Pages

Showing posts with label perasaan. Show all posts
Showing posts with label perasaan. Show all posts

Wednesday, March 25, 2009

Jangkitan

Assalamualaikum wbt.

Terasa lama aku ketandusan idea untuk menulis. Bulan Mac pun dah nak habis. Tapi salji masih turun dengan lebat. Tadi semasa pulang dari kelas, aku terpaksa menahan kesakitan sebab salji yang kecil, tajam dan lebat itu menyerang muka. Hendak berjalan cepat, ia turun dengan sangat lebat menjadikan kaki aku sangat lambat bergerak.

Hari ini tajuk lecture adalah jangkitan dalam sistem saraf (Infection of Nervous System). Makin belajar, makin takut pula aku dengan makhluk Allah yang sekecil - kecil ini. Walaupun kecil, tapi impaknya besar kepada kesihatan manusia. Tak pandai jaga diri, senang benar terkena jangkitan, walaupun kadang - kadang kita tak berbuat apa pun.

Kalau jangkitan itu berlaku disebabkan mikroorganisma, bolehlah kita cari penawarnya dengan izin Allah. Tapi kalau yang menjangkiti kita, terutama hati kita adalah benda yang kita tak nampak, contohnya dosa kecil, kalau tak diubati, makin lama makin membiak. Dan bukan senang mahu mengubati penyakit hati ini.

Sebab susah nak diubatilah, kita kena kurang - kurangkan buat dosa kecil. Aku pun buat juga dosa itu. Kadang - kadang bukan sedar pun kita buat salah, lagi - lagi kalau benda itu sudah menjadi kebiasaan kita, lagilah susah nak betulkan. Antara kebiasaan dan syariat, manusia lebih cenderung untuk memilih kebiasaan dari menegakkan syariat.

Dengan segala nikmat pancaindera, tangan dan kaki yang Allah kasi inilah kita buat segala kesilapan itu. Dengan tangan, kadang - kadang kita membuat kerosakan. Dengan kaki, kadang - kadang kita melangkah ke tempat yang tak sepatutnya. Dengan mulut, kita cakap benda bukan - bukan sampai kadang kala menyakitkan hati orang lain. Dengan mata, kita tengok benda - benda yang tak berfaedah. Kebanyakan perkara salah yang kita buat itu, kita buat dengan nikmat yang Allah beri. Kiranya kita ini tak tahu malulah. Allah dah bagi nikmat, kita gunakannya untuk buat dosa pada Allah.

Kadang - kadang aku terfikir, dalam satu kes ini, kita saja yang boleh bersabar dengan orang. Tapi sejauh mana pula orang boleh bersabar dengan kita? Asyik kita saja yang kena jaga hati semua orang. Hurmm.. Cara paling baik adalah bersabarlah. Allah akan bayar balik sabar kita itu. Kalau orang itu tak layan kita sekalipun, kalau kita ada buat salah dengan orang, kita dengan sedar dirinya minta maaf pada orang itu. Kalau kita rasa kita tak ada salah pun pada orang itu, tak mengapalah. Kita bagi saja sedikit masa pada orang itu supaya dia calm down.

Jaga hati ini susah. Lagi - lagi kalau jaga hati dari sebarang jangkitan. Itu lagi susah. Tapi kalau kita berjaya menjaga hati kita, insyaAllah kita akan sihat saja selalu. Selalulah pujuk hati supaya tidak terjangkit. Pujuklah minda supaya tidak terpengaruh. Pujuklah diri supaya sentiasa bersabar.

**Kerana seekor kuman, satu badan boleh binasa. Kerana sekecil dosa, rosak seketul daging. Dan seperti semua tahu, rosak daging ini, maka binasa jugalah satu jasad. Daging ini adalah ... ? (isi sendiri)
**Di saat - saat begini, apa yang aku fikirkan adalah diri aku. Pentingkan diri sendirikah aku jika begitu?

Tuesday, March 17, 2009

Kata - kata

Assalamualaikum wbt.

Sekarang ini jam menunjukkan jam 1.02 pagi. Pembacaan aku jadi sangat slow. Mungkin kena stimulate dulu minda agaknya. Jadi aku bercadang untuk menulis sesuatu supaya otak aku aktif sedikit (seaktif sang hamster, Stuart bersukan di tengah malam, di dalam sangkarnya.). Haha.

