Assalamualaikum wbt.
Pertama sekali, alhamdulillah. Syukur aku ke hadrat Allah SWT di atas kurniaan kesihatan kembali. Terima kasih bagi yang mendoakan kesihatan aku. Selesema sudah kering. Demam sudah kebah. Cuma batuk masih bersisa. Tak mengapa. Sekurang - kurangnya dapat mengawal sedikit tahap percakapan aku. =) Tapi aku tetap begini. Masih ceria seperti selalu. :D
Kali ini adalah demam aku kedua terlama tempohnya sepanjang hidup aku selepas aku diserang demam campak sewaktu darjah 1 dulu. Kali ini 3 hari badan aku panas. Mana taknya, sebelum betul - betul sihat, aku terpaksa keluar meredah kesejukan demi untuk melaksanakan komitmen yang mesti dilakukan.
Hari pertama (Sabtu) : Aku kena keluar ke kelas Hygiene lewat petang Sabtu. Baliknya terpaksa meredah kesejukan malam.
Hari kedua (Ahad) : Pagi itu, demam sudah tiada. Selesema juga sudah pulih. Jadi aku keluar ke Okhotny Ryad untuk bertemu dengan keluarga kawan aku, di samping memesan buah tangan dari Moscow untuk teman di Jordan sebagai balasan hadiahnya kepada aku. Dapat hadiah hari lahir awal sebulan! Alang - alang sudah keluar, terus saja aku ikut menghantar Amira (tetamu dari Jordan tu) ke lapangan terbang. Masa inilah batuk mula menyerang dan menjadi semakin teruk. Malam tu, selepas melayan tetamu, suhu badan aku naik semula.
Hari ketiga (Isnin) : Aku kena keluar juga untuk ke kelas Therapy. Aku malas nak skip kelas. Selagi mampu, pergi saja. Aku tak mahu ketinggalan di belakang. Balik tu, solat, makan ubat, terus tidur.
Di Moscow, suhu sudah semakin sejuk. Sejuk sangat. Terasa mahu saja duduk di bawah selimut. Badan pun sudah macam dipam - pam. Macam belon. Kalau dulu aku masih mampu untuk menahan kesejukan di bahan leher tanpa mengcover, tapi sejak baru baik demam ini, aku selalu dengan muffler aku. Walaupun bertudung, kesejukan masih mampu menyelinap. Jadi, demi kesihatan aku di masa akan datang, aku menggunakan khidmat muffler. Kamu tahu kan muffler pakai di mana? Jangan pakai di kaki pula ye! =)
**Terima kasih kepada kawan - kawan yang sangat - sangat mengambil berat. Terima kasih banyak - banyak.
**Selamat hari lahir untuk adik aku, Muhammad Asyraf Adnan @ Mamat yang akan menyambut hari lahirnya yang ke - 20 esok (17 Disember).
**Aku banyak nak cerita. Tapi tak mampu nak tulis. Banyak sangat..
7 comments:
Alhamdulillah..jaga diri ye.
Kesihatan beransur pulih.
Diketika ini, berapakah darjah suhu disana ?
huh, mmg xdinafikan...byk sgt cerita! umpama train yg xjumpa stesen perhentiannya..haha..main2 je :P
kau kan sahabat, teman baik dinner aku ;)
alhamdulillah, aku happy kau dh sihat semula :D
salam
Akak : Alhamdulillah. Terima kasih akak.
Abang Long : Hari ini suhu -7. Sejuk. Semalam -6 dan turun salji. Air 5 liter yang dijual di pasar pun beku. Hihi
Fareena : Haha.. Tapi sakit - sakit aku pun, selera makan tak kurang. Lagi naik berat aku adala.. Aku pun happy aku dah sihat.
moga cepat sembuh!
السـَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ
Salam Persahabatan
Tahniah, info yang cukup menarik dan bermaklumat
Sahabat yang dimuliakan Allah,
Jika ada kelapangan masa, singgah- singgah sebentar ke blog saya .
Sekian, terima kasih
salam
Ainul : Sudah sihat pun. Tq Allah
Ustaz : insyaAllah
Post a Comment