Pages

Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Sunday, September 28, 2008

Lumrah Anak Perempuan

Assalamualaikum wbt.
Tadi telefon rumah. Sekali. Mamat yang angkat. Dia pass telefon pada Emak. Borak la dengan Emak pasal macam - macam benda. Lepas tu aku cakap aku raya kat Moscow sehari awal insyaAllah. Lepas tu Emak kata, "Tahun ni Emak beraya dengan 4 orang je la anak Emak. Yang lain semua tak balik. Semua raya rumah mertua." Aku dengar jadi sayu. Memang raya kali ini tak ramai berada di rumah. Akak Idah beraya di Melaka, rumah Abang Rizal. Tapi raya ketiga dah kena masuk hospital semula sebab menggantikan kawannya yang cuti bersalin. Kak Mija beraya di Melbourne satu keluarga. Semua kerana ilmu. Elin beraya dengan Abang Nazri di Tanjung Karang. Itu pun Hari Selasa masih bekerja. Maklumlah bekerja dengan badan bukan kerajaan (MERCY MALAYSIA). Susahlah sikit. Watie memang tak dapat balik Semenanjung sebab cuti sekolah untuk raya bukanlah lama sangat. Dia beraya saja dengan Abang Baha, Hasya dan keluarga Abang Baha di Betong, Sarawak.

Tolak lagi aku dengan Mia tiada di Malaysia, hanya tinggal Nana, Mimin, Mamat dan Atha saja di rumah. Nak harapkan 2 orang adik lelaki aku tu, entah kemas ke tidak rumah Klang aku tu. Nana dengan Mimin sudah pasti tolong Emak di dapur. Siapkan juadah hari raya. Hurmm.. Itulah lumrah keluarga yang ramai anak perempuan. Bila sudah berumahtangga, pasti hidup berada dekat dengan suami. Dengan komitmen pada kerja lagi, menjadikan anak perempuan seolah - olah jauh dengan keluarganya. Aku tak tahu apa nanti yang jadi pada aku. Kalau ada jodoh, ada jugalah keluarga mertua untuk aku. Tapi sedih juga bila dengar Emak kata begitu dalam perbualan kami. Tu memang akan jadi pada anak perempuan. Nasihat aku, kalau cari suami tu, cari yang considerate sikit. Tak adalah nanti dikongkong suami saja. Nak balik beraya rumah mak bapak pun, terpaksa bertegang mulut.

Dan lepas Zuhur aku telefon rumah. Kali kedua. Kali ini Abah yang angkat. Sebetulnya aku telefon rumah kali kedua tu sebab nak tanya pasal zakat fitrah yang wali kita bayar setiap kali nak masuk Syawal. Disebabkan aku selalu kat sini raya awal sehari, jadi aku keliru kalau Abah terbayar lambat ke zakat kepala untuk aku. Kalau tak bayar lagi, boleh juga aku guna Maybank2U. Jadi kebetulan Abah yang angkat, aku berbasa - basi dahulu sebelum ke tujuan sebenar aku telefon. Perbualan lebih kurang begini:

Aku : Assalamualaikum. Ni siapa ni? Abah ek?
Abah : Iye.. Abah ni.
Aku : Dah berbuka ke kat Malaysia?
Abah : Ish, lama lagi.
Aku : Haah. Ye la. Baru pukul 6 kat Malaysia.
Aku : Abah, Wanie kat sini raya satu hari awal. Hari Selasa insyaAllah.
Abah : Ye ke..
Aku : Tapi kan Abah, zakat macam mana ek? Abah bayar macam mana?
Abah : Eh, Abah dah bayar dah untuk Wanie dengan Mia 16 Ramadhan haritu. Kan Wanie dan Mia masih dalam tanggungan Abah.

*Aku jadi terdiam kejap*

Aku : Oh, ye ke. Terima kasih Abah. Sebab Wanie macam confused. Ok lah Abah. Nanti malam raya Wanie call lagi. Assalamualaikum.
Abah : Waalaikummussalam.


Tiba - tiba rindu pada rumah. Masa berbual dengan Emak tadi, Emak baru selesai potong ayam. Katanya Nana mahu masak ayam masak merah. Dah siap diperam dah. Lepas tu Emak kata mahu tidur sebentar. Penat agaknya. Sebenarnya aku harap, aku dapat pulang untuk menambahkan bilangan ahli di rumah. Tapi tak apa. Ilmu lebih penting, belajar kerana Allah. InsyaAllah diberkati.

Susah jadi anak perempuan. Kena betul - betul menjaga segala segi.

**Alhamdulillah tadi dah khatam Quran beramai - ramai. Tiap - tiap minggu buat tadarus, akhirnya khatam juga.

Saturday, September 27, 2008

Rancangan Sebelum Raya

Assalamualaikum wbt.


