Pages

Showing posts with label aku. Show all posts
Showing posts with label aku. Show all posts

Tuesday, March 17, 2009

Kata - kata

Assalamualaikum wbt.

Sekarang ini jam menunjukkan jam 1.02 pagi. Pembacaan aku jadi sangat slow. Mungkin kena stimulate dulu minda agaknya. Jadi aku bercadang untuk menulis sesuatu supaya otak aku aktif sedikit (seaktif sang hamster, Stuart bersukan di tengah malam, di dalam sangkarnya.). Haha.

Tapi aku tertaip panjang lebar lah pula. Kalau rasa mahu baca, semoga ia memberi manfaat.

Kali ini aku ingin sekali berkongsi kisah dengan kamu tentang KATA - KATA. Semua orang berkata - kata bukan? Selagi tidak ditarik nikmat suara, mereka akan berkata atau bercakap. Paling tidak, mengucapkan salam. Tapi tidak semua orang suka bercakap macam aku. Aku sangat suka bercakap. Terutama dengan orang yang rapat dengan aku. Huhu.

Tapi sesedap mana kita bercakap, kita selalu lupa. Kita selalu tidak sedar, yang kesukaan kita bercakap itu kadang kala mengguris hati orang lain. Atau dengan kata lainnya, kadang - kadang kita ini melaser orang seolah - olah mulut kita ini tiada insuransnya. Mungkin pada sesetengah orang, melaser itu adalah sifat dirinya. Dia tidak kisah apa yang orang lain rasa asalkan dirinya puas. Aku sendiri pun pernah mengalami keadaan sebegini. Dilaser sampai aku makan hati. Padahal bukan apa pun. Hati sakit itu memang terjadi. Tapi selalunya aku akan pujuk hati sendiri supaya tidak merasa sakit hati. Aku akan kawal minda aku dengan berkata : Oh, mereka ini bercakap tanpa berfikir panjang. Tak apalah.

Percakapan yang baik adalah percakapan yang lemah lembut, berinfomatif dan tidak menyakiti orang lain. Itu definisi aku tentang percakapan yang baik. Pada orang lain, aku tidak tahu. Kadang - kadang manusia ini selalu saja memandang kesalahan orang lain tanpa mengira kesalahan sendiri yang sebenarnya lebih besar. Dan tanpa usul periksa, main terjah saja. Main sembur saja. Tanpa ada angin ribut, main sedap mulut saja berkata - kata. Tapi kita selalu terlupa. Setiap perkataan yang keluar dari mulut kita ini sebenarnya menggambarkan peribadi kita bagaimana. Jika elok, maka eloklah peribadinya.

Pernahkah kita tengok seorang yang pemarah itu hanya simpan saja perasaan marahnya dalam hati? Tidak kan? Selalu kita tengok kalau dia itu pemarah, dia main sembur saja kemarahannya kepada sesiapa. Dengan mengeluarkan kata - kata yang menyakitkan hati, itu buatkan dia rasa puas. Tapi bagaimana pula dengan orang yang dimarah? Pasti tersimpan dendam dalam hatinya bukan? Manusia ini kalau sudah berdendam, susah jadinya. Lagi satu hal pula si pemarah itu ingin meminta maaf kepada orang yang dimarahkannya.

Ada satu cerita ini yang pada aku, aku nak bawa supaya kamu - kamu tidak melakukan ini. Si A ini suka bergurau. Dia memang suka bergurau dengan kawan - kawannya. Tapi si Z tidak suka. Walhal si A ini tidak pernah mengacau si Z walaupun dia pada hakikatnya suka bergurau. Entah kenapa tiba - tiba saja si Z ini mengeluarkan kata - kata yang tidak sedap didengar dan ditujukan kepada si A. Si Z : Ko ni kenapa? Takde kerja lain ke dok kacau orang? Pada pendapat kamu la kan, apa agaknya perasaan si A ini? Dia tidak mengganggu pun si Z ini tapi dia pula yang kena.

Pada aku, si Z tidak berapa patut la berkelakuan begini. Itu tindakan yang kurang matang. Tidak salah kalau si Z berkata elok - elok : A, ko janganlah buat macam ni. Tak elok bergurau berlebih - lebih ni. Kan ke sopan begitu?

