Assalamualaikum wbt.
Hai semua! Maaflah sudah lama tak jumpa. Macam – macam cerita keluar pula tu. Bukan apa, dua minggu lepas sibuk dengan praktikal. Harini baru dapat balik rumah. Secara tidak langsung baru dapat online.
Sepanjang dua minggu praktikal, aku duduk rumah Kak Idah kat Seremban. Pagi ikut Kak Idah pergi kerja, petang ikut dia balik rumah. Malam pula main dengan anak – anak saudara yang 5 orang tu. Tapi yang bongsu paling senang. Tak menangis, suka senyum dan selalunya diam sahaja. Yang second last tu kalau mood dia kurang baik, asyiklah menangis sahaja. So far, best jugak ada anak – anak saudara ni. Kadang – kadang kelakar juga diorang ni. Haha..
Aku tak tahu nak cerita apa. Sekarang ni tengah musim orang kahwin. Ramai budak –budak Moscow balik summer ni ambil peluang menamatkan zaman bujang. Tapi jauh sangatlah kalau nak datang. Tak apalah. Hadiahnya cuma doa agar mereka semua bahagia selamanya.
Banyak benda berlaku di luar jangkaan aku. Kadang – kadang benda – benda macam tu lah yang buat kita matang dalam hidup. Kita hidup ni pun bukan lama. Sementara ada masa, carilah peluang tebus kesalahan kita. Apa pun, hidup biarlah happy.
5 comments:
"Ramai budak-budak moscow... menamatkan zaman bujang".. Statement nie termasuk tuan empunya badan ke?..hehehe
kenapa bunyi paragraph yg akhir tu lain macam je. Sedih pun ade.. Ish banyak teka-teki sungguh baca blog² org sekarang nie. Kene belajar psikologi nie..senang nak wat tafsiran, supaya lebih jelas apa yg dimaksudkan, kan..mmm
salam
Akak: haha.. tuan punya badan belum lagi masanya. hehe..
mmg macam2 dh berlaku sekarang ni kak. dan benda tu mmg sy langsung tak sangka. tekad betul keputusannya.
kwn bayu kan?
attachment kat seremban eh?
apa erk nm hospital tu?
hmm, btol la wanie, kekadang bile mcm2 berlaku, tertanye2, mcm mne la semua mende ni jadi..xpernah tjangka, mcm ni jadinye..diri sendiri krg peka dgn permasalahan agaknye
salam.
Dudu: haah. ni kawan bayu. hospital tu nama hosp tuanku jaafar seremban. kenapa? awak lahir kat situ ek? ^_^
Fareena: nak salahkan diri kita sendiri pon, its not 100% on our fault right? susah kalau orang lain yang wujudkan permasalahan tapi kita yang tanggung akibatnya. susah juga orang kalau kita buat salah, tapi salah kita diperbesarkan sehingga di mata orang lain, kitalah yang jahat, kitalah yang buruk dan kitalah segalanya yang tidak baik. tapi kalau masih nak salahkan diri sendiri pon boleh juga! haha...
Post a Comment