Pages

Monday, March 9, 2009

Salam Maulud

Assalamualaikum wbt.

Sempena Maulidurrasul yang jatuh pada hari ini, muslimat menyambutnya dengan sederhana saja tapi meriah. Dimulakan dengan merenteti sejarah kelahiran Rasulullah SAW pada 12 Rabiul Awwal Tahun Gajah, pengacara majlis pandai mengendalikan majlis. Begitu banyak keajaiban yang berlaku ketika kelahiran Baginda. Sebab Baginda terlalu istimewa dan Bagindalah KekasihNya.

Kemudian dihidangkan dengan nasyid tentang Rasulullah. Diikuti dengan tayangan video yang disediakan. Video itu berkisar tentang kehidupan Rasulullah dan susah payah Baginda mengerjakan urusan dakwah. Dan diikuti nasyid kedua dari juara sambutan Women's Day semalam. Soutul Alam. Hehe..

Selepas itu, tayangan video selawat Qasidah Burdah. Sebelum itu kami diperdengarkan sejarah wujudnya selawat ini. Selawat Qasidah Burdah ini diikuti oleh semua orang walaupun ada yang tidak berapa tahu iramanya, contohnya aku. Hehehe.. Iramanya sekarang kan sudah terdapat pelbagai jenis. Dan alunan selawat ini buat aku bergenang air mata. Terasa seperti kekurangan sesuatu untuk bergelar ummat Muhammad. Berbekalkan kalimah Laailahaillallah, terasa dekat benar dengan Baginda, walaupun masih belum betul - betul mengamalkan sunnah Baginda.

**Hari ini mood Maulud sangat seronok.
**Membaca hari ini tak masuk pun. Perut sakit benar. Silap makan agaknya. Akhirnya tertidur saja.

14 comments:

Anonymous said...

tak yah berseronok. kalu sakit masuk tido jer.

sambut maulud konon.

Shazwani Adnan said...

salam.

Ahmad Din : Saya sudah lama perhatikan kamu. Kamu ini kalau mahu memberi komen, beri la komen yang membina sedikit. Bukan salah menyambut maulud dengan berselawat dan mengenang sirah. Walau sakit, itu bukan alasan untuk tidak sertai aktiviti begini. Sekurang-kurangnya kami di sini masih mengingati tarikh - tarikh penting dalam kalendar hijrah Islam walaupun tiada satu pun media di Rusia ini mengingatkan tentang tarikh 12 Rabiul Awwal.

Kamu ini sudah melebihi batasa yang patut kamu kawal. Saya orangnya bukan suka melenting tak tentu pasal. Saya lebih suka bersikap rasional lebih2 lagi kepada orang yang tidak saya kenali. Mulanya saya hormat pada awak. Tapi bila awak dah tunjuk yang awak ini menulis tanpa berfikir sedalamnya, maaflah, rasa hormat saya berkurang.

Lagipun, ini blog saya. Jadi, hak saya untuk bercerita apa yang saya rasa dan saya fikir. Saya tak pernah minta semua setuju pada pendapat saya. Saya harap awak faham.

Kalau dengan menulis begini dengan harapan untuk melihat saya melenting, minta maaf, awak salah orang untuk berbuat demikian. Saya orangnya tak suka marah2 orang lain. Awak sudah silap orang.

Anonymous said...

tadi ckp sy org baru. pas tu dah lama perhatikan sy. kenyataan bercanggah.

batasan apa yg saya dah lebih?.

mekasih. sekurg2nya dulu awak hormat saya. fikiran sy mmg tak berapa dlm. maaf la. lain kali sy akn fikir dalam2.

dulu awak tak suka melenting. tp skrg awak dah mula melenting. sy tak terlibat.

tp sy setuju dgn semua pendapat awak.

tk per. sy terima maaf awak.

Shazwani Adnan said...

Saya membalas ini bukan kerana apa. Saya membalas komen awak sebab saya tunjukkan rasa hormat kepada semua pembaca saya.

Pertama sekali saya berterima kasih pada awak kerana sudi membaca blog ini. Kedua, saya perhatikan awak sejak kali pertama awak memberi komen di sini. Itu maksud saya yang saya sudah lama perhatikan awak. Maksud saya yang awak ini orang baru sebab awak baru saja memberi komen. Mungkin selama ini awak hanya jadi silent reader.

Saya tak kata saya sedang melenting. Dan saya juga tak kata kalau saya melenting, ianya disebabkan awak. Cuma saya rasa terkilan kenapa komen awak berbunyi : Sambut maulud konon. Itu yang buat saya terfikir, salahkah jika kami berbuat demikian? Hurmm..

Tak mengapalah.

Anonymous said...

terima kasih sbb baca blog ni?. tak yah. sy bkn baca pon. lalu jer.

terkilan?. sy mmg suka org terkilan ngan saya. lain kali terkilan lah lg.

ok la. sy takkan guna perkataan 'konon' lg.

Sarah Mohd Shukor said...

Kalau tahu diri tu tak baca, jangan nak komen lebih2 yang sikitpun tak mengena dengan topik yang tuan blog kongsikan. Kalau rasa diri tu betul sangat, link tak berani nak tinggalkan la pulak. But sorry to say. We all knew who you are.

фарина захари said...

rasa geli hati pula..jika hanya lalu dan tak baca, masakan pula tahu isi kandungan entry ni..hehe

wanie,
pasni, buat entry pasal adab. Maybe ade org yang akan berlajar dari entry tu ;)

Anonymous said...

to whom it may concern :

"tak yah berseronok. kalu sakit masuk tido jer.

sambut maulud konon.."

Kalau ko rase macam nak memberi komen2 yang menyakitkan hati je, tak payah baca blog ni.

pembaca2 setia yg lain rase sakit mata dan sakit hati membaca komen2 ko.

u're sick,man. go back to whichever hole u came from.

p/s : we love u wani. keep on posting:)

Anonymous said...

fuh. tinggalkan link. cabaran yg hebat. sy akn fikir2kan.

adab konon. ops silap. tanak guna perkataan 'konon' lg. sorry.

'to whom it may concern'. saya tak berkaitan.

sy mmg sakit sket. cuaca tk menentu skrg ni. asyik hujan je.

yeah wani, keep on posting.

фарина захари said...

sakit? mcm ade attention seeking behaviour la..symptom2 nye nampak jelas dlm comment2 nye yg sgt defensive and arrogant.

xpela...kurg perhatian diberi di dunia nyata kot..terpakse la mencari2 di dunia maya..

opps! nnt mesti ade ayat defensive lagi yg keluar...nnt terbukti la diagnosis nye..hehe...

Anonymous said...

ish. tak habis2 lg. letih la gaduh ngan korang. sy bknnya ada line dlm bilik cam korang.

ok la. sy mengaku. sy bersalah. sy minta maaf. terutama kat empunya blog. minta maaf byk2 cik wanie.

tp sy tanak minta maaf lg ngan sorang tu. apa tu, sy sebahagian dr dia, dia sebahagian dr sy, petala langit la, ego Allah la.

nanti la, lain kali kot sy mintak maaf.

korang ni, kesian kat wanie.

Sarah Mohd Shukor said...

Alahai. Melankoliknya la ayat. Saya pun tak mintak awak punya maaf pun.

*Akhirnya tau pulak kesian kat Wanie. Hahaha.

Shazwani Adnan said...

Salam to all.

Everything goes fine now. This is the best way. Berbaik - baik sesama Islam itu kan sangat2 dituntut.

Saya dah lama pun maafkan semua orang.

Anonymous said...

tak best la jawab kat sini. jumpa lg di sana.