lain jantina, first of all, make it clear how u guys gonna bring this kind of friendship into the right path. Aku tak tahu apa nak cakap la. Dont be too judgemental. Kadang - kadang penilaian kita ni lain dengan apa yang berlaku sebenarnya. Dan janganlah buat sesuatu yang boleh buat orang lain fikir lain terhadap kita. Jernihkan apa yang keruh, terangkan apa yang samar - samar. Walaupun kita tak kisah orang fikir apa, tapi consider akan kesan yang kita bakal dapat nanti.

Aku tak tahu apakah betul apa yang aku fikir ni. Harap - harap tak tersasar jauh. Aku harap kawan aku tu pandai jaga diri.

PS: Happy birthday to Mimin yang ke berapa pun aku tak ingat. Takpa. Age is just a number. It doesnt matter. Apa pun, sorilah. Aku tak dak hadiah untuk ko la kakak aku ooiii..

Saturday, February 2, 2008

Memori dah datang pula..

Assalamualaikum






Bila tadi godek2 youtube, terjumpa profile ustaz aku masa kat sambest dulu. Pastu terjumpa video nih. Tiba-tiba teringat pula zaman-zaman aku ambil SPM 4 tahun lepas. Di dalam dewan yang sama, susunan yang lebih kurang sama. Hurm.. Apalah agaknya result SPM tahun ye.. harapnya gempak juga seperti tahun sudah. Amin.


Terkenang sebuah memori lalu..
Kisah persahabatan kita bersama..
Di dalam satu pengajian..
Menuntut ilmu dan pengalaman..
Mengingatkanku..
Pengorbananmu..
Terpahat padu di kalbuku..









Aku tinggalkan kamu dengan video ini. Semoga kamu dapat manfaat daripadanya. Mereka adalah sahabat-sahabat aku yang sama sekolah dulu. Sekarang mungkin mereka sudahpun berjaya dengan karier masing-masing.


PS I: Kad dari orang Kuching sudah sampai. Terima kasih orang Kuching!

Monday, January 14, 2008

205 In Persons

Assalamualaikum wbt.

Hari ni masuk hari ke - 2 aku cuti. Setakat ni belum lagi rasa 'mati kutu' duduk rumah je. Sebab still rasa penat nak jalan2 ke mana2. Mana taknya, 2minggu bergelumang dengan buku. Sekarang buku tolak tepi, laptop tarik ke depan mata (sebab selama ni laptop kat tepi aku).

Ni aku nak cerita satu benda. Selama aku berblogging nih, aku rasa aku nak korang tahu siapa roomates aku. Yela, selama ni aku dok sebut nama2 diorang tapi tak tunjuk muka. Aku duduk dengan diorang sejak aku pertama kali pindah masuk hostel nih. Diorang semua scholar JPA. Aku kenal diorang mula2 macam2 biasa je. Masa tu kitorang duduk hostel lama. Bila dapat tahu kena pindah hostel baru, aku terus tanya kat diorang, ada tempat kosong tak untuk duduk satu rumah dengan diorang. Disebabkan diorang memilih nak duduk satu rumah berenam, diorang pun ajak aku join diorang. Tapi masa tu ada 5 orang je. Tapi kitorang buat buat2 tambah sorang lagi ahli baru. Kitorang guna nama seorang senior yang duduk rumah sendiri supaya kitorang dapat duduk rumah yang kitorang nak apply tu.

Bila tinggal je kat hostel Sportiv ni (hostel aku sekarang), aku mula kenal diorang dengan lebih rapat. Kenal hati budi, kenal perangai, habits, apa yang diorang suka buat, tak suka buat, suka makan apa, suka buat apa. Tak lama lepas tu, senior yang kitorang pinjam namanya tu, ada masalah sikit yang memaksa dia mencari tempat tinggal yang baru. Makanya beginilah kami ditakdirkan untuk berkenalan dengan senior ni apabila dia pindah masuk rumah kami (dia ada hak sebab nama dia dah ada.). Kitorang pun happy la.. At least ada senior yang boleh ajar kitorang kalau2 tak faham apa2 ke, nak mintak pandangan ke.

Selama 3 tahun aku kenal diorang nih, macam2 aku tahu. Kitorang jadi macam 'saling melengkapi'. Semua ada ciri2 yang tersendiri. Jom kenal diorang!