Kita ini jadi manusia biarlah sentiasa bersederhana. Kalau cara kita hidup pun boleh bersederhana, kenapa cara kita bercakap tidak boleh disederhanakan? Hari ini aku ada terbaca satu ayat Al - Quran yang membuatkan aku terasa ingin menulis entri ini. Surah An - Nisa ayat 148 yang bermaksud : Allah tidak menyukai perkataan buruk (yang diucapkan) secara terus terang kecuali orang yang dizalimi. Dan Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui. Dalam konteks ayat ini, maksud orang yang dizalimi itu adalah orang yang dianiaya. Contohnya ketika di dalam mahkamah, dia bercakap keburukan orang yang menzaliminya. Itu maksudnya. Bukan bercakap perkataan buruk setiap masa seperti kita ini setiap masa dizalimi.

Percakapan yang berhemah adalah percakapan yang matang. Percakapan yang matang lahir dari pemikiran yang matang dan sihat. Dan pemikiran yang sihat itu asalnya dari hati yang bersih, yang dididik dengan sifat sabar yang tinggi. Semua perkara yang bagus itu asalnya pasti dari didikan Islam. Jika tiada kesilapan dalam beragama, pasti kehidupan kita gembira saja.

Kalau orang yang tak dikenali datang pada kita, cakap macam - macam tentang kita tanpa dia kenal kita bagaimana, itu macam mana pula? Hurmm.. Pada aku, selagi mana dia tidak melampaui batas yang sepatutnya dia sendiri tahu, aku akan layan dia sebaik dan sewaras mungkin. Selagi dia tidak membangkitkan kemarahan kita, kita jangan marah pada dia. Mungkin ketika itu hormon level dia kurang seimbang. Hehe.. Tak kisahlah apa pun dia mahu katakan tentang kita, dia kata kita nak tunjuk baik lah, dia kata kita macam - macam lah, tapi kita sebenarnya boleh menanganinya dengan fikiran yang waras. Jika dengan berdiam diri lebih mendatangkan kesan yang lebih efektif, maka kita diamlah (maksudnya kalau kita bertikam lidah sekalipun tapi tidak mendatangkan apa - apa tanda perdamaian).

Mungkin ada yang kurang setuju. Ala Wanie, buat apa nak tolerate dengan orang - orang macam ini? Orang dah buat kita macam - macam, takkan kita nak diamkan aje? Hurmm.. Pada aku, ini mungkin satu kelemahan diri aku yang aku sendiri tak boleh nak buang. Mungkin sebab itu aku perlukan seorang untuk tolong lawan balik kalau ada orang datang kacau aku kot? Huhu..

Hati kamu, kamu sendiri jaga. Kalau mahu hati bersih, sentallah dengan apa - apa pun.

Lagi satu, jika ingin mendidik hati, jangan ego untuk mengucapkan maaf dan jangan segan untuk sentiasa berterima kasih. Dua perkara ini boleh membawa kita menjadi hamba yang bersederhana. Bukan susah pun untuk ucapkan Aku Minta Maaf atau Sorry. Bukan payah untuk cakap Terima Kasih atau Thanks. Bukan susah. Cuba buat perlahan - lahan. Nanti lama - lama akan terbiasa. =)

**Bersabar itu sebahagian dari Iman.
**Kata - kata yang terpuji itu lebih sedap daripada makanan yang kamu sediakan. Kalau kamu boleh sediakan makanan yang sedap untuk diri kamu, kenapa kamu tidak boleh mengeluarkan kata - kata yang elok dan terpuji untuk menjaga hati?
**Jangan terjah aku. Aku ada perisai yang kuat untuk menepis kata - kata walaupun setajam mana kata - kata itu boleh mengguris aku. Jangan main - main na! =D
**Kata - kata itu lebih tajam dari mata pisau. Tambah - tambah kalau mata pisau itu tumpul. Kalaulah kata - kata itu boleh buat potong bawang, mesti tiap - tiap hari senang je nak masak. Tak payah guna pisau! Bercakap saja tanpa henti.

Sunday, March 1, 2009

Menangis dan air mata

Assalamualaikum wbt.

Sekadar berkongsi. Tapi panjang.

