Pages

Showing posts with label kesucian hati. Show all posts
Showing posts with label kesucian hati. Show all posts

Wednesday, December 31, 2008

Rapuhnya Hati

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Salah sejahtera ke atas kamu wbt.

Hari ini hari terakhir tahun 2008. Tepat jam 12 malam ini, tarikh akan menginjak ke 1 Januari 2009. Azam aku sudah tentunya bukan semua terlaksana. Dengan keadaan diri yang masih belum cukup bersih hatinya, dengan keadaan di dalam jiwa yang masih kadang - kala menyimpan perasaan buruk, dengan keadaan akal yang masih belum cukup matang dan bersih untuk menilai mana yang baik dan mana yang tidak. Mungkin aku harus sambut hari terakhir tahun 2008 ini dengan keadaan aku sekarang. Rancangan hendak keluar hari ini tidak menjadi. Bangun tidur, tekak sudah merasa perit. Selepas Subuh, mata sudah tak boleh tertutup. Sampai saat ini, aku masih berjaga. Suhu badan mulai naik. Tak apa. Aku seorang yang tabah! Yeah! =)

Aku sebenarnya kecewa jika aku minta pendapat orang lain, bila di hadapan aku, semua butirannya seolah - olah menyokong aku. Tapi sudahnya, di belakang aku, mengucapkan ucapan tanda protes dengan tindakan aku. Semua orang juga pasti begitu. Itu lumrah hati seorang manusia. Aku bukan sempurna di mata sesiapa. Mana ada manusia yang serba sempurna. Para Rasul dan Nabi saja yang ma'sum. Dan apabila sampai berita tanda protes itu pada aku, sudah pasti aku akan meletup. Orang putih kata burst out. Aku ini Wanie. Wanie ini fragile. Walau di luar orang nampak Wanie ini kuat hatinya, di dalam hati Wanie, jika tak diluah, boleh jadi berkulat. Aku tak suka simpan perasaan sangka buruk pada orang. Nanti bila sudah terbiasa, boleh jadi rutin seharian. Maksud rutin itu, apabila tidak dibuat, rasa serba kekurangan.

Aku kalau boleh mahu semua orang gembira. Sebab itu kalau orang datang jumpa aku, sesusah mana pun, aku sebolehnya mahu membantu. Semalam KS tahu bagaimana jalan ceritanya. Setelah setahun berlalu, baru di akhir 2008 segalanya terluah. Tapi terima kasih kepada yang memberitahu. Aku tidak salahkan sesiapa. Memang ini salah aku. Dan sedari awal, aku sudah jangka perkara sebegini akan berlaku. Disebabkan aku boleh jangka la, aku tanya dulu pendapat orang lain siap - siap. Tapi jika pendapat yang diberikan itu menyokong aku, barulah aku ambil tindakan itu. Tapi sudahnya jadi begini.

Aku berfikir semula. Patutkah aku bersikap begini sambil buat tak endah saja kerana aku fikir aku bukan buat benda yang tidak senonoh di khalayak ramai. Cuma pandangan orang saja yang buat benda jadi lebih besar. Bukan aku nak bandingkan aku dengan orang lain, tapi aku tahu bukan aku saja yang buat silap. Hurmm.. Masalah begini selalu saja timbul.

Tapi tak mengapalah. Kalaupun mereka - mereka buat silap dengan aku sekalipun, sudah lama aku maafkan. Bukan aku nak tunjuk bagus, tapi aku tak mahu menyimpan sebarang prasangka dan perasaan benci pada sesiapa. Benda itu semua boleh jadikan hati aku yang sedia kotor ini bertambah busuk. Mungkin dengan begini, orang akan ambil kesempatan pada aku. Aku tahu itu, aku boleh mengandaikannya. Tapi sampai bila orang boleh berbuat begitu? Seramai mana orang yang tak suka aku, aku tahu lebih ramai yang ada untuk menyokong aku. Selagi aku tahu aku bukan buat silap besar, insyaAllah aku akan sentiasa dibantu.

Untuk akhirnya, di hari terakhir 2008 ini, sebelum aku meminta maaf, aku dengan ini sudahpun memaafkan sesiapa saja yang terbuat salah dengan aku tanpa disengajakan. Aku tahu tiada orang yang buat salah dengan sengaja. Dan aku memohon jasa baik kamu memaafkan aku andai aku terbuat silap dengan kamu. Aku minta maaf.

