Pages

Tuesday, December 9, 2008

Wanita Dan Pengorbanan

Assalamualaikum wbt.


**Entri ini panjang. Kalau masih mahu baca, alhamdulillah.



Allahu Akbar.. Allahu Akbar.. Allahu Akbar..
Laailahaillallah Allahu Akbar..
Allahu Akbar walillahilhamd..

Lafaz takbir itu betul - takbir buat hati aku tersentuh. Aku terbaca kat mana entah, sunat kita bertakbir sehingga Hari Tashriq melabuhkan tirai. Selepas solat, bertakbir sendirian amat menguji jiwa ini yang kadang kala melupai Penciptanya. Memuji kebesaranNya, mengakui keEsaanNya dan bertakbir nama AgungNya buat kita sebagai hamba ini sedar betapa kecilnya kita, yang hanya sedikit benar amalannya dan selalu saja lupa tugasan yang diberikanNya pada kita.

Jika ingin berkata tentang pengorbanan, selalu saja kita diingatkan dengan kisah masyhur Nabi Ibrahim A.S dan putera Baginda, Nabi Ismail A.S. Berulang kali kita diceritakan sedari zaman kita tadika lagi. Tapi berapa ramai di antara kita yang benar - benar menghayati erti pengorbanan? Pengorbanan itu konsepnya luas. Dihantar jauh dari keluarga itu juga satu pengorbanan. Belajar bersungguh - sungguh itu juga pengorbanan. Dan aku mahu sekali berkongsi pengorbanan yang sering dilakukan oleh seorang insan yang bergelar wanita.

Wanita. Itu perkataan yang sudah pasti ramai yang mengetahui bagaimana rupanya. Pelbagai penampilannya. Menyoroti sejarah wujudnya Hawa dalam dunia Adam, kita sudah arif tentangnya. Dan aku lebih gemar untuk menulis tentang pengorbanan wanita sekarang, yang hidupnya sezaman dengan aku. Zaman sekarang ini. Istilah pengorbanan untuk seorang wanita itu lahir dari dalam dirinya. Berkorban menutup auratnya, berkorban menjaga tingkah lakunya, berkorban memelihara kehormatannya dan berkorban dari segala sudut yang berkaitan dengan dirinya.

Ramai wanita yang sudah lengkap menutup auratnya. Tapi berapa ramai yang betul - betul menjaga auratnya. Dan berapa ramai yang mengikuti kriteria menutul aurat yang betul. Tak ramai. Aku juga kadang - kadang belum lengkap penutupan auratnya. Aku sekadar berkongsi pemikiranku. Kalau salah, betul - betulkanlah. Aku tertanya - tanya apa sebenarnya fungsi menutup aurat itu? Apa gunanya menutup aurat tapi riuk lentuk tubuh dan bentuk badan seorang perempuan itu masih dilihat oleh seorang lelaki? Apa gunanya menutup aurat jika cucuk hujung rambutnya masih boleh menembusi celah - celah tudungnya? Apa guna memakai tudung walhal Allah sudah beri garis panduan yang seorang wanita itu harus melabuhkan tudungnya hingga menutupi dadanya. Hanya setakat menutup leher tapi dadanya tidak cukup dilindunginya? Adakah hanya istilah menutup aurat itu hanya dengan menutup segala kulit dan bulu roma?

Fungsi menutup aurat itu, selain daripada mematuhi perintah Allah, ia juga bertujuan untuk mengangkat martabat wanita Islam, melindungi seorang wanita dari diganggu oleh golongan Adam dan mengindahkan personaliti wanita itu sendiri. Tapi kalau sudah menutup aurat tapi masih diganggu dan masih diperkatakan oleh lelaki tentang dirinya, masih diusik - usik oleh mereka, masa ini, janganlah salahkan mereka. Sudah fitrah mereka begitu. Tapi sila salahkan diri sendiri kerana memakai pakaian yang istilahnya 'menutup aurat' tapi hakikatnya masih boleh dilihat bentuknya. Itu buat aku keliru. Itu perihal yang sudah dalam kategori menutup aurat. Yang masih belum, mereka pasti lebih mengetahuinya.