Sekarang ni masih fresh lagi baru balik dari shopping untuk raya. Tau apa aku dapat untuk raya kali ini? Dapat jaket baru (atau lebih famous orang kenal dengan nama trench coat). Boleh guna untuk pergi beraya nanti. Dan ada lagi dua berita gembira. Satu, 1 Syawal (insyaAllah Selasa ni)nanti aku tak ada kelas! Boleh pergi solat raya. Yipee.. Last minute lecturer aku cakap lecture hari Selasa cancelled! Dua, keputusan test Topan aku lulus! Kalau tak lulus kena datang buat hari Selasa tu. Mood happy sangat!


Setelah seminggu aku tungkus lumus, hujung minggu kali ini aku rasa tenang sikit. Di baki Ramadhan ni, tiba - tiba aku ada rasa sedikit sayu. Sempat ke aku nak jumpa Ramadhan akan datang? Rancangan untuk Ramadhan kali ini, berusaha untuk berjaya.


Hari Isnin ni nak ke perpustakaan. Nak hantar buku. Itupun kalau sempat nak pergi lepas kelas. Harap - harap tak tutuplah perpustakaan tu. Kalaupun nak tutup, tunggu lepas aku hantar dan pinjam buku! Boleh ke macam tu? ;)


Tak sabar nak tunggu malam raya. Nak telefon rumah minta maaf untuk raya daripada family. Kena pastikan credit banyak. Kalau tak tersangkut - sangkut nanti nak minta maaf. Kalau tengah feeling tu, kang terbantut pula nanti. Hehe.. Lepas tu ada pula yang kata nak call dari Malaysia malam raya tu. Tapi tak harap sangat sebab tahu kalau telefon dari Malaysia mesti mahal. Aku nak call tak bagi, nak juga call ke sini. Kita tengoklah nanti macam mana!


Dan aku ni nak kata tunggu kad raya tak juga sebab memang tak ada pun yang menghantar. Kad dari Mia pun tak sampai lagi. Rusia ni memang semuanya lambat! Apa pun, ni aku nak bagi kad raya kat bawah ni pada semua orang. Kalau nak ambil, ambil. Kalau nak tengok je, tengok. Kalau tak sudi nak tengok pun tak apa. Tapi yang paling penting, di kesempatan ini, aku memang nak minta maaf andai sepanjang aku menulis ni, aku ada menyinggung perasaan sesiapa secara tidak sengaja. Ampun banyak - banyak. Walaupun orang kata lidah lebih tajam dari mata pedang, tapi kadang - kadang mata pena (atau dalam kes aku sekarang ni papan kekunci) ni lebih tajam dari lidah sebab kamu tak dengar aku cakap guna lidah kan? =)


Enjoy lagu raya naa.. Yang tengah buat biskut raya tu, jangan sampai hangit!



SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR BATIN

Saturday, September 20, 2008

Cerita PreRaya

Assalamualaikum wbt.
Ni baru sangat balik dari memenuhi jemputan berbuka puasa rumah kawan. Juadah yang sangat - sangat mengenyangkan. Besar sungguh pahala mereka menyediakan juadah untuk orang yang berpuasa. Dalam perjalanan pulang, kami berenam sangat gembira walaupun terpaksa meredah suasana malam Ramadhan di Moscow menaiki public transports (metro & bas). Berjalan kaki hingga sampai rumah yang mengambil masa 10 minit buat kami lega, akhirnya sampai juga rumah dengan selamat. Boleh juga jimat duit daripada ambil cab yang boleh dicaj beratus ruble! Hurm.. Semalam aku ditag. Bulan ni saja sudah dua kali aku kena tag. Tapi aku ni jenis kalau dah ditag, aku tak kisah nak buat, cuma lepas tu aku dah malas nak tag orang dah. Maaflah, kalau sesiapa yang tag aku tapi nak suruh aku tag orang lain, baik awal - awal jangan tag aku. Tapi best juga aku buat tag ni. Rasa enjoy. Dan kali ni aku nak selesaikan tag dari nrina.
1. Berapa pasang baju raya anda taun ni dan kaler apekah?

Baju raya aku tahun ni? hurm.. Secara rasminya ada satu tapi aku bawa baju kurung baru ada 3 helai. Yang rasmi tu mungkin aku akan pakai hari raya pertama walaupun aku kemungkinan besar ada kelas waktu tu. Warnanya UNGU. Lembut tak? Hehe.. Lagi dua tu warna MERAH JAMBU dan COKLAT.