**Fareena, Happy belated birthday. Dah 21 tahun 1 hari dah ko kan? Hahaha.. =P
**Nampak gaya, aku memang akan melepak sajalah malam ini melihat bunga api dari tingkap bilik.
**Ini bukan entri terkilan. Ini entri kesedaran diri. Sekian terima kasih.

Monday, November 10, 2008

Susah Benar Ya..

Assalamualaikum wbt.

Kisah kucing aku. Kat rumah aku banyak sangat kucing. Kali ni bertambah bilangannya. Dulu bukan tujuan kami untuk membela, tapi kucing - kucing tu datang. Jadi bagi saja makan, mereka terus tinggal sekali dengan kami. Tapi tadi aku telefon rumah, tanya Emak khabar kucing dan lintah (Emak jadi bela lintah!).

Lintah - lintah itu baik -baik saja. Kata Emak, sebaik saja aku balik nanti, lintah itu sudah boleh dikutip hasilnya. Dan ada ke Emak suruh AKU yang mengutipnya! Hish.. Aku balas : Habislah kurus Wanie ni Mak.. Darah semua dihisapnya! Kenapa tak pakai pengaut je..

Tapi bila aku tanya kucing pula, kata Emak salah satu kucing kami yang namanya Unggal meninggal. Sakit katanya. Tapi prosesnya, kata Emak begini :

"Dua tiga hari sebelum Unggal mati, dia tak ada selera makan. Tak tahu kenapa. Lepas tu dia demam. Kurus saja badannya. Dan dia selalu saja lepak depan pintu rumah kita (depan main sliding door yang juga pintu utama rumah kami). Masa dia sakit tu, dia terbaring saja atas lantai luar rumah. Agaknya masa malaikat nak cabut nyawanya, dia macam tarik nafas. Susah sangat. Macam semput. Emak pun panggil la namanya : Unggal.. Unggal.. Emak rasa dia dengar dan dia sahut tapi sayup - sayup je la. Meow.. Meow.. Tapi kan Wanie, binatang yang tak berdosa pun susah proses matinya, manusia ni macam mana lah agaknya. Lepas tu Emak cakap : Tak apalah Unggal, kalau kau nak mati, kau matilah elok - elok.. Tak lama, petang tu dia mati.."

Aku : Habis siapa yang tanam?
Emak : Abahlah.
Aku : Ooo..

Lepas saja conversation kami tu, aku terus terfikir : Macam manalah agaknya aku mati nanti. Sudahlah banyak dosa. Binatang yang tak berdosa pun aku dengar susah proses matinya.


Semoga kita mati dalam IMAN.. Dalam Husnul khatimah... Aminn

Wednesday, November 5, 2008

Lafaz Itu Masih Tersimpan

Assalamualaikum wbt.

Hari itu hari Isnin. Hari itu cuti. Aku menghadiri satu program yang pada aku bagus. Satu usaha yang sangat sukar tapi mereka berjaya menganjurkannya. Miracle of Human Creation. Itulah namanya. Program itu se-gah namanya. Bertempat di Kedutaan Besar Malaysia di Moscow. Program anjuran Persatuan Perubatan Islam Malaysia itu pada aku patut disertai. Untuk aku, aku rasa terkesan. Terkesan dengan pengisiannya. Apa isinya? Isinya buat kita terfikir kembali tujuan kita hidup di muka Bumi Allah ini, tugas kita dan sebenarnya kita mampu menjadi yang terbaik. Jalan sudah nampak, petunjuk sudah diberi, hanya usaha kita untuk ke arahnya saja yang kita perlu tingkatkan. Itu menjadikan aku sedar yang aku ini bukanlah seorang Mukmin yang cukup lengkap. Aku masih kena berusaha menjadi seorang Mukmin yang patuh, tunduk dan berserah diri.

