The human voice consists of sound made by a human being using the vocal folds for talking, singing, laughing, crying, screaming, etc. Human voice is specifically that part of human sound production in which the vocal folds (vocal cords) are the primary noise source. Generally speaking, the voice can be subdivided into three parts; the lungs, the vocal folds, and the articulators. The lung (the pump) must produce adequate airflow to vibrate vocal folds (air is the fuel of the voice). The vocal folds (vocal cords) are the vibrators, neuromuscular units that ‘fine tune’ pitch and tone. The articulators (vocal tract consisting of tongue, palate, cheek, lips, etc.) articulate and filter the sound. [Read more]
Assalamualaikum wbt.
Kadang - kadang suara orang pun kita boleh nilai dalam topik perbincangan seharian kita. Adakah anda perasan tentangnya? Ada yang nyaring. Ada yang kuat. Ada yang perlahan. Ada yang lembut. Ada yang keras. Ada yang serak - serak basah. Ada juga yang iramanya ala - ala dangdut. Tapi kalau tidak pernah bersua muka, merdu suara pun sudah boleh membayangkan keayuan wajah si gadis. Dan kalaupun tidak berjanji setia, garau suara boleh menjadi pembayang kepada kebersihan dan kekemasan wajah si jejaka. Tapi bagaimana kalau suara yang tidak pernah didengar, hanya ratusan pesanan ringkas, mel elektronik bahkan surat - surat tulisan tangan yang menjadi penghubung? Bagaimana agaknya reaksi si pendengar suara. Adakah disambut dengan hilai tawa, titisan air mata ataupun langsung tidak kisah akan suara asalkan empunya diri sudah tetap dengan prinsipnya? Dengan suara apa pun boleh terjadi. Dengan suara keadaan duka menjadi bahagia. Dengan suara hati sedih bertukar gembira. Dengan suara suasana sunyi menjadi gamat semuanya. Itulah kehebatan suara.
Tapi jangan salahkan suara jika frekuensinya membingitkan gegendang telinga. Bukan itu pemiliknya pinta. Anugerah Allah disyukuri seadanya. Dengan suara kita mengenali pemiliknya. Dengan suara kita tahu peribadinya. Dengan suara kita kenal isi hatinya. Dengan suara selami lubuk jiwanya. Jadi bukanlah salahnya jika diberi suara yang tidak menepati andaian kita.
Seperti yang sudah lama mengenali aku, pada saat pertama mendengar suara aku, pasti itu yang membuat mereka tergelak. Suara aku bukan sesedap Dato' Siti Nurhaliza jauh sekali suara artis antarabangsa yang sekarang ini sibuk berebut tempat untuk membuat persembahan di Malaysia. Tapi suara inilah yang aku bawa selama aku hidup di muka bumi Allah ini dengan pelbagai tujuan. Ada yang baik, ada yang kurang baik. Kalau dulu di sekolah, jawatan biro Sukan & Rekreasi menjadikan aku orang yang menjerit memanggil pelajar puteri yang liat untuk bersukan supaya turun ke padang. Tapi setiap kali aku mula menteriakkan diri, aku terberhenti dek suara aku yang aku sendiri tak tahan nak dengar. Itu kisah lama. Sekarang jika ada kejohanan sukan, jika aku yang menyokong, suara akulah yang paling bergema di gelanggang. Dengan suara yang tak berapa nak sedap inilah aku memimpin jemaah solat dan terawikh apabila tiba giliran aku membawanya. Dengan suara ini juga aku merintih, menyuarakan pendapat dan kehendak yang kadang - kadang susah untuk direalisasikan.
