Assalamualaikum wbt.
Kita hidup harus tolong - menolong. Jangan berkira sedikit pun. Sebab apa? Sebab kita takkan pernah tahu bila kita akan susah. Bila orang lain susah dan minta tolong kita, kita janganlah berkelakuan seolah - olah kita takkan mendapat kesusahan suatu hari nanti. Memang kita sebagai manusia selalunya akan rasa segan nak minta tolong orang atau nak susahkan orang. Kalau boleh kita mestilah nak selesaikan masalah kita dengan cara kita sendiri, bukan? Bagi aku, kalau orang nak minta tolong pada aku, selagi aku mampu, aku akan tolong. Kalau tak mampu pun, aku boleh juga tolong fikirkan jalan terbaik atau minta pendapat orang lain. Bukan apa, sebab aku selalu terfikir, aku tak pernah tahu tentang nasib aku esok lusa. Mana tahu, kalau kita perlukan bantuan orang waktu kita susah, dan orang itu teringat, semasa dia susah dulu, kita pernah tolong dia. Jadi, dengan berbesar hati dia sudi tolong kita.
Semalam seorang kawan aku sakit. Apa yang aku mampu, aku bantu sikit - sikit untuk memudahkannya. Ini bukan nak kata aku baik sangat ke apa ke. Tapi dalam keadaan kita masih belajar ni, dan jauh dari keluarga pula tu, kawan sekeliling yang paling memainkan peranan. Jangan jadi sombong sangat. Kalaupun tak mampu nak tolong dari segi tenaga, sekurang - kurangnya kita tolong dari segi sokongan (moral support). Bagi orang yang susah tu jadi lebih tabah hadapi kesusahan yang dialami. Jangan biar dia rasa tak redha dengan apa yang dia alami. Buat orang yang susah tu rasa gembira. Walau kesusahan yang ditanggung tu sebesar manapun, kita tolong dia supaya dia nampak masalah itu hanya masalah kecil. Jangan lah masa kita susah saja kita mencari orang, tapi masa senang kita, kita lupa orang sekeliling. Tak elok begitu.
Bukan setakat kawan saja kita tolong. Sesama saudara pun selagi mampu, kita bantu. Walau dari segi apa pun. Kalau tak dengan kudrat diri, dengan doa itu pun sudah cukup. Doa dari seorang saudara kepada saudaranya yang lain itu, besar pahalanya. Kita tak rugi apa - apa pun kalau kita doakan orang. Minta pada Allah supaya dipermudahkan urusannya. Minta pada Allah supaya kesusahan yang dialami dapat ditempuhi dan dapat jalan penyelesaiannya. Minta pada Allah supaya hatinya tabah dan sabar hadapi kesusahannya. Bukan susah. Setiap selesai solat, doa sebentar. InsyaAllah semua orang masih menjaga solat 5 waktu bukan?
Doa untuk saudara sendiri termasuk menghantar doa untuk saudara seMuslim kita di Palestin nun haa. Kalau kita sebagai Muslim tak beri sokongan moral, siapa lagi yang kita nak harapkan? Selepas solat, doa sedikit untuk mereka. Itu lebih bermakna.
Lagu ini agak 'jiwang'. Tapi aku tujukan lagu ini untuk sesiapa saja yang rasa diri dia seorang - seorang saja. Jangan risau, kamu masih ada aku. Lepas ni, sesiapa yang ada masalah dan perlukan bantuan, silalah jangan malu - malu jumpa aku. Selagi kudrat aku mampu menampung, insyaAllah aku akan bantu.
You Are Not Alone (Jon B. Padappella) - Michael Jackson
**Pertolongan sekecil mana pun, jika dilakukan dengan ikhlas, insyaAllah akan dibalas.
**Kawan, ko jangan susah hati sangat la. InsyaAllah semuanya selamat. Kamu, tolong doakan kawan aku ni cepat sembuh ye. Terima kasih aku ucap bagi pihak dia. =)