Terdapat 3 slot yang dibincangkan. Bermula dengan Hakikat kejadian Manusia, kami dihidangkan dengan video proses kejadian manusia beserta dalilnya. Sungguh! Subhanallah.. Semuanya terdapat dalam Al - Furqan. Cuma kita saja yang tak perasan. Slot kedua - Islam sebagai cara hidup. Antara isu yang dibincangkan adalah bagaimana kita hendak membawa imej Islam dalam diri. Sampaikan ada satu persoalan "bagaimana hendak berdepan dengan orang bukan Islam yang bertanya tentang Islam." Satu jawapan yang bernas keluar dari buah fikiran umat Muslim kita : Kalau hendak tahu Islam, tengok saya! Wah.. Kalau aku, aku tak pasti, beranikah atau ada kekuatankah aku untuk ucapkan sebegitu. Tapi itulah yang keluar dari buah fikiran para Muslim kita. Kita kena bangga dengan mereka. Kita kena bangga kita lahir sebagai islam. Bukan hanya Islam yang pada kata nama saja. Kita perlu juga islam pada kata kerjanya juga.

Dan apa yang aku tertarik dalam slot ketiga - Al - Quran sebagai panduan. Dalam slot ini, ada satu part tu, penceramah mengulas tentang satu lagu : Lafaz Yang Tersimpan. Lagu itu berkisar tentang seorang anak yang tak menzahirkan atau melafazkan kasih sayangnya pada ibunya sehinggalah ibunya itu dijemput Illahi. Ketika itulah dia rasa seperti menyesal. Dan pada waktu itu, aku terfikir 2 benda :

1) Sampai bila aku perlu ego begini dengan Pencipta aku sendiri. Aku perlu menzahirkan kasih sayang aku padaNya. Caranya? Aku kena buat apa yang Dia suka, tinggalkan apa yang Dia tak suka. Aku sedikitpun tak ada hak untuk menjadi ego begini. Sedikitpun tak layak.

>> Dan aku jadi terdiam. Terdiam saja di depan muka pintu tempat aku duduk hari itu.

2) Aku selama ini tak pernah kata aku sayang Emak dan Abah padahal aku sangat saaayang pada mereka. Aku hanya menzahirkan dengan hasil tulisan aku di sini dan bukan dalam bentuk kata - kata yang boleh mereka dengar. Sebab apa? Sebab aku tak mahu mereka ingat aku 'buang tebiat' sebab mengucapkan kata - kata sebegitu. Aku sangat cemburu apabila roomates aku mengucapkan kata - kata sayang pada ibu bapa mereka setiap kali mengakhiri perbualan mereka di telefon. Dan aku? Aku hanya mengakhiri kalam dengan ucapan salam. Hanya itu. Cuma dalam doa aku, aku utuskan doa buat mereka.

Sekembali dari program itu, aku mendengar semula bait - bait kata lagu tersebut. Aku jadi sayu. Memang akan menyesal kalau tidak diucapkan sayang itu sekarang. Dan di sini, aku tinggalkan video dan lirik lagu Lafaz Yang Tersimpan dari UNIC.


Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yangmelindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan


Wednesday, October 8, 2008

Kongsi Pengalaman.

Assalamualaikum wbt.

Tadi kelas Neurology dan Endocrine. Kelas dari pagi sampai petang. Jadi amat pasti tak berkesempatan nak pulang ke rumah. Sama ada untuk solat, makan tengahari atau rehat - rehat. Kelas Endocrine mula pukul 1. Waktu tu waktu Zuhur pun belum masuk lagi. Jadi nak tak nak, aku dan kawan - kawan merangkap saudara seMuslim menunaikan juga tanggungjawab seorang muslim, solat di kelas. Solat secara sempurna. Biasanya kami solat sewaktu break dalam 10 - 15 minit. Kami belajar di sini bukan macam Universiti kat Malaysia. Setiap bangunan ada surau walaupun kecil. Kat sini setiap segenap sudut bangunan tempat kami belajar itulah tempat kami solat. Jangan kisah apa orang tempatan nak pandang. Ada sesetengah yang gelakkan, ada setengah tu hormat. Ada juga yang tengok je tak berkelip tapi ada juga yang selepas kami solat tu, dia tanya kami buat apa. Kami cakap kami solat. Dia pun senyum je. Takpe, kami Muslim yang praktikal.

