Pages

Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

Sunday, February 1, 2009

Value Of Aurat

Assalamualaikum wbt.


*Ini entri panjang. Kalau mahu tahu, bacalah sehingga noktah yang akhir*


Maaflah. Tak terpunya masa untuk menulis. Serasa tiada idea untuk bercerita. Semalam berat benar kepala aku. Mungkin dek kerana penangan window shopping di salah sebuah kompleks membeli belah yang sangat besar, terletak di Belaya Dacha, berdekatan dengan Stesen Metro Kuzminki. Sebenarnya sudah lama aku terdengar kompleks ini dibuka. Dari tahun 2 lagi. Tapi tak berkesempatan nak melawat. Sekurang - kurangnya hari itu aku sudah pergi. Sebagai melengkapkan syarat saja. Entah ada lain kali atau tidak, aku pun tak tahu.

Tengah duduk tadi, aku browse pasal artikel berkaitan dengan aurat wanita. Kenapa? Sebab tadi berborak dengan kawan aku ini. Dia bertanya tentang isu ini. Jadi aku cari la. Kebetulan, selepas menunaikan solat Isya tadi, tangan aku terbuka helaian Al - Quran, terus ke Surah An - Nur. Hurmm.. Surah ini banyak mengandung hukum dalam Islam. Antaranya berkenaan zina, aurat dan sebagainya. Kamu carilah sendiri. Tengok terjemahannya dan fahamkan. Kamu akan dapati Islam ini indah.

Apa yang aku terjumpa semasa browsing tadi adalah satu laman web Islam.ru yang artikelnya berbunyi begini :

-----------------------------------------------------------------------------------
Может ли мусульманка открыть аурат в ВУЗе, если ношение платка грозит ей отчислением?

(Bolehkah seorang muslimah itu membuka auratnya ketika di institut pengajian tinggi, jika pemakaian tudung itu mengancamnya dari dibuang dari universiti?)

Некоторые алимы, в частности Турции и Франции, вынесли фетвы, что, если администрации ВУЗов требуют от девушки-мусульманки снять хиджаб и грозят ей в противном случае отчислением, то она, находясь в учебном заведении, имеет право сделать это.

Bagi sesetengah orang alim, terutamanya di Turki dan Perancis, mereka mengeluarkan fatwa, yang mana jika pihak pentadbiran sekolah mengarahkan wanita muslim itu untuk menanggalkan hijab dan mengancam mereka untuk menendangnya dari sekolah jika tidak berbuat demikian, di dalam institusi pendidikan, mereka mempunyai hak untuk berbuat demikian.

Студентке дозволено снять хиджаб исключительно в том ВУЗе, где обучаются и работают только женщины. Пророк (мир ему и благословение Аллаха) сказал: "Нет повиновения созданному в ослушании Создателя".

Untuk pelajar itu sendiri, mereka boleh menanggalkan hijab hanya di sekolah yang khusus untuk pelajar wanita dan yang bekerja di situ hanya pekerja wanita. The prophet (the world to it and blessing of the Allah) has told: " there Is no obedience created in disobedience of the Founder ".

Ношение хиджаба – это фард-айн. Поэтому обнажать аурат в присутствии посторонних мужчин, где бы то ни было, не может быть дозволено, несмотря на какую бы то ни было фетву

Pembawaan hijab adalah fardu 'ain. Jadi, untuk mendedahkan aurat ketika kehadiran lelaki yang bukan muhrim, walau di mana pun, ianya tak boleh berdasarkan mana - mana fatwa.
---------------------------------------------------------------------

Ini sekadar perkongsian. Dan aku terjumpa lagi satu artikel dari Darul Nu'man yang kamu sendiri boleh baca. Seronok baca artikel yang ini. Buat aku terfikir semula.

