Pages

Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts

Tuesday, December 9, 2008

Wanita Dan Pengorbanan

Assalamualaikum wbt.


**Entri ini panjang. Kalau masih mahu baca, alhamdulillah.



Allahu Akbar.. Allahu Akbar.. Allahu Akbar..
Laailahaillallah Allahu Akbar..
Allahu Akbar walillahilhamd..

Lafaz takbir itu betul - takbir buat hati aku tersentuh. Aku terbaca kat mana entah, sunat kita bertakbir sehingga Hari Tashriq melabuhkan tirai. Selepas solat, bertakbir sendirian amat menguji jiwa ini yang kadang kala melupai Penciptanya. Memuji kebesaranNya, mengakui keEsaanNya dan bertakbir nama AgungNya buat kita sebagai hamba ini sedar betapa kecilnya kita, yang hanya sedikit benar amalannya dan selalu saja lupa tugasan yang diberikanNya pada kita.

Jika ingin berkata tentang pengorbanan, selalu saja kita diingatkan dengan kisah masyhur Nabi Ibrahim A.S dan putera Baginda, Nabi Ismail A.S. Berulang kali kita diceritakan sedari zaman kita tadika lagi. Tapi berapa ramai di antara kita yang benar - benar menghayati erti pengorbanan? Pengorbanan itu konsepnya luas. Dihantar jauh dari keluarga itu juga satu pengorbanan. Belajar bersungguh - sungguh itu juga pengorbanan. Dan aku mahu sekali berkongsi pengorbanan yang sering dilakukan oleh seorang insan yang bergelar wanita.

Wanita. Itu perkataan yang sudah pasti ramai yang mengetahui bagaimana rupanya. Pelbagai penampilannya. Menyoroti sejarah wujudnya Hawa dalam dunia Adam, kita sudah arif tentangnya. Dan aku lebih gemar untuk menulis tentang pengorbanan wanita sekarang, yang hidupnya sezaman dengan aku. Zaman sekarang ini. Istilah pengorbanan untuk seorang wanita itu lahir dari dalam dirinya. Berkorban menutup auratnya, berkorban menjaga tingkah lakunya, berkorban memelihara kehormatannya dan berkorban dari segala sudut yang berkaitan dengan dirinya.

Ramai wanita yang sudah lengkap menutup auratnya. Tapi berapa ramai yang betul - betul menjaga auratnya. Dan berapa ramai yang mengikuti kriteria menutul aurat yang betul. Tak ramai. Aku juga kadang - kadang belum lengkap penutupan auratnya. Aku sekadar berkongsi pemikiranku. Kalau salah, betul - betulkanlah. Aku tertanya - tanya apa sebenarnya fungsi menutup aurat itu? Apa gunanya menutup aurat tapi riuk lentuk tubuh dan bentuk badan seorang perempuan itu masih dilihat oleh seorang lelaki? Apa gunanya menutup aurat jika cucuk hujung rambutnya masih boleh menembusi celah - celah tudungnya? Apa guna memakai tudung walhal Allah sudah beri garis panduan yang seorang wanita itu harus melabuhkan tudungnya hingga menutupi dadanya. Hanya setakat menutup leher tapi dadanya tidak cukup dilindunginya? Adakah hanya istilah menutup aurat itu hanya dengan menutup segala kulit dan bulu roma?

Fungsi menutup aurat itu, selain daripada mematuhi perintah Allah, ia juga bertujuan untuk mengangkat martabat wanita Islam, melindungi seorang wanita dari diganggu oleh golongan Adam dan mengindahkan personaliti wanita itu sendiri. Tapi kalau sudah menutup aurat tapi masih diganggu dan masih diperkatakan oleh lelaki tentang dirinya, masih diusik - usik oleh mereka, masa ini, janganlah salahkan mereka. Sudah fitrah mereka begitu. Tapi sila salahkan diri sendiri kerana memakai pakaian yang istilahnya 'menutup aurat' tapi hakikatnya masih boleh dilihat bentuknya. Itu buat aku keliru. Itu perihal yang sudah dalam kategori menutup aurat. Yang masih belum, mereka pasti lebih mengetahuinya.

