Assalamualaikum wbt.
Keluar berdua saja memang seronok. Dalam masa 3 jam, tak berhenti aku berborak. Padanlah bila aku tak bercakap, semua orang pelik saja. Macam - macam perkara yang kami borakkan. Tentang kehidupan. Tentang masa depan. Tentang diri sendiri. Tanpa ada sebarang rahsia pun. Itu buat kami serasi selalu. Berjalan berdua sambil gelak ketawa. Makan berdua sambil berkongsi cerita. Tanpa ada orang lain hiraukan kita. Kan KS? =)
Bila berbual berdua, banyak perkara rupanya yang hendak dikongsikan. Cerita baik, cerita gembira, cerita yang boleh datangkan ketawa. Ada juga cerita yang buatkan aku terasa macam aku ini sudah besar. Bukan lagi budak hingusan yang ibaratnya kepompong masih duduk di dalam kantungnya. Bukan apa, pendapat yang kami kongsikan itu lebih kepada pendapat tentang masa depan. Itu sebab aku rasa macam orang besar.
Dalam minggu ini saja, sudah 5 orang bertanya pada aku tentang isu cinta, kahwin, masa depan dan perkara yang sama waktu dengannya. Dan untuk menjawab soalan - soalan itu semua, aku selalu tiada jawapan yang spesifik. Dan pada aku, kalau aku mahu menjawab semua soalan itu, aku kena jawab dengan jawapan yang matang.
Sebut pasal matang, bagi aku, tahap kematangan seseorang itu dapat dilihat dengan tindakannya dalam menyelesaikan sesuatu perkara, cara pembawakan dirinya dalam komuniti masyarakat sekelilingnya, cara percakapannya dan penerimaannya terhadap komen orang lain tentang dirinya. Orang pernah kata aku ni seorang yang matang. Tapi sejauh mana kematangan aku pada mata orang lain, aku tak tahu. Apa yang aku tahu, aku masih kebudak - budakan. Suka berborak sambil tergelak - gelak. Cara aku berfikir kadang kala aku sendiri rasa aku ini tak matang. Tapi kalau orang kata aku matang sekalipun, bagi aku, orang sekeliling aku yang mengajar aku untuk jadi begini. Sebab aku ni kan suka tengok orang (observant). Dari situ aku belajar. Ala, kadang - kadang cara aku tulis kat sini pun sudah tunjuk aku ni bukan matang benar orangnya.
Sebenarnya aku lahirkan rasa ketakutan aku pada KS. Aku cakap : Takutlah nak jadi orang besar ni. Banyak benda kena fikir. Itulah aku. Semuanya aku takut. Kan bagus kalau aku ni sentiasa jadi budak kecil yang hanya belajar di skeolah rendah saja. Duduk pun masih boleh di bawah ketiak Emak. Main pun masih boleh berlari - lari di halaman rumah dengan kawan - kawan. Tak pun main ting - ting dengan kakak - kakak. Tak pun, masih boleh main nyorok - nyorok belakang almari atau main buaian bawah pokok jambu. Tapi itulah kehidupan. Kalau ada bayi yang baru lahir, pasti ada yang meninggal. Jika ada orang yang menginjak alam remaja, pasti sang dewasa pula jejak alam tua. Dan sepanjang kehidupan kita ini, kita kena sentiasa ada usaha memperbaiki diri. Berusaha mematangkan fikiran dari segala hal. Itu lebih baik dari asyik memikirkan perkara yang negatif saja.
**5 orang yang bertanya itu semuanya orang yang rapat dengan aku. Terasa kelakar pula bila terpaksa fikirkan jawapannya. Mungkin keadaan itulah yang akan buat aku tersenyum bila aku tua nanti.

13 comments:
awk ni wanie.. dh tua nanti pun blh main teng teng apa. =p
selalu remaja berfikir susah nk jadi dewasa. yg sepatutnya susah hati ialah org dewasa tp perangai dn fikiran mcm bdk2.
insyallah.. dgn ilmu dn pengalaman hidup, awk sbnrnya tlh lbh matang dr sbhgn remaja sebaya awk dn sbhgn org dewasa sekeliling awk.
org kata nk cpt matang, kawen dulu. hiks..
salam. ohh. matang.. bagi saya matang bukan soalnya. semua orang matang dan semua orang tak matang.