Tapi aku tertaip panjang lebar lah pula. Kalau rasa mahu baca, semoga ia memberi manfaat.

Kali ini aku ingin sekali berkongsi kisah dengan kamu tentang KATA - KATA. Semua orang berkata - kata bukan? Selagi tidak ditarik nikmat suara, mereka akan berkata atau bercakap. Paling tidak, mengucapkan salam. Tapi tidak semua orang suka bercakap macam aku. Aku sangat suka bercakap. Terutama dengan orang yang rapat dengan aku. Huhu.

Tapi sesedap mana kita bercakap, kita selalu lupa. Kita selalu tidak sedar, yang kesukaan kita bercakap itu kadang kala mengguris hati orang lain. Atau dengan kata lainnya, kadang - kadang kita ini melaser orang seolah - olah mulut kita ini tiada insuransnya. Mungkin pada sesetengah orang, melaser itu adalah sifat dirinya. Dia tidak kisah apa yang orang lain rasa asalkan dirinya puas. Aku sendiri pun pernah mengalami keadaan sebegini. Dilaser sampai aku makan hati. Padahal bukan apa pun. Hati sakit itu memang terjadi. Tapi selalunya aku akan pujuk hati sendiri supaya tidak merasa sakit hati. Aku akan kawal minda aku dengan berkata : Oh, mereka ini bercakap tanpa berfikir panjang. Tak apalah.

Percakapan yang baik adalah percakapan yang lemah lembut, berinfomatif dan tidak menyakiti orang lain. Itu definisi aku tentang percakapan yang baik. Pada orang lain, aku tidak tahu. Kadang - kadang manusia ini selalu saja memandang kesalahan orang lain tanpa mengira kesalahan sendiri yang sebenarnya lebih besar. Dan tanpa usul periksa, main terjah saja. Main sembur saja. Tanpa ada angin ribut, main sedap mulut saja berkata - kata. Tapi kita selalu terlupa. Setiap perkataan yang keluar dari mulut kita ini sebenarnya menggambarkan peribadi kita bagaimana. Jika elok, maka eloklah peribadinya.

Pernahkah kita tengok seorang yang pemarah itu hanya simpan saja perasaan marahnya dalam hati? Tidak kan? Selalu kita tengok kalau dia itu pemarah, dia main sembur saja kemarahannya kepada sesiapa. Dengan mengeluarkan kata - kata yang menyakitkan hati, itu buatkan dia rasa puas. Tapi bagaimana pula dengan orang yang dimarah? Pasti tersimpan dendam dalam hatinya bukan? Manusia ini kalau sudah berdendam, susah jadinya. Lagi satu hal pula si pemarah itu ingin meminta maaf kepada orang yang dimarahkannya.

Ada satu cerita ini yang pada aku, aku nak bawa supaya kamu - kamu tidak melakukan ini. Si A ini suka bergurau. Dia memang suka bergurau dengan kawan - kawannya. Tapi si Z tidak suka. Walhal si A ini tidak pernah mengacau si Z walaupun dia pada hakikatnya suka bergurau. Entah kenapa tiba - tiba saja si Z ini mengeluarkan kata - kata yang tidak sedap didengar dan ditujukan kepada si A. Si Z : Ko ni kenapa? Takde kerja lain ke dok kacau orang? Pada pendapat kamu la kan, apa agaknya perasaan si A ini? Dia tidak mengganggu pun si Z ini tapi dia pula yang kena.

Pada aku, si Z tidak berapa patut la berkelakuan begini. Itu tindakan yang kurang matang. Tidak salah kalau si Z berkata elok - elok : A, ko janganlah buat macam ni. Tak elok bergurau berlebih - lebih ni. Kan ke sopan begitu?