2. Apakah makanan raya tradisional kegemaran anda?
Makanan pulak? Aku suka makan semua. Tapi yang paling aku rindukan sekarang ni nak makan lontong dengan kuah lodeh campur kuah kacang yang Emak aku masak. Selalunya Emak akan masak paru berempah untuk juadah hari raya. Dan tak lupa sambal udang. Yang kuah kacang semua tu wajib lah ada. Tapi Emak jarang buat ketupat. Kalau nak buat pun tak bayak sangat, sebab nanti mesti dapat juga daripada orang.


3. Apakah biskut raya kegemaran anda?
Dulu masa kecil, aku suka sangat biskut kacang yang Mak Wah (makcik aku yang jaga aku sedari kecil) buat. Lepas aku juga suka biskut honey cornflakes (dalam cup) yang family aku buat. Tu biskut yang wajib dibuat setiap kali raya. Dan ada lagi satu yang aku suka tapi sekarang tak berapa nak suka sangat iaitu Batang Buruk. Tapi sekarang ni, aku lebih gemar rasa semua jenis biskut terutama tat gulung. Fair and square. Tak macam dulu, kalau suka sangat satu - satu biskut, asyik mengadap aje walaupun beraya kat rumah orang. Tak sopan sungguh!


4. Bape banyak duit raya anda dapat n spend untuk bagi kat bebudak?
Dulu dapat la dalam RM5 dari Abah dan Emak. Dah makin besar ni, makin banyak la dapat. Lagi - lagi kalau dapat keputusan baik masa peperiksaan besar, duit nya makin besar lah. Tapi sekarang dah berapa tahun tak beraya kat Malaysia, duit raya pun taklah dapat, cuma kalau balik Malaysia tu aku tapau lah duit family sebagai ganti dut raya! Hahaha.... Dan aku tak spend duit nak bagi kat orang sebab aku belum kerja! =)


5. Apakah aktiviti malam raya korang?
Malam raya dulu biasanya aku, Nana, Mimin dan Mia akan jahit sembat kat lengan untuk baju raya kitorang sebab selalunya Emak tak sempat nak jahitkan. Kakak aku yang lain pulak akan kemas rumah, sapu - sapu 'sawang' yang ada. Kami yang kecil - kecil ni semasa siangnya (hari terakhir sebelum raya) akan lap semua cermin tingkap, daun pintu dan dinding yang ada kat rumah tu. Basuh koridor dan beranda. Emak akan mula isi beras dalam kelongsong lontong (yang pakai daun pisang tu) dan petangnya mula rebus. Dan biasanya malam tu tak tidur sebab nak siapkan masak apa yang patut dan tunggu lontong masak. Tapi sekarang dah kat Moscow ni, aku dan roomates aku biasanya masak yang simple je. Rendang ayam, kuah kacang, kuah lodeh beserta nasi impit. Itu pun kalau sempat.

Itu aje ceritanya. Tak ada suasana raya sangat. Maklumlah dah duduk jauh. Kadang - kadang pagi raya pun dah terpaksa terpacul depan pintu kelas. Sedih juga tak dapat nak cium tangan ahli keluarga di pagi raya. Dah masuk tahun ke - 4 ni. Hanya lafaz ampun saja aku kirim dari jauh..

Friday, September 19, 2008

Jumaat

Assalamualaikum wbt.

Aku sangat suka hari Jumaat. Dan aku juga amat yakin ramai juga yang sukakan Jumaat. Penghulu hari. Dan selain itu juga, Jumaat juga hari yang mana sebelah malamnya aku boleh rehatkan diri daripada sebarang aktiviti yang memerah otak. Mana taknya, lepas seminggu otak terasa tepu disumbat dengan pelbagai jenis ilmu, jadi apabila selesai kelas terakhir hari Jumaat buat hati aku riang gumbira berjalan pulang ke rumah. Lalaalaa..

Dan disebabkan itu juga aku memilih untuk mengambil giliran memasak pada hari Jumaat! Tapi Jumaat kali ini mengingatkan aku pada sesuatu. Dan mungkin juga pada kamu. Nak tahu? Yela, Jumaat (hari ini) mengingatkan kita yang kita akan memasuki hari pertama esok untuk 10 hari terakhir Ramadhan 1429. Bukankah itu istimewanya Jumaat kali ini? Bukan setakat kita seronok sebab hujung minggu nak tiba. Tapi kita patut juga seronok untuk mendapat ganjaran anugerah pemberian Ya Rabb pada hambaNya yang bersyukur di penghujung Ramadhan sebelum kita meraikan kemenangan kita melawan nafsu dan amarah. Bukan senang nak dapat. Kena main rebut - rebut. Kalau rajin, InsyaAllah dapat. Kalau tak, jangan menangis jika diri sendiri yang rugi. Aku pun nak join juga lah sesi rebut - merebut ni. =)

-------------------------------------------------------------------------------
Harapan aku semoga aku tabah.
Harapan aku untuk aku kuat.
Aku berharap aku mampu.
Semoga aku sentiasa dekat denganMu.
Selama ini harapanku hanya itu.
Dan dengan usaha aku ini
Semoga aku istiqamah.

