Assalamualaikum wbt.
10 tahun dulu, waktu ini aku bersama kawan – kawan sibuk berlatih koir di dewan sekolah. Ye la, untuk persembahan semasa majlis sambutan hari kemerdekaan peringkat sekolah. Dengan memiliki suara gaya Ning Baizura, aku ditempatkan di dalam kumpulan soprano. Mia rasanya diletak di dalam kumpulan bersuara base. Inilah persediaan kami menyambut merdeka. Waktu itu aku hanya berusia 11 tahun dan Mia 10. Oleh kerana dia lulus Penilaian Tahun Satu (PTS), dia telah lompat tahun menjadikan dia sekelas dengan aku sewaktu darjah lima. Ya, lima Cempaka! Guru kelas Pn Shahrom Shaari. Hanya bersaiz kecil, Cikgu Shahrom yang bersuara lantang, mengajar subjek Bahasa Melayu itu sentiasa perhatikan kami berdua. Tetapi dia tak meletak kami duduk bersebelahan. Dia letak Mia sebelah seorang budak perempuan yang cun juga, anak kawan Abah, namanya Nur Emily Idaini. Mukanya ala – ala mixed gitu. Tapi itu bukan isunya. Kita balik kepada cerita kumpulan koir tadi. Cikgu yang melatih dan mengetuai kumpulan koir itu namanya Cikgu Yadzni Majid. Orangnya tinggi. Bagi aku, mukanya ada gaya Vince juara Akademi Fantasia 1 tu. Beliau sangat tegas semasa melatih kami sehinggakan beliau akan menilai kami dengan nilai peratus setiap kali kami berlatih. Tapi beliau tak pernah bagi 100%. Bagi beliau, 100% hanya akan diberi jika persembahan kami sempurna tanpa kesilapan. Dan pada hari kemuncak persembahan kami, beliau akhirnya memberi 100% kepada persembahan itu. Kami menjerit! Haha
10 tahun dulu juga, pada PA system sekolah akan terpasang lagu – lagu berunsur patriotik nyanyian Allayarham Sudirman Hj Arshad. Warisan, Tanggal 31 Ogos, dan macam – macam lagi. Dulu aku hafal semua lagu tu. Sekarang ni semua ingat – ingat lupa saja. Yang aku paling ingat sekarang lagu tanggal 31 tu sebab aku hafal lagu tu sedari aku kecil lagi. Mana tak ingat. Ada juga dianjurkan pertandingan melukis, menulis esei, mewarna dan bermacam pertandingan lagi. Aku pernah menang johan pertandingan menulis esei yang membolehkan aku membaca esei yang aku tulis di hadapan puluhan tetamu termasuk Guru Besar, guru – guru, pelajar, ibu bapa dan tetamu lain. Buat aku sedikit bangga jadi anak Malaysia walaupun esei aku bukanlah sebagus mana. Ada juga yang bersajak, bersyair dan yang seumpama dengannya.
Dan 10 tahun dulu, setiap penjuru sekolah berkibarnya Jalur Gemilang bermacam – macam saiz, bermacam – macam jenis. Ada yang kertas, ada yang kain. Pada pagar sekolah, garaj kereta, pintu masuk, di koridor dan di mana sahaja. Tak cukup dengan itu, budak – budak sekolah juga disaran membeli bendera – bendera kecil yang berbatangkan lidi cucuk sate. Termasuk aku! Haha.
Tapi itu cerita 10 tahun dulu. Sekarang pada waktu ini, aku hanya menunggu masa untuk berlepas pulang menyambung pengajian. Kalaulah aku yang sekarang masih serupa dengan aku pada 10 tahun dulu, alangkah gembiranya menyambut merdeka. Boleh bersajak, boleh berkoir dan boleh juga menyanyi lagu patriotik. Sekarang ni suara pun dah tak sedap, orang pun kurang mengibarkan bendera Malaysia. Tapi aku sebagai anak Islam warganegara Malaysia tetap membawa semangat Malaysia ke Bumi Soviet, cuba membanggakan Negara walaupun bukan seperti Lee Chong Wei menghadiahkan perak dalam Sukan Olimpik. Tapi bukankah salah satu cara mengharumkan nama Negara itu adalah dengan cara kita berpendidikan?
