Assalamualaikum wbt.
Ni baru sangat balik dari memenuhi jemputan berbuka puasa rumah kawan. Juadah yang sangat - sangat mengenyangkan. Besar sungguh pahala mereka menyediakan juadah untuk orang yang berpuasa. Dalam perjalanan pulang, kami berenam sangat gembira walaupun terpaksa meredah suasana malam Ramadhan di Moscow menaiki
public transports (metro & bas). Berjalan kaki hingga sampai rumah yang mengambil masa 10 minit buat kami lega, akhirnya sampai juga rumah dengan selamat. Boleh juga jimat duit daripada ambil
cab yang boleh dicaj beratus
ruble! Hurm.. Semalam aku ditag. Bulan ni saja sudah dua kali aku kena tag. Tapi aku ni jenis kalau dah ditag, aku tak kisah nak buat, cuma lepas tu aku dah malas nak tag orang dah. Maaflah, kalau sesiapa yang tag aku tapi nak suruh aku tag orang lain, baik awal - awal jangan tag aku. Tapi best juga aku buat tag ni. Rasa
enjoy. Dan kali ni aku nak selesaikan tag dari
nrina.
1. Berapa pasang baju raya anda taun ni dan kaler apekah?
Baju raya aku tahun ni? hurm.. Secara rasminya ada satu tapi aku bawa baju kurung baru ada 3 helai. Yang rasmi tu mungkin aku akan pakai hari raya pertama walaupun aku kemungkinan besar ada kelas waktu tu. Warnanya UNGU. Lembut tak? Hehe.. Lagi dua tu warna MERAH JAMBU dan COKLAT.
2. Apakah makanan raya tradisional kegemaran anda?
Makanan pulak? Aku suka makan semua. Tapi yang paling aku rindukan sekarang ni nak makan lontong dengan kuah lodeh campur kuah kacang yang Emak aku masak. Selalunya Emak akan masak paru berempah untuk juadah hari raya. Dan tak lupa sambal udang. Yang kuah kacang semua tu wajib lah ada. Tapi Emak jarang buat ketupat. Kalau nak buat pun tak bayak sangat, sebab nanti mesti dapat juga daripada orang.
3. Apakah biskut raya kegemaran anda?
Dulu masa kecil, aku suka sangat biskut kacang yang Mak Wah (makcik aku yang jaga aku sedari kecil) buat. Lepas aku juga suka biskut honey cornflakes (dalam cup) yang family aku buat. Tu biskut yang wajib dibuat setiap kali raya. Dan ada lagi satu yang aku suka tapi sekarang tak berapa nak suka sangat iaitu Batang Buruk. Tapi sekarang ni, aku lebih gemar rasa semua jenis biskut terutama tat gulung. Fair and square. Tak macam dulu, kalau suka sangat satu - satu biskut, asyik mengadap aje walaupun beraya kat rumah orang. Tak sopan sungguh!
4. Bape banyak duit raya anda dapat n spend untuk bagi kat bebudak?
Dulu dapat la dalam RM5 dari Abah dan Emak. Dah makin besar ni, makin banyak la dapat. Lagi - lagi kalau dapat keputusan baik masa peperiksaan besar, duit nya makin besar lah. Tapi sekarang dah berapa tahun tak beraya kat Malaysia, duit raya pun taklah dapat, cuma kalau balik Malaysia tu aku tapau lah duit family sebagai ganti dut raya! Hahaha.... Dan aku tak spend duit nak bagi kat orang sebab aku belum kerja! =)
5. Apakah aktiviti malam raya korang?
Malam raya dulu biasanya aku, Nana, Mimin dan Mia akan jahit sembat kat lengan untuk baju raya kitorang sebab selalunya Emak tak sempat nak jahitkan. Kakak aku yang lain pulak akan kemas rumah, sapu - sapu 'sawang' yang ada. Kami yang kecil - kecil ni semasa siangnya (hari terakhir sebelum raya) akan lap semua cermin tingkap, daun pintu dan dinding yang ada kat rumah tu. Basuh koridor dan beranda. Emak akan mula isi beras dalam kelongsong lontong (yang pakai daun pisang tu) dan petangnya mula rebus. Dan biasanya malam tu tak tidur sebab nak siapkan masak apa yang patut dan tunggu lontong masak. Tapi sekarang dah kat Moscow ni, aku dan roomates aku biasanya masak yang simple je. Rendang ayam, kuah kacang, kuah lodeh beserta nasi impit. Itu pun kalau sempat.
Itu aje ceritanya. Tak ada suasana raya sangat. Maklumlah dah duduk jauh. Kadang - kadang pagi raya pun dah terpaksa terpacul depan pintu kelas. Sedih juga tak dapat nak cium tangan ahli keluarga di pagi raya. Dah masuk tahun ke - 4 ni. Hanya lafaz ampun saja aku kirim dari jauh..