Assalamualaikum wbt.
Rabu lepas aku ada kelas Medical Genetics. Sepanjang kelas itu, cikgu aku menerangkan tentang congenital anomalies atau nama lainnya kecacatan kongenital yang berlaku sewaktu kelahiran. Ada di antara kecacatan itu berkaitan dengan mutasi gene pada kromosom seseorang selain daripada amalan semasa mengandung. Secara amnya begitulah. Dan cikgu ada juga menunjukkan beberapa keping gambar dan terma - terma klinikal yang berkaitan. Takut juga aku tengok gambar - gambar tu, rasa sayu pun ada juga. Kasihan jika kita lihat anak - anak kecil yang sedari lahir sudah ada kecacatan. Kalau disebabkan mutasi, memang tak boleh elak. Tapi yang geram kalau amalan seseorang bakal ibu itu semasa mengandung langsung tidak sihat. Contohnya merokok, pengambilan dadah dan alkohol. Kalaupun mahu membahayakan diri sendiri, setidak - tidaknya fikirlah akan bayi dalam kandungannya tu. Dan disebabkan perkara ini aku terfikir akan bidang pengkhususan (speciality in medical field) yang mungkin akan disambung setelah tamat Ijazah Kedoktoran dari Rusia ini. Semasa waktu rehat tu, aku mula berbual dengan deskmate aku yang selalu dengan aku, Afifah:
Aku : Pip, ko kan kalau nak jadi specialist, ko nak dalam bidang apa?
Pip : Aku nak amik Cardiology. Mungkin aku suka kot walaupun aku tahu field tu susah.
Aku : Ko rasa aku sesuai amik apa? Dalam medic ni aku minat 2 benda je. Gynaecology and blood. Tapi kalau amik bidang yang berkaitan dengan darah, banyak risk nya. Tapi boleh kerja kat Bank Darah.
Pip : Aku rasa ko sesuai jadi gynaecologist la. Sebab sifat ko. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana tapi aku rasa ko sesuai amik O & G.
Aku: Ooo.. ye ke? Tapi seronok juga kalau amik gynae ni.
Aku teruskan pertanyaan aku pada semua groupmates aku dan ini jawapan mereka:
Dodod : Tak tahu la. Tahun klinikal ni la baru aku nak tengok bidang apa yang aku minat.
Ikha : Entah.
Fadzil : Bidang forensik kot sebab aku rasa aku tak boleh bedah orang hidup. Kalau dah mati tu ok sikit la. Dia pun tak rasa dah sakitnya.
Nadid : Semua pun boleh kecuali apa - apa yang berkaitan dengan khirurg ( english : surgery).
Yana : Neurosurgeon.
Anna : Semua ok kecuali O & G.
Hanif : Cardiology.
Fikri : Cardiology.
Dan aku dapati ramai juga yang berminat bidang jantung ni. Kalau aku, bidang jantung lah yang aku rasa pilihan bawah - bawah sikit dalam senarai bidang yang aku nak ambil. Bukan apa, aku rasa sedikit susah. Itu je.
Balik kelas sambung balik cerita pasal benda ni. Maklumlah, jalan kaki ramai - ramai, seronok sikit borak. Jalan jauh pun terasa dekat. Fikri cakap kat aku, "Wanie, hang jadilah psychiatrist. Hang kan boleh. Aku rasa hang boleh la." Pipah sambung, "Tak.. Aku tak rasa Wanie sesuai jadi psychiatrist. Nanti dia jadi tak terurus sebab dengar masalah patient dia. Dan dia akan fikir mendalam gile macam mana nak settlekan problem patient dia sampai akhirnya nanti dia yang akan pening." Giliran aku sambung, " Tak nak aku. Ko nak aku jadi psycho ke? Aku tak rasa aku boleh.. " Dan akhirnya topik itu tergantung macam tu saja..
Nota : Kamu rasa aku sesuai jadi apa? Any idea? Tapi aku pasti bukan bidang Anesthesiology (bius) sebab Kak Idah sudahpun bergelar anesthesiologist di Hospital Seremban.
Dictionary
Cardiology - bidang berkaitan jantung.
O & G - Obstetrics and Gynaecology.
Gynaecology - bidang berkaitan sakit puan
Obstetrics - bidang berkaitan dengan proses kelahiran bayi dan perkara yang berkait rapat dengannya.
Neurosurgeon - Pakar bedah yang berkaitan bidang sistem saraf.
Anesthesiology - bidang berkaitan bius dan seumpama dengannya.
Anesthesiologist - Pakar bius.
-----------------------------------------------------------------------------------
Sekali dengan ini, aku langsaikan hutang tag dari Judin.

