Assalamualaikum wbt.
Aku mengaku aku ini seorang pemerhati. Pemerhati yang kadang - kadang tidak disedari orang. Aku suka perhatikan gelagat, fi'il dan ragam manusia sekeliling aku. Dan golongan yang selalu diperhatikan adalah perempuan. Maaf, aku bukan seperti yang kamu fikirkan. Aku lurus (baca : straight) dan bukan l*****n. Aku perhati sebab aku akan belajar dari situ. Aku fikirkan mana lebih baik untuk dijadikan contoh.
Apa yang buat aku terfikir untuk menulis tentang ini ada dua sebab. Pertama, semalam kawan aku tanya aku : Wanie, kenapa kadang - kadang seorang perempuan itu harap muka saja cantik tapi perangai tak senonoh? Kedua, bila aku bangun pagi ini untuk belajar (sebetulnya malam tadi tertidur, jadi terpaksa bangun awal sangat untuk study!) aku baca blog KS yang bercerita tentang Gadis Melayu - Muslim. Aku pernah menulis tentang ini dulu. Tapi tak apalah. Ini blog aku, suka hati aku lah nak tulis banyak kali ke. Kan?
Baru - baru ini aku ada membaca satu buku yang bertajuk : Jati Diri Wanita Muslimah karangan Dr. Muhammad Ali Al - Hasyimi. Aku rasa macam orang Indonesia sebab perkataan yang digunakan berbaur Bahasa Indonesia. Dan apa yang diterapkan dalam intipati buku itu, adalah bagaimana hendak membina jati diri sebagai seorang muslimah. Cuba teka apa topik yang pertama sekali dibincangkan dalam buku itu? Bahagian 1 : Hubungan Wanita Dengan Rabb-nya. Buku itu nipis saja. Tapi untuk tajuk pertama saja sudah lebih kurang 1/5 dari keseluruhan isi buku. Kenapa ditekankan tajuk ini dari awal? Bila baca sekali imbas, nampak bosan. Tapi kalau baca dengan khusyu', itu buat aku rasa : MasyaAllah, kalau nak dibandingkan aku dengan ciri yang disebutkan, aku sudah jauh ketinggalan. Dengan berbekalkan cerita - cerita para muslimah zaman Rasulullah dulu, fikirlah, kita hanya bukan sesiapa. Jauh benar hendak menepati ciri wanita muslimah. Ada satu ayat : Wanita cantik kalau dihiasi dengan budipekerti yang luhur, penuh dengan adab sopan, dan tinggi akhlaknya, wanita itu bertambah - tambah cantik. Jika wanita itu kurang cantiknya, tapi dalam dirinya lahir akhlak yang terpuji, baik tutur katanya, indah pekertinya, wanita itu akan terserlah manis dn cantiknya.
Istilah cantik ini kata orang satu benda yang subjektif. Susah nak terangkan apa itu cantik di mata mereka. Ada yang kata berkulit cerah itu cantik. Ada yang kata berjari runcing itu cantik, dan ada pula kata bergigi tersusun itu cantik. Tapi rata - rata orang sukakan yang sempurna. Berwajah cerah, berbibir merah, berhidung mancung kening tersusun hitam dan macam - macam lagilah. Dan macam - macam orang lakukan pada diri sendiri untuk kelihatan cantik. Cucuk sana, cucuk sini. Tepek krim itu, krim ini. Pakai baju itu, pakai baju ini. Masing - masing ada caranya untuk tampil cantik.
Tapi kata orang, untuk kelihatan cantik itu boleh. Tapi janganlah sampai membelakangkan hukum. Dalam buku Jati Diri Wanita Muslimah, ada satu ayat yang buat aku tersentuh. Jangan kita buat sesuatu benda hanya kerana mahukan keredhaan manusia tapi menyebabkan kemurkaan Allah SWT. Tak mengapa kita buat sesuatu hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah walaupun manusia pandang kita pelik semacam saja. Memang Allah suka pada benda yang cantik, tapi konteks cantik itu banyak. Tak semestinya kena tepek bedak seinchi, tak semestinya kena pakai baju seketat sarung nangka, dan tak semestinya kena tunjuk benda - benda yang sepatutnya disembunyikan. Aku bukan cakap aku ini sempurna. Aku ini pun banyak silapnya. Banyak lagi yang kena diselidiki dan diperbetul. Manusia ini akan selalu berada dalam proses pemulihan, pembelajaran dan perubahan. Apa yang kita boleh buat, kita buat dulu.
Dulu aku selalu cemburu dengan kecantikan orang. Masa kat sekolah dulu, yang cantiklah akan mendapat perhatian. Yang cantiklah akan menjadi terkenal. Dan yang cantiklah menjadi bahan perbualan. Dan sekarang aku bersyukur aku dijadikan begini. Insan biasa yang serasa aku kurang menjadi perhatian orang kecuali orang yang berada dekat dengan aku. Kurang orang yang bercakap tentang aku di luar. Kurang terkenal yang kadang - kadang boleh buat orang rimas. Aku adalah aku. Insan biasa yang sentiasa gembira hidup dengan dirinya sekarang.
Apa yang ada dalam diri kita, kita syukuri seadanya. Inilah yang terbaik buat kita. Kalau kita fikir kita kurang, fikirlah, ada yang lebih kurang dari kita. Kalau kita rasa kita lebih, register kat minda tu, Allah adalah yang Maha Sempurna. Maka, jadi biasa - biasa sudah.. Huhu..
**Happy 10th Anniversary for Kak Mija + Abang Azrin.
3 comments:
Salam adik wanie..betul tu saya setuju..cantik tu subjektif sifatnya.Cantik tu orang suka dan gemar melihat dari segi Mazohir Syakliah (Kosmetik luaran) jarang ada yang berusaha untuk membugar kecantikan Rohaniah (dalaman) wal hal dari situlah bermulanya kecantikan.Tak guna juga kalau Fizikalnya cantik tapi dalamannya berserabut..adik wanie tentu faham kan yang cantik luaran itu takkan kekal..mengikut usia kita, akhirnya ke tanah jua ia kembali..
salam...br sampai sini...salam ukhuwwah
salam.
Habiha :Hurm.. Betul la.. Hehe..
Mazarina :Salam ukhwah juga. Meh la selalu. huhu
Post a Comment