Mungkin pada mata orang katanya kita matang. dan mungkin tidak.
Dan kita sahaja tau apa ada pada diri.Persepsi manusia sentiasa berlainan dan berubah.
Cara menyelesai masalah adalah lebih penting berbanding soal matang. Walaupun kita dikatakan tidak matang.
Moga bijaklah menyelesaikan masalah.
Cuma pandangan saya semata mata.
salam
Cikgu :Kawen dulu? Mau Abah sy tunggu kat epot sambil pegang parang! Haha.. Apa pun, saya kena habiskan degree saya dulu. Itu janji sy pada Emak dan Abah.
Tat :Betul juga. Buat apa kita hendak kisahkan kata - kata orang pada kita kan? Pembawakan diri dan asalkan masalah kita selesai, sudah.. Kalaupun dia orang mahu pertikaikan keputusan kita, diorang boleh buat apa. Sudahnya nanti, dia penat, diam la. Hehe..
Masalah itu mainan kehidupan. Saja ujian sedikit buat hambaNya untuk dijadikan kehidupan itu indah.
Salam Wanie,
Kehidupan hari ini,
kehidupan akan datang
adalah realiti
yang penting, kita mesti ada
asas yang kuat
Kehidupan di alam akan datang juga
adalah realiti
Back to Basic dik.
Pegang asas kamu sekuatnya.
salam...
umur sewaktu ini setentunya memikirkan hal2 berikut...
bile sy tgk cousin2 sy yg average umur sebaya dah menempuh alam pertunangan..
uish...sy pun takut jugak utk memikirkan hal2 tu..uhuhu...
kadang2 kita matang pada sesuatu hal, tetapi mungkin x matang pada sesuatu hal... :P
thats sound a bit normal. so aint no worries..
hurm, ape nk buat, umur semakin bertambah, kite semakin membesar dan dewasa. tanggungjwb pon semakin bertambah. semakin umur bertambah, semakin kite menghampiri ajal. semoge kite sentiase menghadapi semua perkare dgn matang =)
salam.
ashar :Terima kasih. Asas saya masih dalam proses peningkatan keteguhannya.
Dura :Wanie pun belum terfikir. Tapi dah orang tanya, mestilah kita kena fikir untuk jawab kan? Hurmm.. Tapi normal la. Umur kita ni sudah makin naik. huhu
ipv6 :May be its normal for certain ppl, but not for others. For me, it still flies over my head, but has not sticked in my mind. once it sticked, then i think i should be worried about it.
firdaus :Ko tu pun sama. naik sem baru ni, semua kena baru. pasang azam baru. semoga berjaya.
sama..sama..!!
kalau boleh ainul pun takmau besar-besar.. nak kekal mantain sebagai kanak-kanak yang tak yah fikir masalah macama-macam.. kerjanya mainnn jer.. Tapi tak best gak.. Banyak benda org besar buat tak dapat nk dibuat oleh kanak-kanak, jadi cancel la hajat di hati.. kesimpulannya, takpelah jadi org besar.. at least kadang2 boleh kembali jdi kanak2 walaupun tak selalu.. hehe...
p/s: saya lebih suka org yang bertanggungjawab dlm keadaan dia yang macam kanak-kanak sedikit matured.. lagi best!
Tapi rasanya, bila dah dewasa dan matang, kemudian main permainan kanak - kanak, baru terasa nikmat dan thrill.
Baru sahaja masuk permainan lari dalam guni, tapi kalah. Gelak ketawa dua hari dua malam tak habis. Itu baru THRILL !
salam
Ainul :betul la awak, kita sama la. suka org yang bertanggungjawab dalam masa yang sama masih kebudak - budakan. =)
Bang Long :haha.. tak dapat bayang kalau sy main lari dalam guni, entah gerak ke entah tidak. hehehe
jadi budak² memang best..sebab takde masalah langsung kat kepala dia..tapi macam Ainul cakap la, tak semua benda dia boleh buat..:). Tapi jadi org yg lebih dewasa pun..best jugak ape..:)
Salam Maal Hijrah Wanie..
salam.
Akak :apa pun, jadi besar ni, ada baiknya.
Post a Comment