Banyak pengalaman kami solat di segenap sudut bangunan. Di bawah tangga, di penjuru, di ruang dekat dengan tandas, pusat sukan (ni masa tengok perlawanan futsal, roomate aku participate). Tiap kali kalau aku rasa kena solat kat kelas, aku akan pesan kat kawan aku minta bawakan kompas. Macam hari ni aku solat di ruang belakang dewan kuliah. Tempat tu bersih. Macam tak pernah diguna. Walaupun bukanlah besar ruang tu, tapi cukup untuk ruku' dan sujud. Tapi pengalaman paling best solat di kelas adalah di kelas Pharmacology. Bangunan tu berkarpet walaupun bukanlah seindah karpet kita kat rumah tu. Hehe.. Kami solat beralaskan labcoat. Kalau ada yang rajin, diorang akan bawa sejadah kecil (yang biasa untuk travel). Tapi aku biasanya guna labcoat atau jaket. Sebab tu lebih mudah kalau pergi kelas pakai pakaian yang senang untuk dibawa solat. Contoh : kalau pakai t - shirt tu, t - shirt yang tak begitu ketat dan tak terlalu pendek, stokin yang tak terlalu pendek, tudung yang tak begitu jarang.

Masa kelas Pharmacology dulu (semester 1) kelas hari Jumaat. Dulu hari Jumaat aku suka pakai baju kurung. Nak solat pun senang. Jadi labcoat aku akan digunakan untuk alas solat. Sebab tu orang selalu kata stok baju kurung aku banyak! Haha.. Memang banyak pun. Siapa - siapa nak pinjam amat dialu - alukan tapi baju aku besar la.. Huuhuu..

Selagi aku mampu, insyaAllah aku akan jaga solat. Di atas muka Bumi Allah ni kat mana - mana je kita boleh solat. Jangan bagi banyak alasan. Kalau nak berjaya, semua faktor datang dari diri kita, termasuk amalan wajib kita. Jangan kisah apa orang nak kata. Kalau kita tetap hati nak buat sesuatu, kita seorang pun kita mampu. Orang lain pun kalau diorang rasa benda tu baik, lama - kelamaan diorang pun akan ikut. Kalau tak percaya, cubalah.. Benda tu jadi pada aku.

Friday, May 2, 2008

Lukisan Alam

Assalamualaikum wbt.

Review untuk 2 hari. 1 & 2 Mei 2008. 1 Mei adalah hari pekerja/buruh/ seumpama dengannya. Dan kalau di sini, 1 Mei juga adalah Hari Musim Bunga atau dalam bahasa rusianya: Dyen Vesniy. Kebiasaannya bila menjelang 1 Mei, ada satu universiti di sini (People's Friendship University - PFU-) menganjurkan Spring Festival atau ada sesetengah memanggilnya: Colors Of The World. Festival ini mengumpulkan masyarakat pelbagai negara beserta tradisi mereka sekali. Mereka diberi satu booth untuk setiap negara. Di situ mereka mempamerkan barangan dari negara masing-masing. Ada juga yang membina khemah (ala, yang macam kat egypt tu) dan ada juga yang menjual souvenirs dari negara mereka. Yang menarik, mereka juga memakai pakaian tradisional negara diorang. Itu dari sudut positif.





Lebih kurang pukul 8 pm kami sampai rumah. Bersihkan diri, solat Asar bagi yang solat. Malam tu pula kami dijemput ke majlis doa selamat sempena hari lahir seorang sahabat, Yani! Happy Birthday! hehe.. Dalam pukul 12.45 am, kami pulang. Aku seperti biasa, tertidur di bilik diorang. Dah nak balik, baru dikejut. Hurm, memalukan sungguh! hehe

Hari ini, 2 Mei, Persatuan Perubatan Islam Malaysia - Moscow Student Chapter menganjurkan perkelahan musim bunga di Tasik Sportivnaya. Semua muslimat hadir memeriahkan majlis tu. Sangat seronok. Bagi yang sebelum ni tak pernah kenal, masa berkelah tu, jadi kenal semuanya. Dah tak malu dah nak berborak-borak, gelak ketawa. At least junior yang duduk hostel lain tu, boleh kenal rapat. Tujuannya adalah sesi berkenalan dan mengeratkan silaturrahim. Sebenarnya nak ikat silaturrahim tu bukan senang. Cakap memang senang tapi proses nak mengikatnya tu, memang susah. Usaha dua belah pihak kena ada. Apa pun, perkelahan tu memang best!



Semoga kita gembira menghadapi hari - hari akan datang. Keindahan alam itu membuktikan pada kita akan kuasaNya. Nyamannya udara memberi kita nafas untuk meneruskan kehidupan kita untuk hari esok.

Thursday, April 3, 2008

Mulakan Hari Anda Dengan...

Assalamualaikum wbt.


Bismillahirrahmanirrahim.

"Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul
kerana mengasihiMu,
bertemu untuk mematuhi (perintah)Mu,
bersatu memikul beban dakwahMu,
hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu,
maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya.
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar).
Penuhkan (piala) hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap.
Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan imandan keindahan tawakkal kepadaMu.
Hidup suburkan hati-hati ini dengan makrifat (pengetahuan sebenar) tentangMu.
(Jika Engkau mentakdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini
sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu.
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.

Ya Allah perkenankanlah permintaan ini."

Amin Ya rabbal alamin

Tuesday, April 1, 2008

Dinasihat - Menasihat - Ternasihat

Assalamualaikum wbt.

Tadi telefon Emak. Tanya pasal adik - adik. Mamat di Politeknik. Atha di SMKA Kuala Selangor. Saja tanya perkembangan diorang. Aku cakaplah dengan Emak. Minta tengok - tengokkan adik - adik aku tu. Emak cakap dia pun tak tahu nak buat macam mana. Anak laki. Tahu sajalah kan. Nak dikontrol sangat pun, takut memberontak. Kalau dibiarkan, takut terlibat dengan aktiviti yang kurang berfaedah.

Sesetengah daripada kita ni kadang- kadang susah mahu terima nasihat. Aku ni jenis boleh menerima nasihat (cewah..), aku selalu dengar nasihat. Emak selalu menasihat. Abah jarang menasihat tapi sekali bagi nasihat, boleh jatuh titisan air mata aku ni. Baru - baru aku pun ada terima nasihat dari seorang sahabat aku ni. Budaknya baik. Nasihatnya pun bagus. Aku terima nasihat tu. Cuma aku pelik tiba - tiba dia bagi nasihat. Bagus juga, paling tidak, ada orang juga masih ingat kat aku dan bagi nasihat.

Sejak akhir - akhir ni juga aku ada bagi nasihat pada orang. Aku bagitahu dia, ingatkan dia supaya jangan buat sesuatu yang nanti akan merugikan diri sendiri. Sebenarnya, di samping aku nasihatkan dia, aku juga ingatkan diri aku. Aku ingatkan diri aku supaya aku tidak buat sesuatu yang merugikan diri sendiri. Bila diri sendiri dah rugi, masa tu dah tak ada siapa akan boleh bantu. Sementara belum jadi rugi, baik elakkan.

Kadang - kadang, kita ni hidup, selain terima nasihat orang, kita perlu juga berkongsi nasihat kita dengan orang. Baru orang kongsi nasihat dengan kita. Dengan cara macam tu, barulah diri kita ternasihat. Secara tak langsung. Itu pun kalau kita perasan. Setiap percakapan kita sebenarnya orang lain pun tengok juga. Dari situ, dia nilai peribadi kita. Mungkin aku bukanlah orang yang layak cakap macam tu. Tapi itulah hakikat. Aku ni pun sama saja macam orang lain. Kadang - kadang cakap tak serupa bikin. Maaflah untuk itu.

Orang boleh judge aku kalau diorang nak. Aku pun boleh buat benda yang sama kalau aku nak. Tapi aku takut nak judge orang sebab aku takut aku tersalah. Aku kalau nak judge orang, aku kena kenal dulu orang tu macam mana. Baru aku tahu nak cakap orang tu jenis macam mana.

Tak salah kalau kita nak tanya orang tentang diri kita. Asalkan kita bersedia untuk terima hakikat. Janganlah bila dah tanya orang, pastu orang tu terus terang, kita melenting pula! Tu namanya : baik takyah tanya! Haha..

PS: Happy Belated Birthday To My Beloved Cik EmyLola yang menyambut hari lahirnya semalam. Semoga cepat matang dan semoga makin ayu! haha

~ Kalau diri sendiri salah masuk lorong, boleh patah balik. Kalau tengok orang lain salah masuk lorong, beritahu dia. Kalau dia salah lagi, pimpin dia balik ke semula ke pangkal lorong tu. ~

Sunday, March 16, 2008

Teka Teki Imam Al - Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ' Orang tua '
Murid 2 = ' Guru '
Murid 3 = ' Teman '
Murid 4 = ' Kaum kerabat '

Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.
( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Negeri Cina '
Murid 2 = ' Bulan '
Murid 3 = ' Matahari '
Murid 4 = ' Bintang-bintang '

Iman Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.

