Pages

Wednesday, May 28, 2008

Ada yang nak tolong?

Assalamualaikum wbt.

Agak susah sebenarnya bila cakap dengan seseorang tu, tapi orang tu tak faham - faham kan? Lagi susah kalau bila kita cakap orang tu salah faham. Kadang - kadang sampai dah tak tahu nak buat apa lagi bila berdepan dengan orang macam ni. Dulu kawan aku pernah alami satu masalah ni. Tapi sekarang dah ok dah. Alhamdulillah. Allah buka kepala otak kawan aku ni untuk fikirkan jalan penyelesaian bagi masalah yang dia sendiri tak minta.

Persoalan yang membuatkan aku terfikir bila berdepan dengan masalah kawan aku ni adalah : How to bring her friendship into the crowd? Lebih kurang seminggu aku tolong fikirkan benda ni untuk dia sebab masa tu orang mula cakap - cakap pasal dia dengan kawan dia ni. Susah kalau nak ada kawan ni. Lebih - lebih lagi berlainan jantina yang kita kena tahu had kita dengan dia. Oh, lagi sekali aku cakap pasal kawan. Kenapa aku suka sangat cakap pasal persahabatan ni ek? Hurm. Mungkin sebab aku amat menitikberatkan hubungan persahabatan ni. Lagipun aku nak kongsi apa yang aku rasa bila ada orang tanya atau hajatkan penyelesaian dari aku. Ok, balik pada kisah kawan aku ni. Aku terfikirkan persoalan tu seminggu. Lepas tu, aku cakap kat dia dan suruh dia ambil keputusan, buat bodoh je selepas aku ceritakan keadaan kawan aku pada ramai orang termasuk housemates aku. Dan aku minta nasihat daripada diorang macam mana aku nak nasihatkan kawan aku ni. Dan apa yang aku dapat adalah : Selagi dia tahu had dia dengan kawan dia yang lain jantina tu, selagi dia pandai jaga diri, tak langgar apa yang patut dia jaga sedari awal, aku rasa ok. Aku tahu kat luar tu ada yang tak setuju dengan pendapat aku ni. Aku pun tak tahu nak terang macam mana. Tujuan aku tulis ni pun sebab aku nak ceritakan pada seseorang tapi tak tahu pada siapa. At least,bila aku menulis, ada yang baca dan ikutlah orang tu nak fikir apa tentang pendapat aku.

Aku nak cakap, sesiapa rasa nak berkawan dengan sesiapa pun terutama lain jantina, first of all, make it clear how u guys gonna bring this kind of friendship into the right path. Aku tak tahu apa nak cakap la. Dont be too judgemental. Kadang - kadang penilaian kita ni lain dengan apa yang berlaku sebenarnya. Dan janganlah buat sesuatu yang boleh buat orang lain fikir lain terhadap kita. Jernihkan apa yang keruh, terangkan apa yang samar - samar. Walaupun kita tak kisah orang fikir apa, tapi consider akan kesan yang kita bakal dapat nanti.

Aku tak tahu apakah betul apa yang aku fikir ni. Harap - harap tak tersasar jauh. Aku harap kawan aku tu pandai jaga diri.

PS: Happy birthday to Mimin yang ke berapa pun aku tak ingat. Takpa. Age is just a number. It doesnt matter. Apa pun, sorilah. Aku tak dak hadiah untuk ko la kakak aku ooiii..

10 comments:

Anonymous said...

setuju dgn wanie. berpada2 lah bila berkawan. terutama jika lain jantina. jgn lakukan sesuatu yg seolah2 timbulkan clue yg disalah faham.

senang cerita camni le. jgn buat sesuatu mcm le kita syok sgt kt dia. padahal kita cuma nk berkawan jek. akhirnya akibat salah faham (dan perasan tak pasal), ada hati yg terluka. huhu

terus terang peringkat awal lebih baik.

(ini kot maksud n3 nih.. huhuhu)

Shazwani Adnan said...

salam.

Cikgu: betul apa yang cikgu fikir tentang entri ni. tp kadang2 kalau dh terangkn dr peringkat awl pon, susah kalau pihak lagi satu tu salah faham. tp apa pon, ada juga yang faham apa yg cuba sy sampaikan.

miashaf said...

salam, saja nak nyibuk. aku rasa, kalo 'psahabatan lain jantina' ada, kita kena tgk tujuan 'psahabatan' itu. kadang2 org terlebih2 dlm bshabat sampai tak sedar yg itu dah masuk2 langkah menuju zina (neraka). Senang crita, kalau dh rasa2 lain macam pd yg lagi satu, elok stop je the so-called 'persahabatan'.

fattnieniey said...

so called "persahabatan".
aku suke istilah tu.

Shazwani Adnan said...

salam.

Mia:hurm. ni la yang paling betul. kalau rasa menjurus ke arah zina, stopkan je.. =)

Fatt:Haah. so called persahabatan. waahh.. =D

shahrin salleh said...

topik yang menarik nih....

MakcikMuda said...

rynn setuju.

it's better to stop before its too late.

walaupun kita kata kita tak pedulik kata org, deep down inside, we still care what ppl will say abt us. sebab yg busuknya nanti,nama kita jugak.

Shazwani Adnan said...

salam.

Shahrin: hai, menarik kah? mm.. apa pun, bila otak tgh bengong begini, tajuk apa pun, pasti menarik perhatian. tak gitu?

Rynn: betul. sampai bila sangatlah kita boleh tahan dengan cakap2 orang kan. sampai satu tahap nanti, kita sendiri yang merana dek cakap2 orang.

Anonymous said...

salam..

kadang² menasihati orang yang tengah 'asyik' berkawan dgn org yang berlainan jantina nie lain sket la wanie. Silap nasihat boleh menyebabkan andaian dia pada kita lain. Tapi bila tak ditegur..takut dia akan terbabas dalam 'persahabatan' tu.. mm..musykil..

Shazwani Adnan said...

salam.

Akak:terima kasih sudi jenguk kami. hurm. mmg susah. sampai la ni tak tahu macam mana nak dapatkan jalan penyelesaian.