Wallahu a'lam.

Tuesday, September 16, 2008

Kali ni giliran kamu..

Assalamualaikum wbt.

Lepas ramai yang suggest aku jadi gynaecologist, kali ni kita tukar angin. Tiada lagi istilah medic. Kita enjoy! =)

Nak dekat 2 tahun lebih aku berblog, aku tak pernah tahu apa jenis blog aku selama ni. Sekarang ni ada macam - macam website yang describe satu - satu blog tu. Salah satunya aku ambil dari nrina. Inilah jenis blog aku.

Your Blogging Type Is Thoughtful and Considerate
You're a well liked, though underrated, blogger.
You have a heart of gold and are likely to blog for a cause.
You're a peaceful blogger - no drama for you!
A good listener and friend, you tend to leave thoughtful comments for others.


Haha.. Betul ke? Boleh percaya ke? Entah.. Kamu tentukan. =)
*Esok Nuzul Quran. Harapnya kita makin dekat dengan warisan tinggalan Rasulullah untuk kita. InsyaAllah.

Friday, September 12, 2008

Apa yang sesuai untuk aku?

Assalamualaikum wbt.

Rabu lepas aku ada kelas Medical Genetics. Sepanjang kelas itu, cikgu aku menerangkan tentang congenital anomalies atau nama lainnya kecacatan kongenital yang berlaku sewaktu kelahiran. Ada di antara kecacatan itu berkaitan dengan mutasi gene pada kromosom seseorang selain daripada amalan semasa mengandung. Secara amnya begitulah. Dan cikgu ada juga menunjukkan beberapa keping gambar dan terma - terma klinikal yang berkaitan. Takut juga aku tengok gambar - gambar tu, rasa sayu pun ada juga. Kasihan jika kita lihat anak - anak kecil yang sedari lahir sudah ada kecacatan. Kalau disebabkan mutasi, memang tak boleh elak. Tapi yang geram kalau amalan seseorang bakal ibu itu semasa mengandung langsung tidak sihat. Contohnya merokok, pengambilan dadah dan alkohol. Kalaupun mahu membahayakan diri sendiri, setidak - tidaknya fikirlah akan bayi dalam kandungannya tu. Dan disebabkan perkara ini aku terfikir akan bidang pengkhususan (speciality in medical field) yang mungkin akan disambung setelah tamat Ijazah Kedoktoran dari Rusia ini. Semasa waktu rehat tu, aku mula berbual dengan deskmate aku yang selalu dengan aku, Afifah:

Aku : Pip, ko kan kalau nak jadi specialist, ko nak dalam bidang apa?
Pip : Aku nak amik Cardiology. Mungkin aku suka kot walaupun aku tahu field tu susah.
Aku : Ko rasa aku sesuai amik apa? Dalam medic ni aku minat 2 benda je. Gynaecology and blood. Tapi kalau amik bidang yang berkaitan dengan darah, banyak risk nya. Tapi boleh kerja kat Bank Darah.
Pip : Aku rasa ko sesuai jadi gynaecologist la. Sebab sifat ko. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana tapi aku rasa ko sesuai amik O & G.
Aku: Ooo.. ye ke? Tapi seronok juga kalau amik gynae ni.

Aku teruskan pertanyaan aku pada semua groupmates aku dan ini jawapan mereka:

Dodod : Tak tahu la. Tahun klinikal ni la baru aku nak tengok bidang apa yang aku minat.
Ikha : Entah.
Fadzil : Bidang forensik kot sebab aku rasa aku tak boleh bedah orang hidup. Kalau dah mati tu ok sikit la. Dia pun tak rasa dah sakitnya.
Nadid : Semua pun boleh kecuali apa - apa yang berkaitan dengan khirurg ( english : surgery).
Yana : Neurosurgeon.
Anna : Semua ok kecuali O & G.
Hanif : Cardiology.
Fikri : Cardiology.

Dan aku dapati ramai juga yang berminat bidang jantung ni. Kalau aku, bidang jantung lah yang aku rasa pilihan bawah - bawah sikit dalam senarai bidang yang aku nak ambil. Bukan apa, aku rasa sedikit susah. Itu je.

Balik kelas sambung balik cerita pasal benda ni. Maklumlah, jalan kaki ramai - ramai, seronok sikit borak. Jalan jauh pun terasa dekat. Fikri cakap kat aku, "Wanie, hang jadilah psychiatrist. Hang kan boleh. Aku rasa hang boleh la." Pipah sambung, "Tak.. Aku tak rasa Wanie sesuai jadi psychiatrist. Nanti dia jadi tak terurus sebab dengar masalah patient dia. Dan dia akan fikir mendalam gile macam mana nak settlekan problem patient dia sampai akhirnya nanti dia yang akan pening." Giliran aku sambung, " Tak nak aku. Ko nak aku jadi psycho ke? Aku tak rasa aku boleh.. " Dan akhirnya topik itu tergantung macam tu saja..