Iman Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?'
Murid 1 = ' Gunung '
Murid 2 = ' Matahari '
Murid 3 = ' Bumi '

Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU
(Surah Al A'raf: 179).
Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.'

Imam Ghazali =' Apa yang paling berat didunia? '
Murid 1 = ' Baja '
Murid 2 = ' Besi '
Murid 3 = ' Gajah '

Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH
(Surah Al-Azab : 72 ).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'

Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Kapas'
Murid 2 = ' Angin '
Murid 3 = ' Debu '
Murid 4 = ' Daun-daun'

Imam Ghazali = ' Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '

Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? '
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '

Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri '

~ Manusia ni selalu lupa. Benda yang paling dekat dan kecil selalu tidak diambil endah. Benda yang besar - besar saja yang dinampaknya. ~

Tuesday, March 11, 2008

a trust

Assalamualaikum wbt.

This is how the story begins...

That day was the cloudy day. Nur and I were walking on the way back to the hostel, where we are living. We saw a lot of flowers were sold along our way. Yes! That was because of Women's Day. We started our conversation:


Me: Nur, apasal ramai sangat jual bunga nih?
Nur: Kan nak women's day.
Me: Bila tengok bunga banyak2 nih, teringat masa kakak aku kahwin dulu. Dia beli banyak bunga hidup untuk hias pelamin.
Nur: Hurm. Aku kalau kahwin, nak simple je. Tak mao ade pelamin2 nih.
Me: Itu ko cakap. Mana tahu, ko orang first yg kahwin dalam family ko. Sure parents ko bersemangat!
Nur: Betul gak tu.
Me: Ko tak nak cari calon ke? Dok sibuk carikan calon untuk aku!
Nur: Hurm. Aku ni masalah sket la. Aku jenis tak cepat percaya kat orang. How u wanna tell everything and deal with someone that u dont even know. He's not ur family but u wanna share ur secrets with him?
Me: U mean u trust ur family 100%?
Nur: Takdela 100%.. Trust 100% tu hanya untuk Tuhan. Ade la dalam 90%.
Me: Betul la tu.
Nur: Aku cakap camtu coz aku fikir kalo jadi ape2 nanti, cthnye dia clash dgn ko ke, but secret ko pada dia, ape ko boleh buat? U cant do anything!
Me: Hurm.. Ko buat aku takut la.. Macam mana nak cari pakwe camni!

*We laughed*

On that day, i have learned a lesson about a trust.

~ Letakkan percaya yang penuh kepada Tuhanmu. Kamu tak rugi sedikit pun. ~

Wednesday, November 14, 2007

All about Nasyid..

Assalamualaikum wbt.

Pertama sekali, aku nak minta maaf dengan isi kandungan entri aku sebelum ini. Serupa tidak tahu bagaimana cara mengendalikan diri sendiri (walaupun sebelum ni sudah publish entri
'How Do I Manage My Stress'.).


Tadi bila aku buka je blog ni, di shoutbox, Cik Ryn aka Si Bintang kita sudah mengetag aku. Jadi aku pun tengoklah tasknya. Wow, pasal playlist la pulak! Aku ni bukan rajin sangat buat2 tag nih. Tapi kebetulan bila ditag, tiba2 rasa nak buat pula. Hurm.. Terus terang aku cakap, aku lebih cenderung dengar lagu nasyid. Orang kata apa ek? Suit dengan jiwa? Betul ke tu? Entah la, aku pun tak tahu. Hurm, lagu lain dengar je, cuma dalam playlist yang aku selalu buka ni semua lagu nasyid. So, semuanya takkan lari dari situla ek! Ok2.. Jom kita start buat benda nih...


Instructions: Put your favorite music player on shuffle and fill in the names of the songs in the order they show up.


If I got lost on a desert island, I would yell:
Mustika - Cinta Zulaikha

Ada bagi apa2 kesan ke? Cinta Zulaikha adalah Cinta agung. Cinta aku?

My parents are like the song:

In - Team - Bisikan Nurani

Hurm.. Mak Abah selalu jadi insan yang teristimewa dan terdekat dalam hidup. Kalau bunyi tu, lebih dekat dari Bisikan Nurani.

Highschool was like:
Firdaus - Cinta Dan Harapan

Zaman sekolah dulu la paling banyak meninggalkan kesan cinta dan harapan. Untuk Dia adalah Cinta, dan Harapan kepada cita - cita.

