Pages

Tuesday, October 14, 2008

Adat Berkawan

Assalamualaikum wbt.
[Entri ini sangat - sangat panjang. Skip saja kalau malas nak baca]

Hari tu aku berpakaian biru. Pakaian pengawas sekolah. Pagi - pagi aku macam biasa berhimpun di dataran perhimpunan. Mia pun ada. Ye la, dia kan 'budak lompat', mesti dia ada sekali. Suasana macam sekolah menengah. Tapi yang aku pelik kenapa Mia satu sekolah dengan aku. Sebab kitorang sekolah menengah kat lain tempat. Takpe la..

Lepas habis perhimpunan tu, aku terpandang satu figure. Dia tengok aku. Aku kenal dia. Aku nampak je dia, aku terus lari. Tiba - tiba je lari. Aku lari sebab aku tak suka nak tengok dia. Ada sebab aku tak suka. Mia terkejut. Dia kejar aku. Dia pelik kenapa aku lari. Orang yang aku tak suka tu pun kejar aku. Mungkin dia juga pelik kenapa lepas aku nampak dia, aku lari. Jadi, dua orang la yang kejar aku.

Sampai satu selekoh, Mia tarik tudung aku. Dia tanya aku dengan nada tercungap - cungap (ye la, baru lepas lari kan..) "Kenapa ko lari?" Aku yang memang nak lari lagi tapi dah ditahan dengan Mia. Aku nampak orang yang aku tak suka tu dah sampai kat selekoh tu. Aku jerit kat depan muka Mia : "Aku kan pengawas. Aku nak jaga kelas la! Kan cikgu semua tak ada sebab ada mesyuarat." Lepas tu aku terus pergi. Aku tinggalkan Mia yang tengah blurr. Dan aku sengaja menjerit supaya orang yang aku tak suka tu tahu yang aku tengah sibuk.

Lepas aku menjerit tu, aku rasa sedikit puas. Dan rasa puas tu buat aku terbangun Subuh semalam. Aku bangun dan aku berfikir. Adakah aku betul - betul tak suka dengan orang tu? Oh, aku rasa aku tak suka sebab mungkin aku rasa dipaksa. Ye la, dia kawan aku. Kalau satu benda tu aku asyik fikir je, sampai mimpi aku bawa. Nak marah dia di alam realiti tak boleh sebab tak termarah, kita marah dalam mimpi je la. Haha.. Aku ni kalau berkawan, aku kawan dengan semua orang. Selagi aku tak menyusahkan dia (aku tak berapa suka menyusahkan orang kecuali orang - orang tertentu je. Tu pun yang dah biasa dengan aku. Kira yang dah rapat la dengan aku..Tu pun kadang - kadang bila aku tak boleh buat suatu benda tu disebabkan aku sibuk atau tak ada masa) dan dia tak menyusahkan hidup aku, aku ok je. Cara kawan aku yang dalam mimpi aku tu mungkin sedikit annoyed atau kata lainnya menjengkelkan. Mana taknya, orang lain pun kawan juga, tapi takyah la sampai buat orang rasa terganggu. Aku tak nak rasa macam ni. Aku tak suka perasaan tak selesa dengan orang. Aku nak berkawan dengan semua. Jauh ke dekat ke. Jangan la buat aku terbeban. Terbeban sebab kawan aku buat aku rasa kekok. Aku ni orangnya complicated.

Aku kawan dengan ramai orang. Aku berkawan secara adil. Kalau seorang kawan tu aku layan dengan baik, kawan lain pun aku layan dengan baik juga. Tapi bila aku layan baik tu, jangan pula ambil kesempatan. Kata kawan. Kawan mestilah layan kawan dia dengan baik kan?

Aku dah kata aku ni bukan baik sangat. Aku kalau dah tak puas hati dengan orang, aku lempar je. Prinsip aku senang. Kita hidup bermasyarakat. Kalau orang tengah susah, kita tolong. Sebab kita tak tahu bila kita akan susah. Kita bukan selalu senang. Ada beberapa kisah yang aku nak kongsi dan apa yang aku rasa sepanjang pengalaman aku berkawan dengan orang :
  • Kalau orang minta tolong dengan aku, aku tak kisah nak tolong, terutama kalau kawan aku sendiri yang minta tolong. Aku tak kisah kalau aku susah, tapi aku paling tak suka kalau aku minta tolong pada dia tapi dia nak mengungkit - ungkit apa yang dia buat. Nanti aku fikir dia tak ikhlas tolong aku.
  • Aku paling tak suka kalau masa senang tu, dia buat tak kenal orang, hidup sendiri - sendiri. Tapi bila susah, pandai pula cari orang. Masa tu la, dia la yang paling kenal ramai orang. Ni lagi aku anti. Bila aku tanya, nampaknya bukan aku je yang rasa anti, bahkan orang yang tempat diminta tolong tu pun rasa benda yang sama. Tapi sebab kawan kan, tolong je la.
  • Aku tak suka perasaan bila terasa hati dengan kawan aku. Tapi aku kadang - kadang terasa dengan mereka bila diorang buat sesuatu yang boleh melukakan hati aku. Kalau ye pun nak melibatkan nama aku atau kawan - kawan baik aku, periksa dulu kebenarannya. Jangan main terjah saja.
  • Lagi satu aku paling pantang benda ni. Aku memang bengang kalau orang tu berkawan tapi pada masa yang sama dia tembak / tikam / yang seumpama dengannya kawannya dari belakang. Memang aku benci orang macam ni. Jangan la salahkan aku bila aku tak suka pada orang macam ni kalau orang ni perangai tak berapa nak elok. Memang la perangai aku bukan la elok sangat, tapi berpada la kalau nak sakitkan hati orang.

