Pages

Thursday, December 11, 2008

Hobi

Assalamualaikum wbt.

Hobi itu maksudnya luas. Bagi aku, hobi itu adalah satu perbuatan atau fi'il yang dibuat ketika waktu lapang. Dan aku ada hobi aku sendiri tapi aku tak pasti itu adalah hobi ke tidak. Kalau nak sebut benda yang aku buat semasa lapang, banyak sangat rasanya. Tapi masa cycle Surgery bulan lepas yang agak tak sibuk, baru aku tahu apa sebenarnya hobi aku. Hehe.. Tapi biasanya hobi aku ni aku buat boleh dikatakan selalu tanpa mengira waktu. Kalau aku rasa aku nak buat, aku buat je.

Kalau aku berada di waktu lapang aku, ada beberapa benda yang aku suka buat.

Pertama : Memasak.

Aku akan memasak makanan yang aku teringin sangat. Hari itu, aku teringin sangat nak makan roti jala dan kari ayam. Jadi buat. Tu yang sampai 6 jam dalam dapur tu. Hehe.. Tapi sampai la ni ada satu kuih tradisional Malaysia yang aku tak berkesempatan nak buat tapi teringin sangat nak makan, iaitu Karipap! Masa raya kat kedutaan Isnin lepas, aku nampak ada yang dapat karipap, tapi bila sampai giliran aku, dah lesap dah. Sedih.

Kedua : Tengok cerita Melayu atau Taiwan yang best jalan ceritanya.

Cerita - cerita ni kalau tak best, aku tak tengok sampai habis. Ini termasuk cerita - cerita realiti tv yang aku rasa berbaloi aku tengok di kala aku lapang. Kalau tak berbaloi, aku rasa buang masa. Tak elok buang masa. Huhu

Ketiga : Berborak/Chatting/Stalking*

Haha.. Kalau berborak tu, memang boleh mengisi masa lapang aku. Kadang - kadang sampai waktu lapang aku terisi dengan sangat efektif. Berborak mengenai kehidupan. Berborak sambil mengorek rahsia kawan - kawan. Hihi.. Kalau chatting tu, mungkin dengan sebahagian orang saja yang aku rasa aku tak stress berborak dengan mereka. Tapi kalau dah betul - betul tak boleh nak layan, aku memang pangkah terus je window ym tu. Ye la, kadang - kadang kalau orang tegur / buzz kita masa kita tengah study, takkan kita nak layan juga kan. Ada pula, kita sudah letak palang merah kat tepi pun, masih juga mahu menegur. Bukan apa, kita ni kenalah hormat privasi orang lain. Mungkin waktu itu, dia tidak mahu diganggu. Mungkin dia tiada di rumah tapi dia terlupa nak sign out ym dia. Tahu - tahu, balik, penuh je skrin dengan window ym yang bertimpa - timpa. Kita ini kenalah pandai membahagikan masa kita untuk perkara yang lebih utama. Orang kata : Which one is priority? Kita jangan salah letak priority tu. Zalim namanya. Tugas utama adalah study. Yang lain tolak tepi.

*Yang stalking ni bukan kerja aku. Tapi kadang - kadang tu ada la juga. Itu pun, orang yang aku kenal. Contohnya menjejak balik senior - senior aku yang pernah aku kenal dulu. But, the most important, I am not a stalker! Huhu

Keempat : Melayan blues dengan hang out bersama rakan - rakan.

Ini kalau tahap kebosanan aku melebihi treshold. Maksudnya, bila aku dah tak tahan sangat nak duduk dalam rumah bertapa. Atau bila semua perkara di atas sudah tak mampu dilakukan. Tapi yang seronoknya bila keluar dengan kawan - kawan yang sekepala ni, kalau bergambar - gambar, banyak juga fotonya. sambil minum - minum, borak lagi, benda tu memang betul - betul mengisi masa lapang aku.