Berkorban menjaga tingkah laku. Hurmm.. Aku kuat membebel kali ini. Aku sudah kata, aku kuat membebel. Apatah lagi berkaitan dengan perempuan. Hm.. Ini mewarisi bakat Emak ni. Hehe.. Tingkah laku yang baik bukan bererti kena pencilkan diri. Menjaga tingkah laku itu termasuk tingkah laku antara lelaki dan perempuan. Seorang perempuan yang menjaga tingkah lakunya itu sering mengingatkan dirinya agar 'well behave' apabila berada di keadaan yang ada juga lelakinya. Senang cerita kalau ada lelaki, jaga perangai. Apa kamu rasa kalau seorang itu sudah elok penutupan auratnya, tapi apabila dengan lelaki, tercuit sana, tercuit sini. Yang lelaki kalau dah berada dekat dengan perempuan yang suka mencuit, boleh ke dielak? Aku tak salahkan yang lelaki. Yang silapnya perempuan.

Seorang perempuan itu mestilah jaga tangannya dari mencuit - cuit ni. Dah mencuit pun jangan, apatah lagi kalau tepuk, tampar, pegang memegang dan yang seumpama dengannya. Tak kisahlah serapat mana pun berkawan, itu bukan tiket untuk boleh nak main tepuk amai - amai. Kalaupun mahu console ke, apa ke, itu bukan caranya. Aku ulang : Itu bukan caranya. Dan aku nak cakap seperti orang besar sikit : Perkara yang boleh halalkan semua itu hanyalah PERKAHWINAN. Ha, anak dara Tuan Haji Adnan sudah pandai membebel. Kan aku sudah besar. Huhu.. Bulan depan kan nak naik 22! Huhu..

Kita ini sebagai wanita ada istimewanya. Istimewa seorang wanita ini hanya untuk seorang saja. Yang menjadikan wanita ini istimewa adalah dengan tingkah lakunya yang indah. Lelaki pun tak ada rasa nak mengganggu. Malah mereka hormat lagi. Lepas ini jangan kata martabat wanita itu diperlekeh. Allah sudah meletak martabat wanita itu tinggi tempatnya. Tapi kenapa wanita itu sendiri yang merendahkannya? Tak sanggupkah dia untuk berkorban untuk dirinya sendiri? Dan ini juga kan termasuk dalam erti berkorban untuk agama. Berkorban untuk Allah. Berkorban untuk jalan menuju Allah. Itu juga termasuk bagaimana untuk membina jati diri seorang wanita Islam. Walaupun pengorbanan kita tak sebesar pengorbanan wanita - wanita sewaktu zaman Rasulullah, tapi jika kita pandai menjaga diri, kehormatan dan perilaku, pengorbanan kita juga ada nilainya.

Untuk jadi baik, ia datang dari diri sendiri. Jadi baik itu tak semestinya kena keluar dari sekolah agama baru boleh jadi baik. Habis kasihan pada orang yang bukan keluaran sekolah agama. Sekolah agama itu hanya satu platform. Tapi agama itu satu Deen. Satu cara hidup. Dan cara kita hidup itu kita atur dari diri kita, dari pengalaman dan pembelajaran kita. Cara kita mencarinya, itu bergantung pada kita.

Wanita yang cantik adalah wanita yang teguh pendiriannya, terjaga maruahnya. Wanita yang cantik adalah wanita yang indah luar dan dalamnya. Kecantikan itu kan hak milik setiap insan! Kamu, kamu dan kamu adalah cantik.

