Pages

Friday, December 12, 2008

Selesema

Assalamualaikum wbt.

Bila dijangkiti selesema ini, semua kerja pun tak jadi. Nak bercakap susah. Nak bernafas, terganggu. Apatah lagi nak menyanyi. Kera sumbang jadinya. Hehe.. Ubat paling berkesan, tidur. Mahu makan ubat selesema, malas. Biasanya ubat selesema ini mengantukkan. Sebab itu aku tak mahu makan. Alih - alih tertidur juga! Sebetulnya aku tak mahu tidur, sebab ada perjumpaan bersama rakan - rakan. Tadi mereka datang, barulah aku tersedar. Kalau tak ada kekuatan, memang malas nak angkat kepala dari bantal.

Diserang selesema di Moscow ini perit sedikit rasanya. Rasa sakit dan tajam mencucuk buat orang tak tahan dengan selesema. Tambah pula, jangka masa diserang itu sedikit lama jika nak dibandingkan dengan jika kita diserang selesema di Malaysia. Maklumlah, sekarang ini cuaca makin sejuk. Sejuk sangat. Kalau berada di luar, kalau hidung terdedah, aku kadang - kadang boleh rasa yang hidung aku sudah tiada deria rasa. Orang putih kata : loss sensation. Bila masuk dalam rumah, hidung jadi tersumbat. Tu yang susah nak bernafas. guna sebelah saja lubang, masa nak puas bernafas. Akhirnya, terpaksa bernafas menggunakan mulut.

Mujur aku mula diserang ini, hujung minggu sudah tiba. Boleh rehat - rehat lebih sikit. Bertapa dalam bilik sambil minum teh panas beserta perahan lemon, memang boleh melegakan selesema ni. Walaupun sebenarnya sekarang ni hari Sabtu pun, aku ada kelas. Petang pula tu. Kalau dah petang, alamat sampai malam lah. Dan kalau sudah sampai malam, semakin sejuklah. Sekarang ini, kalau tak pakai pakaian yang betul - betul proper, memang senang diserang selesema, demam atau yang seangkatan dengannya.


**Tapi aku rasa ni mesti berjangkit dari Dodod ni! Dia yang paling selalu kena selesema. Dan dia la yang selalu juga duduk sebelah aku. Huhu.. Jangan marah naa, Dod!

10 comments:

Abang Long said...

Semua orang ada 'rezeki' sakit masing - masing. Tapi memang betul , kalau sudah telan ubat selesema memang boleh tidur.

Hafizuddin Awang said...

aku kan jarang dpt selesema. aku rasa la kan faktornya kerana aku tak makan buah dan sayur2an. hehe. cubalah.

Ain Mardhiah said...

syafakillah kak wanie... ^_^ ainul tak kena selesema lagi tapi ramai plak yang dah mula terperasan nafas ainul berbunyi time2 winter nihh. huhu.. semput oh semput.. jangan la sampai kena lelah plak kat jordan nih..

.:dura:. said...

ubt actified mmg mengantukkan...
uhuhu...

Shazwani Adnan said...

salam.

Abang Long :Mungkin kali ini giliran saya.

Judin :Tak makan buah n sayur? Dahsyat nye ko.. Padan hg sekeping saja..

Ainul :Jagalah kesihatan awk Ainul. Susah kalau dah mula sakit ni.

Dura : Hurmm.. Saya makan yang tak menyebabkan mengantuk. Tapi akhirnya tertido juga.

Nini Marini said...

salam kak wani..

samalah kita kak.Nini pun baru je diserang demam selsema yang merimaskan skrg..

Dah jadi mcm annual event pulak bg Nini kene demam selsema ni. sebab badan tak tahan sejuk kan.

Hehe,akak jgn lupe makan multivitamin, dan minum air yang boleh tambah antibodi k.

Acilah yea, bakal engineer nak advise bakal doktor.=)

Mazarina said...

take care!

Shazwani Adnan said...

salam

Nini : Terima kasih nasihatkan saya. apa pulak engineer tak boleh nasihatkan doktor? Doktor pun manusia juga..

Mazarina : I will. Thank you.

**Selesema sudah beransur pulih, tapi batuk pula datang menyinggah. Uhuk.. Uhuk..

alchemy said...

ade lg dosa2 yg nk dihapuskan tu... sbb tu batuk plak smpi... =) semoge cpt sembuh.

Shazwani Adnan said...

salam.

Alchemy : Terima kasih.