Aku pernah beberapa kali kehilangan suara akibat batuk teruk. Sampaikan mahu menjawab telefon pun suara aku tak terkeluar. Tapi waktu itu, itulah suara aku yang paling seksi =). Suara aku ini jugalah kadang - kadang buat aku tersasul, termarah, terketawa, terjerit, terlatah dan segala 'ter' yang melibatkan suara termasuk 'termengigau'! =D
Dengan suara ini aku mendapat sahabat. Dengan suara ini aku mendapat ilmu. Dengan suara ini aku meraih kejayaan yang belum sampai penamatnya. Dengan suara ini aku menjawab salam. Dengan suara ini aku mengalunkan kalimah suci Al Quran. Dengan suara ini aku dekat dengan Rabb. Dengan suara ini jugalah aku melafazkan kalimah agung, aku mengaku tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah.
1: 4 hari lepas, demam panas menyebabkan aku mengigau lewat malam. Bila dengar balik kakak aku cerita, rasa kelakar pula!
2: Olympic Beijing 2008 sudah membuka tirai. Aku tengok Majlis Pembukaan. Sungguh cantik dan teratur.
3: Ini suara aku. Ini entri ke 150. Rupanya sudah banyak suara hati aku yang aku luahkan di sini. Banyak juga yang aku repekkan dan banyak juga yang aku kongsikan. Buat sekelian kalinya, harapnya kamu enjoy baca entri kali ini.
8 comments:
hati2 dgn suara ye wanie. dgn suara juga kita dpt kawan. dgn suara juga kita hilang kawan.
dn dgn suara yg dimanja2 dpn lelaki bukan mahram blh jadi fitnah.
;)
mmm..macam mana ye suara wanie.. Kalau dari ape yang wanie cerita tu..layaknya jadi cikgu disiplin..hehehe.. Walau mcm mana pun suara kita..bersyukurlah sebab kita dikurniakan Nya salah satu nikmat yg tak terhingga utk kita kan..jadi jgn salah guna..:)
salam.
cikgu jawe: terima kasih atas nasihat cikgu. benda itulah yang saya pegang sampai sekarang. sy cukup pantang kalau seorg perempuan manjakan suara di hadapan lelaki yang bukan muhrim. rasa macam nak sound je.. tp sound tu biar berhemah dan berhikmah. jgn main sembur je. kang tak pasal2jd gaduh plak
Akak: insyaAllah untuk cuba tidak salahguna. suara sy macam ala - ala suara ning baizura di kala menjerit dan suara kanak - kanak kecil di kala bercakap biasa.. haha...
salam wanie. dari hari tu demam? ni dh ok ke belum? ks harap dh ok ye. ni dh nk balik dh ni. hehe. eh, korang lambat lg. ks yg x lama dh :( jeles ni.
'suara'is everything?^-^
macam mane eh suara cik wani yang jelita ni?
hehe.
sepanjang cuti ni,terngiang-ngiang suara ko kat telinga aku.kikiki..
buat yang tak pernah dgr suara wani, bila korang dpt dengar nnt,pasti akan menggeleng2 kepala sambil berkata "WOW!,indahnye..".
hehe.
alah,nanti jarangla dapat dgr suara ko lagi wani.isk3,sedey..
salam
KS: wah.. tak sangka ks masih sudi menjenguk blog ni. igtkn dh langsung tak nak terlibat lg dgn pape yg berkaitan dgn blog. ape pon, kitorg kat sini sentiasa rindu ks tau!
back to our topic. demam yang paling teruk yg masa mengigau tu la. badan panas bebenar. biasa telan panadol ActiFast sebiji pon dah cukup. Kali ni sampai 4 biji, 2 biji malam, 2 biji esoknya. skang dh sihat alhamdulillah.
jumpe ks kat sana ek! bawak gambar yg patut.. kn ramai yg kahwin. nnt kita kongsi2 tgk gamba.
Pire: suara itu anugerah yang penting dan bermakna. jadi, hargailah suara anda
Fatt: haha.. terngiang - ngiang? iyolah tu. indah sgt la suara aku. susah nak cr org yang betul2 boleh terima aku seadanya macam ni. segala yang baik buruknya aku. macam korg. lama2 pon korg dah boleh terima aku walopon suara aku sangat 'indah'.
nampaknya aku akan sentiasa bertapa ngan ko la supaya ko tak lupa suara aku
Post a Comment