Menangis itu satu terapi kehidupan. Menipulah kalau seseorang itu kata dia tak pernah menangis. Menangis itu satu cara kita mengeksperikan perasaan kita. Macam budak kecil, dia menangis untuk memberi tanda yang dia lapar ke, dahaga ke. Sebab dia tak mampu untuk memberitahu yang dia lapar.

Dari segi biologinya, air mata kita ini mempunyai fungsinya yang sangat - sangat penting. Pertama, perlindungan kepada mata (protective mechanism) untuk melembapkan mata di samping menepis habuk atau sebarang bendasing dari masuk ke dalam mata. Macam mana ia bertindak? Hurm. Setiap dari mata kita ini, kita ada sejenis lapisan yang dipanggil tear film. Lapisan ini mempunyai beberapa layers yang mengandungi bahan tertentu. Dan ia juga memerlukan oksigen untuk menjalankan aktiviti melembap dan melindung. Bagi pengguna kanta lekap (contact lense), lens itu akan menutup jalan kemasukan oksigen ke dalam mata. Sebab itu, mereka yang menggunakan kanta lekap, kerap mengalami pengeringan dan memerlukan ubat titik yang specifik (special eye drop) untuk melembapkan mata mereka.

Kedua, apabila mata kita diirritate oleh sebarang gas yang kuat atau bendasing yang masuk ke dalam mata. Paling selalu yang masuk ke dalam mata aku adalah bulu mata sendiri. Hehe. Sudah la bulu mata sedikit, selalu pula masuk ke dalam mata. Lama - lama habis nanti. Huhu.. Dan sebab ketiga adalah disebabkan stress. Inilah yang kita kenal sebagai menangis. Stress di sini bukan bermakna stress belajar ke apa ke. Tapi ini bermaksud emosional stress, sakit atau menderita. Kalau cakap pasal menderita ni, mesti kamu terus teringat pada perempuan bukan? Hehe..

Itulah sedikit sebanyak tentang air mata. Dan kalau kamu nak tahu, air mata kita mengandungi sejenis garam. Sebab itu, kalau sesiapa pernah rasa air mata sendiri, dia akan rasa masin. Hihi..

Hurm.. Sesetengah orang kata, air mata ini adalah sejenis senjata bagi perempuan. Benarkah? Aku pun tidak tahu sejauh mana kebenarannya. Tapi apa yang aku lihat, perempuan biasanya mengeksperikan apa yang mereka rasa dengan menitiskan air mata. Untuk orang lelaki, aku tidak pasti pula.

Aku ini dulu jenisnya memang suka menangis. Sikit - sikit nak menangis. Masa duduk asrama dulu, homesick je, menangis. Rindu kat Emak Abah dan keluarga, menangis. Kena brainwash, menangis. Memang selalu la menangis. Orang jawa kata ciwek. Walaupun aku suka menangis, tapi aku paling tak boleh dan tak suka menangis depan lelaki. Tak kisahlah lelaki itu siapa pun, termasuk Abah atau adik lelaki aku.

Selain daripada masa aku kecil, aku jarang menangis depan Abah. Tapi ada sekali aku menangis, masa itu, bila aku tak berpeluang untuk menyambung pelajaran ke Jordan. Dan waktu itu, aku menangis di meja makan. Haha.. Terasa kelakar pula bila teringat balik. Sungguh tak matang betul. Dan kali kedua aku menangis depan umum semasa kelas Anatomi. Bagi ahli kumpulan aku, mereka tahu kenapa aku menangis waktu itu. Itu kali kedua aku menangis depan lelaki. Dan sampai sekarang aku malu bila aku teringat insiden itu. Huhu.

Kenapa aku kata aku tak suka menangis depan lelaki? Pada aku, itu menunjukkan aku lemah. Aku tak mahu nampak begitu. Mungkin pada sesetengah orang, itu bukanlah satu masalah. Pada aku pun, ia bukan satu masalah, cuma aku saja yang rasa begitu. Ye la, aku ini kan complicated. Bukan semua boleh tahan pun dengan aku. Bagi yang tahan, tahniah la. =)

Aku mulakan dengan : menangis ini satu terapi. Kenapa? Ia satu terapi untuk hati kita. Dengan menangis, kita menilai kembali tahap iman kita. Kita buat koreksi diri. Sejauh mana kita berusaha untuk menjadi hamba yang merendah diri kepada Tuhannya. Kalau kita boleh menjadikan airmata kita untuk memujuk dan meminta maaf kepada orang yang sedang marah pada kita, tapi kenapa kita tak boleh pujuk Pencipta kita dengan menangis menyesali diri tatkala kita berbuat salah?

