Assalamualaikum wbt.
Kamu pernah pening kepala? Kalau kamu terasa kepala kamu pening, apa perkara pertama yang kamu buat untuk melegakan tahap pening kamu? Dan biasanya apa yang menyebabkan kamu pening kepala? Semua soalan ini aku nak cuba jawab lah!
Kamu pernah pening kepala? Kalau kamu terasa kepala kamu pening, apa perkara pertama yang kamu buat untuk melegakan tahap pening kamu? Dan biasanya apa yang menyebabkan kamu pening kepala? Semua soalan ini aku nak cuba jawab lah!
Soalan 1: Pernahkah mengalami pening kepala?
Mestilah pernah!
Soalan2 : Perkara yang dibuat untuk melegakan tahap pening kepala?
Pertama – aku akan cari minyak angin kesayangan aku : minyak angin cap kapak. Lepas tu aku cuba buat air kegemaran aku : Nescafe.
Kedua – kalau minyak kapak tak jalan, aku akan telan sebiji Panadol ActiFast. Pastu aku akan buat kerja macam biasa.
Ketiga – kalau tak lega juga lepas buat – buat kerja tu, aku akan telan lagi sebiji dan terus tidur.
Keempat – kalau lepas bangun tidur tak lega juga, aku akan basuh kepala lepas tu minta orang tolong urutkan kepala.
*Biasanya perkara keempat jarang berlaku kecuali bila aku nak dekat demam atau aku terlalu risau untuk menghadapi peperiksaan.
Soalan 3 : perkara yang biasanya menyebabkan aku sakit kepala.
1. Terkena / berjemur tengah panas yang mana waktu itu matahari berada tegak atas kepala dan cahayanya sangat terik.
2. Bila aku mula nak tidur tetapi lepas tu terkejut (sebab orang terbising sangat ke, atau tiba – tiba terlelap tapi baru teringat belum solat atau tengah tidur tiba - tiba ada orang call) sehingga lepas terbangun itu aku tidak boleh tidur semula.
3. Bila aku tertahu sesuatu benda yang menyebabkan aku bengang, marah, terkejut, sedih atau risau. Contohnya : aku tahu ada orang mengata pasal aku walhal benda tu sama sekali tidak benar!
4. Kalau aku diserang gastric dek kerana aku terlupa nak makan disebabkan terlalu malas atau terlalu risau nak exam. Dan keadaan bertambah teruk kalau aku terlupa nak bawa ubat gastric bersama sewaktu aku diserang.
5. Bila aku rasa nak demam. Tapi bila aku rasa nak demam tu, mula – mula aku rasa pening – pening lalat, pastu aku rasa perut masuk angin, kemudian aku makan sikit untuk kasi hilang itu angin. Tapi kalau dah teruk sangat, aku akan muntah benda yang aku makan. Dan lepas tu aku rasa kepala macam berat, aku telan panadol, aku tidur.
· Kesimpulannya, aku sangat mudah berasa pening kepala apabila berlaku sesuatu yang buat aku tak happy. Sebab tu selama ini aku lebih suka menjadi orang yang sentiasa happy. Sebab aku tak suka keadaan bila mana kepala aku pening!
Nota:
a. Petang tadi aku memenuhi jemputan walimah sahabat di Moscow yang juga senior aku (Nurul Asikin Ahmad & Muhammad Rafeeq Azlan) . Mereka sudahpun selamat menikah dan hari ini adalah kendurinya. Aku datang pun sudah agak lewat yang mana waktu itu sudah tidak ramai tetamu. Mungkin ramai yang sudah balik. Dan aku bertemu juga dengan pengantin baru yang sudah seminggu (Kak Dayout & Awe). Apa pun, tahniah buat kalian!
a. Petang tadi aku memenuhi jemputan walimah sahabat di Moscow yang juga senior aku (Nurul Asikin Ahmad & Muhammad Rafeeq Azlan) . Mereka sudahpun selamat menikah dan hari ini adalah kendurinya. Aku datang pun sudah agak lewat yang mana waktu itu sudah tidak ramai tetamu. Mungkin ramai yang sudah balik. Dan aku bertemu juga dengan pengantin baru yang sudah seminggu (Kak Dayout & Awe). Apa pun, tahniah buat kalian!
b. Sebenarnya ada sesuatu yang terjadi yang menyebabkan aku menulis entri ini. Perkara itu membuatkan aku pening kepala sebab ianya buat aku bengang yang amat. Baru je nak settle timbul balik masalah yang tak sepatutnya timbul. Sajalah tu nak buat gempak! Ada saja lah kerenah manusia.. Macam – macam.. Penat nak layan. Susah la kalau asyik kita je nak puaskan hati diorang ni..
5 comments:
aku pulak wanie, tak boleh langsung dgn nescafe. kepala terus pening.
pelik juga awak ye. ubat sakit kepala dgn nescafe. kan ada caffein tuh. kalau aku le dh berganda pening. hehe
rasanya aku dh bertahun2 tak makan panadol. selalu aku sapu kepala dgn bam helang yg hijau tuh. kdg2 buat teh halia. pastu tidur.
akak alhamdulillah la..peningnya jarang sangat tapi yang selalunya sakit kepala. Berdenyut je kepala tu. Kalau time tu akak lebih suka duduk relax je..jangan suruh la buat keje..memang takde mood, tak kira la time pejabat ke tak..hehehe.Tapi kalau kat umah tido je la. Agaknya tak pandai nak handle stress , yang jd macam tu..haha..
..minum nescafe ais tengah² tension nie, best jugak..mmm..
salam.
CJ: nescafe tu bila rasa pening yang tak teruk sangat. tapi kalau dh teruk sgt, minum nescafe pon boleh termuntah.. tapi sy memang hantu nescafe. kalau kat rumah tak ada nescafe, pastu kelam kabut jadinya..
Akak: wanie selalu juga sakit kepala. memang tak dapat tahan terutama kalau yang berdenyut - denyut. rasa macam nak pecah je.
..nescafe ais memang sedap..
wanie, apa yg terjadi ni? kurang faham skit pasal dh nak settle tp org ungkit2 semula tu. apa kebenda tu? ks bleh tau wanie pening ke x dgn tengok muka wanie je. klu tgh pening, mmg kerut 1000! hehe. masam monyok je. smoga cepat hilang pening2 tu k.
salam.
KS: susah nak cerita kat sini. tapi sekarang wani ambil dasar buat tak tahu saja. jahat tak? haha.. kerut wanie kalau pening kalah orang lain. ni kena cari orang yang rajin mengurut nih.. hehe..
Post a Comment