Berkorban menjaga tingkah laku. Hurmm.. Aku kuat membebel kali ini. Aku sudah kata, aku kuat membebel. Apatah lagi berkaitan dengan perempuan. Hm.. Ini mewarisi bakat Emak ni. Hehe.. Tingkah laku yang baik bukan bererti kena pencilkan diri. Menjaga tingkah laku itu termasuk tingkah laku antara lelaki dan perempuan. Seorang perempuan yang menjaga tingkah lakunya itu sering mengingatkan dirinya agar 'well behave' apabila berada di keadaan yang ada juga lelakinya. Senang cerita kalau ada lelaki, jaga perangai. Apa kamu rasa kalau seorang itu sudah elok penutupan auratnya, tapi apabila dengan lelaki, tercuit sana, tercuit sini. Yang lelaki kalau dah berada dekat dengan perempuan yang suka mencuit, boleh ke dielak? Aku tak salahkan yang lelaki. Yang silapnya perempuan.

Seorang perempuan itu mestilah jaga tangannya dari mencuit - cuit ni. Dah mencuit pun jangan, apatah lagi kalau tepuk, tampar, pegang memegang dan yang seumpama dengannya. Tak kisahlah serapat mana pun berkawan, itu bukan tiket untuk boleh nak main tepuk amai - amai. Kalaupun mahu console ke, apa ke, itu bukan caranya. Aku ulang : Itu bukan caranya. Dan aku nak cakap seperti orang besar sikit : Perkara yang boleh halalkan semua itu hanyalah PERKAHWINAN. Ha, anak dara Tuan Haji Adnan sudah pandai membebel. Kan aku sudah besar. Huhu.. Bulan depan kan nak naik 22! Huhu..

Kita ini sebagai wanita ada istimewanya. Istimewa seorang wanita ini hanya untuk seorang saja. Yang menjadikan wanita ini istimewa adalah dengan tingkah lakunya yang indah. Lelaki pun tak ada rasa nak mengganggu. Malah mereka hormat lagi. Lepas ini jangan kata martabat wanita itu diperlekeh. Allah sudah meletak martabat wanita itu tinggi tempatnya. Tapi kenapa wanita itu sendiri yang merendahkannya? Tak sanggupkah dia untuk berkorban untuk dirinya sendiri? Dan ini juga kan termasuk dalam erti berkorban untuk agama. Berkorban untuk Allah. Berkorban untuk jalan menuju Allah. Itu juga termasuk bagaimana untuk membina jati diri seorang wanita Islam. Walaupun pengorbanan kita tak sebesar pengorbanan wanita - wanita sewaktu zaman Rasulullah, tapi jika kita pandai menjaga diri, kehormatan dan perilaku, pengorbanan kita juga ada nilainya.

Untuk jadi baik, ia datang dari diri sendiri. Jadi baik itu tak semestinya kena keluar dari sekolah agama baru boleh jadi baik. Habis kasihan pada orang yang bukan keluaran sekolah agama. Sekolah agama itu hanya satu platform. Tapi agama itu satu Deen. Satu cara hidup. Dan cara kita hidup itu kita atur dari diri kita, dari pengalaman dan pembelajaran kita. Cara kita mencarinya, itu bergantung pada kita.

Wanita yang cantik adalah wanita yang teguh pendiriannya, terjaga maruahnya. Wanita yang cantik adalah wanita yang indah luar dan dalamnya. Kecantikan itu kan hak milik setiap insan! Kamu, kamu dan kamu adalah cantik.