Nilai aurat wanita ini sangat tinggi. Dan aurat ini adalah amanah Allah pada kita. Selagi mana kita menjaga aurat, selagi itu kita masih seorang yang amanah. Amanah pada diri. Bukan setakat itu saja. Aurat kawan kita pun, menjadi amanah kita. Kawan yang aku borak tadi tu, dia ada tanya : Apa pendapat ko Wanie kalau perempuan tu bertudung tapi gambar yang diletak kat FS atau FB tu tanpa tudung? Aku jawab : Kalau seseorang itu faham agama seluruhnya, dia takkan buat macam tu. Bagi aku aurat Muslim yang lain adalah amanah bagi kita. Kita kena jaga aurat mereka macam kita jaga aurat kita. Itu pendapat peribadi aku saja. Mungkin pada orang lain, pendapatnya tentang ini adalah lain.

Kita ini janganlah mudah kalah dengan dunia. Bukannya kalau kita tak buka aurat ini, kita jadi kurang cantik ke apa ke. Cantik itu kan subjektif. Kita saja yang tak yakin. Kita ini kena yakin yang setiap kejadian Allah itu cantik. Dan setiap pensyariatan Allah pada kita adalah sebaik - baik jalan kehidupan. Kalau difikirkan sedalam - dalam, setiap hukum Allah itu ada sebab dan hikmahnya. Kita saja yang tak menyedarinya. Contoh, kenapa Allah haramkan arak? Arak itu alkohol. Alkohol itu banyak mendatangkan mudarat pada kesihatan manusia. Alkohol boleh menyebabkan cirrhosis hati. Itu menyebabkan hati kita rosak. Kalau sudah rosak, macam mana semua metabolisme dalam badan mahu berfungsi dengan baik?

Sayang kalau kita menganggap menutup aurat ini hanya satu benda yang kecil, yang mana kalau kita dah pakai tudung, itu satu kebanggaan. Menutup aurat bukan setakat memakai tudung tapi pada masa yang sama masih lagi memakai t-shirt lengan pendek atau tiga suku. Ia kena melengkapi antara satu sama lain. Walau nampak kecil, perjuangan mempertahankannya adalah sangat - sangat besar. Lebih - lebih lagi kalau kita berhijrah atau belajar di tempat orang (di negara yang majoritinya adalah kaum bukan Islam), itu menguji tahap iman kita. Sejauh mana kita mahu mempertahankan agama Allah dan syariatNya dari sebarang pencabulan.

Dulu, semasa kelas Stomatology, kami dikehendaki memakai scrub yang semuanya dijual berlengan pendek. Sudah terang lagi bersuluh, kalau tak pakai t-shirt di dalam atau paling tidak sarung lengan, bagi yang perempuan, auratnya pasti akan nampak. Aku bertanya dan meminta kebenaran pada doktor yang mengajar kami (sebagai tanda hormatkan dia sebagai doktor di situ):

Aku : Doc, can we wear some kind of shirt inside our scrubs? And can we cover our head?
Doc : Why? Is it because of religion or culture?
Aku : Because of religion, doc. We are Muslim. And we have to cover these parts of our arms (sambil menunjukkan bahagian lengan aku - tapi bukan sinsing lengan t-shirt ok! hanya tunjuk saja-)
Doc : Yeah, it is all about religion again (very irritating ok!). Hey, you are now in Moscow. In Europe. Why dont you just follow our culture? With that kind of clothes, you will frighten our patients here. Or if not, the nurse wont let you go in the ward. It will bring a problem for you, not for me. And one more thing, your clothes must be clean. Are you sure your scarf is clean enough?
Aku : Ok doc, if not, do you have any kinds of scarf that we can use to cover our head?
Doc : Unfortunately, no. We dont have.
Aku : Ok then.

Dan lepas itu, kami pun dengan selambanya terus memakai saja tudung dan t-shirt di dalam. Dengan bantuan white labcoat, ok saja. Ala, bukan masalah dia pun kalau jururawat tu tak bagi kami masuk. Selama ini pun, kami jumpa pesakit dengan bertudung. Malah rata - rata pesakit gembira nampak kami. Siap berborak - borak mesra lagi. Tapi tak mengapalah. Sekurang - kurang perdebatan kecil bersama doktor itu tidak mendatangkan kegoyahan pendirian kami. Dan dia masih seorang doktor, dan kami masih pelajarnya. Aku pun sudah tidak mengambil hati.

