Pages

Saturday, September 27, 2008

Rancangan Sebelum Raya

Assalamualaikum wbt.


Sekarang ni masih fresh lagi baru balik dari shopping untuk raya. Tau apa aku dapat untuk raya kali ini? Dapat jaket baru (atau lebih famous orang kenal dengan nama trench coat). Boleh guna untuk pergi beraya nanti. Dan ada lagi dua berita gembira. Satu, 1 Syawal (insyaAllah Selasa ni)nanti aku tak ada kelas! Boleh pergi solat raya. Yipee.. Last minute lecturer aku cakap lecture hari Selasa cancelled! Dua, keputusan test Topan aku lulus! Kalau tak lulus kena datang buat hari Selasa tu. Mood happy sangat!


Setelah seminggu aku tungkus lumus, hujung minggu kali ini aku rasa tenang sikit. Di baki Ramadhan ni, tiba - tiba aku ada rasa sedikit sayu. Sempat ke aku nak jumpa Ramadhan akan datang? Rancangan untuk Ramadhan kali ini, berusaha untuk berjaya.


Hari Isnin ni nak ke perpustakaan. Nak hantar buku. Itupun kalau sempat nak pergi lepas kelas. Harap - harap tak tutuplah perpustakaan tu. Kalaupun nak tutup, tunggu lepas aku hantar dan pinjam buku! Boleh ke macam tu? ;)


Tak sabar nak tunggu malam raya. Nak telefon rumah minta maaf untuk raya daripada family. Kena pastikan credit banyak. Kalau tak tersangkut - sangkut nanti nak minta maaf. Kalau tengah feeling tu, kang terbantut pula nanti. Hehe.. Lepas tu ada pula yang kata nak call dari Malaysia malam raya tu. Tapi tak harap sangat sebab tahu kalau telefon dari Malaysia mesti mahal. Aku nak call tak bagi, nak juga call ke sini. Kita tengoklah nanti macam mana!


Dan aku ni nak kata tunggu kad raya tak juga sebab memang tak ada pun yang menghantar. Kad dari Mia pun tak sampai lagi. Rusia ni memang semuanya lambat! Apa pun, ni aku nak bagi kad raya kat bawah ni pada semua orang. Kalau nak ambil, ambil. Kalau nak tengok je, tengok. Kalau tak sudi nak tengok pun tak apa. Tapi yang paling penting, di kesempatan ini, aku memang nak minta maaf andai sepanjang aku menulis ni, aku ada menyinggung perasaan sesiapa secara tidak sengaja. Ampun banyak - banyak. Walaupun orang kata lidah lebih tajam dari mata pedang, tapi kadang - kadang mata pena (atau dalam kes aku sekarang ni papan kekunci) ni lebih tajam dari lidah sebab kamu tak dengar aku cakap guna lidah kan? =)


Enjoy lagu raya naa.. Yang tengah buat biskut raya tu, jangan sampai hangit!



SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR BATIN

8 comments:

kylex said...

salam..

bestla raya ni awk cuti ye,bolehla raya sakan dengan coat baru,hihi :)

Rajinnya buat kad raya ni..Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir & Batin..Tggu kad raya dari saya lak :)

Anonymous said...

Wanie,klau nak save lagi duit utk call rumah dan nak cakap lama2 dengan family masa mlm raya ni nanti, u install le skype kat notebook u disana tu. Just download dari www.skype.com and kat rumah u di msia tu pun cam tu juga. Jadi kalau u buat skype to skype call is free (anywhere in the world). Kalau ada webcam boleh buat video call. Kalau u nak, I boleh juga invite you jadi member free of charge. Mcm msn dan yahoo messenger tu juga. Tapi skype ni lebih canggih lagi le sebab boleh send attachment file dengan lebih laju. Di samping tu dapat juga kita bersembang sama2 nanti hehe..

Anyway enjoy your raya kat russia tu. kalau ada masa dtg le beraya bersama kwn2 to any Bruneians house disana...langgar je...you are always welcomed.

.:dura:. said...

selamat hari raya wanie...
maaf zahir dan batin..

Shazwani Adnan said...

salam

Kylex: Tak adalah raya sakan. Setakat jumpa rakan-rakan senegara di Embassy tu sudah cukup menggembirakan. tak tahulah diorang tu gembira tak jumpa saya..

Daniel: Oh. ya ke? Saya ada juga dengar pasal skype tu. Thank anyway for that infos. Saya tak berapa kenal any Bruneians kat sini. But if I do, memang nak redah je.. Nak juga rasa kalau2 mereka serve bruneian traditional foods. Im sure its great!

Dudu : Selamat hari raya juga. Seronok dapat raya kat Malaysia.. Berhati2 di jalan raya.

Shah CJ said...

wanie..

slmt hari raya aidil fitri.

kulo nyuwung tiang gusti Allah, leputku sing akeh nang sampian dingapuro.

Anonymous said...

wanie, kita buat sistem barter. ks nak kuah lodeh wanie. wanie plak nak apa dr ks? hehe :p

Anonymous said...

wanie:

minta dr ks nasi impit dgn kuah kacang siap dgn daging masak rendang tok.

bagi ks kuah lodeh je. cukup. hehe

Shazwani Adnan said...

salam.

Cikgu : Alamak, cikgu dah start keluar term Jawe! Hehe.. Ni kena telefon Emak tanya apa maksudnya. Kalau jalok ngapuro tu tahu la juga. ni bila dah panjang sikit, saya dah tak boleh nak translate. hehe.. Selamat Hari Raya juga buat Cikgu sekeluarga.

KS: Wah, kuah lodeh tu senang ajo. Bak kata CJ kat bawah tu, boleh ke wanie request lebih dari satu? =P

CJ: Kalau nak minta dr KS, semua air tangannya sedap. boleh teringat - ingat sampai saya graduate nanti! hehe.. Takpe Ks,wanie kena fikir dulu apa yang wanie nak makan. huhu~~