Kenapa blogging tak termasuk dalam senarai hobi aku? Bagi aku, blogging ini bukan satu kemestian. Kalau ada isu yang hendak diutarakan atau kalau aku mahu bercerita dan aku rajin untuk menaip, akan ada la satu entri. Kalau seseronok mana pun kisah hidup aku di sini, tapi tangan aku ni malas sangat nak tekan papan kekunci, maka, kisah hidup itu hanya akan diketahui oleh orang - orang terdekat saja. Kalau nak dikatakan, aku suka membebel. Aku suka menaip. Aku suka bercerita. Tapi bukan setiap kali waktu lapang aku, aku kena berblog. Begitu juga bloghopping. Kalau aku betul - betul rajin di samping aku tiada komitmen yang mengikat aku, aku akan melibatkan diri aku dengan blog.

Tapi satu benda yang buat aku rasa aku kena rajin tulis sesuatu di blog. Boleh teka apa dia? Sebab kawan - kawan dan pelawat - pelawat setia blog aku. Aku selalu berfikir, kasihan mereka kalau mereka melawat, tapi balik kosong sebab tiada apa yang hendak diceritakan. Walaupun aku tak tahu berapa ramai yang datang, tapi aku rasa aku patut melayan mereka dengan cerita aku, meskipun di alam yang bukan aku nampak muka mereka.

Dan satu lagi, belajar itu bukan satu hobi. Itu satu kewajipan. Bukan kata ada masa saja mahu belajar. Belajar kena setiap masa kalau mampu. Hobi ini aku akan buat bila aku rasa aku sudah selesai ulangkaji topik yang aku perlu ulangkaji, atau esoknya cuti, atau sewaktu cuti panjang. Ini termasuk hari cuti hujung minggu aku. Sebab itu, aku tak letak belajar sebagai salah satu hobi aku. Bagi aku, itu mesti ada dalam rutin harian aku. Kalau tak, apa tujuan aku dihantar ke sini?

Ada orang tu kan, pernah bagitahu aku, hobi dia mengingat mimpi malam sebelumnya. Kalau aku, aku juga suka mengingat mimpi aku. Tapi selalunya mimpi aku tak ada susunan yang teratur. Suka melompat - lompat. Ia bukan satu jalan cerita yang lengkap dan logik. Sebab tu aku jarang menceritakan mimpi aku pada orang. Sebab akhirnya kalau aku cerita, orang tu hanya akan gelak saja. Sebab apa? Sebab mimpi aku memang tak logik! Kalau pasal mimpi, kena cerita lain. Sebab cerita mimpi pun panjang juga. Hahaha..

Dua hari lepas, aku ada buat satu test pasal character Disney Princess yang ada hubungkait dengan diri aku. Dan siapa princess tu? Pocahantas! Aku tak pernah tengok cerita ni, tapi aku tahu Pocahantas ni bukanlah sebarang wanita. Dia kuat. Dia tabah. Bukan macam princess lain yang berskirt kembang, atau bertiara. Aku rasa ciri dalam diri dia, ada pada aku. Mungkin tak banyak, sikit pun jadilah. Ini termasuk warna kulitnya yang sedikit gelap jika dibandingkan dengan puteri - puteri Disney yang lain! Haha.. Semoga aku juga kuat dan tabah.


Image hosted by Photobucket.com

Free-spirited and wise. You have a strong passionate spirit that touches and changes all who know you. The wisdom and common sense that you have is really what guides you through life. Even so, you also have a very playful side that loves adventure and excitement.
Which Disney Princess Are You?

**Aku tak tahan baca komen yang diberi. I have a strong passionate spirit? Haha.. Ye ke eden ini begitu? Dan lagi satu, I love adventure? Uu.. Itu satu fakta baru tu.. Hehe..
Tekan sini kalau nak buat.


**Dan aku terima award ni dan Umai. Terima kasih. Boleh tak aku nak simpan sendiri award ni? Macam comel je monyet ni. Siapa nak, kena ketuk pintu rumah dulu, baru aku bagi. Huhu..

13 comments:

Sarah Mohd Shukor said...

