Pages

Wednesday, September 3, 2008

Sambung cerita..

Assalamualaikum wbt.
Selepas sehari, baru boleh menulis. Hari ini penat sedikit sebab baru nak mula pergi kelas. Mana taknya, semalam baru sampai Moscow, unpacked barang sampai pukul berapa entah, lepas tu pergi bersihkan diri yang dah sehari tak mandi. Sebelum tu pergi jumpa groupmates tanya belajar apa untuk hari yang aku tak datang supaya aku boleh catch up balik lessons yang aku missed. Lepas mandi tu aku belajar la sikit untuk persediaan kelas hari ni. Tidur pun pukul 2 lebih tapi bangun pukul 5 pagi. Lepas tu sampai la ni tak tidur. Tadi ambil buku di library. Dah la buku tebal - tebal, 4 buah pula tu. Jadi aku dengan member aku sorang ni sampai nak patah tulang bahu mengangkut ilmu.. Sampai dah tak larat nak jalan, kami ambil cab saja dari depan library.

Sebenarnya bagi yang dah tahu cerita yang aku nak cerita pada entri lepas tu, ni ha sekarang aku nak cerita kepada sesiapa yang belum tahu lagi. Rumah aku kena pukul ribut la.. Habis atap genting tercabut dan berterbangan tapi tak lah jauh sangat. Jatuh tepi rumah je. Bahagian bumbung di tengah rumah berlubang. Boleh nampak dari jalan. Masa tu pukul 3 lebih petang. Aku tengah potong tempe sebab Emak nak buat sambal goreng supaya kakak aku boleh bawa balik rumah sewa dia. Lepas tu tiba - tiba je hujan turun dengan lebatnya, datang sekali dengan angin yang extra kuat sampai mampu menumbangkan sebatang pokok mempelam yang sedang berbuah dengan banyaknya. Masa tu lepas hujan memang kitorang boleh petik mempelam tu tanpa menjolok guna galah.. Haha..

Tak lama pokok mempelam tu tumbang, kitorang adik beradik yang masa tu ada berempat je campur Emak yang ada kat bilik dengar bunyi genting jatuh. Aku jerit la kat adik aku suruh matikan main suis elektrik supaya tiada arus elektrik mengalir bila terkena air nanti. Segala macam lap kitorang alas tempat yang bocor, segala macam baldi campur besen kitorang tadah supaya tak banyak yang membanjiri dalam rumah. Alhamdulillah masih ada ruang di tengah rumah yang tak terkena air. Jadi di situlah tempat kami solat supaya diberhentikan hujan dan di situ juga aku letak beg aku yang nak dibawa balik ke Moscow supaya tak basah.

Masa tu Abah di surau. Dia tengah tengok orang masak bubur lambuk sempena Ramadhan. Dah jadi pengerusi surau, kenalah pantau kerja anak buah kan.. Kebetulan Abah memang tak boleh balik sebab hujan lebat sangat dan Abah naik motor. Memang air parit depan rumah naik sampai banjir teruk. Selalunya tak banjir teruk pun. Tapi itulah yang terjadi.

Aku dengan kakak aku sibuk mengeluarkan air dari dalam rumah. Aku di bahagian bawah (ruang tamu), kakak aku di bahagian atas (bilik tidur atas kami adik beradik perempuan), dua orang adik lelaki aku di bahagian beranda rumah. Emak pula keluarkan air dari bilik tidurnya. Memang penat. Takut pun ada juga. Ye la, mana pernah mengalami kejadian seumpama tu seumur hidup aku. Tapi kena buat cool sebab kalau kelam kabut, apa pun tak boleh nak difikirkan dan dibuat.

Kejadian ni berlaku pada hari Isnin (1 September) yang mana malam tu sepatutnya aku kena bertolak ke KLIA bagi penerbangan ke Moscow pukul 2 pagi (2 September). Dalam pukul 7.15 malam kot baru selesai keluarkan air dari dalam rumah. Hendak masak untuk berbuka pun tak sempat. Hanya pesan pada kakak aku seorang lagi (Elin) untuk bawa makanan untuk berbuka. Kebetulan dia memang hendak balik rumah Klang dan terus stay untuk hantar aku ke KLIA.
Jadi oleh kerana kejadian ini berlaku, aku tak sempat hendak memaklumkan yang aku nak bertolak balik Moscow kepada kakak - kakak aku yang tak sempat nak balik jenguk aku. Kepada Watie dan Nana, maaf aku tak sempat bagitahu korang aku balik. Dan kepada Mia dan Kak Mija & family, bila baca entri ni, jangan risau sangat. Diorang yang kat rumah ok je semuanya. Sekarang tinggal nak cari orang betulkan rumah je.

Aku bersyukur kepada Allah SWT kerana:
* diturunkan hujan bukan pada waktu malam yang mana kitorang tengah tidur. Bila waktu siang, sempat juga kitorang buat apa yang patut.
* tiang elektrik depan rumah tak tumbang yang mana boleh membahayakan kami jika arus elektrik mengalir sekali dengan air banjir. Dan kalau ia tumbang, boleh sampai menghempap bahagian depan rumah kami.
* ada 2 orang adik lelaki aku kat rumah yang jadikan kitorang perempuan ni sedikit berani. Baru time ni aku nampak yang diorang ni sebenarnya boleh diharap.