Apabila kita bersendirian dengan Pencipta terutama pada hening malam, tambah lagi dengan menangisi dosa lalu, kita seolah - olah diberi satu nafas baru dalam diri. Kita akan rasa lega, dan bersedia untuk memperbaiki diri. InsyaAllah berkesan. Cubalah.

**Tapi jangan menangisi dan menyesali takdir.
**Kalau ada orang menangis, mesti kita bagi tisu kan? Selain dia lap air mata yang keluar dari mata, dia lap juga air yang keluar dari hidung. Haha.. Ada hubungkait nya. Carilah. :D
**Selawat Syifa juga satu terapi.
**Minggu depan, aku dan rakan - rakan ada final. Subjek Ear, Nose and Throat (ENT). Doakan kami berjaya.

Monday, January 26, 2009

Hari Tua

Assalamualaikum wbt.

Sewaktu kecil dulu, tiada istilah sambutan hari lahir dalam kamus hidup aku. Kami hanya akan sambut hari lahir ahli keluarga yang bulan Disember, dan ia merangkumi semua tarikh lahir seisi keluarga. Kira setahun sekali saja sambutannya. Itupun hanya beli kek sebiji, potong ramai - ramai. Kenapa begitu? Sebab ahli keluarga kami ramai. Sebab itu kami sambut hanya sekali.

Apabila masuk sekolah menengah, cara aku sambut hari lahir sedikit berbeza. Setiap kali tiba hari lahir aku, aku akan berpuasa sunat. Kalau zaman sekolah dulu, bila tiba saja hari lahir, kawan - kawan akan belanja makan. Paling tidak beli makanan di koperasi sekolah. Jadi, bila aku puasa, maka tiadalah sesi belanja makan. Mereka hanya kirim roti potato yang waktu itu berharga RM1.50, tampal sticky note ucap selamat hari lahir dan letak dalam laci meja. Kalau tak roti potato, mereka bagi roti Sweetie coklat atau air kotak susu. Bila buka puasa, makan makanan yang mereka bagi. Kalau tak habis, bawa pergi prep malam.

Aku tak tahu kenapa aku puasa dulu. Tapi ustazah aku pernah cakap, elok kita sambut hari lahir dengan berpuasa. Tanda kita bersyukur dengan kurniaan umur yang Allah beri pada kita. Dan ustazah selalu ingatkan, hari lahir kita tanda kita makin dekat dengan mati. Itu aku selalu ingat. Bila sampai INTEC, ada satu malam itu, Ustazah Nur Bahiyah datang beri ceramah. Berkaitan dengan cinta. Dalam satu sesi itu, ustazah ada beritahu, jika kita (perempuan) mahu seorang lelaki yang baik untuk kita, elok kita berpuasa semasa hari lahir kita dan berdoa semoga kita ditemukan dengan orang yang baik untuk kita. Kadang - kadang kata ustazah, seseorang itu sudah lama berpuasa tapi tak dapat - dapat pun teman yang baik. Kata ustazah, itu semua dugaan. Untuk hambaNya yang bersabar.

Seingat aku, sedari tingkatan 1 aku berpuasa (daripada tak tahu kenapa aku puasa masa itu, sampai mendengar pesanan ustazah aku), tahun lepas aku termiss tak puasa.Tak ingat sebab apa. Memang tak boleh recall.

Ada pernah orang tanya pada aku, kenapa puasa? Susah la orang nak belanja makan. Tapi aku jawab, tak apalah. Ucapan saja pun sudah cukup. Bila dah terbiasa buat sesuatu, susah la kita nak tinggalkan.

Sekarang ini, sejak duduk Moscow, sambutannya sedikit meriah. Ada kek. Ada hadiah. Ada kawan - kawan. Ada pelukan dan ucapan. Itu semua dari kawan - kawan yang rapat. Walau dalam cuti, masih ada ucapan melalui sms yang sampai. Mereka sangat prihatin. Untung aku.