Nota : Kamu rasa aku sesuai jadi apa? Any idea? Tapi aku pasti bukan bidang Anesthesiology (bius) sebab Kak Idah sudahpun bergelar anesthesiologist di Hospital Seremban.

Dictionary
Cardiology - bidang berkaitan jantung.
O & G - Obstetrics and Gynaecology.
Gynaecology - bidang berkaitan sakit puan
Obstetrics - bidang berkaitan dengan proses kelahiran bayi dan perkara yang berkait rapat dengannya.
Neurosurgeon - Pakar bedah yang berkaitan bidang sistem saraf.
Anesthesiology - bidang berkaitan bius dan seumpama dengannya.
Anesthesiologist - Pakar bius.

-----------------------------------------------------------------------------------


Sekali dengan ini, aku langsaikan hutang tag dari Judin.


bashrie.blogspot.com
fndy.blogspot.com
encree.blogspot.com
shootsyuhada.blogspot.com
aigoo-saranghae.blogspot.com
akutengahblur.blogspot.com
farhanwahab.com
hafizuddinawang.blogspot.com

Sejujurnya aku sangat malas hendak mengetag sesiapa sebab aku tahu masing - masing sangat sibuk di kala Ramadhan Al Mubarak ini. dan aku berkeputusan untuk bersikap jujur. Tapi jika sesiapa yang terbaca atau membaca entri ini dan terasa ingin membuatnya, silalah. Saya wakili semua bloggers mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua umat Islam tidak kira di mana sahaja kamu berada. Dan jika hendak membuat tag ini, begini caranya:

1. Copy gambar di bawah lalu posting di blog anda.
2. Teruskan tags ini minimum ke 5 blogger muslim yang anda kenal.
3. Jangan lupa tinggalkan komen pada blog mereka
4. Tulis alamat blog anda (di bawah gambar) setelah alamat blog pemberi tags

Saturday, September 6, 2008

Ramadhan muncul, kelas pun mengikut.

Assalamualaikum wbt.

Bulan ini aku sibuk.
Entah apa yang disibukkan pun aku tak tahu.
Jadi aku hantar peneman yang sedang berkumandang di gegendang telinga kamu sebagai pengganti diri.
Jika aku mempunyai kesempatan waktu, aku sendiri yang akan penemankan kamu di sini.
Kamu faham bukan? Harap kamu faham.
Salam Ramadhan Kareem.



* Sejak masuk tahun klinikal, jadual makin padat. Bulan ini ada satu subjek yang aku kena ambil dan subjek itu sangat berat memandangkan medium pembelajarannya adalah dalam bahasa orang sini. Berjalan ke kelas 20 minit setiap hari, kena keluar awal memandangkan kelas bermula seawal 9 pagi. Pengalaman pertama mengajar aku menjadi morning walker yang setia di sepanjang Jalan Malaya Pirogovskaya menghala ke Jalan Rosalimo. Hari Isnin dan Rabu pula aku susuri Jalan Bolshaya Pirogovskaya. Hampir seminggu berpuasa di penghujung musim panas ni memberi banyak kebaikan dan menurunkan berat aku sebanyak lebih kurang 1.5 kilogram dari berat asal aku. Bagus juga, dalam pada waktu yang tak berapa nak cukup untuk bersenam secara teratur, boleh juga aku mengecilkan diri aku yang tak pernah nampak kecil ni. Hehe..

* Selamat Hari Lahir ke - 2 ( pada 6 September) buat Arfah (anak saudara aku) yang kini berada di Melbourne Australia. Ni acik Wanie datang wish. Hadiah kalau nak minta pada ayah dan mama ok! Peluk cium acik dari Moscow.

Wednesday, September 3, 2008

Sambung cerita..

Assalamualaikum wbt.
Selepas sehari, baru boleh menulis. Hari ini penat sedikit sebab baru nak mula pergi kelas. Mana taknya, semalam baru sampai Moscow, unpacked barang sampai pukul berapa entah, lepas tu pergi bersihkan diri yang dah sehari tak mandi. Sebelum tu pergi jumpa groupmates tanya belajar apa untuk hari yang aku tak datang supaya aku boleh catch up balik lessons yang aku missed. Lepas mandi tu aku belajar la sikit untuk persediaan kelas hari ni. Tidur pun pukul 2 lebih tapi bangun pukul 5 pagi. Lepas tu sampai la ni tak tidur. Tadi ambil buku di library. Dah la buku tebal - tebal, 4 buah pula tu. Jadi aku dengan member aku sorang ni sampai nak patah tulang bahu mengangkut ilmu.. Sampai dah tak larat nak jalan, kami ambil cab saja dari depan library.

