Pages

Monday, December 22, 2008

Ni Baru Gaya Orang Bujang!

Assalamualaikum wbt.

Inilah Wanie yang sebenar. Wanie yang sudah tidur selepas Maghrib, kemudian bangun semula pada waktu Isya. Konon - konon mahu habiskan study untuk kelas Therapy esok. Dan saat ini, aku sudah habis satu topik. Tinggal lagi nak ulang lagi sekali. Supaya bila depan patient nanti, tak adalah tak tahu nak tanya apa. Hehe.. Konon - konon je aku ni.

Tadi aku tertidur. Selepas pulang dari menonton perlawanan futsal** di Yugo Zapadnaya. Aku tak tahu kenapa aku penat sangat. Mungkin sebab malam tadi aku tidur lambat kot. Dalam pukul 3 lebih pagi baru aku tertidur. Dan pagi ini, aku bangun awal juga la untuk hari Ahad. Hurm, biasanya memang hari Ahad aku akan bangun awal pun. Sebab ada program. Hehe.. Tapi pagi ini tak jadi pula program tu. Tak apalah. Bila bangun pagi ini, KS bagitahu ada letupan di Moscow. Katanya parentsnya dengar di berita. Aku yang tengah mamai time tu pun, aku cakap : Ooo.. Ye ke? Kat mana? KS : Tak tahu lagi.

Hurm.. Macam - macam la.. Tadi masa aku tidur pun, ada seorang kawan aku ym aku. Katanya, bila dia dengar je berita tu, dia teringat kat aku. Dia pergi blog aku, dan terus ym aku. Maaflah, Najat. Aku tak sempat nak reply ym kau. Aku tengah tidur masa tu. Mata tak larat nak buka. Hehe.. Untuk yang di Malaysia, kami di sini alhamdulillah, masih sihat. Doakanlah keselamatan kami selalu.

Balik pada cerita yang aku mula - mula nak cerita. Bila aku bangun, tahu - tahu sudah pukul 9.15 malam. Memang lama la aku tidur. Sampai pening kepala aku ni. Lepas bersihkan diri dan buat benda yang sepatutnya, aku mula ke dapur. Tahu apa aku buat? Inilah yang aku kata, Wanie yang lama sudah kembali. Hahaha.. Masa nak mula study tadi, perut berbunyi. Hehe.. Lapar la tu maksudnya. Dah la masa tu pukul 10 lebih. Aku ke dapur, tengok semua makanan dah habis. Padahal Sha masak banyak je tadi, tapi sebab sedap sangat, maka habis cepat la. Melopong sajalah orang yang tertidur macam aku ni. Huhu..

Aku tengok - tengok apa benda yang aku boleh masak. Tak ada benda. Nak defrost ayam, malas. Lama nak kena tunggu. Kalau ada microwave, senang la. Itu kalau ada. Tapi masalahnya sekarang tak ada. Bila buka laci kat dapur tu, aku nampak satu peket mi telur kering. Tinggal sikit je. Ah, layan je la. Mi pun mi la. Lepas tu, aku tengok kot - kot la ada perencah apa - apa. Kalau paling tidak pun, perencah nasi goreng pon jadi, aku buat jadi mi goreng, asalkan aku punya perut ni, terisi. Punya la lapar. Godek punya godek, aku terjumpa perencah mi bandung. Ah, apa lagi, mula la aku buat operasi!

Aku memang masak cara orang bujang masak. Semua ikut instruction kat belakang peket tu. Tambah sayur - sayur sikit supaya mi aku tak bosan sangat. Tambah telur dan.. Siap! Haha.. sekejap benar aku masak. Tapi lama sikit la dari masak mi Maggi tu. Ada la dalam 15 minit. Makan mi bandung instant dengan serunding. Memang gaya orang bujang yang duduk rumah sewa. Haha...

Beserta secawan Nescafe, aku rasa aku susah nak tidur malam ni. Tak apa Wanie, banyak lagi benda ko kena baca! Dah nak habis semester ni, rasa tak sabar pula nak tunggu salji turun dengan lebat, lepas tu boleh pergi main ski! Huhuhu..


**Perlawanan futsal Heroes - 3GP. Aku datang, tak ramai pun yang ada. Lepas tengok, balik terus. Huhu..

5 comments:

Sarah Mohd Shukor said...

Wanie! Jealous kamu gi tengok futsal. Jom Simdab nanti? KS teman. Hehe. Eh, lauk banyak lagi kan? Ada dalam kot. KS pun tak makan lagi ni (12.57 am). Lapar ya rabbi :|

Anonymous said...

salam. baru betoi caranya orang bujang. makan tak da hal pnyalah. janji jgn bg gemuk dah.. (junk food)

Shazwani Adnan said...

salam.

KS :Wah, KS ajak Wanie g Sinbad? Ini cukup bagus. Takpe KS, team yang KS sokong tu, hebat. Huhu

Tat :Hehe.. Orang bujang tak semestinya kena makan junk food kan?

Nur Qistina said...

Wanie!haha..tetiba je hari ym wanie tue te'rajin' tgk Buletin Utama kat tv3..sebut je Moscow teringat kat ko..haha..pepun alhamdulillah nothing happens..huhu..merujuk pada ayat ko 'nie baru la Wanie'..pe dh blaku?haha..
rasanya kan coz nk masuk taun baru tue yg masing2 serabut kot..haha..rasa2nyalah..

Ain Mardhiah said...

acece.. nampak sangat akak baru test hidup membujang.. mesti selama ni snagat rajin macam orang yang bujang, ye akak? hehehe...

p/s: ski??? wah, tak sabar nk main gak bulan satu ni.. ^_^