Pages

Showing posts with label artikel. Show all posts
Showing posts with label artikel. Show all posts

Sunday, August 10, 2008

Suaraku Isihatiku

The human voice consists of sound made by a human being using the vocal folds for talking, singing, laughing, crying, screaming, etc. Human voice is specifically that part of human sound production in which the vocal folds (vocal cords) are the primary noise source. Generally speaking, the voice can be subdivided into three parts; the lungs, the vocal folds, and the articulators. The lung (the pump) must produce adequate airflow to vibrate vocal folds (air is the fuel of the voice). The vocal folds (vocal cords) are the vibrators, neuromuscular units that ‘fine tune’ pitch and tone. The articulators (vocal tract consisting of tongue, palate, cheek, lips, etc.) articulate and filter the sound. [Read more]



Assalamualaikum wbt.

Kadang - kadang suara orang pun kita boleh nilai dalam topik perbincangan seharian kita. Adakah anda perasan tentangnya? Ada yang nyaring. Ada yang kuat. Ada yang perlahan. Ada yang lembut. Ada yang keras. Ada yang serak - serak basah. Ada juga yang iramanya ala - ala dangdut. Tapi kalau tidak pernah bersua muka, merdu suara pun sudah boleh membayangkan keayuan wajah si gadis. Dan kalaupun tidak berjanji setia, garau suara boleh menjadi pembayang kepada kebersihan dan kekemasan wajah si jejaka. Tapi bagaimana kalau suara yang tidak pernah didengar, hanya ratusan pesanan ringkas, mel elektronik bahkan surat - surat tulisan tangan yang menjadi penghubung? Bagaimana agaknya reaksi si pendengar suara. Adakah disambut dengan hilai tawa, titisan air mata ataupun langsung tidak kisah akan suara asalkan empunya diri sudah tetap dengan prinsipnya? Dengan suara apa pun boleh terjadi. Dengan suara keadaan duka menjadi bahagia. Dengan suara hati sedih bertukar gembira. Dengan suara suasana sunyi menjadi gamat semuanya. Itulah kehebatan suara.

Tapi jangan salahkan suara jika frekuensinya membingitkan gegendang telinga. Bukan itu pemiliknya pinta. Anugerah Allah disyukuri seadanya. Dengan suara kita mengenali pemiliknya. Dengan suara kita tahu peribadinya. Dengan suara kita kenal isi hatinya. Dengan suara selami lubuk jiwanya. Jadi bukanlah salahnya jika diberi suara yang tidak menepati andaian kita.

Seperti yang sudah lama mengenali aku, pada saat pertama mendengar suara aku, pasti itu yang membuat mereka tergelak. Suara aku bukan sesedap Dato' Siti Nurhaliza jauh sekali suara artis antarabangsa yang sekarang ini sibuk berebut tempat untuk membuat persembahan di Malaysia. Tapi suara inilah yang aku bawa selama aku hidup di muka bumi Allah ini dengan pelbagai tujuan. Ada yang baik, ada yang kurang baik. Kalau dulu di sekolah, jawatan biro Sukan & Rekreasi menjadikan aku orang yang menjerit memanggil pelajar puteri yang liat untuk bersukan supaya turun ke padang. Tapi setiap kali aku mula menteriakkan diri, aku terberhenti dek suara aku yang aku sendiri tak tahan nak dengar. Itu kisah lama. Sekarang jika ada kejohanan sukan, jika aku yang menyokong, suara akulah yang paling bergema di gelanggang. Dengan suara yang tak berapa nak sedap inilah aku memimpin jemaah solat dan terawikh apabila tiba giliran aku membawanya. Dengan suara ini juga aku merintih, menyuarakan pendapat dan kehendak yang kadang - kadang susah untuk direalisasikan.

Aku pernah beberapa kali kehilangan suara akibat batuk teruk. Sampaikan mahu menjawab telefon pun suara aku tak terkeluar. Tapi waktu itu, itulah suara aku yang paling seksi =). Suara aku ini jugalah kadang - kadang buat aku tersasul, termarah, terketawa, terjerit, terlatah dan segala 'ter' yang melibatkan suara termasuk 'termengigau'! =D

Dengan suara ini aku mendapat sahabat. Dengan suara ini aku mendapat ilmu. Dengan suara ini aku meraih kejayaan yang belum sampai penamatnya. Dengan suara ini aku menjawab salam. Dengan suara ini aku mengalunkan kalimah suci Al Quran. Dengan suara ini aku dekat dengan Rabb. Dengan suara ini jugalah aku melafazkan kalimah agung, aku mengaku tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah.


