Pages

Tuesday, November 25, 2008

Terima Kasih

Assalamualaikum wbt.

Ada seorang kawan aku ini yang aku kenal masa aku mengikuti briefing untuk ke Timur Tengah bertempat di Pejabat Majlis Agama Islam Selangor anjuran Pusat Zakat Selangor (PZS). Namanya Nur Amalina Faisal. Lebih selesa untuk aku panggil dia Amna. Disebabkan pihak PZS yang akan menanggung pengajian pelajar yang akan dihantar ke Timur Tengah, maka mereka mengadakan sesi taklimat itu untuk menerangkan beberapa perkara dan infomasi yang berkaitan dengan program Penghantaran Pelajar ke Timur Tengah ini. Dari situ, kami berkenalan, dan terus kami berpakat untuk meneruskan hajat mengikuti kursus persediaan Bahasa Arab di Pusat Kegiatan Guru (PKG), di Kampung Jawa. Di sana (PKG), kami (aku, Asma dan dia) tinggal satu dorm. Memang kami rapat. Pergi makan, pergi kelas, balik kelas, pergi keluar semuanya sama - sama. Lama juga aku duduk situ sementara tunggu fly ke Timur Tengah (aku dan diorang pilih Jordan) la konon - kononnya. Aku dan Asma pilih bidang perubatan dan Amna, Bahasa Arab. Kami memang dah berpakat untuk tinggal sekali di Jordan.

Jika aku melanjutkan pengajian di sana, aku tidak dapat tanggungan sepenuhnya dari Pusat Zakat Selangor (PZS). Hanya yuran pengajian saja ditanggung. Hal ini memang sudah diberitahu sejak awal - awal lagi kepada ibu bapa. Jadi Abah kata hantar saja borang permohonan tu sambil tunggu tawaran lain. Aku pun ikut sajalah. Abah yang banyak uruskan hal aku masa lepas SPM dulu. Tapi aku memang harap sangat aku dapat ke Jordan. Dan aku memang belajar betul - betul waktu kat PKG tu.


Tapi betullah pesan ustaz ustazah aku dulu. Sebaik mana perancangan manusia, perancangan Allah lebih baik. Aku terpaksa melupakan hasrat aku untuk meneruskan impian bersama mereka sebab Abah awal - awal lagi sudah menyatakan yang Abah tak mampu untuk menyara pengajian aku di Jordan. Aku ingat lagi aku merayu kat Abah dan Emak yang aku nak sangat ke Jordan, tak kisahlah kalau terpaksa tukar bidang pun. Tapi aku tak mahu menyusahkan Abah dan Emak di kemudian hari. Mereka pun sudah hampir pencen. Adik - adik aku ada lagi kat bawah yang hendak ditanggung.

Dan selepas beberapa kali buat istikharah, aku akhirnya terpaksa melepaskan peluang aku untuk ke Jordan dan mengikut kata Abah yang inginkan aku mendaftar sebagai pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai pelajar pra - ijazah sains. Kalau ada rezeki, adalah. Aku sedih sebenarnya nak tinggalkan kawan - kawan aku kat situ. Terutama Asma dan Amna. Diorang bersungguh suruh aku stay. Tapi nak buat macam mana kan.. Dan semasa di UiTM tu, aku jadi keseorangan. Budak baru kan. Ikut orientasi, sesi taaruf. Seminggu orientasi tu berlangsung.

Nak dipendekkan cerita, lepas seminggu, aku balik rumah. Dan Mimin menyatakan yang aku mendapat tawaran ke Russia di bawah tajaan Kerajaan Negeri Selangor. Aku terus terima. Tak dapat ke Jordan, ke Russia pun jadi. Bidang perubatan juga. Dan aku mengikuti kursus di Intec.

Sepanjang aku di Intec, aku masih lagi contact dengan Asma dan Amna. Mengikuti perkembangan kawan - kawan aku yang lain yang masih berada di PKG. Dan masa cuti musim panas dua tahun lepas, kami bertiga keluar bersama sebab sudah lama tak jumpa. Kami masih macam dulu. Masih havoc! hehe.. Dan Khamis lepas, Amna mengkhabarkan khabar gembira tentang dirinya. And Amna, really, I am happy for you! I always pray for the best, for both of you.

Dan walaupun kami kenal sekejap, kami terasa hubungan persahabatan ini sangat erat. Amna pun hampir tamat pengajian. Selepas ini tak tahu lagi ke mana arah tuju dia. Lagi dua tahun aku dan Asma pula habis mengaji. Dan kami masing - masing sibuk. Semoga ikatan ukhwah ini masih utuh. Dan Amna, terima kasih atas persahabatan ini. Selamat Hari Lahir. Semoga segalanya terbaik saja buat kamu!

**Dan terima kasih kepada kamu, kamu dan kamu yang sudi membaca entri yang ke - 200 ini. Terima kasih. (^.^)V

9 comments:

Anonymous said...

hohoho. demam menukar layout ;)

ks pun doakan yg terbaik jgk utk amna =) suka ks tau psl tu. hehe. happy birthday to amna.

Shah CJ said...

tahniah n3 ke 200. sgt rajin ok. hehe.

indahnya persahabatan. :)

utk awk juga wanie. didoakan yg terbaik utk awk. cepat2 dpt jodoh juga. hiks..

bila nk jumpa kt klang belanja aku cendol klang? :P

FabulouswithAs said...

teruje aku tgk banner ko da gmba salji...rase makin sejuk aku...grr grrr msok blog nih..hehee...
terigt zmn2 mude2 dlu kt pkg..lawak2.heppy besday amna busuk..!..keh2..wani !aku xtaula nk pe dari moscow..ko blikan jela pape..hehe(wat muke xmalu)btol ke ku tuh nk dtg..tah aku mls nk tnye2 org..hek3..

Shazwani Adnan said...

salam.

KS : Haha.. Header tu wanie dah lama simpan, ingatkan nak tukar dalam bulan 12. Tapi malam tadi bengong plak wanie punya blog ni ha. Mungkin masa tu mengantuk kot, otak dah berfungsi dengan baik. Tu yang akhirnya jadi macam ni tu.. Huhu..

Cikgu : Haha.. Dalam masa 2 minggu ni, cikgu entah orang ke berapa la mention pasal jodoh tak jodoh ni. Hehe.. *Senyum sajalah jawapannya*

Sy pun pelik macam mana kami boleh still keep in touch sampai sekarang.

Cikgu kena belanja saya putu mayam KS dulu! :D

Asma : Takde la.. Aku saja bagitau ko. Mana tau ko nak snow moscow ke kan.. huhu.. Tengoklah nanti, aku cari pape. Hehe..

Anonymous said...

Amna~happy bday...semoga sihat dan kuat^^

Shazwani Adnan said...

MiszdOd : Yang hg tu, cepat sikit besar! haha..

Anonymous said...

tahniah..entri ke 200. Putih bersih..cantik gambar tu. Terasa nak buat orang salji (ape org panggil benda tu...) kat tepi pondok tu..hehehe.

Anonymous said...

friends,,,^-^

Shazwani Adnan said...

salam.

Akak : Nama dia snowman. Cantik juga kalau tambah snowman kat situ kan?

Pire : (^.^)V friends!