Sebenarnya bagi yang dah tahu cerita yang aku nak cerita pada entri lepas tu, ni ha sekarang aku nak cerita kepada sesiapa yang belum tahu lagi. Rumah aku kena pukul ribut la.. Habis atap genting tercabut dan berterbangan tapi tak lah jauh sangat. Jatuh tepi rumah je. Bahagian bumbung di tengah rumah berlubang. Boleh nampak dari jalan. Masa tu pukul 3 lebih petang. Aku tengah potong tempe sebab Emak nak buat sambal goreng supaya kakak aku boleh bawa balik rumah sewa dia. Lepas tu tiba - tiba je hujan turun dengan lebatnya, datang sekali dengan angin yang extra kuat sampai mampu menumbangkan sebatang pokok mempelam yang sedang berbuah dengan banyaknya. Masa tu lepas hujan memang kitorang boleh petik mempelam tu tanpa menjolok guna galah.. Haha..

Tak lama pokok mempelam tu tumbang, kitorang adik beradik yang masa tu ada berempat je campur Emak yang ada kat bilik dengar bunyi genting jatuh. Aku jerit la kat adik aku suruh matikan main suis elektrik supaya tiada arus elektrik mengalir bila terkena air nanti. Segala macam lap kitorang alas tempat yang bocor, segala macam baldi campur besen kitorang tadah supaya tak banyak yang membanjiri dalam rumah. Alhamdulillah masih ada ruang di tengah rumah yang tak terkena air. Jadi di situlah tempat kami solat supaya diberhentikan hujan dan di situ juga aku letak beg aku yang nak dibawa balik ke Moscow supaya tak basah.

Masa tu Abah di surau. Dia tengah tengok orang masak bubur lambuk sempena Ramadhan. Dah jadi pengerusi surau, kenalah pantau kerja anak buah kan.. Kebetulan Abah memang tak boleh balik sebab hujan lebat sangat dan Abah naik motor. Memang air parit depan rumah naik sampai banjir teruk. Selalunya tak banjir teruk pun. Tapi itulah yang terjadi.

Aku dengan kakak aku sibuk mengeluarkan air dari dalam rumah. Aku di bahagian bawah (ruang tamu), kakak aku di bahagian atas (bilik tidur atas kami adik beradik perempuan), dua orang adik lelaki aku di bahagian beranda rumah. Emak pula keluarkan air dari bilik tidurnya. Memang penat. Takut pun ada juga. Ye la, mana pernah mengalami kejadian seumpama tu seumur hidup aku. Tapi kena buat cool sebab kalau kelam kabut, apa pun tak boleh nak difikirkan dan dibuat.

Kejadian ni berlaku pada hari Isnin (1 September) yang mana malam tu sepatutnya aku kena bertolak ke KLIA bagi penerbangan ke Moscow pukul 2 pagi (2 September). Dalam pukul 7.15 malam kot baru selesai keluarkan air dari dalam rumah. Hendak masak untuk berbuka pun tak sempat. Hanya pesan pada kakak aku seorang lagi (Elin) untuk bawa makanan untuk berbuka. Kebetulan dia memang hendak balik rumah Klang dan terus stay untuk hantar aku ke KLIA.
Jadi oleh kerana kejadian ini berlaku, aku tak sempat hendak memaklumkan yang aku nak bertolak balik Moscow kepada kakak - kakak aku yang tak sempat nak balik jenguk aku. Kepada Watie dan Nana, maaf aku tak sempat bagitahu korang aku balik. Dan kepada Mia dan Kak Mija & family, bila baca entri ni, jangan risau sangat. Diorang yang kat rumah ok je semuanya. Sekarang tinggal nak cari orang betulkan rumah je.

Aku bersyukur kepada Allah SWT kerana:
* diturunkan hujan bukan pada waktu malam yang mana kitorang tengah tidur. Bila waktu siang, sempat juga kitorang buat apa yang patut.
* tiang elektrik depan rumah tak tumbang yang mana boleh membahayakan kami jika arus elektrik mengalir sekali dengan air banjir. Dan kalau ia tumbang, boleh sampai menghempap bahagian depan rumah kami.
* ada 2 orang adik lelaki aku kat rumah yang jadikan kitorang perempuan ni sedikit berani. Baru time ni aku nampak yang diorang ni sebenarnya boleh diharap.

Apa pun, Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.

Atas flight ke Dubai, aku tidur saja..

Nota : Gambar ada dalam handset, tapi tak ada USB nak masukkan gambar dalam laptop. Maaf ya..