Behind my back, my friends think I'm:
Hijjaz - Mata Hati

Harap - harap aku selalu la jadi Mata Hati untuk korang ye.. Apakah maksud Mata Hati? Fikirkan..

Next time I'm in front of a crowd,I'll say:
Brothers - Cinta Kudus

Cinta Kudus selalu bersemi di jiwa.. Eceh..

This song describes my grandparents:
Saujana - Hayat

Tanpa mereka, tiadalah Hayat untuk aku.

My best friend is like:
Saujana - Sekeping Hati
Kawan karib seperti Sekeping Hati yang melengkapi..

What I did last night was:
Rabbani - Adab Dan Sopan

Sentiasa berAdab Dan berSopan sepanjang masa.. Bukan last night je..

What makes me happy is:
Raihan - Solatu Wassalam

Solatu Wassalam penenang jiwa..

My alter - ego is:
In - Team - Kalimah Cinta

Ya Allah.. Aku berharap iman aku tidak cepat luntur hanya kerana Kalimah Cinta

My make - out song is:
UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu
Ya! Hanya Tuhan Yang Tahu!

My theme song:
UNIC - Jalinan

Jalinan ukhwah yang indah. Ukhwah adalah tema kita ye..

My family is described by the song:
Raihan - Thank You Allah

Family adalah anugerah yang paling berharga. Thank You Allah..

Will I ever have kids?:
Brothers - Man Ana?

Man Ana (siapa aku? ) untuk cakap pasal anak? Belum layak la... =D

The best thing about me is:
In - Team - Kasih Kekasih

Actually aku tak berapa suka dengar lagu Kasih Kekasih ni. Tak tahu kenapa. Tak sesuai kot. Tukar tajuk boleh? =P. Dan lagi satu, that's not the best thing about me at this moment..

My message to the world has always been:
Unknown artist - Llaika

My message is 'What is the meaning of Llaika? Anyone?'

>>Ni antara lagu yang paling menyentuh hati. Lagu dalam Bahasa Arab. Walaupun tak berapa faham, tapi aku suka sangat lagu ni. Kalau dengar sorang2 boleh khayal.. *lagu ketuhanan*

My deepest secret is:
Nadamurni - Harapan Pada Ayah & Ibu

Harapan aku Pada Ayah & Ibu sungguh dalam dan tinggi. Seperti harapan mereka pada aku..

My ultimate song for dancing is:
Fadhilat Selawat Sembuh Sakit
Daripada menari ketika sakit, baik amalkan Selawat Sembuh Sakit. Banyak Fadhilatnya..
>> Memang tak sesuai.. Selawat itu suci kalimahnya.

I'll have a good day if I can just hear:
Raihan - Kita Hamba

Dengan perkataan Kita Hamba, kita akan terasa kecil di sisiNya dan tambah amalan supaya kita jadi insan yang lebih baik.

At my funeral they'll play:
UNIC - Anak Soleh

Kalau aku mati lepas aku kahwin, semoga Anak aku Soleh dan solehah semuanya. Tenang nanti aku di sana..

If I reached the top of Mount Everest,what I would scream:
In - Team - Solla 'Alaikallah

Nak cuba boleh? Laungkan Solla 'Alaikallah di puncak Everest!

Happiness is:
Brothers - Untukmu Teman

Hurm.. Ni macam kena je.. Kegembiraan aku semuanya Untukmu Teman! You will always make me happy.

My friends see me as:
In - Team - Impian Kasih

Impian Kasih sungguh tidak sesuai.. Memang tidak sesuai untuk aku. Tak tahulah macam mana sebenarnya kawan aku pandang aku..

My favorite thing to do is:
Rabbani - Satu Qiblat Yang Sama

Solat pada Satu Qiblat Yang Sama.

My day will be like:
In - Team - Rabiatul Adawiyah

Rabiatul Adawiyah yang rajin beribadah. Semoga hari - hari aku dipenuhi dengan ibadah kepadaNya sebagaimana amalan Rabiatul Adawiyah tika hayatnya.

My innermost desire is:
Brothers - Selawat

Untuk membasahkan bibir dengan Selawat dan Zikir kepadaNya. Tapi itulah perkara yang paling aku tak buat. Impian tidak bermakna kita akan membiarkan ianya terkubur begitu sahaja. Impian adalah untuk dilaksanakan. Semoga aku akan laksanakannya juga..


~ Siapa kata dengar nasyid tu ketinggalan? ~