Pengalaman aku banyaknya terjadi sejak aku duduk jauh dengan keluarga di mana kawan - kawan la yang buat kita tak sedih sangat bila berjauhan dengan keluarga. Tapi ragam manusia ni lain - lain. Kalau sama je, bosanlah kan. Dan mungkin juga ada yang tak puas hati dengan aku kalau tiba - tiba mulut aku terlaser ke kan.. Haha.. Aku laser dengan orang yang rapat betul - betul dengan aku. Yang dah biasa dengan cara hidup aku. Tu la cara aku bermanja dan beramah mesra. Huhu..

Aku jenis cakap banyak. Dengan sesiapa saja kawan aku. Ada dua sebab je buat aku jadi sedikit pendiam. Satu, bila aku jumpa orang yang pertama kali aku jumpa dan aku tak pernah kenal dia. Kedua, bila aku terasa hati/bengang/sakit hati dengan orang tu, aku pun akan jadi pendiam. Aku boleh je jadi ignorant kalau nak. Kalau ada yang tiba - tiba perasan aku diam je, periksa balik, mana tahu ada terkecilkan hati aku ke. Aku ni suka merajuk dan memang fitrah aku suka bercakap. Orang pernah kata dorang rindu kalau tak dengar aku berceloteh. Hehe.. korang tahu siapa korang. Huhu..

Aku selalu gembira dan ketawa sebab kawan. Aku pernah menangis juga sebab kawan. Aku pernah marah dan melenting pasal kawan. Tapi aku simpan. Aku cerita hanya pada roomates aku dan kawan baik aku. Sebab selalunya dorang ni tak pernah buat aku rasa selain dari gembira. ('.')V

Ramai kawan - kawan aku datang jumpa aku bila ada masalah. Datang meluahkan perasaan. Bila dorang rasa hilang arah, rasa tak puas hati dengan orang, rasa kosong, rasa risau, dan macam - macam rasa lagilah. Tak kira jantina. Aku sendiri pun tak tahu kenapa, tapi bila diorang datang cari aku, takkan aku nak halau pulak kan. Kalau aku rasa aku perlu beri nasihat, aku cakaplah sikit - sikit. Kalau aku rasa dia hanya nak lepaskan geram, aku akan diam je, dengar je dia cakap. Kalau ada dua pihak yang salah faham, dan dua - dua pihak tu cari aku nak luahkan rasa tak puas hati, biasanya aku akan dengar cerita dari kedua- kedua pihak. Aku tak mahu jadi orang yang tak adil. Selalunya cerita dan keadaan sebenar yang berlaku itu lain dan berbeza dari kalau kita dengar cerita sebelah pihak saja. Tapi aku nak kawan - kawan aku tahu, aku sentiasa sokong kawan - kawan aku. Kalau dia buat silap, aku tegur sikit - sikit. Kalau aku buat silap, aku harap diorang tegur aku. Itu guna kawan kan?

Aku sentiasa doakan kejayaan kawan - kawan aku. Aku nak kawan - kawan aku berjaya. Kalau belajar untuk jadi doktor, jadi doktor yang berjaya. Kalau nak jadi jurutera, jadi jurutera yang berjaya. Kalau nak duduk untuk exam, pass exam dengan cemerlang. Dan aku tak tahu berapa ramai yang doakan untuk aku, tapi doa kamu untuk aku, aku ucap terima kasih.

Maaf kalau ada yang terasa dengan entri ini. Ni cara aku luah perasaan aku dan cara aku menegur sebab aku amat pasti semua orang berkawan di dalam dunia ni. Aku nak kita jadi sahabat yang terbaik untuk sahabat kita. Ni entri tak spesifik pada sesiapa. Ini untuk semua. Siapa nak datang kawan dengan aku, silakan. Siapa kawan aku yang terasa dengan aku, aku mohon maaf dengan sangat. Aku minta maaf dari hujung tudung sampai hujung stokin.