Pengorbanan itu satu benda yang kita boleh lakukan. Sebagaimana ibu bapa berkorban untuk kita, begitu juga kita sebagai anak berkorban untuk mereka iaitu dengan cara menjadi anak yang soleh dan solehah. Boleh memudahkan mereka nanti. Sekecil mana pun pengorbanan kita untuk agama, ia tetap dipandang tinggi di sisi Allah SWT. Sudahlah, nanti panjang - panjang, kamu sudah tak mahu baca. Apa pun, Selamat Hari Raya Korban!

Maaf kalau kata - kata aku ini ada buat orang terasa. Aku tak tahu hendak berkias. Aku takut kalau aku terlalu berkias, nanti tak sampai pula apa yang aku mahu sampaikan. Maaf dengan sangat. Maaf dari hujung tudung sehingga hujung stokin. Maaf. Saya minta maaf.

Cerita raya aku tak banyak beza dengan tahun - tahun lepas. Cumanya, baju raya saja yang lain. Hehe.. Dan di bawah ini, jurufoto yang terlibat sepanjang hari raya semalam.


**Selamat Hari Lahir buat kakak aku, Elin. Yang ke berapa tu, aku kurang ingat. Tapi maaf, Elin sudah berkahwin. Huhu..

Monday, August 25, 2008

Belajar menjahit

Assalamualaikum wbt.

Di rumah ada sehelai kain yang panjangnya sesuai sangat untuk dibuat baju kurung. Sudah lama aku lihat kain itu terlipat di dalam bakul. Sebenarnya kain itu kepunyaan Mia, tapi akhirnya aku yang tanya dia sama ada dia masih mahu kain itu atau tidak. Bila dah kata "Ko nak buat baju ke? Buatlah..", apa lagi, aku cakap dengan Emak yang aku nak buat baju daripada kain yang dah 3 tahun lebih terduduk dalam bakul tu.

Dan ceritanya bermula begini....
Hari ini kita hendak belajar menjahit. Menjahit apa? Baju kurung Pahang. Cara membuat baju kurung ini lebih mudah jika hendak dibandingkan dengan membuat baju kurung biasa sebab kekek baju kurung biasa kecil sedikit dan kemungkinan untuk tercicir adalah lebih besar. Jom kita mulakan sesi pembelajaran kita ya..


Alat - alat yang diperlukan : pembaris, pita pengukur, gunting (pastikan mata gunting tajam), kapur, jarum peniti, baju contoh dan kertas minyak bagi sesiapa yang hendak menyediakan polar baju.


Proses menjahit ada 3 peringkat: a) pemotongan kain b) jahit tepi (untuk mengelakkan kain berbulu semasa menjahit c) menjahit

Sesi pemotongan kain

Mula - mula kita bentangkan kain di atas lantai / meja/ mana - mana sahaja asalkan tempat itu cukup besar dan selesa untuk kita memotong kain.

Bentangan kain mesti rata supaya mudah untuk diukur dan dipotong. Gambar di atas hanya untuk ditunjukkan.



Lepas itu bolehlah kita mula mengukur badan si empunya kain atau lebih mudah guna sahaja baju si empunya sebagai contoh. Tapi apa yang aku buat adalah membuat polar baju menggunakan kertas minyak. Bahagian baju kurung yang perlu dipotong : bahagian badan, pesak, kekek, lengan dan jangan lupa kain sarungnya.


Sesi mengukur dan menanda

Sesudah itu, bolehlah memotong kain yang cantik itu mengikut ukuran yang sudah diambil. Kalau guna polar baju, letakkan saja polar yang sudah siap dan gunting mengikut polar tersebut (kira macam tekap je la..).

Inilah bahagian - bahagian baju yang telah siap dipotong dan sedia untuk dijahit tepi oleh mesin penjahit tepi yang laju itu.

Sesi jahit tepi


Kalau dulu Emak aku selalu hantar jahit tepi di kedai. Tapi sekarang di rumah ada sebuah mesin jahit tepi dan ia melancarkan proses menjahit. Semua bahagian kain yang sudah dipotong tadi dijahit tepinya agar memudahkan si tukang jahit untuk mencantumkan bahagian tersebut.