Maaflah untuk entri yang agak panjang ini. Maka aku tinggalkan kamu dengan beberapa ayat :

"Dan katakanlah pada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutup kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra - putra mereka, atau putra - putra suami mereka, atau saudara - saudara lelaki mereka, atau putra - putra saudara perempuan mereka, atau para perempuan (sesama islam) mereka, atau hamba sahaya yang mereka miliki, atau para pelayan laki - laki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan), atau anak - anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang - orang yang beriman, agar kamu beruntung. (An-Nur : 31)".

"Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak - anak perempuanmu, dan isteri - isteri orang mukmin, hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali. sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. (Al - Ahzab : 59)".

**Minta maaf andai ada yang salah. Aku ini cuma pelajar. Beritahu jika ada yang salah. Terima kasih.

Tuesday, October 14, 2008

Adat Berkawan

Assalamualaikum wbt.
[Entri ini sangat - sangat panjang. Skip saja kalau malas nak baca]

Hari tu aku berpakaian biru. Pakaian pengawas sekolah. Pagi - pagi aku macam biasa berhimpun di dataran perhimpunan. Mia pun ada. Ye la, dia kan 'budak lompat', mesti dia ada sekali. Suasana macam sekolah menengah. Tapi yang aku pelik kenapa Mia satu sekolah dengan aku. Sebab kitorang sekolah menengah kat lain tempat. Takpe la..

Lepas habis perhimpunan tu, aku terpandang satu figure. Dia tengok aku. Aku kenal dia. Aku nampak je dia, aku terus lari. Tiba - tiba je lari. Aku lari sebab aku tak suka nak tengok dia. Ada sebab aku tak suka. Mia terkejut. Dia kejar aku. Dia pelik kenapa aku lari. Orang yang aku tak suka tu pun kejar aku. Mungkin dia juga pelik kenapa lepas aku nampak dia, aku lari. Jadi, dua orang la yang kejar aku.

Sampai satu selekoh, Mia tarik tudung aku. Dia tanya aku dengan nada tercungap - cungap (ye la, baru lepas lari kan..) "Kenapa ko lari?" Aku yang memang nak lari lagi tapi dah ditahan dengan Mia. Aku nampak orang yang aku tak suka tu dah sampai kat selekoh tu. Aku jerit kat depan muka Mia : "Aku kan pengawas. Aku nak jaga kelas la! Kan cikgu semua tak ada sebab ada mesyuarat." Lepas tu aku terus pergi. Aku tinggalkan Mia yang tengah blurr. Dan aku sengaja menjerit supaya orang yang aku tak suka tu tahu yang aku tengah sibuk.

Lepas aku menjerit tu, aku rasa sedikit puas. Dan rasa puas tu buat aku terbangun Subuh semalam. Aku bangun dan aku berfikir. Adakah aku betul - betul tak suka dengan orang tu? Oh, aku rasa aku tak suka sebab mungkin aku rasa dipaksa. Ye la, dia kawan aku. Kalau satu benda tu aku asyik fikir je, sampai mimpi aku bawa. Nak marah dia di alam realiti tak boleh sebab tak termarah, kita marah dalam mimpi je la. Haha.. Aku ni kalau berkawan, aku kawan dengan semua orang. Selagi aku tak menyusahkan dia (aku tak berapa suka menyusahkan orang kecuali orang - orang tertentu je. Tu pun yang dah biasa dengan aku. Kira yang dah rapat la dengan aku..Tu pun kadang - kadang bila aku tak boleh buat suatu benda tu disebabkan aku sibuk atau tak ada masa) dan dia tak menyusahkan hidup aku, aku ok je. Cara kawan aku yang dalam mimpi aku tu mungkin sedikit annoyed atau kata lainnya menjengkelkan. Mana taknya, orang lain pun kawan juga, tapi takyah la sampai buat orang rasa terganggu. Aku tak nak rasa macam ni. Aku tak suka perasaan tak selesa dengan orang. Aku nak berkawan dengan semua. Jauh ke dekat ke. Jangan la buat aku terbeban. Terbeban sebab kawan aku buat aku rasa kekok. Aku ni orangnya complicated.