Tapi bila masuk umur yang makin banyak ini, aku makin takut. Takut untuk jadi besar. Banyak perkara harus difikirkan. Banyak hal perlu ditimbangtarakan. Kan seronok kalau umur sentiasa bawah 20 saja. Terasa semalam baru sambut hari lahir ke - 18. Tapi ini hukum alam. Makin lama, makin tua. Makin tua, makin dekat. Makin dekat kita dengan Pencipta.

**Rajin puasa, boleh berpeluang dapat teman yang best! Hihi.. Pahala pun dapat sekali. 2 In 1.

Friday, December 26, 2008

Matang

Assalamualaikum wbt.

Keluar berdua saja memang seronok. Dalam masa 3 jam, tak berhenti aku berborak. Padanlah bila aku tak bercakap, semua orang pelik saja. Macam - macam perkara yang kami borakkan. Tentang kehidupan. Tentang masa depan. Tentang diri sendiri. Tanpa ada sebarang rahsia pun. Itu buat kami serasi selalu. Berjalan berdua sambil gelak ketawa. Makan berdua sambil berkongsi cerita. Tanpa ada orang lain hiraukan kita. Kan KS? =)

Bila berbual berdua, banyak perkara rupanya yang hendak dikongsikan. Cerita baik, cerita gembira, cerita yang boleh datangkan ketawa. Ada juga cerita yang buatkan aku terasa macam aku ini sudah besar. Bukan lagi budak hingusan yang ibaratnya kepompong masih duduk di dalam kantungnya. Bukan apa, pendapat yang kami kongsikan itu lebih kepada pendapat tentang masa depan. Itu sebab aku rasa macam orang besar.

Dalam minggu ini saja, sudah 5 orang bertanya pada aku tentang isu cinta, kahwin, masa depan dan perkara yang sama waktu dengannya. Dan untuk menjawab soalan - soalan itu semua, aku selalu tiada jawapan yang spesifik. Dan pada aku, kalau aku mahu menjawab semua soalan itu, aku kena jawab dengan jawapan yang matang.

Sebut pasal matang, bagi aku, tahap kematangan seseorang itu dapat dilihat dengan tindakannya dalam menyelesaikan sesuatu perkara, cara pembawakan dirinya dalam komuniti masyarakat sekelilingnya, cara percakapannya dan penerimaannya terhadap komen orang lain tentang dirinya. Orang pernah kata aku ni seorang yang matang. Tapi sejauh mana kematangan aku pada mata orang lain, aku tak tahu. Apa yang aku tahu, aku masih kebudak - budakan. Suka berborak sambil tergelak - gelak. Cara aku berfikir kadang kala aku sendiri rasa aku ini tak matang. Tapi kalau orang kata aku matang sekalipun, bagi aku, orang sekeliling aku yang mengajar aku untuk jadi begini. Sebab aku ni kan suka tengok orang (observant). Dari situ aku belajar. Ala, kadang - kadang cara aku tulis kat sini pun sudah tunjuk aku ni bukan matang benar orangnya.

Sebenarnya aku lahirkan rasa ketakutan aku pada KS. Aku cakap : Takutlah nak jadi orang besar ni. Banyak benda kena fikir. Itulah aku. Semuanya aku takut. Kan bagus kalau aku ni sentiasa jadi budak kecil yang hanya belajar di skeolah rendah saja. Duduk pun masih boleh di bawah ketiak Emak. Main pun masih boleh berlari - lari di halaman rumah dengan kawan - kawan. Tak pun main ting - ting dengan kakak - kakak. Tak pun, masih boleh main nyorok - nyorok belakang almari atau main buaian bawah pokok jambu. Tapi itulah kehidupan. Kalau ada bayi yang baru lahir, pasti ada yang meninggal. Jika ada orang yang menginjak alam remaja, pasti sang dewasa pula jejak alam tua. Dan sepanjang kehidupan kita ini, kita kena sentiasa ada usaha memperbaiki diri. Berusaha mematangkan fikiran dari segala hal. Itu lebih baik dari asyik memikirkan perkara yang negatif saja.