Sesi ini tidak mengambil begitu banyak masa sebab mesin jahit tepi itu sangat laju sehinggakan jika kita tidak begitu yakin untuk handle ia, kain boleh jadi rosak.

Selepas ini bolehlah kita memulakan sesi menjahit.

Sesi menjahit

Mulakan jahitan anda dengan Bismillahirrahmanirrahim. Kemudian lihatlah hasilnya. Tapi hasil jahitan baju aku (bukan aku pun yang jahit, tapi aku punya baju..) belum nampak lagi. Tak tahu cantik tak kalau kain merah jambu itu jadi sepasang baju. Dan lagi satu, aku bakal pakai baju MERAH JAMBU! Merah jambu itu agak terang ok!.. OMG! lol
SELAMAT MENCUBA!

Sunday, August 10, 2008

Suaraku Isihatiku

The human voice consists of sound made by a human being using the vocal folds for talking, singing, laughing, crying, screaming, etc. Human voice is specifically that part of human sound production in which the vocal folds (vocal cords) are the primary noise source. Generally speaking, the voice can be subdivided into three parts; the lungs, the vocal folds, and the articulators. The lung (the pump) must produce adequate airflow to vibrate vocal folds (air is the fuel of the voice). The vocal folds (vocal cords) are the vibrators, neuromuscular units that ‘fine tune’ pitch and tone. The articulators (vocal tract consisting of tongue, palate, cheek, lips, etc.) articulate and filter the sound. [Read more]



Assalamualaikum wbt.

Kadang - kadang suara orang pun kita boleh nilai dalam topik perbincangan seharian kita. Adakah anda perasan tentangnya? Ada yang nyaring. Ada yang kuat. Ada yang perlahan. Ada yang lembut. Ada yang keras. Ada yang serak - serak basah. Ada juga yang iramanya ala - ala dangdut. Tapi kalau tidak pernah bersua muka, merdu suara pun sudah boleh membayangkan keayuan wajah si gadis. Dan kalaupun tidak berjanji setia, garau suara boleh menjadi pembayang kepada kebersihan dan kekemasan wajah si jejaka. Tapi bagaimana kalau suara yang tidak pernah didengar, hanya ratusan pesanan ringkas, mel elektronik bahkan surat - surat tulisan tangan yang menjadi penghubung? Bagaimana agaknya reaksi si pendengar suara. Adakah disambut dengan hilai tawa, titisan air mata ataupun langsung tidak kisah akan suara asalkan empunya diri sudah tetap dengan prinsipnya? Dengan suara apa pun boleh terjadi. Dengan suara keadaan duka menjadi bahagia. Dengan suara hati sedih bertukar gembira. Dengan suara suasana sunyi menjadi gamat semuanya. Itulah kehebatan suara.

Tapi jangan salahkan suara jika frekuensinya membingitkan gegendang telinga. Bukan itu pemiliknya pinta. Anugerah Allah disyukuri seadanya. Dengan suara kita mengenali pemiliknya. Dengan suara kita tahu peribadinya. Dengan suara kita kenal isi hatinya. Dengan suara selami lubuk jiwanya. Jadi bukanlah salahnya jika diberi suara yang tidak menepati andaian kita.

Seperti yang sudah lama mengenali aku, pada saat pertama mendengar suara aku, pasti itu yang membuat mereka tergelak. Suara aku bukan sesedap Dato' Siti Nurhaliza jauh sekali suara artis antarabangsa yang sekarang ini sibuk berebut tempat untuk membuat persembahan di Malaysia. Tapi suara inilah yang aku bawa selama aku hidup di muka bumi Allah ini dengan pelbagai tujuan. Ada yang baik, ada yang kurang baik. Kalau dulu di sekolah, jawatan biro Sukan & Rekreasi menjadikan aku orang yang menjerit memanggil pelajar puteri yang liat untuk bersukan supaya turun ke padang. Tapi setiap kali aku mula menteriakkan diri, aku terberhenti dek suara aku yang aku sendiri tak tahan nak dengar. Itu kisah lama. Sekarang jika ada kejohanan sukan, jika aku yang menyokong, suara akulah yang paling bergema di gelanggang. Dengan suara yang tak berapa nak sedap inilah aku memimpin jemaah solat dan terawikh apabila tiba giliran aku membawanya. Dengan suara ini juga aku merintih, menyuarakan pendapat dan kehendak yang kadang - kadang susah untuk direalisasikan.