Aku kawan dengan ramai orang. Aku berkawan secara adil. Kalau seorang kawan tu aku layan dengan baik, kawan lain pun aku layan dengan baik juga. Tapi bila aku layan baik tu, jangan pula ambil kesempatan. Kata kawan. Kawan mestilah layan kawan dia dengan baik kan?

Aku dah kata aku ni bukan baik sangat. Aku kalau dah tak puas hati dengan orang, aku lempar je. Prinsip aku senang. Kita hidup bermasyarakat. Kalau orang tengah susah, kita tolong. Sebab kita tak tahu bila kita akan susah. Kita bukan selalu senang. Ada beberapa kisah yang aku nak kongsi dan apa yang aku rasa sepanjang pengalaman aku berkawan dengan orang :
  • Kalau orang minta tolong dengan aku, aku tak kisah nak tolong, terutama kalau kawan aku sendiri yang minta tolong. Aku tak kisah kalau aku susah, tapi aku paling tak suka kalau aku minta tolong pada dia tapi dia nak mengungkit - ungkit apa yang dia buat. Nanti aku fikir dia tak ikhlas tolong aku.
  • Aku paling tak suka kalau masa senang tu, dia buat tak kenal orang, hidup sendiri - sendiri. Tapi bila susah, pandai pula cari orang. Masa tu la, dia la yang paling kenal ramai orang. Ni lagi aku anti. Bila aku tanya, nampaknya bukan aku je yang rasa anti, bahkan orang yang tempat diminta tolong tu pun rasa benda yang sama. Tapi sebab kawan kan, tolong je la.
  • Aku tak suka perasaan bila terasa hati dengan kawan aku. Tapi aku kadang - kadang terasa dengan mereka bila diorang buat sesuatu yang boleh melukakan hati aku. Kalau ye pun nak melibatkan nama aku atau kawan - kawan baik aku, periksa dulu kebenarannya. Jangan main terjah saja.
  • Lagi satu aku paling pantang benda ni. Aku memang bengang kalau orang tu berkawan tapi pada masa yang sama dia tembak / tikam / yang seumpama dengannya kawannya dari belakang. Memang aku benci orang macam ni. Jangan la salahkan aku bila aku tak suka pada orang macam ni kalau orang ni perangai tak berapa nak elok. Memang la perangai aku bukan la elok sangat, tapi berpada la kalau nak sakitkan hati orang.

Pengalaman aku banyaknya terjadi sejak aku duduk jauh dengan keluarga di mana kawan - kawan la yang buat kita tak sedih sangat bila berjauhan dengan keluarga. Tapi ragam manusia ni lain - lain. Kalau sama je, bosanlah kan. Dan mungkin juga ada yang tak puas hati dengan aku kalau tiba - tiba mulut aku terlaser ke kan.. Haha.. Aku laser dengan orang yang rapat betul - betul dengan aku. Yang dah biasa dengan cara hidup aku. Tu la cara aku bermanja dan beramah mesra. Huhu..

Aku jenis cakap banyak. Dengan sesiapa saja kawan aku. Ada dua sebab je buat aku jadi sedikit pendiam. Satu, bila aku jumpa orang yang pertama kali aku jumpa dan aku tak pernah kenal dia. Kedua, bila aku terasa hati/bengang/sakit hati dengan orang tu, aku pun akan jadi pendiam. Aku boleh je jadi ignorant kalau nak. Kalau ada yang tiba - tiba perasan aku diam je, periksa balik, mana tahu ada terkecilkan hati aku ke. Aku ni suka merajuk dan memang fitrah aku suka bercakap. Orang pernah kata dorang rindu kalau tak dengar aku berceloteh. Hehe.. korang tahu siapa korang. Huhu..

