Pages

Sunday, March 1, 2009

Menangis dan air mata

Assalamualaikum wbt.

Sekadar berkongsi. Tapi panjang.

Menangis itu satu terapi kehidupan. Menipulah kalau seseorang itu kata dia tak pernah menangis. Menangis itu satu cara kita mengeksperikan perasaan kita. Macam budak kecil, dia menangis untuk memberi tanda yang dia lapar ke, dahaga ke. Sebab dia tak mampu untuk memberitahu yang dia lapar.

Dari segi biologinya, air mata kita ini mempunyai fungsinya yang sangat - sangat penting. Pertama, perlindungan kepada mata (protective mechanism) untuk melembapkan mata di samping menepis habuk atau sebarang bendasing dari masuk ke dalam mata. Macam mana ia bertindak? Hurm. Setiap dari mata kita ini, kita ada sejenis lapisan yang dipanggil tear film. Lapisan ini mempunyai beberapa layers yang mengandungi bahan tertentu. Dan ia juga memerlukan oksigen untuk menjalankan aktiviti melembap dan melindung. Bagi pengguna kanta lekap (contact lense), lens itu akan menutup jalan kemasukan oksigen ke dalam mata. Sebab itu, mereka yang menggunakan kanta lekap, kerap mengalami pengeringan dan memerlukan ubat titik yang specifik (special eye drop) untuk melembapkan mata mereka.

Kedua, apabila mata kita diirritate oleh sebarang gas yang kuat atau bendasing yang masuk ke dalam mata. Paling selalu yang masuk ke dalam mata aku adalah bulu mata sendiri. Hehe. Sudah la bulu mata sedikit, selalu pula masuk ke dalam mata. Lama - lama habis nanti. Huhu.. Dan sebab ketiga adalah disebabkan stress. Inilah yang kita kenal sebagai menangis. Stress di sini bukan bermakna stress belajar ke apa ke. Tapi ini bermaksud emosional stress, sakit atau menderita. Kalau cakap pasal menderita ni, mesti kamu terus teringat pada perempuan bukan? Hehe..

Itulah sedikit sebanyak tentang air mata. Dan kalau kamu nak tahu, air mata kita mengandungi sejenis garam. Sebab itu, kalau sesiapa pernah rasa air mata sendiri, dia akan rasa masin. Hihi..

Hurm.. Sesetengah orang kata, air mata ini adalah sejenis senjata bagi perempuan. Benarkah? Aku pun tidak tahu sejauh mana kebenarannya. Tapi apa yang aku lihat, perempuan biasanya mengeksperikan apa yang mereka rasa dengan menitiskan air mata. Untuk orang lelaki, aku tidak pasti pula.

Aku ini dulu jenisnya memang suka menangis. Sikit - sikit nak menangis. Masa duduk asrama dulu, homesick je, menangis. Rindu kat Emak Abah dan keluarga, menangis. Kena brainwash, menangis. Memang selalu la menangis. Orang jawa kata ciwek. Walaupun aku suka menangis, tapi aku paling tak boleh dan tak suka menangis depan lelaki. Tak kisahlah lelaki itu siapa pun, termasuk Abah atau adik lelaki aku.

Selain daripada masa aku kecil, aku jarang menangis depan Abah. Tapi ada sekali aku menangis, masa itu, bila aku tak berpeluang untuk menyambung pelajaran ke Jordan. Dan waktu itu, aku menangis di meja makan. Haha.. Terasa kelakar pula bila teringat balik. Sungguh tak matang betul. Dan kali kedua aku menangis depan umum semasa kelas Anatomi. Bagi ahli kumpulan aku, mereka tahu kenapa aku menangis waktu itu. Itu kali kedua aku menangis depan lelaki. Dan sampai sekarang aku malu bila aku teringat insiden itu. Huhu.