Aku pernah beberapa kali kehilangan suara akibat batuk teruk. Sampaikan mahu menjawab telefon pun suara aku tak terkeluar. Tapi waktu itu, itulah suara aku yang paling seksi =). Suara aku ini jugalah kadang - kadang buat aku tersasul, termarah, terketawa, terjerit, terlatah dan segala 'ter' yang melibatkan suara termasuk 'termengigau'! =D

Dengan suara ini aku mendapat sahabat. Dengan suara ini aku mendapat ilmu. Dengan suara ini aku meraih kejayaan yang belum sampai penamatnya. Dengan suara ini aku menjawab salam. Dengan suara ini aku mengalunkan kalimah suci Al Quran. Dengan suara ini aku dekat dengan Rabb. Dengan suara ini jugalah aku melafazkan kalimah agung, aku mengaku tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah.


1: 4 hari lepas, demam panas menyebabkan aku mengigau lewat malam. Bila dengar balik kakak aku cerita, rasa kelakar pula!

2: Olympic Beijing 2008 sudah membuka tirai. Aku tengok Majlis Pembukaan. Sungguh cantik dan teratur.

3: Ini suara aku. Ini entri ke 150. Rupanya sudah banyak suara hati aku yang aku luahkan di sini. Banyak juga yang aku repekkan dan banyak juga yang aku kongsikan. Buat sekelian kalinya, harapnya kamu enjoy baca entri kali ini.

Saturday, April 19, 2008

Salahkah Perigi Mencari Timba?

Assalamualaikum wbt.

Dari semalam aku seolah - olah mati kutu. Tak tahu apa yang perlu dilakukan untuk mengisi cuti yang 5 hari ini. Tahu sebenarnya apa nak buat, cuma booster tak ada. Naik cuti ini banyak saja exam yang menanti, tapi nak study rasa macam penat je. Entah apa yang penat pun aku tak pasti. Bukan buat apa pun.


Jadi malam tadi, hanya aku dengan Aya (eceh! nama lain bagi KS) yang tinggal dalam bilik. Yang lain (Najwa - Fatt, Lia - Emy, Hanim - Dibah dan Reen - Pena) ada potluck dengan group diorang. Aku tengok - tengok web ILuvIslam. Ada satu artikel ni bincang pasal "Salahkah perigi mencari timba?". Dekat situ ada orang tinggalkan link youtube, iaitu Forum Petua Mendapat Pasangan. Aku pun tengoklah.


Penceramah yang diundang pun hebat orangnya. Dr. Fadhilah Kamsah dan Dato' Dr Mashitah Ibrahim. Antara isu yang dibincangkan adalah ciri-ciri lelaki dan wanita yang dicari oleh pasangan masing-masing. Apa yang aku dapat adalah ini:


* Seorang wanita mencari lelaki yang:
  • Bertanggungjawab dan mengambil berat

- Perempuan ini sukakan perhatian. Mereka rasa gembira kalau diri mereka ini dilayan dan diambil berat lebih-lebih lagi daripada orang yang disayang. Mungkinlah disebabkan ciri itu, mereka cenderung untuk mencari pasangan yang mempunyai sifat bertanggungjawab dan mengambil berat.

