Pages

Wednesday, September 10, 2008

Hujan - Sejuk

Assalamualaikum wbt.
Kalau minggu lepas, suasana hujan yang aku alami agak tidak seronok, tapi semalam hujan yang turun ala - ala suasana hindustan gitu. Pagi tu memang dah hujan dan sejuk menjadikan keadaan amat sedap untuk sambung tidur. Tapi kalau aku dah tidur, alamat tak pergi kelas la aku. Aku keluar dalam pukul 8.15 pagi. Ingatkan hujan sudah berhenti di saat aku nak bertolak ke kelas. Mana nak bawa payung. Rupanya tengah jalan lama kelamaan semakin lebat. Tapi alang - alang ku dah basah, jalan la perlahan - lahan, tidak berlari macam orang kena kejar anjing. Dalam pada aku berjalan pagi yang hujan tu, aku terlihat seorang ibu bersungguh melindungi anak kecilnya supaya tidak terkena hujan. Terlintas dalam fikiran, mungkin begitulah cara Emak lindungi kami adik beradik dulu. Sayu sebentar. Sayu sendiri. Maklumlah jalan seorang. Maka sayunya seorang jugalah.

Tapi alhamdulillah walaupun hujan sedikit lebat, baju aku tidaklah begitu basah. Setelah habis kelas, hujan semakin lebat dari sebelumnya. Aku berkeputusan untuk meredah saja hujan tu memandangkan kalau aku menunggu sehingga hujan berhenti, alamat aku tak boleh nak melaksanakan rancangan aku hari tu. Dalam masa 20 minit jalan ke Pejabat Dekan (salah satu dari rancangan aku hari tu), aku sudahpun basah kuyup, kalau tudung tu boleh diperah, memang airnya boleh ditakung. Jaket aku pun basah. Mujur aku pakai baju tebal sikit, tidaklah begitu sejuk, cuma kepala dan kasut saja yang basah.

Balik hostel, terus bersihkan diri sebab tak mahu demam. Nanti bila dah demam, susah. Ingatkan nak tunggu Zuhur masuk baru nak tidur, tapi mata sangat berat, jadi tertidur. Mujur terbangun sebelum waktu Asar menjengah. Tak lama lepas tu, roomates semua pulang.

Kesimpulan: Best main hujan!! Dah jadi macam Safwan anak Cikgu Jawe. Haha... Jangan marah ye cikgu. Tiba - tiba teringat entri Safwan main hujan.

9 comments:

(¯`v´¯)♥nrina♥(¯`v´¯) said...

uih kat sini panas terik...sedap basuh baju..cepat kering..
kalau hujan dah tentu tido je aktivitinye hehehe...

kylex said...

salam..

waaa,gigih dan tabahnya rakyat malaysia ni meredah hujan di bumi moscow untuk pergi menuntut ilmu,terharu jer rasa,hi3..bagusla camtu, tapi apa yang penting kenela jaga kesihatan, kalau doktor pun dah sakit, sapa lagi nak merawatnye, pakar-pakar IT leh tlg rwt doktor x?..heheh..

safwan anak CJ belajar kuak 'piat' telinga sekali dengan ayahnya,sebab main hujan, cik wanie nak belajar x..huhuh..

Anonymous said...

Perjuanganny gigih walau merantau di negeri rusia,..
Salam kenal dari saya
Bermula

Anonymous said...

hujan ala-ala hindustan macam mana ek?.. Sekali-sekala main hujan memang best..tapi kalau dah terkena demamnya..tu yang tak best. Akak pun gara-gara main hujan la nie..demam selsemanya tak ok lg. Aduih..:(

Anonymous said...

aku kalau kena hujan tak boleh terus mandi. nanti demam. kena kering dulu baru mandi. huhu

safwan dh pun demam. agaknya main hujan hari tu.. :P

Shazwani Adnan said...

salam.

nrina: kalau kat sini bila hujan, saya suka bau dia. mungkin kedengaran agak pelik, tapi hujan itu ada baunya dan baunya sungguh segar. macam hujan di malaysia. jadi aktiviti pun bukanlah setakat tidur saja. =) kadang - kadang tengok - tengok orang lalu lalang kat jalan pun seronok.

Kylex: memang penting menjaga kesihatan. tapi boleh apa pakar IT tolong doktor yang demam. tolong bagi ubat lepas tu suruh doktor tu rehat. :)

Kalau yuran belajar berenang kuak 'piat' tu murah atau fee oc charge, saya sanggup belajar!

Shazwani Adnan said...

Bermula: hurm, pertama kali nampak awak di sini. selamat join kami di sini. kegigihan itu datang dari diri. saya yakin semua pasti boleh kerana kegigihan ada dalam setiap insan.

Akak: akak demam ke? Syafaakillah akak. Jangan lupa makan ubat, rehat betul - betul.

Cikgu Jawe: Saya main mandi je sebab dah basah sangat. kalau tunggu lagi alamat tertidur lepas tu dah tak ingat nak mandi. Semoga Safwan cepat sihat. insyaAllah

Wanpetunjuk said...

Salam Wani...selamat berpuasa dan selamat beribadat di bulan yang penuh mulia ini....

Shazwani Adnan said...

salam

Hidayat: Lama dah tak nampak. bulan puasa ni masih sibuk ke laut ke? dan untuk awak, selamat berpuasa juga walau di darat mahu di laut. semoga tahap iman kita sentiasa menjadi lebih baik.