**5 orang yang bertanya itu semuanya orang yang rapat dengan aku. Terasa kelakar pula bila terpaksa fikirkan jawapannya. Mungkin keadaan itulah yang akan buat aku tersenyum bila aku tua nanti.

Monday, December 22, 2008

Ni Baru Gaya Orang Bujang!

Assalamualaikum wbt.

Inilah Wanie yang sebenar. Wanie yang sudah tidur selepas Maghrib, kemudian bangun semula pada waktu Isya. Konon - konon mahu habiskan study untuk kelas Therapy esok. Dan saat ini, aku sudah habis satu topik. Tinggal lagi nak ulang lagi sekali. Supaya bila depan patient nanti, tak adalah tak tahu nak tanya apa. Hehe.. Konon - konon je aku ni.

Tadi aku tertidur. Selepas pulang dari menonton perlawanan futsal** di Yugo Zapadnaya. Aku tak tahu kenapa aku penat sangat. Mungkin sebab malam tadi aku tidur lambat kot. Dalam pukul 3 lebih pagi baru aku tertidur. Dan pagi ini, aku bangun awal juga la untuk hari Ahad. Hurm, biasanya memang hari Ahad aku akan bangun awal pun. Sebab ada program. Hehe.. Tapi pagi ini tak jadi pula program tu. Tak apalah. Bila bangun pagi ini, KS bagitahu ada letupan di Moscow. Katanya parentsnya dengar di berita. Aku yang tengah mamai time tu pun, aku cakap : Ooo.. Ye ke? Kat mana? KS : Tak tahu lagi.

Hurm.. Macam - macam la.. Tadi masa aku tidur pun, ada seorang kawan aku ym aku. Katanya, bila dia dengar je berita tu, dia teringat kat aku. Dia pergi blog aku, dan terus ym aku. Maaflah, Najat. Aku tak sempat nak reply ym kau. Aku tengah tidur masa tu. Mata tak larat nak buka. Hehe.. Untuk yang di Malaysia, kami di sini alhamdulillah, masih sihat. Doakanlah keselamatan kami selalu.

Balik pada cerita yang aku mula - mula nak cerita. Bila aku bangun, tahu - tahu sudah pukul 9.15 malam. Memang lama la aku tidur. Sampai pening kepala aku ni. Lepas bersihkan diri dan buat benda yang sepatutnya, aku mula ke dapur. Tahu apa aku buat? Inilah yang aku kata, Wanie yang lama sudah kembali. Hahaha.. Masa nak mula study tadi, perut berbunyi. Hehe.. Lapar la tu maksudnya. Dah la masa tu pukul 10 lebih. Aku ke dapur, tengok semua makanan dah habis. Padahal Sha masak banyak je tadi, tapi sebab sedap sangat, maka habis cepat la. Melopong sajalah orang yang tertidur macam aku ni. Huhu..

Aku tengok - tengok apa benda yang aku boleh masak. Tak ada benda. Nak defrost ayam, malas. Lama nak kena tunggu. Kalau ada microwave, senang la. Itu kalau ada. Tapi masalahnya sekarang tak ada. Bila buka laci kat dapur tu, aku nampak satu peket mi telur kering. Tinggal sikit je. Ah, layan je la. Mi pun mi la. Lepas tu, aku tengok kot - kot la ada perencah apa - apa. Kalau paling tidak pun, perencah nasi goreng pon jadi, aku buat jadi mi goreng, asalkan aku punya perut ni, terisi. Punya la lapar. Godek punya godek, aku terjumpa perencah mi bandung. Ah, apa lagi, mula la aku buat operasi!

Aku memang masak cara orang bujang masak. Semua ikut instruction kat belakang peket tu. Tambah sayur - sayur sikit supaya mi aku tak bosan sangat. Tambah telur dan.. Siap! Haha.. sekejap benar aku masak. Tapi lama sikit la dari masak mi Maggi tu. Ada la dalam 15 minit. Makan mi bandung instant dengan serunding. Memang gaya orang bujang yang duduk rumah sewa. Haha...

Beserta secawan Nescafe, aku rasa aku susah nak tidur malam ni. Tak apa Wanie, banyak lagi benda ko kena baca! Dah nak habis semester ni, rasa tak sabar pula nak tunggu salji turun dengan lebat, lepas tu boleh pergi main ski! Huhuhu..