Tuesday, September 2, 2008

Dari Dubai

Assalamualaikum wbt.

Syukur alhamdulillah dipanjatkan ke hadrat Allah SWT di atas segala nikmat yang diberikan kepada hambaNya di kala kesusahan..

Alhamdulillah, aku selamat berlepas dari Kuala Lumpur ke Moscow dan kini aku tengah duduk termenung di Dubai International Airport sambil menanti panggilan untuk ke pintu bagi penerbangan ke Moscow. Sekarang ni tengah berseorangan la ni. Tak ada siapa yang sudi temankan.. Cewah!!

Setelah apa yang terjadi, aku tetap memanjatkan kesyukuran yang tak terhingga kepada Allah SWT. Mahu tahu ke apa yang dah terjadi? Nampaknya aku tak boleh cerita sekarang. Tengah mamai baru lepas bangun tidur. Mana taknya, sepanjang perjalanan aku tidur saja.. Sampaikan makanan pun aku tak ambil. Nasib baik dia bagi lagi satu makanan untuk bersahur, kalau tak, pengsan pula aku. Semasa di KLIA pun aku masuk awal sebab aku nak bagi keluarga aku rehat. Kesian diorang, sudahlah flight aku lambat, kalau nak suruh mereka tunggu, tak sedap hati pula. Mereka hantar ke airport pun sudah cukup bagus.

Apa pun, terima kasih dan syukur Alhamdulillah yang tak terhingga hanya untuk Allah SWT. Semoga Ramadhan kali ini menjadikan kita hamba yang tinggi nilai sabarnya.

Saturday, August 23, 2008

Saat ini..

Assalamualaikum wbt.

Salam sejahtera. Semoga kamu sihat hendaknya. Di kesempatan ini aku ingin memohon jutaan kemaafan di atas segala salah silap yang telah terbuat, sedang atau akan terbuat sama ada aku sedar atau tidak, mohon dimaafkan. Memang bukan niat di hati untuk melukakan hati sesiapa tetapi mohon maaf itukan satu yang baik agar tiada siapa yang menyimpan demdam di lubuk hati. Jadi dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, aku memohon maaf dan mendoakan agar kamu semua berada di bawah lindungan Allah SWT. Semoga Ramadan kali ini membawa seribu satu kebaikan buat diri kamu semua. Sebelum tibanya Ramadan, aku memang amat mengharapkan kemaafan daripada kamu dan aku sudahpun memaafkan kamu semua walaupun hakikatnya kamu memang tiada salah pada aku. Terima kasih.




*Perhatian: Ini bukan satu entri undur diri, tetapi khas sebelum menyambut Ramadan Al - Mubarak. Nanti Syawal minta maaf lagi..

Thursday, October 4, 2007

Majlis Iftar 2

Assalamualaikum wbt.
Hurm.. Sekadar memberi laporan Majlis Iftar 2 (205) bersama pelajar2 tajaan JPA :

Tarikh : 4 Oktober 2007

Tempat : 205 Hostel Sportivnaya


Kitorang buat majlis iftar ni sebab nak sambut kedatangan pelajar tahun 1 ke Moscow medical Academy, tapi tajaan JPA la.. Disebabkan aku duduk dengan dak2 JPA, secara tidak langsung, aku terlibat sama dalam aktiviti ni.. Dak2 tahun 1 ni sebenarnya sebaya je dengan kitorang. Sepatutnya diorang ambil preparation course ( di KMB or INTEC ) untuk ke Dublin, UK atau OZ, tapi sebab x dapat tempat, mereka dihantar ke Moscow untuk melanjutkan pengajian mereka. Benda pertama yang aku cakap kat diorang adalah, "Jangan rasa sedih dapat Moscow nih.. InsyaAllah lama2 nanti ok la.." Aku rasa ape yang aku cakap tu agak betul sebab ramai yang macam kurang memandang je pada orang yang belajar di Rusia nih.. Jangan la macam tu.. Meh kami orang2 yang belajar di Rusia ni tunjukkan yang belajar kat mana2 pon sama je.. Bukan bergantung pada tahap ke'famous'an universiti.. Kalau hendak seribu daya, tak hendak seribu dalihnya, kan?? Eh, ape yang aku melalut nih??? Hish... ok..ok.. Dah tak melalut dah...

Diorang bertolak dari Pushkin Institute ( hostel yang diorang duduk sekarang ) dalam pukul 6. 45 pm dan sampai area Sportiv nih lambat gak la.. Terkandas dalam hujan lagi, so bertambah - tambah lambat lagi! Sian nya kat diorang, meredah hujan hanya untuk memenuhi jemputan JPers ( singkatan untuk JPA students! Bukan aku yang bg nama ni ok! ). Menu time tu kitorang buat Nasi ayam and kuih2 sikit.. Air lak minum air sirap bandung..