  • Beliaulah senior yang aku maksudkan. Kat sini orang panggil KS (stands for Kak Sarah) sebab masa 1st time dia masuk bilik kitorang, dia kata tak payah ber'kak'2. Tapi kitorang still nak panggil kak jugak, tapi rasa terlalu panjang. So kitorang buat la short form. Last2 sampai sekarang, ramai dah yang panggil dia KS!
  • Bekas pendebat Bahasa Melayu Kolej Islam Klang (aka KISAS).
  • Sangat puitis orangnya. Suka menulis sajak, cerpen dan seumpama dengannya. Tapi kalau cakap seharian tu takda la keluar bahasa yang berbunga2. Itu hanya ketika berpena saja.
  • KS antara blogger yang agak terkenal di dunia blogging ni. Kalau lawat blog dia, korang mesti suka baca hasil tulisan dia. Dia suka berkongsi pendapat dia dengan ramai orang.
  • Sangat mementingkan kebersihan, kekemasan rumah. Sangat suka memasak. Kitorang suka kalau KS masak laksa Penang dia! Fuuuhh.. Boleh terangkat gitu! hehe.. Sangat menepati citarasa semua orang termasuk Jawa, Banjar, Perak, Kelantan dan semua oranglah!
  • Tahun depan adalah tahun akhir KS kat sini. Mesti kitorang akan rindu pada KS!


Fatt (Fatini Najwa Ghazali)


  • Bekas pelajar KUSESS (Sek Men Sains Kuala Selangor).
  • Dia juga berjinak2 dalam dunia blog ni lebih kurang aku je.
  • Kitorang sangat suka kalau dia buat pai epal dia. Sangat sedap!
  • Sangat suka cuba resepi baru. Dia kata dia banyak belajar resepi baru tu dalam internet. Selalu buka Mesra.net.
  • Aku tengok dia sangat suka English songs, movies.
  • Sangat fokus kalau study. Orang tak boleh kacau dia. Kesimpulannya kalau dia buat apa2, dia sangat fokus.
  • Suka juga bershopping masa sale. Citarasa dia tinggi. Kalau beli baju, mesti cantik2.

Dibah (Adibah Hanim Mohd Zulkefli).


  • Bekas pelajar Sek Men Sains Hulu Selangor.
  • Suka tengok tulisan dia. Sangat kemas dan bulat2.
  • Orang kata dia garang. Tapi kitorang rasa dia nih kelakar pun ada gak. Tapi tak la garang pun. Kalau orang cari pasal, memang la dia jadi garang.
  • Dua specialities dia. Sambal kacang & paprik dia sedap. Dia ni pun suka gak masak2 time mood masak dia datang.
  • Suka tengok Korean movies. Sebut la apa pun, kebanyakan dia dah tengok. Terutamanya time cuti2 macam ni. Movie marathon la jawabnya.

Emy (Hazmilia Azalan)

  • Bekas pelajar KUSESS juga. Sama dengan Fatt.
  • Suka dengar HotFm.
  • Dulu dia peminat no. 1 Siti Nurhaliza. Tapi sekarang dah tak kot. Kalau dulu, aku suka tengok music videos Siti dalam laptop dia.
  • Dia suka bercerita tentang family dia. Sampai kitorang semua tahu dah nama setiap ahli keluarga dia.
  • Suka tengok friendster orang. Tambah kenalan. Jejak balik kawan2 lama..

Pena (Fareena Zahari)

  • Bekas pelajar SSP (Sek Seri Puteri).
  • Dulu aku ingat dia ni pendiam. Lama2 kenal, ooo.. macam ni rupanya. Dia ni akan jadi pendiam bila berborak dengan orang yang dia tak rapat.
  • Salah seorang blogger gak.Tapi aku tengok sangat jarang dah dia update blog dia.
  • Suka tengok series eg. Dr House, Grey's Anatomy, Gossip Girls. Dia boleh geng dengan Fatt sebab Fatt pun suka tengok series gak.
  • Dia la yang lahir paling lambat antara kitorang semua, tapi dia la yang paling tinggi.
  • Dia punya egg caramel sedap. Kitorang suka makan. Rasanya manis dan lemak.
  • Dia suka share cerita yang ayah dia kongsi dengan dia. About medic. Her parents are doctors. So, banyakla yang kitorang tahu pasal medic kat Malaysia. Program Angkasawan tu pun ayah dia yang incharge. So, tu sebab kitorang senang je nak jumpa dengan Dr Sheikh dan Dr Faiz!

Tu la sedikit sebanyak pasal mereka ni. Tapi bukan semua aku cerita kat sini. Kesimpulannya, diorang ni best!