Huhu. Tapi KS stalker =p KS stalk blog yg KS rasa orangnya adalah adorable dan boleh beri inspirasi kpd orang lain. Hehe. Aci tak?

Kalau apa Wanie tulis ni Wanie jadikan tag, best jugak kan. Kiranya, Wanie jadi tag-setter la utk yang kali ni. Jus my 2 cents. Paling habis kita boleh tau apa la yg kawan2 kita sokmo buat kan. Huhu.

Sarah Mohd Shukor said...

Ha. Hujung bulan ni silalah masak banyak2. Kalau boleh cukupkan sampai boleh jadi bekal utk KS bila kamu semua takde nanti. *sedih

Anonymous said...

aku skrg jd stalker blog2 photografi. hehe. curi2 skil org punya photo. cantik2 gambar mrk sbb guna dslr. padahal kamera aku cikai2 ajek..

memasak juga hobi aku. :)

Anonymous said...

salam.

hobi pertama kamu sy sungguh minat. Kalo sy bosan2 dan xtw nk wat apa2,mmskla yg jadi peneman sy di rumah kalo keseorangan,heheh..best2

.:dura:. said...

word "stalker"... tetiba mcm dah sinonim bile sy pegang camera... member sy la bg gelaran ni... kureng betoi...

Ain Mardhiah said...

salam
erm, dulu kat sekolah rendah suka buat 'hobi saya membaca'.. sekarang kat u, 'saya takdak hobi.. kalau saya ada masa lapang, saya buat apa yang terlintas kat kepala jer...' huhu... sungguh tak boleh dijadikan contoh.. =P tapi hobi saya mengacau orang kot.. haha~

Hafizuddin Awang said...

wani. belikan kimono laki yerr??

Shazwani Adnan said...

salam.

KS :Haha.. Nak jadikan tag? Kalau ye pun, KS orang pertama Wanie tag. huhu.. Malas la nak tag orang. Kalau orang lain anggap ni tag dan nak buat entri yang sama, buatlah. Hihi..

Apa plak KS. Kan Wanie ada nanti teman KS. Kita main masak - masak.

Cikgu :Wah.. ramai juga rupanya stalkers! Taksangka cikgu pun tergolong juga. hehe..

Khairul :Bagus betul anak Ummi. Pandai memasak. Bukan senang tau nak cari lelaki reti memasak sekarang ni.

Shazwani Adnan said...

Dura :Jadi stalker bila pegang camera? Wow! Anda stalk siapa? Huhu

AInul :Wah. Bahaya tu hobi mengacau orang. Silap haribulan, ada pula periuk melayang hinggap di kepala nanti, dek dibaling dengan orang yang dikacau tu. *gurau saja naa*

Judin : Kimono pe bende nih? Setahu aku kat Arbat atau kat mana - mana tempat kat Moscow ni mana la nak jumpa? Hang ada jumpa ke? Meh habaq mai naa.. Tapi kalau setakat t-shirt gambar Kremlin tu, bersepah kat Arbat. Kalau nak murah lagi, hg g la Partizanskaya. hehe..

Anonymous said...

dah besar² takde hobi yg betul² melekat. Kalau sekarang suka buat yg itu..jadi itulah hobinya..hehehe. Tapi membaca blog² orang malam² ni dah jadi satu kemestian pulak .Susah betul nak ubah yg tu..

Sarah Mohd Shukor said...

Eleh. Teman KS konon. Awal2 dia dah cabut dah :p

Anonymous said...

Hobi saya memang blog ..
Terbaru layan cacing ngan bercucuk tanam dalam pasu...
huhuhuhuhuhu

Shazwani Adnan said...

salam.

Akak : Membaca blog orang? Haha.. Itu juga satu hobi tu!

KS : Hurm.. Itu diorang la KS. Selalu kan tinggal kita macam ni. :(

Zool : Layan cacing? woohooo.. Sekarang hobi ahli rumah saya kat Malaysia tu, layan lintah!