Kita ini jadi manusia biarlah sentiasa bersederhana. Kalau cara kita hidup pun boleh bersederhana, kenapa cara kita bercakap tidak boleh disederhanakan? Hari ini aku ada terbaca satu ayat Al - Quran yang membuatkan aku terasa ingin menulis entri ini. Surah An - Nisa ayat 148 yang bermaksud : Allah tidak menyukai perkataan buruk (yang diucapkan) secara terus terang kecuali orang yang dizalimi. Dan Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui. Dalam konteks ayat ini, maksud orang yang dizalimi itu adalah orang yang dianiaya. Contohnya ketika di dalam mahkamah, dia bercakap keburukan orang yang menzaliminya. Itu maksudnya. Bukan bercakap perkataan buruk setiap masa seperti kita ini setiap masa dizalimi.

Percakapan yang berhemah adalah percakapan yang matang. Percakapan yang matang lahir dari pemikiran yang matang dan sihat. Dan pemikiran yang sihat itu asalnya dari hati yang bersih, yang dididik dengan sifat sabar yang tinggi. Semua perkara yang bagus itu asalnya pasti dari didikan Islam. Jika tiada kesilapan dalam beragama, pasti kehidupan kita gembira saja.

Kalau orang yang tak dikenali datang pada kita, cakap macam - macam tentang kita tanpa dia kenal kita bagaimana, itu macam mana pula? Hurmm.. Pada aku, selagi mana dia tidak melampaui batas yang sepatutnya dia sendiri tahu, aku akan layan dia sebaik dan sewaras mungkin. Selagi dia tidak membangkitkan kemarahan kita, kita jangan marah pada dia. Mungkin ketika itu hormon level dia kurang seimbang. Hehe.. Tak kisahlah apa pun dia mahu katakan tentang kita, dia kata kita nak tunjuk baik lah, dia kata kita macam - macam lah, tapi kita sebenarnya boleh menanganinya dengan fikiran yang waras. Jika dengan berdiam diri lebih mendatangkan kesan yang lebih efektif, maka kita diamlah (maksudnya kalau kita bertikam lidah sekalipun tapi tidak mendatangkan apa - apa tanda perdamaian).

Mungkin ada yang kurang setuju. Ala Wanie, buat apa nak tolerate dengan orang - orang macam ini? Orang dah buat kita macam - macam, takkan kita nak diamkan aje? Hurmm.. Pada aku, ini mungkin satu kelemahan diri aku yang aku sendiri tak boleh nak buang. Mungkin sebab itu aku perlukan seorang untuk tolong lawan balik kalau ada orang datang kacau aku kot? Huhu..

Hati kamu, kamu sendiri jaga. Kalau mahu hati bersih, sentallah dengan apa - apa pun.

Lagi satu, jika ingin mendidik hati, jangan ego untuk mengucapkan maaf dan jangan segan untuk sentiasa berterima kasih. Dua perkara ini boleh membawa kita menjadi hamba yang bersederhana. Bukan susah pun untuk ucapkan Aku Minta Maaf atau Sorry. Bukan payah untuk cakap Terima Kasih atau Thanks. Bukan susah. Cuba buat perlahan - lahan. Nanti lama - lama akan terbiasa. =)

**Bersabar itu sebahagian dari Iman.
**Kata - kata yang terpuji itu lebih sedap daripada makanan yang kamu sediakan. Kalau kamu boleh sediakan makanan yang sedap untuk diri kamu, kenapa kamu tidak boleh mengeluarkan kata - kata yang elok dan terpuji untuk menjaga hati?
**Jangan terjah aku. Aku ada perisai yang kuat untuk menepis kata - kata walaupun setajam mana kata - kata itu boleh mengguris aku. Jangan main - main na! =D
**Kata - kata itu lebih tajam dari mata pisau. Tambah - tambah kalau mata pisau itu tumpul. Kalaulah kata - kata itu boleh buat potong bawang, mesti tiap - tiap hari senang je nak masak. Tak payah guna pisau! Bercakap saja tanpa henti.

Wednesday, December 31, 2008

Rapuhnya Hati

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Salah sejahtera ke atas kamu wbt.