Masa beraya di rumah salah seorang staff of Malaysian Embassy

Ketika di Egypt ( Jan, 2007)

Raya haji ( 2006 )

Aidilfitri ( 2007 )

~ Sahabat yang sejati adalah sahabat yang boleh bawa kita ke jalan yang menuju ke arahNya ~

Sunday, December 2, 2007

Kisah 1 & 2 Disember 2007

Assalamualaikum wbt.


Kisah 1 Disember:

Semalam, tepat jam 3.30 pagi (waktu Moscow) bersamaan 8.30 pagi waktu Malaysia, Mak dengan Abah bertolak ke Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya untuk berangkat ke Tanah Suci. Kelmarin, aku telefon rumah untuk mengucapkan selamat jalan kepada Mak dengan Abah. Aku juga meminta mereka mendoakan kejayaan aku dengan kawan2 di sini. Mak beritahu yang Mia sudah sampai ke rumah dari Australia untuk menghabiskan cuti musim panas di Malaysia. Aku sentiasa doakan Mak dengan Abah selamat pergi dan kembali. Semoga amalan mereka dan jemaah haji lain diterima Allah SWT. Amiinn..

.........................................................................................................

Kisah 2 Disember:

Pada jam 12 tengah malam, aku dengan teman serumah mula bersiap dan mendaki tangga hostel untuk ke tingkat 6. Kitorang berdiri depan bilik 611. Tiba2, aaaaaaaaaaaaaa!!!! Terkejut! Tiba2 ada orang buka pintu dari dalam. Tak sempat nak buat apa2! Tujuan kitorang nak menyambut hari lahir AFIFAH aka PIP yang jatuh pada 2 Disember. Konon2 macam nak buat suprise, tapi kitorang yang terkejut.. Lagipun masa kitorang sampai, Pip dah dicelebrate oleh teman rumahnya. Kitorang bukan la orang pertama. Tapi xpe, at least datang, kan? This is for u...


TO : NOR AFIFAH BT MUSA

.:с днём рождения:.
( s dnyom razhdeniya )
.:Happy Birthday:.

.:Selamat Hari Lahir:.
.:Sanah Hilwah:.

::Sweet 20::
May Allah Bless You


Suasana sambutan Hari Penting Buat Pip



Tak ramai tapi meriah..

Yang ni nampak ramai sikit.. Memang seronok! =D

Masya Allah! Bila Wanie dengan Pip bertemu! Beginilah jadinya! Selamat Hari Lahir Pip! Sponge Bob je aku bagi..





>> Tadi ada diorang main coletkan krim ke muka, tapi gambar tidak dapat diletakkan atas sebab2 yang tidak boleh dikemukakan di sini. Harap Maaf. Tapi kesimpulannya, penat aku gelak tadi!! Memang seronok!


~ Sahabat itu satu anugerah ~

Sunday, November 4, 2007

About Me

Assalamualaikum wbt.

Since i've been tagged by Cik Fatt to post this in my new entry, then i do this task just for fun!

The Rules:

1. Each blogger must post these rules first.

2. Each blogger starts with eight random facts/habits about themselves.

3. Bloggers that are tagged need to write on their own blog about their eight things and post these rules. At the end of your blog, you need to choose eight people to get tagged and list their names.

4. Don’t forget to leave them a comment telling them they’ve tagged, and to read your blog.


* And 1 more thing, im too lazy to tag another person. So, if u wanna do this tag, that's good. But if not, it doesnt matter.. ok?


  • Sensitive

Im a sensitive person ok! If any terrible things happen in my life, i always cry eventhough the thing is not that bad. But that's me. Love to cry and easy to show my happiness to others. Are these considered as sensitive? I hope so. Hehehe...

  • Prefer to stay at home

This is so weird, right? Since i am a girl, that must be funny to hear this statement. But it's gonna be another case when my friends (good friends) ask me to hang out together, then i try to go out and be with them.

  • Eat

Wow! It's eating time! Love to eat everything (minus nonhalal food and 'batu & kayu'!). Especially when i go back to my hometown, this habit is getting worse! I'll ask my parents to buy some laksa, kuih cucur badak, ayam percik, sate, and all Malaysian foods which i cant find them here! That's why i always gain my weight when coming back to My Hometown! And you cant imagine how FAT i am, how CHUBBY i am. But now, everything turns to normal. I get my ideal weight again..

