Assalamualaikum wbt.
Tadi kelas Neurology dan Endocrine. Kelas dari pagi sampai petang. Jadi amat pasti tak berkesempatan nak pulang ke rumah. Sama ada untuk solat, makan tengahari atau rehat - rehat. Kelas Endocrine mula pukul 1. Waktu tu waktu Zuhur pun belum masuk lagi. Jadi nak tak nak, aku dan kawan - kawan merangkap saudara seMuslim menunaikan juga tanggungjawab seorang muslim, solat di kelas. Solat secara sempurna. Biasanya kami solat sewaktu break dalam 10 - 15 minit. Kami belajar di sini bukan macam Universiti kat Malaysia. Setiap bangunan ada surau walaupun kecil. Kat sini setiap segenap sudut bangunan tempat kami belajar itulah tempat kami solat. Jangan kisah apa orang tempatan nak pandang. Ada sesetengah yang gelakkan, ada setengah tu hormat. Ada juga yang tengok je tak berkelip tapi ada juga yang selepas kami solat tu, dia tanya kami buat apa. Kami cakap kami solat. Dia pun senyum je. Takpe, kami Muslim yang praktikal.
Banyak pengalaman kami solat di segenap sudut bangunan. Di bawah tangga, di penjuru, di ruang dekat dengan tandas, pusat sukan (ni masa tengok perlawanan futsal, roomate aku participate). Tiap kali kalau aku rasa kena solat kat kelas, aku akan pesan kat kawan aku minta bawakan kompas. Macam hari ni aku solat di ruang belakang dewan kuliah. Tempat tu bersih. Macam tak pernah diguna. Walaupun bukanlah besar ruang tu, tapi cukup untuk ruku' dan sujud. Tapi pengalaman paling best solat di kelas adalah di kelas Pharmacology. Bangunan tu berkarpet walaupun bukanlah seindah karpet kita kat rumah tu. Hehe.. Kami solat beralaskan labcoat. Kalau ada yang rajin, diorang akan bawa sejadah kecil (yang biasa untuk travel). Tapi aku biasanya guna labcoat atau jaket. Sebab tu lebih mudah kalau pergi kelas pakai pakaian yang senang untuk dibawa solat. Contoh : kalau pakai t - shirt tu, t - shirt yang tak begitu ketat dan tak terlalu pendek, stokin yang tak terlalu pendek, tudung yang tak begitu jarang.
Masa kelas Pharmacology dulu (semester 1) kelas hari Jumaat. Dulu hari Jumaat aku suka pakai baju kurung. Nak solat pun senang. Jadi labcoat aku akan digunakan untuk alas solat. Sebab tu orang selalu kata stok baju kurung aku banyak! Haha.. Memang banyak pun. Siapa - siapa nak pinjam amat dialu - alukan tapi baju aku besar la.. Huuhuu..
Selagi aku mampu, insyaAllah aku akan jaga solat. Di atas muka Bumi Allah ni kat mana - mana je kita boleh solat. Jangan bagi banyak alasan. Kalau nak berjaya, semua faktor datang dari diri kita, termasuk amalan wajib kita. Jangan kisah apa orang nak kata. Kalau kita tetap hati nak buat sesuatu, kita seorang pun kita mampu. Orang lain pun kalau diorang rasa benda tu baik, lama - kelamaan diorang pun akan ikut. Kalau tak percaya, cubalah.. Benda tu jadi pada aku.
4 comments:
salam wanie..
sungguh kagum aku dgn korang. mmg sgt penting jaga solat walau kt mana2 pun.
asalnya mula dr hati juga. kalau ada iman, solat takkan ditinggalkan walau sesibuk manapun.
tak kisah le apa org nk kata atau gelak. rasanya org2 bkn islam lbh respect kita kalau kita pegang teguh dgn agama.
dn itu yg pernah aku praktik kt bdk2 aku. solat zuhur berjamaah kt bwh pokok sawit. hehe. ada gak org gelakkan aku masa tuh. sabar je leee.. huhu
aku ada pengalaman juga pasal solat nih. hehe. dulu aku pernah kena buang kerja kt kilang sbb aku solat maghrib. hehe
salam..
respect la kt u all semua..Dapat jaga tiang agama islam itu dengan sebaik2 nya..Kadang2 di Malaysia pun yg penuh dengan masjid & surau pun xdpt buat mcm wanie n rkn2 buat..
moga selamat untuk semuanya :)
Menjaga solat memang satu perkara yang sangat beratkan..tapi wanie dah lulus part yang tu. Memang respect la kat wanie & the gang. Semoga kita semua dapat menjadi hambaNya yang sentiasa menjaga solatnya. Insya Allah.
salam.
CJ : Cikgu, solat bawah pokok kelapa sawit tu lagi best. mencabar. Mana tahu tiba - tiba terjatuh ke kan buah sawit tu.. huhu.. Kadang - kadang sedih kalau orang kita sendiri tak faham, sampai baru solat maghrib je dah kena buang kerja. hai... *sigh*
Kylex : Kadang - kadang kita ni bila kemudahan dah ada depan mata, kita terlupa nak hargai. bila dah susah, baru teringat. Macam kemudahan solat. Janganlah cari banyak alasan untuk tak buat yang wajib.
Akak : InsyaAllah kak. Rasa kosonglah kalau ada part yang berlubang dalam amaln hidup kita ni.
Post a Comment