bashrie.blogspot.com
fndy.blogspot.com
encree.blogspot.com
shootsyuhada.blogspot.com
aigoo-saranghae.blogspot.com
akutengahblur.blogspot.com
farhanwahab.com
hafizuddinawang.blogspot.com
fndy.blogspot.com
encree.blogspot.com
shootsyuhada.blogspot.com
aigoo-saranghae.blogspot.com
akutengahblur.blogspot.com
farhanwahab.com
hafizuddinawang.blogspot.com
Sejujurnya aku sangat malas hendak mengetag sesiapa sebab aku tahu masing - masing sangat sibuk di kala Ramadhan Al Mubarak ini. dan aku berkeputusan untuk bersikap jujur. Tapi jika sesiapa yang terbaca atau membaca entri ini dan terasa ingin membuatnya, silalah. Saya wakili semua bloggers mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua umat Islam tidak kira di mana sahaja kamu berada. Dan jika hendak membuat tag ini, begini caranya:
1. Copy gambar di bawah lalu posting di blog anda.
2. Teruskan tags ini minimum ke 5 blogger muslim yang anda kenal.
3. Jangan lupa tinggalkan komen pada blog mereka
4. Tulis alamat blog anda (di bawah gambar) setelah alamat blog pemberi tags
2. Teruskan tags ini minimum ke 5 blogger muslim yang anda kenal.
3. Jangan lupa tinggalkan komen pada blog mereka
4. Tulis alamat blog anda (di bawah gambar) setelah alamat blog pemberi tags
13 comments:
salam..
bertambah juga sket2 pengetahuan sy ttg ilmu medic,walaupun ilmu ni sgguh mencabar bagi diri ni yg biasa jer,he3..Nanti kongsi2 la lagi, tp yg senang2 dahla,hihi..
Hurm, mmg cik wanie minat specialist ker?..Xda rasa nak wat master in public health?..sy xrmi kenalan pakcik2 specialist ni, yg ramai pun pakcik2 dktr wat M.sc In Public Health jer, apa beza yer?..yg sy tw, pakcik2 ni xwat surgery kan..
pape pn, moga yg terbaek untuk diri cik wanie,k..;-)
aku baca istilah2 tu pun dh pening wanie.. huhu
pilihlah yg awak betul2 minat, berpengetahuan mendalam mengenainya dn berkerjaya.
salam.
Kylex: the focus of public health is to prevent rather than treat a disease by promoting the healthy behaviors. basically that is what we call public health. memang mereka tak buat surgery, tapi lebih fokus kepada macam mana nak mencegah sesuatu penyakit itu berdasarkan cara hidup. contohnya, merokok. kita boleh galakkan orang supaya tak merokok sebab merokok tu boleh menyebabkan seorang perokok tu menghidapi banyak penyakit. saya kurang reti sikit nak terangkan kat orang sebab kadang2 kata-kata saya ni boleh buat orang pening lebih dari orang faham. =)
Cikgu Jawe: insyaAllah. pasti saya pilih sesuatu yang saya minat. kalau asyik nak ikut orang je, alamat susahlah saya nanti.
faham Doktor..;-)..tq2..Mcm mencegah lebih baik dari mengubati yer,hihi..
obstetrics la wanie.. x pun O&G..
best dpt smbt kelahiran bayi...
hehe..
gynae kot. tp kalau family medicine pun ok gak.
I suggest you ambil gynae sal bidang ni very challenging and if you want to do business later this can create very good income just like the general practitioner.
Hmm.. as a maternity doctor you can take care of two lives at the same time (the mom and the child)and that is what I mean is very challenging and more exiting than medical profession that you have mentioned.
salam.
Kylex: Haah.betul lah tu. Mencegah lebih baik dari merawat.
Dudu: Melihat peristiwa kelahiran adalah satu anugerah. Menjadikan kita sedar siapa diri kita. Bunyi macam seronok je nak sambut baby =)
Daos: Ha, lama tak nampak hang kat sini. Dah datang pun. hurm. ramai nak suruh aku jadi gynae nih. fikir sat naa..
Dzean: Thanks for visiting and sharing with us here. Hurm, for me, not only by becoming a maternal doctor, you can safe humans' lives. as long as u have decided to be a part of life - saving world, you can take care as much as u want. the most important things are the sincerity and responsibility. But, i agree with u, a gynaecologist can save 2 lives at the same time. that's quite a tough job. So do doctors and doctor - to - be out there. Hopefully they will be blessed in everything they do. InsyaAllah. Amiin.
Nice knowing u. We friend? (^'~)
not only by becoming a maternal doctor, you can safe humans' lives
save. tq.
You know apa yang best lagi ialah apabila bayi di lahirkan ia membawa bersamanya cahaya ilahi..dengan mengucup dahinya you akan dapat berkat dan rahmat..wallahualam.
Ob-gyn mcm lagi manish sebab dpt tgk bebi kiut. Mcm Dr Addison Montgomery.
Neurosurgeon kena cool mcm Derek Sheperd pulak. Haha.
Banyak sgt tgk Greys. Maafin.
salam.
Dzean: hurm.. that is the greatest moment im waiting for. wah.. babies! they are so cute.. suka betul saya dengan babies walaupun selalunya diorang akan menangis bila saya mula dokong/pegang dorg.
Azwan:wah. demam Gray's Anatomy. semua watak awak sebut. yang nak budak - budak kat sini pun hantu juga Gray's, House and Private Practice. Semua watak keluar bila diorang start berborak pasal tu.
best juga jadi macam Addison Montgomery. jadi Derek pon macho. =)
Post a Comment