= Antara kuih - muih yang dihidangkan.. Sekali dengan timun, tomato dan sambal untuk nasi ayam =

= Wahhh... Nampak tak tu?? =


Lepas makan adela buat sesi bergambar sikit.. Ye la.. Bukan senang nak suruh diorang datang sini, and bukan senang nak buat makan2 macam nih lagi! Mane taknya.. Masing - masing pon sibuk. Bila ade masa macam nih la baru nak kenal dengan kawan2 baru.. Betul kan?? Lagipun dorang tu sebaya je dengan kitorang.. So, xdelah kekok sangat! Nah!! Aku bagi gambar - gambar tu..

= All of us >> not all actually!! =

= JPers + MARA girls ... Minus me please!! Im a SSGian student! =

= Smile!! :D =

= Girls' power!! =

~ Yaitu orang - orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram. ~

~ Ar - Ra'd : 28 ~

P/S :

I - haritu masa kelas Microbiology,ade request dari Judin (Mohd Hafizuddin Awang ) suruh aku masukkan nama dia untuk entri akan datang.. Nah! Judin.. aku sebut nama hang nih.. Judin ni budak tajaan MARA, jarang jumpa dia sebab kelas kami lain2. Tapi hari Rabu, kitorang akan jumpa sbb kitorang satu kelas untuk subjek Microbiology ..

II - Tadi masa kelas Russian Language, aku ada terima mesej dari kakak aku. Dia kata Kak Idah dah selamat lahirkan baby boy kat Hospital Seremban pukul 1.30 pm tadi.. Alhamdulillah.. Senang je.. Dah la Kak idah kerja kat hospital tuh..

Sunday, September 30, 2007

Salam Perantauan

Assalamualaikum wbt.


Semalam di Kedutaan Malaysia ada Majlis Iftar dan Suai Kenal bersama pelajar - pelajar Tahun 1 di Moscow. Majlis ini dianjurkan oleh Persatuan Perubatan Islam Malaysia - Moscow Student Chapter (IMAM - MSC), Kelab Umno Moscow (KUMOSC), dan Malaysian Student Association (MSA). Ramai la gak budak - budak tahun 1 yang aku dah kenal. Tajaan JPA, MARA & SSG (Selangor State Govmt). Ada junior aku gak time sekolah dulu.. Yela.. mestila seronok jumpa junior sekolah.. Mane taknya.. Dah 3 tahun aku dengan Miza je SAMBEST kat Moscow nih.. At least bila jumpa ni, boleh la buat reunion! (hahaha... bersungguh je.. ). Tentatif semalam mula2 berbuka puasa, lepas tu solat Maghrib berjemaah, tazkirah, menjamu selera, solat Isya berjemaah, solat terawikh, majlis suai kenal (dimulai dengan slide show presentation and Q & A session). Pastu, moreh!!! (makan selepas solat terawikh). Ada la gak aku snap gambar semalam.. Semua cantik je sebab berbaju kurung bagi muslimat) dan berbaju melayu (bagi muslimin). Dah rasa cam raya! (waaaa..... nak balik.. :'( Hurmm... )

Majlis Suai Kenal bermula.. Ucapan Pengerusi IMAM - RSC, Sdr Khairil Idham Ismail.
Q & A Session. Pelajar tahun 1 bertanya dan kakak - kakak tolong jawabkan kemusykilan mereka..

Orang dok join Q & A Session, kitorang dok sibuk bergambar!

Ni pon sama je.. Hehehe.. Ni semua batch aku ni.. *Pick one! All of them are still single and available!! :P *

Sorang2? Hurmm.... *Muka tahan lapar sebenarnya nih..*

Kami pelajar tahun 3 Moscow Medical Academy ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat ibu bapa dan keluarga yang kini berada di Malaysia. Buat pihak penaja kami, PA & MA, JPA, SSG, Yayasan Terengganu, Salam Aidilfitri dari kami di Moscow. Dan tidak lupa kepada warga Malaysia tidak kira di mana anda berada.. Kami menyusun 10 jari memohon maaf andai ada salah silap yang kami sengajakan atau tidak disengajakan.. Halalkan makan minum kami dan doakan kejayaan kami di sini..
Dari kiri : Syazrin Mukhtar, Nurhatim Mohd Khorie, Shazwani Adnan, Nur 'Afifah Musa, Fatini Najwa Ghazali dan Nur Emiliana Mukhtar.
ps: sebenarnya nak anta dekat Salam Perantauan, tapi tak tau bila sebab tak ambil gambar yang proper.. :)
~ Ke mana arah kita selepas ini?? ~
* this is my 50th post.. :D *