  • Mempunyai pekerjaan yang tetap

- Perempuan lebih memilih lelaki yang berkerjaya. Tapi ini bukan bermaksud perempuan ni mata duitan atau kaki kikis. Mereka mencari yang jenis itu supaya kehidupan mereka selepas berkahwin itu lebih terjamin. Nanti tak adalah kes suami pinjam duit Ah Long untuk bayar hutang. Kalau terjadi, balik - balik perempuan juga yang tertimpa balanya. Ala, macam dalam cerita - cerita cerekarama tu. Kan banyak je kes - kes macam tu.

  • Beragama dan boleh membimbing

- Memang kalau tanya sesiapa pun, mereka akan kata mereka mencari pasangan yang beragama, baik, soleh. Sebenarnya kalau kita tengok, semua orang sedar akan kepentingan beragama itu. Sampaikan orang yang kurang berpengetahuan pun sedar akan hakikat itu. Tapi, kalau kita hendak mencari yang baik, kita kenalah jadi baik dahulu. Kalau nak dapat yang soleh, kenalah persiapkan diri jadi solehah dulu, betul tak?

  • Berpenampilan kemas

- Ha! Ini salah satu ciri yang rata - rata orang perempuan cari (termasuk aku! =))Aku ni pantang tengok orang tak kemas. Rasa rimas! Kalau tengok lab coat macam belacan tu, rasa nak sound je depan-depan. Tak reti nak jaga kebersihan. Lagi satu, kalau lelaki rambut panjang, ni satu benda yang aku paling allergy sekali. Rasa nak potong time2 tu juga.. Tapi apa pun, bagi lain orang, lain cara penampilan kemas dia.Ikutlah mana yang sesuai..


[ UPDATED ]

Ni aku nak tambah sikitlah. Memandangkan orang kata kenapa ciri lelaki lebih banyak? Nak kata lelaki demand sangat ke? Ni bagi aku la kan.. Sebab aku ni perempuan, tambah ciri ini:

  • Berlaku adil dalam setiap tindakannya

- Aku rasa adil ni perlu. Kalau tak adil, susah kita nak hidup. Dia mesti berlaku adil dalam setiap situasi yang dia hadapi. Dia berlaku adil dengan semua orang yang dia jumpa atau berurusan.

  • Jujur dalam setiap perbuatannya

- Jujur ni tak tahu macam mana nak cakap. Tapi jujur tu semua pun boleh fikir kan..

  • Bijak mengatur perbelanjaan / ekonomi

- Jangan terlampau boros sampai memakan diri. Sampaikan benda yang tak sepatutnya beli pun habis dibelinya. Kena la pandai simpan duit untuk menjamin masa depan. Kalau boros sangat, nanti dah tua nak support hidup macam mana?

  • Tidak berapa banyak cakap

- Tak berapa suka lelaki yang banyak cakap macam perempuan. Aku akui perempuan memang banyak cakap. Itu firah perempuan. Kalau jumpa orang, perempuan mesti cakap. Tapi aku pelik kalau lelaki banyak sangat cakap, tak berhenti-henti. Tak mengapa kalau banyak cakap benda yang berfaedah. Itu aku boleh tolerate lagi. Boleh nak bercakap, tapi beringatlah.

  • Cakap serupa bikin

- Cakap apa - apa pun, biarlah dengan apa yang mampu dibuat. Jangan kalau dah berjanji menggunung pun, tapi akhirnya janji hanya tinggal janji. Just let action speaks more than words. Biar orang nampak hasil dulu daripada orang dengar janji, tapi hasilnya satu habuk pun tarak. Ni umum la. Perempuan pun sama.

* Seorang lelaki mencari wanita yang:

  • Cantik wajahnya dan potongan badannya

- Ni aku percaya ramai saja yang mementingkan ciri ini. Tapi kenalah beringat. Ada orang kata, Cantik sangat pun merana, Kacak sangat pun merana. Kalau agak - agak diri tu dalam range 5/10 atau 6/10, carilah orang yang sama range dengan kita. Tak adalah nanti kita risau kalau pasangan kita tu diambil orang dek kecantikannya.