Hari ini hari terakhir tahun 2008. Tepat jam 12 malam ini, tarikh akan menginjak ke 1 Januari 2009. Azam aku sudah tentunya bukan semua terlaksana. Dengan keadaan diri yang masih belum cukup bersih hatinya, dengan keadaan di dalam jiwa yang masih kadang - kala menyimpan perasaan buruk, dengan keadaan akal yang masih belum cukup matang dan bersih untuk menilai mana yang baik dan mana yang tidak. Mungkin aku harus sambut hari terakhir tahun 2008 ini dengan keadaan aku sekarang. Rancangan hendak keluar hari ini tidak menjadi. Bangun tidur, tekak sudah merasa perit. Selepas Subuh, mata sudah tak boleh tertutup. Sampai saat ini, aku masih berjaga. Suhu badan mulai naik. Tak apa. Aku seorang yang tabah! Yeah! =)

Aku sebenarnya kecewa jika aku minta pendapat orang lain, bila di hadapan aku, semua butirannya seolah - olah menyokong aku. Tapi sudahnya, di belakang aku, mengucapkan ucapan tanda protes dengan tindakan aku. Semua orang juga pasti begitu. Itu lumrah hati seorang manusia. Aku bukan sempurna di mata sesiapa. Mana ada manusia yang serba sempurna. Para Rasul dan Nabi saja yang ma'sum. Dan apabila sampai berita tanda protes itu pada aku, sudah pasti aku akan meletup. Orang putih kata burst out. Aku ini Wanie. Wanie ini fragile. Walau di luar orang nampak Wanie ini kuat hatinya, di dalam hati Wanie, jika tak diluah, boleh jadi berkulat. Aku tak suka simpan perasaan sangka buruk pada orang. Nanti bila sudah terbiasa, boleh jadi rutin seharian. Maksud rutin itu, apabila tidak dibuat, rasa serba kekurangan.

Aku kalau boleh mahu semua orang gembira. Sebab itu kalau orang datang jumpa aku, sesusah mana pun, aku sebolehnya mahu membantu. Semalam KS tahu bagaimana jalan ceritanya. Setelah setahun berlalu, baru di akhir 2008 segalanya terluah. Tapi terima kasih kepada yang memberitahu. Aku tidak salahkan sesiapa. Memang ini salah aku. Dan sedari awal, aku sudah jangka perkara sebegini akan berlaku. Disebabkan aku boleh jangka la, aku tanya dulu pendapat orang lain siap - siap. Tapi jika pendapat yang diberikan itu menyokong aku, barulah aku ambil tindakan itu. Tapi sudahnya jadi begini.

Aku berfikir semula. Patutkah aku bersikap begini sambil buat tak endah saja kerana aku fikir aku bukan buat benda yang tidak senonoh di khalayak ramai. Cuma pandangan orang saja yang buat benda jadi lebih besar. Bukan aku nak bandingkan aku dengan orang lain, tapi aku tahu bukan aku saja yang buat silap. Hurmm.. Masalah begini selalu saja timbul.

Tapi tak mengapalah. Kalaupun mereka - mereka buat silap dengan aku sekalipun, sudah lama aku maafkan. Bukan aku nak tunjuk bagus, tapi aku tak mahu menyimpan sebarang prasangka dan perasaan benci pada sesiapa. Benda itu semua boleh jadikan hati aku yang sedia kotor ini bertambah busuk. Mungkin dengan begini, orang akan ambil kesempatan pada aku. Aku tahu itu, aku boleh mengandaikannya. Tapi sampai bila orang boleh berbuat begitu? Seramai mana orang yang tak suka aku, aku tahu lebih ramai yang ada untuk menyokong aku. Selagi aku tahu aku bukan buat silap besar, insyaAllah aku akan sentiasa dibantu.

Untuk akhirnya, di hari terakhir 2008 ini, sebelum aku meminta maaf, aku dengan ini sudahpun memaafkan sesiapa saja yang terbuat salah dengan aku tanpa disengajakan. Aku tahu tiada orang yang buat salah dengan sengaja. Dan aku memohon jasa baik kamu memaafkan aku andai aku terbuat silap dengan kamu. Aku minta maaf.

**Fareena, Happy belated birthday. Dah 21 tahun 1 hari dah ko kan? Hahaha.. =P
**Nampak gaya, aku memang akan melepak sajalah malam ini melihat bunga api dari tingkap bilik.
**Ini bukan entri terkilan. Ini entri kesedaran diri. Sekian terima kasih.