Assalamualaikum wbt.
Dulu, aku pernah ditanya. Satu soalan yang aku kira sangat mencucuk - cucuk. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab aku rasa tercucuk bila ditanya sebegitu. Kisahnya begini...
Aku dahulu ambil SPM di satu sekolah agama. Kalau aku sebut sekolah agama, pasti semua orang pun tahu bagaimana uniform kami dahulu. Berkain hijau, berbaju putih bagi yang bukan berjawatan, dan bertudung. Tudungnya itu bukanlah seperti tudung yang aku pakai sekarang. Tudung aku dahulu rupanya seperti ustazah. Mungkin sebab itu, setiap orang yang keluar dari sekolah agama (seperti aku contohnya) akan digelar ustazah.
Dan ketika aku menjalani persediaan ke timur tengah di PKG, aku masih dengan tudung yang berparas hampir ke punggung dan melepasi siku dan menutupi sehingga ke aras pusat. Sehinggalah aku masuk ke INTEC. Dan aku masih imejnya begitu. Sehingga ada yang menyangka aku ke INTEC tu sebagai pelajar MEP (Middle East Programme). Tapi hakikatnya tidak. Aku budak RP (Russian Programme).Tapi aku itulah dahulunya. Sampailah aku terbang ke sini. Aku jadi lain. Tudung paras - paras yang hanya cukup syaratnya. Dan masa tahun satu itulah, soalan yang buat hati kecil aku tercucuk. Soalan itu ditanya begini : Kenapa imej berubah? Dan betul, sejujurnya aku tiada jawapan untuk itu.
Kenapa aku begini? Aku tahu aku tak patut ada alasan untuk hal ini. Ini bukan perkara yang boleh diwujudkan apa - apa alasan. Aku tahu itu. Aku juga tahu orang pernah tahu bagaimana aku dahulunya. Tapi apa yang aku ingin cakap, dalam keadaan sekarang, aku rasa susah. Itu bukan perkara yang senang. Hidup di negara yang penduduk Islamnya tidak seramai di Mesir atau negara Islam yang lain, cabarannya lain. Cabaran kami di sini lebih kepada cabaran minda dan akidah. Silap dalam pertuturan dan perbuatan, boleh menggugat keteguhan iman dalam hati. Sebab itu aku bilang, bukan mudah duduk di luar negara. Walaupun secara luarannya nampak gembira, tapi kesusahannya lebih banyak. Tak macam kita duduk di kelompok semuanya Islam, yang semuanya boleh faham.
Duduk di sini, aku secara jujurnya banyak berperang dengan perasaan sendiri. Tidak seperti aku duduk di Malaysia dulu. Yang mudah dijaga solatnya. Di shopping complex pun, disediakan tempat solat. Tapi tidak di sini. Di kelompok yang Islamnya sedikit, memang aku selalu saja berada dalam keadaan serba tak kena. Apa - apa yang terjadi di sekeliling, semuanya aku ambil dan tanya balik pada diri. Contohnya, solat yang pernah aku ceritakan dahulu. Dulu aku terfikir, kalau di kelas, bagaimana mahu solat? Aku berfikir -fikir. Dan jalan penyelesaiannya, apa yang aku ambil, solatlah di mana saja, asalkan tempat itu bersih tanpa dicemari najis yang kita boleh nampak. Itu satu contoh. Dan sebenarnya benda beginilah yang buat aku matang (aku rasalah kan..).
Bagi aku, walaupun sekarang aku tidak bertudung paras punggung, apa yang aku pegang sekarang, hukum Allah tetap sama. Di mana - mana pun, aku begini. Memenuhi syarat berpakaian, tidak terlalu mengikut bentuk dan tidak mencolok mata, itu adalah apa yang aku pegang. Aku sekarang dah tak kisah apa orang nak bandingkan aku sekarang dengan aku yang dulu. Aku tahu imej aku yang dulu itu baik, sekarang kurang baik, dan aku tahu aku memang tak ada jawapan yang khusus untuk soalan itu. Minta maaf. Jangan lagi ditanya kenapa aku jadi begini.
Kalau nak kata aku tidak baik, terserah. Aku pun bukan cakap aku ini baik. Memang kalau nak diikutkan, aku ini memang banyak - banyak sangat kurangnya. Bukan seperti emel aku. Bagi yang tahu emel aku, mereka tahu apa yang aku bicarakan. Apa yang aku tahu dan aku faham, aku buat. Sekarang ini, aku tidak mengganggu hidup orang lain, maka tolonglah usah ganggu hidup aku dengan soalan yang sebegini lagi. Siapa yang nak datang pada aku berkongsi cerita atau masalah, datanglah. Tapi aku harap sangat, janganlah ditanya lagi soalan sebegitu yang boleh mencucuk lagi hati aku ini. Tentang soalan itu, sampai sekarang aku masih ingat lagi. Lokasinya di mana, siapa yang bertanya dan masa tu waktu apa dan aku tengah buat apa masa tu. Aku akan ingat sampai bila - bila. Alhamdulillah, terima kasih kepada orang itu yang bertanya. Nampak dia mengambil berat isu begini. Ya, aku rindu aku yang dulu. Dan aku memang tiada sambungan untuk ayat aku yang terakhir tadi.
**Aku masih ingat, aku budak sekolah agama. Walaupun aku begini, aku harap perbuatan aku tidak memalukan budak sekolah agama. Aku tak mahu jadi nila. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
**Kenapa aku tulis begini? Kerana aku ternampak gambar aku yang dulu. Dengan imej aku yang dulu dan rupa aku yang dulu.

4 comments:
Wanie...
.....
sbnrnye kan kak..
situasi akak,nk lebih kurang dengan sy dan apa yang akak alami jugak, nak lebih kurang dengan saya. dan sy juga masih tiada jawapan untuk soalan sebegitu..huhu~
salam.
KS :Iye..
Sakura :Ramai saja yang alami keadaan sebegini. Dan ramai je yang tiada jawapan untuk itu.
btui tu wanie...skrg ni ramai yg bertudung pun,setakat syarat je...yg lainnya mencocok2 jugak,huhu...yg penting wanie still ingat jati diri...dulu raihan pun smpai jadik malas nak ke sekolah lama,sbb selalu lah dgr citer org kutuk2 kita sbb dah xpakai tudung labuh litup...bukan xnak,cuma mmg xdak jwpn utk soalan tu...
Post a Comment