Pengorbanan itu satu benda yang kita boleh lakukan. Sebagaimana ibu bapa berkorban untuk kita, begitu juga kita sebagai anak berkorban untuk mereka iaitu dengan cara menjadi anak yang soleh dan solehah. Boleh memudahkan mereka nanti. Sekecil mana pun pengorbanan kita untuk agama, ia tetap dipandang tinggi di sisi Allah SWT. Sudahlah, nanti panjang - panjang, kamu sudah tak mahu baca. Apa pun, Selamat Hari Raya Korban!

Maaf kalau kata - kata aku ini ada buat orang terasa. Aku tak tahu hendak berkias. Aku takut kalau aku terlalu berkias, nanti tak sampai pula apa yang aku mahu sampaikan. Maaf dengan sangat. Maaf dari hujung tudung sehingga hujung stokin. Maaf. Saya minta maaf.

Cerita raya aku tak banyak beza dengan tahun - tahun lepas. Cumanya, baju raya saja yang lain. Hehe.. Dan di bawah ini, jurufoto yang terlibat sepanjang hari raya semalam.


**Selamat Hari Lahir buat kakak aku, Elin. Yang ke berapa tu, aku kurang ingat. Tapi maaf, Elin sudah berkahwin. Huhu..

9 comments:

Sarah Mohd Shukor said...

very well said!

Shazwani Adnan said...

salam.

KS : Oh! These are all the facts. =)

Anonymous said...

salam.. ohh. mungkin kali ni saya terjumpa entri yang bagus dan amat risaukan bagaimana pentingnya cara menutup aurat. Bagi saya sekarang ini kita telah diduga dengan bermacam pemahaman. Pemahaman itu sebenarnya yang membentuk peribadi manuasia. " Moden lah, kolot lah, buleh lah" n macam2 lagi pemahaman anak muslim kita. Sekurang kurangnya kalau ada sedikit rasa risau dan fahamnya kenapa menutup aurat itu perlu, Allhamdulillah. Itu yang terbaik. 'moga istiqamah'

Acaii Jawe said...

slm, thanks kongsi wanie ye..:) suka baca benda ni..benda yang bukan sedikit yang tahu tapi ramai yang buat2 tak tahu sebenarnya..:) nak tegur kekadang kita bukanlah sempurna mana, cuma yang bleh dilakukan perbaiki diri supaya jadi insan yang lebih baik..:)

.:dura:. said...

thanks atas pengkongsian yg amat bermakna.. belum terlewat utk mengucapkan "salam aidiladha"...:)

HABIHA69 said...

amvoi adik wani nih...hebat..hebat..hebat.. SPASIBA.

Anonymous said...

terima kasih atas peringatan wanie nie. Sekali-sekali ade yg sedarkan bagus jugak..walaupun sebelum nie ade yg kita dah tau..

"Apa kamu rasa kalau seorang itu sudah elok penutupan auratnya, tapi apabila dengan lelaki, tercuit sana, tercuit sini"..malu & sedih sebab akak ade member mcm nie..tapi tak boleh ditegur.:(

entri nie ngan lagu Taubat seorang hamba memang ngam habis. Macam sesi muhasabah diri pulak.

Shazwani Adnan said...

salam.

Magnetic knee :insyaAllah. Itulah kadang - kadang yang menjadi alasab muda mudi zaman sekarang. menjadikan alasan zaman moden ini, manusia sudah berubah.

Mr Acai : Ye la,apa yang kita lihat depan mata, itulah yang kita tegur. Benda yang dah tahu, kita kena selalu ingatkan. Baru itu jadi pedoman. *alamak, dah cakap macam ustazah la plak*

Dura :Selamat Hari Raya. Semoga perkongsian kali ini beri sesuatu yang baik buat kita semua.

Shazwani Adnan said...

Habiha :Bukan niat ingin tunjuk kehebatan. Tapi itulah yang berlaku. =)

Akak : Wanie pun ramai saja kawan yang begini. Sebab nak ditegur susah la, wujudnya entri ini. Biar general saja, tapi bagi yang sedar, alhamdulillah. Sebab nak tegur direct, Wanie pun banyak silapnya. =D