Apa pun, Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.

Atas flight ke Dubai, aku tidur saja..

Nota : Gambar ada dalam handset, tapi tak ada USB nak masukkan gambar dalam laptop. Maaf ya..

11 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah.. Semua tak ape² kan. Semoga Wanie sabar & tabah. Akak pulak yang takut. Kalau kat umah akak, paling dibimbangkan pokok cengal kat sebelah umah. Bunyi rantingnya jatuh aje dah buat kitaorang kecut perut. Kalaulah pokoknya... na'uzubillah..

kylex said...

salam..

Alhamdulillah, Awk n family xda pape ye..pttla sy tgk brite kt TV3 ade ribut kt klang,umh awk kne skali yerk..Mungkin ini dugaan di bulan ramadhan utk awk n family, tp setiap yg terjadi pasti ada hikmah kan..Cam pepatah arab ada sebut, jgn bersedih selepas kesedihan pasti ada kegembiraan,k..;-)..Selamat Berpuasa Di tempat Orang..;p

P/s : tlg ckp kt KS, ckp kylex dh dpt buku yg KS pos, Dan tanya KS byrn mcm mane yerk?..ok..tq2.

Shazwani Adnan said...

salam.

Akak: Alhamdulillah. kami semua ok saja. sekarang ni tengah tunggu orang nak betulkan rumah sebab Abah cakap di sekitar situ pun ramai rumahnya penduduk kampung yang terbang atapnya.

Kylex:ooo.. masuk berita ke? tak tahu pulak. ye la, masa kejadian mana la nak bukak tv. masing2 sibuk main air! hehe..

Dah cakap dah pada KS.

kylex said...

Msk sehari selepas kejadian..yerla, mana sempat nak buka tv, main air lagi bes kan,hehe..

Tq2..

miashaf said...

Huh, buat aku risau je. Takpela, org di sini pon ada dugaan tersendiri.

**kata2 org busy di ramadhan edisi 1429**

Yeay! dapat atap baru. rumah tu, atap genting nye asbestos, boleh kena cancer tau kalau prolong exposure. nasib baik atap tu tinggi, kalau x dh lama aku or worse kita dpt lung cancer!

cry4freedom. said...

Sampai ribut ke belah sana. Syukur takde pape. Menten macho cik Wanie, lap jangan x lap. Hehe.

Anonymous said...

assalamualaikum..
hai wani, bersabar ye di bulan ramadhan.. tapi kat kelang m'mg sekarang ni hijan je kan,,
rindu rsnye kat wani, sbb sy dah lame x bc blog awak..

hem.. sebenarnye, sy nak beritahu sesuatu kat wani, sy pembaca setia blog awak,
untk pengetahuan wani, kite sebaye.
tapi wani x kenal sy,
sy skrg, berada di degree menuntut di ipta tempatan..

semenjak sy mule bc blog awak, sy jd semangt nak belaja..
ada satu mase aritu, sy betul2 down.. giveup nak study,
tp sy syukur sgt, 1st pada Allah, krn masih bagi sy peluang
dan juge pd awak....

sbb ape, sebab sy byk belajar dari awak..

Thanks wani, banyak yg wani tulis kat blog tu menyedarkan sy...

sampai disini..
salam ramadhan

Gadis87

cry4freedom. said...

Wanie, saya pun pembaca setia awak jugek. Salam perkenalan. Saya pun sama gak macam Gadis87. Tapi kita tak sebaya. Saya 84. Kau adik, dan aku abang. Sampai di sini jugak. Salam Ramadhan

Jejaka84

Anonymous said...

skrg tiap2 ptg hujan kt klang. rumah mertua aku kt sg udang juga kena ribut. tercabut gak le bumbung. tapi sikit je.

jiran2 yg teruk. ada yg sampai roboh terus dapur.

ini dugaan di awal ramadhan. spy kita dpt lalui ramadhan dgn hati yg bersih.

Shazwani Adnan said...

salam.

Kylex: haah, best main air. rasa macam meniti zaman kanak-kanak dulu.

Mia: betul gak. atap asbestos tak bagus. hurm, takut betul cakap pasal cancer..

Azwan: haha.. dah sempat lap aritu. tapi tak sempat nak menten macho sebab dh kelam kabut nak balik moscow.

Shazwani Adnan said...

Anonymous : bagus lah kalau penceritaan blog ni boleh bawa kebaikan dan kesedaran pada orang lain. kadang-kadang saya terfikir juga adakah blog ni hanya membuang masa menulis benda-benda yang tak berfaedah.. apa pun, jangan cepat mengalah, yakin pada diri, serah padaNya, insyaAllah segalanya OK!

Azwan lagi: haah la, awak pangkat abang. saya pangkat adik. Salam Ramadhan juga.

Budak87

Cikgu Jawe: dugaan tu datang sekali sekala. nak tengok macam mana kita menangani dan menghadapi dugaan tu. apa pon, terima kasih cikgu. semoga rumah keluarga mertua cikgu sempat diperbetul sebelum raya. kalau tak, nampaknnya cikgulah yang kena sumbang tenaga! hehe