  • Walk alone

It's true! I prefer to walk alone. I know it may be dangerous for a girl, but i just like it. There are 2 reasons why i walk alone. First, i dont like to be late (because when i wait for other people, i'll be a bit late to reach the destination). Second, i walk very fast. I wonder if i walk with the crowd, i'll leave them behind. It's not so polite right? Besides, when im walking, i can think about myself, what should i do and what shouldnt . That's why i prefer to be alone. But please dont try this! It is just for those who still hv no commitment! Huhuu..

  • Talking

Hahaha.. I love talking. I can talk with anyone i like, about anything i like! Im not really 'pendiam' as everyone think! But its gonna be hard for me to talk with new people, because i will be so 'kekok' to break the ice! This is one of my bad habit actually! I hv to leave it behind from now.. * Is it a new 'azam'? Of course not!* But i'll try to talk less and think more!Hehehe..

  • Share everything

Sharing is the best way for me to show my thoughts, feelings and objections. When something happens, i prefer to share it with my roomates here (Emy, Pena, KS, Diba and Fatt). Why not my family? Im too shy to share with them. It just certain things i couldnt tell them. *It doesnt mean i put them behind ok?*.

  • Observant

Another my bad habit! I love to observe people around me. What they do, what they feel, how they act. With this way, i can see the characters of these people. *And i warn u, it is not the best way to judge people!*.

  • Love

I love all my family members, relatives and friends (new friends also). It's easy for me to love everybody but I am too hard to search and find who i love most (of course i love my family most. This is another subject in my life). You know what i mean right? I am not demanding. I just want the good person, can talk with me, accept me just the way i am with all my weaknesses. It's really hard right? Still searching that subject...


Hope u enjoy reading this 8 random things about me..


~ Love is about sharing with others what we feel and what we think ~

Wednesday, October 24, 2007

(T.T)

Assalamualaikum wbt.


Kenapa aku dipilih?
Kenapa aku harus diuji?
Kenapa dugaan ini harus ku pikul?
Kenapa ujian ini mesti ku harung?

Aku betul - betul rasa hilang
Aku betul - betul rasa lemah
Aku betul - betul rasa tak terdaya

Aku perlukan pautan
Aku mahukan sokongan
Aku tidak mahu terus hanyut
Aku tidak mahu terus sesat

Aku akui sokongan aku hanyalah Dia
Dia sebaik - baik Pembantu
Aku tahu itu
Aku tidak pernah menolak hakikat itu

Tapi aku betul - betul rasa jatuh
Aku tidak mahu terus tersungkur
Bantulah aku
Hulurkanlah tanganMu
Agar aku mampu berpaut
Aku yang jatuh...




~ Dialah yang menciptakan langit dan Bumi dalam enam masa; kemudian Dia bersemayam di atas 'Arsy. Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam Bumi dan apa yang keluar dari dalamnya, apa yang turun dari langit dan apa yang naik ke sana. Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. ~
( Surah Al - Hadid : 4 )

Friday, October 19, 2007

assalamualaikum wbt.

Buat sahabat - sahabat yang akan mengambil peperiksaan, aku ucapkan:


ALL THE BEST, DO YOUR BEST AND BE AMONG THE BEST!

Akan aku sentiasa mendoakan kejayaan kalian dari sini. Semoga selamat semuanya. Jangan putuskan pengharapan kepadaNya. Mintalah apa2 yang kalian impikan. InsyaAllah dimakbulkan. Amiiinn..


~ Kejayaan adalah hak milik setiap insan ~


* Buat Asma dan kawan2 di Jordan yang akan mengambil exam MSS Ahad ni, aku doakan korang berjaya..


* Buat sahabat yang akan mengambil exam minggu depan dan minggu seterusnya, kejayaan juga aku doakan untuk kalian..

Wednesday, October 17, 2007

== Bola :: Raya :: Study ==

Assalamualaikum wbt.


This post is quite long. You still wanna read it? Lets read together!