Aku mengucapkan SELAMAT HARI KEMERDEKAAN yang ke – 51 buat semua warga Negara Malaysia di mana jua anda berada. Junjunglah agama, hormatilah bangsa, sayangilah negara. Jaga pekerti, hiasi peribadi. Merdekakan diri anda dari semua segi. Anda mampu mengubahnya! =)
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
*Aku pelik kenapa masih ada yang tak menghargai kemerdekaan yang dah dicapai. Masih mahu duduk di takuk lama. Ada bendera, diubah - ubah. Ada lagu kebangsaan, ditukar - tukar. Semangat patriotik aku ni tinggi sikit. Pantang kalau jumpa orang yang tak hormat negara sendiri. Kalau bukan kita yang jaga negara, siapa lagi?
UPDATED: Khas buat Cikgu Jawe kita. Ni Cikgu Jawe dalam rusia. tak berapa cantik sangat tapi bolehla...

11 comments:
jgn terkejut wanie. lps tinggalkan sekolah, ramai yg dh lupa lagu negaraku.
slmt kembali ke rusia.
apa beza rusia dgn soviet ye.
wanie! awak hutang dgn aku. awak janji nk tuliskan "cikgu jawe" dlm bhs rusia. huhu
akak pun geram jugak kalau ada org tak tau nak hormat negara sendiri nie. Siap pijak & bakar bendera sendiri lg tu. Kalau akak boleh bg hukuman..akak dah buang mereka tu kat pulau jauh dr sini tak pun ke Palestin tu. Biar diorng rase apa yg kita ade sekarang terlalu mahal utk diperlekehkan macam tu je...(emosi pulak..hehehe)
Aku dah lupa lak. tp, yang tak boleh lupa ialah bila dia bukak lagu patriotik kat sekolah. best~
salam.
Cikgu Jawe: alhamdulillah saya masih ingat lagi bait2 dan irama Negaraku.
terima kasih, berdebar nak balik rusia ni. takut cabaran semester depan. ok cikgu. hutang dengan cikgu saya nak bayar.
Akak: memang patut kita emosi kak. wanie setuju dengan akak. kita campak je orang yang tak reti hargai apa yang dia ada tu. biar dia rasa sendiri.
Mia: ala.. takkan tak ingat. kan kita bergaduh sebab berebut nak guna tudung kaler kuning. ko nak pinjamkan tudung kuning untuk ea. tapi time tu ko kena pakai tudung merah dan aku pakai tudung kuning. tak ingat? yang apsang lagu tu memang best
hehe.. tq wanie. betul2 buat rupanya awak ye.. hehe
errr.. zukzy mabe. gitu le wanie? hehe
Wanieeee!!!
ks rindu kamu! cepat balik cepat.
budak2 non malays kat sini bg ks mmg sangat rendah tahap patriotisme diorang kan. asyik nak hentam cakap english je. cakap melayu pelat tahap hape je. benci betul ks. uuu.. komen ks berbaur ****. :p
zukzy mabe! wow. bext ejaan ni. hehe.
wanie. ni satu teka-teki. dalam banyak2 kotak, kotak apa yg berdosa. jawab cepat jawab. hehe :p
*ks yg boh-san*
salam.
Cikgu Jawe: betul la.. permintaan seorang guru tak elok diabaikan.. hehe..
kalau zukzy mabe sebenarnya bunyi dia gikgu tawe tapi sebab huruf untuk bunyi ch dengan zh (untuk huruf J bila dalam rusia, bunyi dia 'zh') tak ada dalam alphabet biasa,maka boleh la digunakan. lepas ni eja nama cikgu guna zukzy je la.. =)
KS: tu la.. nak kata macam mana. kadang2 perangai pun dah nak terikut budaya barat.. hilang gaya timurnya.
adakah jawapannya KOTAK SUARA?
sila cuba lg. jawapan anda adalah SALAH. huhuhu.
jawapannyer adalah : tidak mengKOTAKan janji.
lalallala~
sah boleh terima sebab jawapan sgt kreatif kann :))
hahak!
rynn semangat patriotik oke.
*berdiri tegak!
Haha mudah sgt teka teki ni.. hahahaa
salam.
KS: Ha! sekarang dah tahu apa jawanpannya..
Rynn:Jawapan rynn pun salah juga.
ytmz: mudah ek? saya dah tahu jawapan memang rasa mudah. awak tau? =)
Post a Comment