Pages

Wednesday, November 5, 2008

Lafaz Itu Masih Tersimpan

Assalamualaikum wbt.

Hari itu hari Isnin. Hari itu cuti. Aku menghadiri satu program yang pada aku bagus. Satu usaha yang sangat sukar tapi mereka berjaya menganjurkannya. Miracle of Human Creation. Itulah namanya. Program itu se-gah namanya. Bertempat di Kedutaan Besar Malaysia di Moscow. Program anjuran Persatuan Perubatan Islam Malaysia itu pada aku patut disertai. Untuk aku, aku rasa terkesan. Terkesan dengan pengisiannya. Apa isinya? Isinya buat kita terfikir kembali tujuan kita hidup di muka Bumi Allah ini, tugas kita dan sebenarnya kita mampu menjadi yang terbaik. Jalan sudah nampak, petunjuk sudah diberi, hanya usaha kita untuk ke arahnya saja yang kita perlu tingkatkan. Itu menjadikan aku sedar yang aku ini bukanlah seorang Mukmin yang cukup lengkap. Aku masih kena berusaha menjadi seorang Mukmin yang patuh, tunduk dan berserah diri.

Terdapat 3 slot yang dibincangkan. Bermula dengan Hakikat kejadian Manusia, kami dihidangkan dengan video proses kejadian manusia beserta dalilnya. Sungguh! Subhanallah.. Semuanya terdapat dalam Al - Furqan. Cuma kita saja yang tak perasan. Slot kedua - Islam sebagai cara hidup. Antara isu yang dibincangkan adalah bagaimana kita hendak membawa imej Islam dalam diri. Sampaikan ada satu persoalan "bagaimana hendak berdepan dengan orang bukan Islam yang bertanya tentang Islam." Satu jawapan yang bernas keluar dari buah fikiran umat Muslim kita : Kalau hendak tahu Islam, tengok saya! Wah.. Kalau aku, aku tak pasti, beranikah atau ada kekuatankah aku untuk ucapkan sebegitu. Tapi itulah yang keluar dari buah fikiran para Muslim kita. Kita kena bangga dengan mereka. Kita kena bangga kita lahir sebagai islam. Bukan hanya Islam yang pada kata nama saja. Kita perlu juga islam pada kata kerjanya juga.

Dan apa yang aku tertarik dalam slot ketiga - Al - Quran sebagai panduan. Dalam slot ini, ada satu part tu, penceramah mengulas tentang satu lagu : Lafaz Yang Tersimpan. Lagu itu berkisar tentang seorang anak yang tak menzahirkan atau melafazkan kasih sayangnya pada ibunya sehinggalah ibunya itu dijemput Illahi. Ketika itulah dia rasa seperti menyesal. Dan pada waktu itu, aku terfikir 2 benda :

1) Sampai bila aku perlu ego begini dengan Pencipta aku sendiri. Aku perlu menzahirkan kasih sayang aku padaNya. Caranya? Aku kena buat apa yang Dia suka, tinggalkan apa yang Dia tak suka. Aku sedikitpun tak ada hak untuk menjadi ego begini. Sedikitpun tak layak.

>> Dan aku jadi terdiam. Terdiam saja di depan muka pintu tempat aku duduk hari itu.

2) Aku selama ini tak pernah kata aku sayang Emak dan Abah padahal aku sangat saaayang pada mereka. Aku hanya menzahirkan dengan hasil tulisan aku di sini dan bukan dalam bentuk kata - kata yang boleh mereka dengar. Sebab apa? Sebab aku tak mahu mereka ingat aku 'buang tebiat' sebab mengucapkan kata - kata sebegitu. Aku sangat cemburu apabila roomates aku mengucapkan kata - kata sayang pada ibu bapa mereka setiap kali mengakhiri perbualan mereka di telefon. Dan aku? Aku hanya mengakhiri kalam dengan ucapan salam. Hanya itu. Cuma dalam doa aku, aku utuskan doa buat mereka.

Sekembali dari program itu, aku mendengar semula bait - bait kata lagu tersebut. Aku jadi sayu. Memang akan menyesal kalau tidak diucapkan sayang itu sekarang. Dan di sini, aku tinggalkan video dan lirik lagu Lafaz Yang Tersimpan dari UNIC.


Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yangmelindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan


7 comments:

Anonymous said...

a'ah le wanie. sbg anak pyh benar nk ucap sayang kt mak bapa sendiri kan. malu, segan, poyo..* hehe. tp mudah je ucap kt yg bukan muhrim. isk..

kdg2 kita lupa bhw mak ayah le yg paling sayang kt anaknya. tak ada taranya di dunia. takkan terganti gunung intan dibanding dgn anak. tp mudah je ucapan beralih kpd org lain.. huhu

*bukan aku tau.. hehe

Anonymous said...

Wanie, nak ucap syg kat parents kita 2 bila dah jadi adult ni mmg rasa kekok...tak masa ketika kita budak kecik dulu...dpt hadiah dari parents...mesti say tq dan cayang mak/abah...complete dgn cium pipi sekali...tapi why not start today...nanti jadi biasa le tu...kan syurga tu di bawah tapak kaki ibu...kat kaki abah pula...apa ya?

Shazwani Adnan said...

salam.

Cikgu : Betul la cikgu. Sekarang memang dah berubah. Dengan bukan muhrim bersayang2, dengan mak bapa sendiri ditinggal2kan.

Danie : tapak kaki abah? hurm.. hehe.. tak tahu boleh ke saya start sekarang? tak pasti..

фарина захари said...

klu kali pertama ucap, mungkin org kata buang tebiat.
kalau dh berkali2 ucap, nanti org pn tau tu tabiat yg tak terbuang :D
Jadi, mulakan sekarang!

Nanti aku pakse ko cakap k!haha

Shazwani Adnan said...

salam.

Fareena : Alamak! ni mmg kena start sekarang nih. kalau tak ada yang paksa aku! huhuhu

alchemy said...

hurm... insaf2...

Shazwani Adnan said...

salam.

Firdaus : Insaf..