12 comments:

Shah CJ said...

salam wanie.

nice n3. dlm berkawan ni gitu le. kdg2 kita menegur di slh anggap menyebok pula.

ramai kawan ramai le ragam. sbb tu imam al-ghazali nasihatkan kita berhati2 memilih sahabat. sbb shbt blh jd musuh yg paling zalim. terutama yg suka menikam dr belakang.

ada istilah arab yg lbh akrab dr sahabat. iaitu rufaqa' atau rafiq. inilah sahabat yg paling terpecaya, setia dn amanah. sang rafiq takkan meninggalkan kita waktu kita sedih. dn menegur kita waktu kita lalai. mengasihi kita kerana Allah dn berpisah krn Allah.

aku juga wanie, kalau aku ada buat ko terasa, aku minta maaf byk2. hiks..

Anonymous said...

salam..

Ayat2 di dalam mimpi kamu sungguh garang yer,hehe :)

Yup,sy setuju dgn kamu,kawan hendaklah bersama2 xkirala ketika,susah,senang,sedih atau pun gembira..Sy pun xsuka kwn yg suka cucuk/tikam/tembak dari blkg..Pernah ada pengalaman mcm kamu juga..

We'r fren yaa,Keep in touch :)

alchemy said...

hmm... pandai ko wat hati aku terharu. da 2 kali ni. huhu... anyway, truskan jadi kawan yang baik. sory 4 everything that makes ur piece of heart broken...

Shazwani Adnan said...

salam.

Cikgu : Lepas ni nak panggil semua rafiq lah! Sebab semua kawan saya baik2 belaka. Cikgu mana pernah buat saya terasa hati. Saya yang patut minta maaf kalau2 saya ada tersakitkan hati cikgu. Saya kan murid cikgu.

Kylex : Haha.. saya memang garang. Jangan berani dekat. huhu.. Ya, kita kawan..

Firdaus : Tak terniat pun nak buat sesiapa terharu. Sekadar renungan mana tahu pernah tersakitkan hati kawan ke. Kalau kawan2 aku, dah lama aku maafkan dah.. tak yah tunggu raya. Tapi syaratnya jangan buat lagi la. hehe

Anonymous said...

Terima kasih utk entri yg menarik nie. Untung dapat kawan yang sentiasa temankan kita bila susah & senangkan. Tapi tak semua begitu..ragam masing². Susahnya mencari seorang rufaqa' mcm yang CJ cakap..

Kita sama la Wanie. Akak pun pendiam gak orangnya..hehehe.. Tambah pendiam kalau dah geram dgn seseorang tu. Kat sini je nampak mcm banyak idea je..sebenarnya tak pun. Pendiam amat nie..:))

Suka kawan ngan wanie..walaupun kenal melalui penulisan wanie je.:)Terima kasih lg sekali..

Shazwani Adnan said...

salam.

Akak : Memang susah nak cari rufaqa'. Wanie ni kalau ngaku pendiam, mesti kawan2 wanie kat sini dah gelak dah. Hehe..

Wanie pun suka kawan dan kenal dengan akak. Wanie bukan pandai menulis, tp kalau orang suka kawan ngan wanie melalui penulisan wanie, Alhamdulillah..

(^.~)V

Anonymous said...

Lumrah alam....
Bila kita susah tiada siapa yg kisah...
Bila kita sepi tiada siapa di sisi...
Bila kita sakit tiada siapa yang datang bertandang...
Bila kita takda wang tiada siapa yang pandang...
tapi...
Bila kita kentut semua orang pandang...
hehe...

Shazwani Adnan said...

Daniel : La.. ke situ pula. Tapi betul juga apa yang u cakap tu. Mana dapat ni? =)

miashaf said...

Kenapalah aku diperalatkan dalam mainan tidur ko yek? Rindu ke? huhu. Boleh tak ko jerit kat muka aku? tak puas hati betollah...

Papelah, abaikan saya. saya ni kadang2 x betul sket.

Anonymous said...

hmm..serius entry kali ni,as d conclusion
kawan perlu memahami kita dan kita perlu memahami kawan(betul ke?)give n take

Shazwani Adnan said...

salam.

Mia :Apa pulak aku memperalatkan ko. Tu maksudnya aku jeles sebab ko boleh beraya haji dengan family (takde kaitan pon).

Kalau ko nak aku try jerit kat muka ko, meh la dtg sini. Boleh aku jerit kuat2.. huhu

Pire : Ha.. baru tahu yang saya ni orangnya serius.. kesimpulan kedua : Kita sebagai kawan biarlah jadi kawan yang selayaknya untuk kawan kita. Kalau dia baik, kita jadilah baik juga. Kalau dia kelakar, maknanya kita pun boleh jadi kelakar juga la kan? =P

Syed Danial said...

lama tak baca ur blog and ari ni lak tetiba nmpk entry pasal kawan ni..entry ni agak menyentuh hati saya sbb ada gak kwn2 sy mcm yg diberitahu "kalau senang sendiri2, kalau susah baru cari org"..any advice utk berdepan dgn org mcm ni?