**Perlawanan futsal Heroes - 3GP. Aku datang, tak ramai pun yang ada. Lepas tengok, balik terus. Huhu..

Sunday, December 21, 2008

Di sebalik Nama

Assalamualaikum wbt.

Kalau orang tanya aku, kenapa nama aku Shazwani, aku jawab aku tak tahu. Sebab aku pernah tanya Emak kenapa Emak dan Abah bagi nama Shazwani, tapi jawabnya tiada yang spesifik. Jadi mungkin nama aku masa itu sangat famous. Hahaha..

Ada orang, bila ditanya kenapa namanya begitu, katanya, emaknya minat penyanyi ini lah. Ditanya pada orang lain, kenapa namaya begitu, jawabnya, gabungan nama emak dan ayahnya lah. Dan macam - macam lagilah. Sejarah nama sendiri itu lain - lain ceritanya.

Nama yang baik apabila maksudnya baik. Dulu aku pernah bagitahu nama yang aku paling suka. Kalau lelaki, yang mulanya dari huruf F dan kalau perempuan, Aisyah. Ini bukan apa. Aku hanya suka. Tiada sebab yang khusus. Dan aku tahu nama yang baik itu yang ada nama Nabi. Dan ada satu nama juga yang aku sangat - sangat suka. Muhammad. Itu nama yang agung. Nama kekasihNya. Aku tinggalkan kisah itu di sini.

Kan selalu orang kata, nama yang dipanggil adalah doa. Maksud nama yang baik itu adalah satu doa. Jadi panggillah nama yang orang itu paling suka. Dia pun redha, kita pun senang hati. Sepanjang aku hidup ini, aku memang mengakui panggilan nama adalah doa. Dulu aku ada seorang kawan. Fahimah Hambari namanya. Budaknya pandai sangat. Sekarang di Adelaide menyambung pengajian perubatan. Fahimah. Yang faham. Memang dia seorang yang faham. Mana taknya, pelajar kesayangan semua guru di SAMBEST. Semua orang kenal siapa Fahimah. Semua cikgu panggil dia Fahimah. Dan memang lah.. Setiap hari cikgu panggil dia Fahimah, cikgu panggil dia, yang faham.. yang faham.. Memang faham sangat - sangatlah. Hehe..

Dulu, sebelum aku masuk Sambest, aku masuk dulu SAMTH (Sek Agama Men Tinggi Hisamuddin) Klang. Dan masa orientasi, kakak fasi tu suruh perkenalkan nama dan nama panggilan yang lain dari yang lain. Bila sampai giliran aku, aku pun cakap lah : Nama saya Shazwani. Boleh panggil Wanie. Kakak tu cakap : Nama lain ada? Wanie kat asrama ni terlalu banyak. Aku pun cakap : Shaz pun boleh la. Kakak tu balas balik : Shaz pun ramai. Hurmm.. Macam nilah. Panggil Azwa boleh? Aku : Ha? Azwa, hurm.. layan je la. (Tapi dalam hati tak suka sebenarnya. Sebab itu bukan aku. Azwa macam terlalu lembut pula untuk aku). Tapi mujur lepas orientasi tu, nama Azwa tu tak lekat pun kat aku. Kalau tak, cuba bayangkan orang panggil aku Azwa? Tak ke pelik bunyi nya.

Nama aku ini satu saja. Hanya Shazwani. Bila orang tanya Shazwani je ke? Tak ada Nur ke Siti ke? Aku jawab tidak. Hanya Shazwani. Pendek dan bermakna. Ceh. Dan ejaannya pun begini. S-H-A-Z-W-A-N-I. Bukan Y tapi H. Nama adik beradik aku pun yang perempuan, semuanya pendek. Hanya satu perkataan tanpa Nur atau Siti. Terima kasih pada Emak dan Abah yang memberi nama yang pendek tapi maksudnya ada. Terima kasih.

Aku pun, kalau nak bagi nama, aku nak bagi nama yang pendek - pendek saja. Yang senang aku mahu menyebutnya di kala aku tua nanti. Tak adalah tergeliat lidah nanti nak menyebutnya. Huhu..

**Shazwani itu maksudnya keharumanku. Harum ke aku nih? =)