During this time, I just finished my dinner and Maghrib prayer. Looking at ym stats, all about ENGLAND VS RUSSIA! Yeah! Tonight there is a football match between England and Russia which is held at Luzhniki Stadium, located nearby our hostel. I dont know who is watching that match at the stadium, but here we only watch it on the television ( in pervie kanal : TV1 ). We watched that match when we were having our dinner just now. Haaha! Could you guess our expressions when we were watching it? You must not believe it! This is what was going on past few minutes. The chosen team. Fatt? Of course ENGLAND! She keeps talking, "Rooney hebat la..!!" (Sorry Fatt! :D). KS. Hurm.. From the beginning she wants to support Russia. And she still supports Russia in this time. But Emy said, "Ala, laki tu macam lelaki yang kita selalu jumpa kat Metro je..?? Typical Russian!" Hahaha... Laughing! Shahida. Her expression, "Macam nak sokong England." Me?? Hahaha... "Waaaa... Owen!! Tapi dia pendek la.." What Dibah said? " Ha, tu la perempuan. Kalau tengok bola, tengok player je. Bukan nak tengok bakat!". If I'm not mistaken, Fareena also supports Russia, right Pena?? Or you wanna change your team after England got 1 goal just now? Hahaha... It's really funny when girls start talking about football. How about boys? I really have no idea.. Who wanna share? Boys.... *Im waiting for you..* :D

*end*
.....................................................................

Sebenarnya aku nak update blog nih semalam, tapi memandangkan aku ada colloqium Pathological Anatomy harini, so aku tak sentuh la blog aku nih. Sekadar tengok je la.. Kenapa aku nak update semalam? Ape citernye? Kuikui.. Macam ni.......

Semalam hari Selasa. Ada kelas Internal Diseases (ID). Kat kelas, "Fikri, nak duit raya!! Kate aritu nak bagi !" Afifah mulakan perbualan. "Betul ke hang nak? Meh, aku nak kasi nih. Tadah la tangan." Fikri balas. Si Afifah (aku panggil die Pipah je) ni pon tadahla.. Betul!! Dia keluarkan sampul. Wow! Fikri memang tak tipu. Dia bagi kat semua orang. Macam abang bagi kat adik - adik. Terkenang suasana di pagi raya. Beratur salam dan dapat duit raya. (tapi kitorang takdela salam si Fikri nih..) *hati berbunga riang*. " Jangan buka sekarang! Buka kat bilik." Fikri ingatkan. Dengan happynya kitorang jawab, "Baik!!"

................................................................................
--- Masuk kelas macam biasa.. ID :: Pharmacology. ---
................................................................................

After kelas Pharmaco, sepatutnya ada Pharmaco Lecture. Tapi alkisahnya ada PathoAnat esoknya, kitorang decided tak nak attend lecture tu. Ditambah pula Prof Alauddin ( Our Dean for Eng Dept ) yang kasi, bertambah - tambah la rase tak mau pergi! ( Jahat kan kitorg?? ). Sampai je rumah, "Wanie, ada kad atas meja Wanie." KS bagitau. "Thanks KS." Aku balas. Actually KS bagitau dr mana tapi aku macam takde perasaan sebab time tu sangat penat. Bila dah buka, baru rasa gembira sebab ye la, dapat kad raya kan. Dah 3 tahun dok sini, baru dapat satu je kad raya. Tu pun tahun lepas.. So bila dapat ni rasa excited la sikit.. Anyway, thanks la sape yang bagi kad tu ye.. Thanks alot! Cantik.. Comel.. Nih ada lagi 2 kad yang tak sampai, dr Irbid & Adelaide *harap2 sampai la..*

this time: Russia dah sumbat gol ke - 2. Emy and Fatt bertekak mulut. Sorang sokong Eng, sorang sokong Russia! Kelakar dengar dorg cakap.. *Ko jangan happy sangat, nanti ko tengok la.. England boleh.. Come on Rooney!!! *

>> Kesimpulan citer kat atas tu >> AKU DAPAT KAD RAYA DAN DUIT RAYA!! *adakah aku terlalu besar untuk dapat duit raya?? thinking*

* Afifah dan Fikri adalah groupmates aku. Rasanya macam rapat bertiga sebab aku rapat dengan Afifah. Afifah lak suka membuli si Fikri ni. Fikri ni tua setahun dari kitorang. Tapi nak kata macam abang, kelakar lak bunyiknya.. So, considered as friends! :D * Ni bukan promote Fikri ye... Sekadar kongsi suasana raya kat sini.. Ada duit raya.. *
..............................................................................

Esok aku ada kelas ID lagi sekali ( satu minggu 2 kali kelas). Nak kena study nih. Tapi mata macam mengantuk.. Adoi... 3rd year.. Oh..3rd year...

~ "Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan aku dalam tahun 3 ini. Permudahkanlah juga urusan sahabat - sahabatku tidak kira di mana mereka berada. Limpahkanlah rahmatMu ke atas kami dan berilah kami kejayaan dunia dan akhirat. Amiinn.. " ~