Aku selalu gembira dan ketawa sebab kawan. Aku pernah menangis juga sebab kawan. Aku pernah marah dan melenting pasal kawan. Tapi aku simpan. Aku cerita hanya pada roomates aku dan kawan baik aku. Sebab selalunya dorang ni tak pernah buat aku rasa selain dari gembira. ('.')V

Ramai kawan - kawan aku datang jumpa aku bila ada masalah. Datang meluahkan perasaan. Bila dorang rasa hilang arah, rasa tak puas hati dengan orang, rasa kosong, rasa risau, dan macam - macam rasa lagilah. Tak kira jantina. Aku sendiri pun tak tahu kenapa, tapi bila diorang datang cari aku, takkan aku nak halau pulak kan. Kalau aku rasa aku perlu beri nasihat, aku cakaplah sikit - sikit. Kalau aku rasa dia hanya nak lepaskan geram, aku akan diam je, dengar je dia cakap. Kalau ada dua pihak yang salah faham, dan dua - dua pihak tu cari aku nak luahkan rasa tak puas hati, biasanya aku akan dengar cerita dari kedua- kedua pihak. Aku tak mahu jadi orang yang tak adil. Selalunya cerita dan keadaan sebenar yang berlaku itu lain dan berbeza dari kalau kita dengar cerita sebelah pihak saja. Tapi aku nak kawan - kawan aku tahu, aku sentiasa sokong kawan - kawan aku. Kalau dia buat silap, aku tegur sikit - sikit. Kalau aku buat silap, aku harap diorang tegur aku. Itu guna kawan kan?

Aku sentiasa doakan kejayaan kawan - kawan aku. Aku nak kawan - kawan aku berjaya. Kalau belajar untuk jadi doktor, jadi doktor yang berjaya. Kalau nak jadi jurutera, jadi jurutera yang berjaya. Kalau nak duduk untuk exam, pass exam dengan cemerlang. Dan aku tak tahu berapa ramai yang doakan untuk aku, tapi doa kamu untuk aku, aku ucap terima kasih.

Maaf kalau ada yang terasa dengan entri ini. Ni cara aku luah perasaan aku dan cara aku menegur sebab aku amat pasti semua orang berkawan di dalam dunia ni. Aku nak kita jadi sahabat yang terbaik untuk sahabat kita. Ni entri tak spesifik pada sesiapa. Ini untuk semua. Siapa nak datang kawan dengan aku, silakan. Siapa kawan aku yang terasa dengan aku, aku mohon maaf dengan sangat. Aku minta maaf dari hujung tudung sampai hujung stokin.

Saturday, September 6, 2008

Ramadhan muncul, kelas pun mengikut.

Assalamualaikum wbt.

Bulan ini aku sibuk.
Entah apa yang disibukkan pun aku tak tahu.
Jadi aku hantar peneman yang sedang berkumandang di gegendang telinga kamu sebagai pengganti diri.
Jika aku mempunyai kesempatan waktu, aku sendiri yang akan penemankan kamu di sini.
Kamu faham bukan? Harap kamu faham.
Salam Ramadhan Kareem.



* Sejak masuk tahun klinikal, jadual makin padat. Bulan ini ada satu subjek yang aku kena ambil dan subjek itu sangat berat memandangkan medium pembelajarannya adalah dalam bahasa orang sini. Berjalan ke kelas 20 minit setiap hari, kena keluar awal memandangkan kelas bermula seawal 9 pagi. Pengalaman pertama mengajar aku menjadi morning walker yang setia di sepanjang Jalan Malaya Pirogovskaya menghala ke Jalan Rosalimo. Hari Isnin dan Rabu pula aku susuri Jalan Bolshaya Pirogovskaya. Hampir seminggu berpuasa di penghujung musim panas ni memberi banyak kebaikan dan menurunkan berat aku sebanyak lebih kurang 1.5 kilogram dari berat asal aku. Bagus juga, dalam pada waktu yang tak berapa nak cukup untuk bersenam secara teratur, boleh juga aku mengecilkan diri aku yang tak pernah nampak kecil ni. Hehe..