Kenapa aku kata aku tak suka menangis depan lelaki? Pada aku, itu menunjukkan aku lemah. Aku tak mahu nampak begitu. Mungkin pada sesetengah orang, itu bukanlah satu masalah. Pada aku pun, ia bukan satu masalah, cuma aku saja yang rasa begitu. Ye la, aku ini kan complicated. Bukan semua boleh tahan pun dengan aku. Bagi yang tahan, tahniah la. =)

Aku mulakan dengan : menangis ini satu terapi. Kenapa? Ia satu terapi untuk hati kita. Dengan menangis, kita menilai kembali tahap iman kita. Kita buat koreksi diri. Sejauh mana kita berusaha untuk menjadi hamba yang merendah diri kepada Tuhannya. Kalau kita boleh menjadikan airmata kita untuk memujuk dan meminta maaf kepada orang yang sedang marah pada kita, tapi kenapa kita tak boleh pujuk Pencipta kita dengan menangis menyesali diri tatkala kita berbuat salah?

Apabila kita bersendirian dengan Pencipta terutama pada hening malam, tambah lagi dengan menangisi dosa lalu, kita seolah - olah diberi satu nafas baru dalam diri. Kita akan rasa lega, dan bersedia untuk memperbaiki diri. InsyaAllah berkesan. Cubalah.

**Tapi jangan menangisi dan menyesali takdir.
**Kalau ada orang menangis, mesti kita bagi tisu kan? Selain dia lap air mata yang keluar dari mata, dia lap juga air yang keluar dari hidung. Haha.. Ada hubungkait nya. Carilah. :D
**Selawat Syifa juga satu terapi.
**Minggu depan, aku dan rakan - rakan ada final. Subjek Ear, Nose and Throat (ENT). Doakan kami berjaya.

11 comments:

Anonymous said...

ye wanie :) menangis itu satu terapi. rs lega bila dpt menangis. akak br je lps menangis sejak blik dr kursus. atas satu insiden yg agak hebat antr akak dgn my mama :p bila jumpa mr.snm, dok la meraung2 smpi dia mcm pelik sbb tiba2 akak jd cmni. lpstu br akak dpt kesan knp akak menangis agak terover2 :p sbb PMS rupanya. ciss..lpstu bila dh emosi stabil, alal dgn my mama pun dh kamceng balik. abah akak ckp "podo wa'e"..teheheheheh :p

Shazwani Adnan said...

salam.

snm : Laa.. itu je ke. Keke... Takpe kak. Yang penting, semua dh ok kan sekarang? Hihi

Gadis.. said...

betul tu wani, aku pun selalu nangis bila aku betul-betul rasa tak tahan nak pendam. aku banyak menagis, mungkin menangisi takdir, YaAllah terukan aku. aku ada menceritakan sedikit sebanyak kisah hidup ku, kalau senang berkunjungla gadis87.blogspot.com

nurunnuha said...

wanie..
bulu mata jatuh sebab ada orang rindu, kan? ehem2.. :D

setuju, menangis itu satu terapi.. :)

Shazwani Adnan said...

salam

Gadia : Jadikan diri itu kuat. Kadang2 itu mungkin bukan menangisi takdir, tapi cara kita meluahkan apa yang terpendam. Semoga kamu ok saja. =)

Nuha : Emak kot yang rindu. Hehe.. Termasuk dlm mata tu mungkin sebab selalu gosok mata kot.

Miss F said...

Salam..
Wanie...
Kalau tak silap:
lembab = lambat

ejaan yg betulnye, lembap =)
Cube try test:
kelembapan or kelembaban???
hehe

Shazwani Adnan said...

salam

PinkLady : Betul la. Padanlah masa taip tu, ada something wrong goes somewhere. Itu rupanya. Hurmm.. Typing error is noted. Dah diperbetul. Terima kasih. =)

alchemy said...

aku rs setakat ni menangis plg best bile solat qiam... menyesali dosa2... lg 1 bile Allah bg kite ni'mat... bersyukur... laki ni jrg nanges. xbyk sbb depa nk nanges. slh 1 sbb laki nanges adalah bertaubat...

RieNa.YuMi said...

nanges sikit2 sudah...jgn sampai meraung meratap...tak baik jadi nya...

:)

Anonymous said...

울지마...jgn nanges~~

Shazwani Adnan said...

salam

Firdaus : Baguslah tu. Setidak2tidaknya masih ada lg rasa ingin bertaubat dalam diri. Bukan tunggu dah tua baru nak bertaubat

Riena Yumi :tak kot. Setakat sob2 je.. hehe

Pire : mana ada nangis