1: 4 hari lepas, demam panas menyebabkan aku mengigau lewat malam. Bila dengar balik kakak aku cerita, rasa kelakar pula!

2: Olympic Beijing 2008 sudah membuka tirai. Aku tengok Majlis Pembukaan. Sungguh cantik dan teratur.

3: Ini suara aku. Ini entri ke 150. Rupanya sudah banyak suara hati aku yang aku luahkan di sini. Banyak juga yang aku repekkan dan banyak juga yang aku kongsikan. Buat sekelian kalinya, harapnya kamu enjoy baca entri kali ini.

Friday, March 21, 2008

Kementerian Penerangan mahu temui penulis blog..

Assalamualaikum wbt.

PRU 12 sudah lama berakhir. Tapi peristiwa ke arah pilihanraya itu, kita semua pasti masih megingatinya, bukan? Tadi baca newspaper Utusan, tertarik dengan artikel ni: Kementerian Penerangan mahu temui penulis blog. Ini sudah past gara - gara berkempen melalui blog. Itu salah satu cara berkempen bukan? Bukan sekadar pegang sepanduk atau tampal poster calon..

KUALA LUMPUR 21 Mac – Kementerian Penerangan akan mengadakan pertemuan dengan penulis blog dalam masa terdekat bagi mendekati dan memahami golongan penggerak media alternatif itu.

Menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, adalah tidak wajar bagi pihaknya untuk mengenepikan penulis blog kerana mereka juga mempunyai peranan tersendiri dalam membina negara.
[read more]

Apa pun, kita masing - masing ada pendapat masing - masing. Ada yang sokong, ada yang bangkang. Tak bolehlah nak suruh orang lain ikut jalan pemikiran kita yang belum tentu betul ni. Seseorang yang rasional akalnya akan memilih apa yang mereka rasa terbaik buat diri mereka.

~ Allah juga sudah tetapkan apa yang terbaik buat hamba - hambaNya yang soleh. ~

Monday, January 7, 2008

Lelaki Malaysia Lebih Penyayang?

Assalamualaikum wbt.


Rasa geli hati pula bila terbaca lawak senyum kambing nih. Betul ke lelaki Malaysia tu lebih penyayang? Hurm.. Sebenarnya lawak nih merujuk kepada satu berita yang mana lelaki Malaysia ramai kahwin dengan wanita Indonesia. Nak lebih tahu, tekan sini.



Apa pendapat anda? Adakah lelaki Malaysia lebih penyayang? Di Moscow ni, aku tak boleh nak komen lebih2 sebab aku ni bukan jenis yang suka komen tentang diorang. Cewahh.. Tapi aku tahu seorang lelaki Malaysia yang sangaaat penyayang (baca perkataan sangat tu panjang2 tau untuk nmenunjukkan beliau sangaaaatlah penyayang! =D). Beliau adalah Adnan Rajikan, merangkap Abah aku yang tersayang. Abah sangat penyayang walaupun dia tak tunjuk. Tapi aku dan adik beradik aku semua tahu yang dia sangat sayang kat kitorang. Ye la, mana la ada ayah yang tak sayang anak kan?



Tapi yang aku pelik, kenapa lelaki Malaysia sekarang nak kahwin dengan wanita Indonesia? Adakah sudah tidak ada wanita Malaysia yang masih single and available? Aku pun tak tahu kaum yang mana lebih mendominasi peratusan mengambil wanita Republik itu sebagai isteri. Tapi dari sudut pandangan aku, merangkap aku ni Melayu, tiada lagikah wanita Melayu yang mampu menarik perhatian lelaki Melayu? Bukankah dulu kita selalu membanggakan wanita Melayu sampai ada lagu khas ditujukan untuk kaum wanita Melayu. Macam mana entah lagu nya.. Siapa bilang gadis Melayu tak menawan, tak menarik hati, tiada memikat.. *kena nyanyi ala2 Mawi.. hehe*



Tapi apa pun, agama lah yang patut kita utamakan jika kita mahu memilih pasangan hidup. Itu lebih penting. Kalau rupa paras sangat cantik/kacak, tapi agama zero, boleh hancur hidup seseorang itu. Boleh jadi terumbang - ambing. Kena ingat tu selalu..



~ Selawat tafrijiyah sangat menusuk jiwa.. Baru belajar beberapa hari yang lepas ~