Agenda Malam Raya.
Tadi selepas balik kelas, pergi ke library hantar buku seperti yang aku rancangkan sebelum ini. Balik rumah, keluar semula pergi ke kelas. Balik kelas, terus solat dan mengambil alih tugas di dapur. Asalnya aku hanya mahu memenuhi permintaan KS yang nakkan kuah lodeh. Dan Emy asalnya nak memasak rendang. Alih - alih aku yang ganti. Memandangkan Emy sudah memotong ayam untuk masak rendang, jadi aku terus saja mula memasak. Sekejap je buat rendang. Maklumlah, segalanya instant! Nak buat manual, tak ada bahan yang cukup. Tapi masih rasa tau rendangnya! Walaupun tak lengkap dengan kerisik. Kuah lodeh pun aku buat juga, tapi lambat sikit. Dalam 30 minit sebelum masuk waktu berbuka baru aku start. Kesian roomates aku tak sempat nak merasa kuah lodeh tu. Nampaknya kena makan esok lah..
Tadi muslimin bertakbir di rumah aku. Sayu hati. Tapi sekerat jalan, aku sudah ke dapur untuk siapkan sedikit juadah. Tak adalah mereka pulang perut kosong. Hidang kuih muih bekalan dari rumah muslimat lain, jadikan malam raya kami sedikit meriah walau jauh di perantauan. Hehe.. Terima kasih datang bertakbir.
Baju raya warna ungu. Aku beraya kali ini pun tukar cadar baru. Juga ungu. Entah kenapa berungu aku kali ini. Rasa ayu! Haha.. Warna ungu warna lembut. Aku nak rasa jadi lembut. Eceh..
Bagi yang tak ada kelas, jangan lupa bangun awal pagi, mandi sunat aidilfitri. Lepas tu solat raya. Bagi yang ada kelas, masih boleh mandi sunat. Aku ucapkan selamat hari raya kepada yang ada kelas pagi - pagi raya.. Jangan sedih. Tuntut ilmu lebih utama.
4 comments:
salam..
selamat pergi beraya ye..
Mmg beraya sakan ye,smpi cadar pun warna ungu ye :)..
sekali lagi,Selamat Hari Raya..Maaf Zahir & Batin..Have a nice raya :)
salam.
Khairul: Hehe.. yang cadar tu memang kebetulan sangat-sangat.dan saya pun nak minta maaf banyak-banyak kalau ada tersalah silap kat mana-mana. selamat hari raya..
kuah lodeh.. hehe..
ada memori pasal kuah lodeh ni..
pasal cousin sy nak sgt mkn kuah lodeh..smp semua panggil dia minah lodeh...ahaha...
salam.
Dudu: haha.. minah lodeh.. Cuba bayangkan kalau orang panggil Wanie Lodeh! Hahaha~~
Post a Comment