* Selamat Hari Lahir ke - 2 ( pada 6 September) buat Arfah (anak saudara aku) yang kini berada di Melbourne Australia. Ni acik Wanie datang wish. Hadiah kalau nak minta pada ayah dan mama ok! Peluk cium acik dari Moscow.

Sunday, August 17, 2008

Den Poning Lah!

Assalamualaikum wbt.

Kamu pernah pening kepala? Kalau kamu terasa kepala kamu pening, apa perkara pertama yang kamu buat untuk melegakan tahap pening kamu? Dan biasanya apa yang menyebabkan kamu pening kepala? Semua soalan ini aku nak cuba jawab lah!


Soalan 1: Pernahkah mengalami pening kepala?

Mestilah pernah!


Soalan2 : Perkara yang dibuat untuk melegakan tahap pening kepala?

Pertama – aku akan cari minyak angin kesayangan aku : minyak angin cap kapak. Lepas tu aku cuba buat air kegemaran aku : Nescafe.


Kedua – kalau minyak kapak tak jalan, aku akan telan sebiji Panadol ActiFast. Pastu aku akan buat kerja macam biasa.


Ketiga – kalau tak lega juga lepas buat – buat kerja tu, aku akan telan lagi sebiji dan terus tidur.


Keempat – kalau lepas bangun tidur tak lega juga, aku akan basuh kepala lepas tu minta orang tolong urutkan kepala.


*Biasanya perkara keempat jarang berlaku kecuali bila aku nak dekat demam atau aku terlalu risau untuk menghadapi peperiksaan.


Soalan 3 : perkara yang biasanya menyebabkan aku sakit kepala.


1. Terkena / berjemur tengah panas yang mana waktu itu matahari berada tegak atas kepala dan cahayanya sangat terik.


2. Bila aku mula nak tidur tetapi lepas tu terkejut (sebab orang terbising sangat ke, atau tiba – tiba terlelap tapi baru teringat belum solat atau tengah tidur tiba - tiba ada orang call) sehingga lepas terbangun itu aku tidak boleh tidur semula.


3. Bila aku tertahu sesuatu benda yang menyebabkan aku bengang, marah, terkejut, sedih atau risau. Contohnya : aku tahu ada orang mengata pasal aku walhal benda tu sama sekali tidak benar!


4. Kalau aku diserang gastric dek kerana aku terlupa nak makan disebabkan terlalu malas atau terlalu risau nak exam. Dan keadaan bertambah teruk kalau aku terlupa nak bawa ubat gastric bersama sewaktu aku diserang.


5. Bila aku rasa nak demam. Tapi bila aku rasa nak demam tu, mula – mula aku rasa pening – pening lalat, pastu aku rasa perut masuk angin, kemudian aku makan sikit untuk kasi hilang itu angin. Tapi kalau dah teruk sangat, aku akan muntah benda yang aku makan. Dan lepas tu aku rasa kepala macam berat, aku telan panadol, aku tidur.


· Kesimpulannya, aku sangat mudah berasa pening kepala apabila berlaku sesuatu yang buat aku tak happy. Sebab tu selama ini aku lebih suka menjadi orang yang sentiasa happy. Sebab aku tak suka keadaan bila mana kepala aku pening!