  • Yakin pada dirinya

- Ni contohnya macam seorang perempuan yang boleh survive tak kira dalam keadaan apa sekali pun. Dia tak kisah apa orang kata atau pandang pada dia. Selagi dia buat perkara yang betul dan tidak melanggar syariat, orang nak kata apa, katalah.

Dr Fadhilah Kamsah kata: Orang lelaki suka pada perempuan yang cantik tapi tak perasan diri dia cantik, dia pandai tapi tak perasan dia pandai dan perempuan itu tidak mengutuk lelaki.

  • Berakhlak dan dari keluarga yang baik - baik

- Akhlak itu adalah cermin diri. Kalau baik akhlaknya, baiklah seluruh kehidupannya. Kalau buruk akhlaknya, maka buruklah kehidupannya. Kata orang, peranan keluarga tu besar dalam membentuk peribadi seorang Muslim.

  • Pandai/Bijak tapi tidak menunjuk-nunjukkan kepandaiannya

- Tak salah untuk jadi pandai. Jadilah pandai kalau nak. Kutiplah seberapa banyak ilmu yang kamu nak kutip, tapi orang kata, depan lelaki, takyahlah seorang perempuan ni tunjuk pandai sangat. Biasa - biasa dah la..

  • Tidak terlalu cerewet dan cemburu tak tentu hala

- Ni pun aku rasa ramai je yang setuju. Kalau cemburu tak tentu pasal, orang pun naik bosan. Kalau tak terangkan, semua still paham kot.

  • Tidak melawan cakap

-Orang lelaki ni suka perempuan yang ikut cakap / dengar kata. Cubalah tanya mana - mana lelaki. Mesti jawabnya lebih kurang. Suka perempuan yang dengar kata. Tapi perempuan kena ingatlah. Nak menurut kata pun, biarlah berlandaskan akal yang waras dan sihat. Jangan main ikut je. Orang suruh terjun lombong, dia pun terus je terjun lombong. Tak mahulah begitu.

  • Bersederhana

- Tak adalah sampai bergaya over sangat. Dari atas sampai bawah semuanya hijau. Sampaikan beg pun nak hijau juga. Kalau bershopping tu, beringat sikit. Jangan sampai penuh kiri kana dengan beg plastik. Jenuh orang nak tolong angkat. Kalau duit sendiri dan tak menyusahkan orang lain, itu lainlah cerita! =)

  • Merangsang kehebatannya (memberi motivasi)

- Memuji atau memberi motivasi bila masa pasangannya berjaya atau susah. Aku tak tahu nak komen lebih - lebih.

  • Taat perintah Allah dan sejuk mata memandang

- Ni semua orang pun cari. Kalau tanya sesiapa pun, antara salah satu ciri wanita, pasti terselit ciri ini. Sejuk mata memandang tu bergantung kepada mata masing - masing. Huhu..

Yang paling penting: Seorang lelaki suka pada seorang wanita yang SEIMBANG. Seimbang dari segi apa? Dari segi agamanya, bijaknya, rupanya, rajinnya, tahu masak sikit - sikit dan seumpamanya. Asalkan SEIMBANG.


Ini apa yang aku dapat dari Forum tu. Tapi bagi setiap individual, aku tak tahu kriteria apa yang mereka pilih. Aku sekadar berkongsi apa yang aku dapat. Sharing Is Caring.


Orang kata lelaki sekarang pemalu dan perempuan sekarang kurang malu. Jadi, salahkah kalau orang aplikasikan Sistem Perigi Mencari Timba? Kalau tengok forum yang aku cakap tu, kamu akan terfikir, salahkah atau tak salahkah?

Di sini aku tinggalkan link ke forum itu. Kalau ada masa, tengoklah : Kongsi


Tips melembutkan hati : Baca ayat ini

Allah Maha Lembut terhadap hamba - hambaNya. Dia memberi rezeki kepada siapa yang Dia kehendaki, dan Dia Maha Kuat Maha Perkasa ( 42: 19 )