Pages

Tuesday, September 2, 2008

Dari Dubai

Assalamualaikum wbt.

Syukur alhamdulillah dipanjatkan ke hadrat Allah SWT di atas segala nikmat yang diberikan kepada hambaNya di kala kesusahan..

Alhamdulillah, aku selamat berlepas dari Kuala Lumpur ke Moscow dan kini aku tengah duduk termenung di Dubai International Airport sambil menanti panggilan untuk ke pintu bagi penerbangan ke Moscow. Sekarang ni tengah berseorangan la ni. Tak ada siapa yang sudi temankan.. Cewah!!

Setelah apa yang terjadi, aku tetap memanjatkan kesyukuran yang tak terhingga kepada Allah SWT. Mahu tahu ke apa yang dah terjadi? Nampaknya aku tak boleh cerita sekarang. Tengah mamai baru lepas bangun tidur. Mana taknya, sepanjang perjalanan aku tidur saja.. Sampaikan makanan pun aku tak ambil. Nasib baik dia bagi lagi satu makanan untuk bersahur, kalau tak, pengsan pula aku. Semasa di KLIA pun aku masuk awal sebab aku nak bagi keluarga aku rehat. Kesian diorang, sudahlah flight aku lambat, kalau nak suruh mereka tunggu, tak sedap hati pula. Mereka hantar ke airport pun sudah cukup bagus.

Apa pun, terima kasih dan syukur Alhamdulillah yang tak terhingga hanya untuk Allah SWT. Semoga Ramadhan kali ini menjadikan kita hamba yang tinggi nilai sabarnya.

5 comments:

kylex said...

Selamat Pulang Ke Moscow..Salam Perkenalan Dan Salam Ramadhan..Nanti Smbg crite yg nk ditulis tu yerk..;-)

fattnieniey said...

lahhh..
ko balik rupenye.
patutla sms tak berjawab.
smoga selamat sampai!

Anonymous said...

apa yg jadi wanie? story terus kat rumah nanti.

Shah CJ said...

slmt pulang wanie.

aku tahu.. rumah ko kena ribut kan.. huhu

sabar je yek..

Shazwani Adnan said...

salam.

Kylex salam perkenalan. Terima kasih sebab sudi singgah sini. Cerita itu insyaAllah akan disambung.

Fatt: wei, aku dah selamat sampai rumah ni.. korang bila lagi?

KS:Ks, kan wanie terus story kat ks tadi.. tak sempat2 pun nak masuk bilik. depan pintu rumah kita bercerita. keluar semua gosip2 hangat.. hehe..

Cikgu Jawe: terima kasih. tapi macam mana cikgu tahu ni? ala.. baru nak cerita dah tahu. tapi betul la cikgu.. memang dipukul ribut.