Nota:

a. Petang tadi aku memenuhi jemputan walimah sahabat di Moscow yang juga senior aku (Nurul Asikin Ahmad & Muhammad Rafeeq Azlan) . Mereka sudahpun selamat menikah dan hari ini adalah kendurinya. Aku datang pun sudah agak lewat yang mana waktu itu sudah tidak ramai tetamu. Mungkin ramai yang sudah balik. Dan aku bertemu juga dengan pengantin baru yang sudah seminggu (Kak Dayout & Awe). Apa pun, tahniah buat kalian!


b. Sebenarnya ada sesuatu yang terjadi yang menyebabkan aku menulis entri ini. Perkara itu membuatkan aku pening kepala sebab ianya buat aku bengang yang amat. Baru je nak settle timbul balik masalah yang tak sepatutnya timbul. Sajalah tu nak buat gempak! Ada saja lah kerenah manusia.. Macam – macam.. Penat nak layan. Susah la kalau asyik kita je nak puaskan hati diorang ni..

Wednesday, May 28, 2008

Ada yang nak tolong?

Assalamualaikum wbt.

Agak susah sebenarnya bila cakap dengan seseorang tu, tapi orang tu tak faham - faham kan? Lagi susah kalau bila kita cakap orang tu salah faham. Kadang - kadang sampai dah tak tahu nak buat apa lagi bila berdepan dengan orang macam ni. Dulu kawan aku pernah alami satu masalah ni. Tapi sekarang dah ok dah. Alhamdulillah. Allah buka kepala otak kawan aku ni untuk fikirkan jalan penyelesaian bagi masalah yang dia sendiri tak minta.

Persoalan yang membuatkan aku terfikir bila berdepan dengan masalah kawan aku ni adalah : How to bring her friendship into the crowd? Lebih kurang seminggu aku tolong fikirkan benda ni untuk dia sebab masa tu orang mula cakap - cakap pasal dia dengan kawan dia ni. Susah kalau nak ada kawan ni. Lebih - lebih lagi berlainan jantina yang kita kena tahu had kita dengan dia. Oh, lagi sekali aku cakap pasal kawan. Kenapa aku suka sangat cakap pasal persahabatan ni ek? Hurm. Mungkin sebab aku amat menitikberatkan hubungan persahabatan ni. Lagipun aku nak kongsi apa yang aku rasa bila ada orang tanya atau hajatkan penyelesaian dari aku. Ok, balik pada kisah kawan aku ni. Aku terfikirkan persoalan tu seminggu. Lepas tu, aku cakap kat dia dan suruh dia ambil keputusan, buat bodoh je selepas aku ceritakan keadaan kawan aku pada ramai orang termasuk housemates aku. Dan aku minta nasihat daripada diorang macam mana aku nak nasihatkan kawan aku ni. Dan apa yang aku dapat adalah : Selagi dia tahu had dia dengan kawan dia yang lain jantina tu, selagi dia pandai jaga diri, tak langgar apa yang patut dia jaga sedari awal, aku rasa ok. Aku tahu kat luar tu ada yang tak setuju dengan pendapat aku ni. Aku pun tak tahu nak terang macam mana. Tujuan aku tulis ni pun sebab aku nak ceritakan pada seseorang tapi tak tahu pada siapa. At least,bila aku menulis, ada yang baca dan ikutlah orang tu nak fikir apa tentang pendapat aku.

Aku nak cakap, sesiapa rasa nak berkawan dengan sesiapa pun terutama lain jantina, first of all, make it clear how u guys gonna bring this kind of friendship into the right path. Aku tak tahu apa nak cakap la. Dont be too judgemental. Kadang - kadang penilaian kita ni lain dengan apa yang berlaku sebenarnya. Dan janganlah buat sesuatu yang boleh buat orang lain fikir lain terhadap kita. Jernihkan apa yang keruh, terangkan apa yang samar - samar. Walaupun kita tak kisah orang fikir apa, tapi consider akan kesan yang kita bakal dapat nanti.

Aku tak tahu apakah betul apa yang aku fikir ni. Harap - harap tak tersasar jauh. Aku harap kawan aku tu pandai jaga diri.

PS: Happy birthday to Mimin yang ke berapa pun aku tak ingat. Takpa. Age is just a number. It doesnt matter. Apa pun, sorilah. Aku tak dak hadiah untuk ko la kakak aku ooiii..