Pages

Thursday, August 14, 2008

Saya rasa..

Assalamualaikum wbt.

Update dan ubahsuai:

Hari ini seorang gadis (yang juga seorang pelajar) berkulit hitam manis datang berjumpa dengan seorang cikgu Bahasa Melayu dan menyatakan hasratnya untuk belajar tentang perasaan. Untuk menguji pengetahuan si gadis, cikgu Bahasa Melayu itu pun menyuruh si gadis memberi contoh perasaan yang si gadis pernah rasa. Maka perbualan mereka bermula..

Pelajar: Saya rasa gembira apabila saya mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan.

Cikgu: Ayat ini betul penggunaannya. Bagus!

[*Ini contoh ayat penulis: Aku berasa gembira apabila melihat orang lain gembira.]


Pelajar: Saya rasa sedih sewaktu kucing saya mati dilanggar trak lori.

Cikgu: Yang ini juga betul. Syabas.


[*Ini contoh ayat penulis: Aku rasa sedih jika orang buat aku marah atau orang buat – buat tak layan aku.]


Pelajar: Saya rasa malu jika saya didenda berdiri di luar kelas kerana tidak sempat menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh guru.
Cikgu: Erm.. Selalu ke kamu tak siap kerja sekolah? Tapi ayat ini betul. Kamu semakin faham ni.


[*Ini contoh ayat penulis: Aku rasa malu bila orang pandang aku dengan tak berkelip dek kerana ada kekotoran melampau di baju aku.]


Pelajar: Saya rasa marah apabila orang lain mengambil barang saya tanpa meminta izin.

Cikgu: Kalau saya, saya pun marah kalau orang ambil barang saya tanpa izin. Memang patut pun kamu marah.


[*Ini contoh ayat penulis: Aku rasa marah kalau orang tak menghargai apa yang aku buat walhal waktu dulu aku pernah menolongnya. ]


Cikgu pun berpuas hati dengan contoh - contoh yang diberikan oleh si gadis (atau pelajar) itu dan gadis itu pun pulang dengan hati yang puas kerana selama ini apa yang dia rasa itu adalah betul.


*Aku rasa segan kalau aku terpaksa susahkan orang tapi aku tak kisah kalau aku susah kerana nak tolong orang asalkan orang tu tak mengungkit bila aku minta tolong sikit daripadanya.


*Entri ini pun aku tulis dalam keadaan aku kurang betul. Jadi mungkin terdapat sedikit kekeliruan dan ketidakfahaman. Harap dimaafkan. Yang dalam kurungan tu adalah contoh ayat aku kalau aku yang jadi pelajar tersebut.


*Cerita ini hanya untuk dikongsi. Kalau tak faham, maaf ok!

5 comments:

Anonymous said...

errr.. tak faham le shazwani..

.:dura:. said...

klu kita tlng org,org tu mesti rs segan..walaupun sebenarnya kita rs x kisah pon nak tlng dia...

tp bile kita nak mintak tlng plak,kita plak akan rs segan, walupon org tu kata x kisah pon nak tlng kita...

(kita akan rs dua2 keadaan)
*betul ke?*

Shazwani Adnan said...

salam.

Cikgu Jawe: Di saat saya menulis entri ini pun, kepala saya tidaklah begitu betul tapi tak tahu macam mana boleh tertulis entri ini. haha.. tu sebenarnya saja nak memberi contoh perasaan yang biasanya kita rasa. tapi nak jelaskan ni pun susah sebab saya tidak begitu betul sewaktu entri ini ditulis..

Dudu: betul. bila kita yang menjadi org yang meminta bantuan, pasti kita yang berasa segan. tapi kalau kita yang diminta bantuan, kita dengan ikhlas dan happynya sudi menolong, kerana kita tidak tahu bilakah masanya kita terpaksa meminta bantuan orang..

Anonymous said...

salam wanie. tp wanie tak marah kan bila ks x reply SMS yg ke2 wanie td? ks dh tersyahid terus dh waktu tu. panas sgt, siap tutup langsir bilik. huhu.

smoga mood wanie akn ok kembali =) ks paham wanie ni mcm mana org nya. hehe. lg pun, kan sesuatu tu dekat je dh skrg ni :p

matilah spekulasi :p

Shazwani Adnan said...

salam

KS: tak marah langsung ks. wanie pon lepas tu tersyahid gak. hehe..

sakng dah ok dh. sesuatu yang dekat tu ape ek? huhu..