Pages

Monday, January 7, 2008

Lelaki Malaysia Lebih Penyayang?

Assalamualaikum wbt.


Rasa geli hati pula bila terbaca lawak senyum kambing nih. Betul ke lelaki Malaysia tu lebih penyayang? Hurm.. Sebenarnya lawak nih merujuk kepada satu berita yang mana lelaki Malaysia ramai kahwin dengan wanita Indonesia. Nak lebih tahu, tekan sini.



Apa pendapat anda? Adakah lelaki Malaysia lebih penyayang? Di Moscow ni, aku tak boleh nak komen lebih2 sebab aku ni bukan jenis yang suka komen tentang diorang. Cewahh.. Tapi aku tahu seorang lelaki Malaysia yang sangaaat penyayang (baca perkataan sangat tu panjang2 tau untuk nmenunjukkan beliau sangaaaatlah penyayang! =D). Beliau adalah Adnan Rajikan, merangkap Abah aku yang tersayang. Abah sangat penyayang walaupun dia tak tunjuk. Tapi aku dan adik beradik aku semua tahu yang dia sangat sayang kat kitorang. Ye la, mana la ada ayah yang tak sayang anak kan?



Tapi yang aku pelik, kenapa lelaki Malaysia sekarang nak kahwin dengan wanita Indonesia? Adakah sudah tidak ada wanita Malaysia yang masih single and available? Aku pun tak tahu kaum yang mana lebih mendominasi peratusan mengambil wanita Republik itu sebagai isteri. Tapi dari sudut pandangan aku, merangkap aku ni Melayu, tiada lagikah wanita Melayu yang mampu menarik perhatian lelaki Melayu? Bukankah dulu kita selalu membanggakan wanita Melayu sampai ada lagu khas ditujukan untuk kaum wanita Melayu. Macam mana entah lagu nya.. Siapa bilang gadis Melayu tak menawan, tak menarik hati, tiada memikat.. *kena nyanyi ala2 Mawi.. hehe*



Tapi apa pun, agama lah yang patut kita utamakan jika kita mahu memilih pasangan hidup. Itu lebih penting. Kalau rupa paras sangat cantik/kacak, tapi agama zero, boleh hancur hidup seseorang itu. Boleh jadi terumbang - ambing. Kena ingat tu selalu..



~ Selawat tafrijiyah sangat menusuk jiwa.. Baru belajar beberapa hari yang lepas ~


10 comments:

Anonymous said...

yer yer.. kita sokong.. agama lah yang paling penting bila nak cari pasangan hidup!! kita pun heran gak.. awat ler ramai lelaki melayu kawen org indon.. walaupun kita tak kisah x dpt kawen dgn org melayu..maybe parent kita kesah kot.. hehe.. like u said, parent mestilah sayang anak.. (actually wanie kata abah mana yang tak syg anak... ) in my case, abah kita pun penyayang jugak..penyayang bertempat lah.

Sarah Mohd Shukor said...

betul. agama comes 1st.
tp hello warga negara jiran. kalau diorg sume mengorat lelaki2 tanah malaya n lelaki negera tanah malaya pun terpikat, sapelah yg nakkan wanita2 tanah malaya ni plak? takkan nak exchange suruh wanita tanah malaya memilih lelaki negara jiran?

org kata, kalau x dpt peha, dpt betis sudah la kn. klu tak dapat lelaki tanah malaya, wnaie cari lelaki russia je la. hehe *lariiiii sekuat hati naik metro pegi park pabedy!!*

Anonymous said...

salam semua...
raseyer alasan yg agak nasionalisme ialah mengeratkan hubungan silaturahim antara 2 negara huhu....tp mmg ade member kawen indon 2@3 org gak.tp bg sy mmg ade alasan lain...

FabulouswithAs said...

haha..lawak pulok...blog kak syifa pon komen psl nih...skalik bukak blog ko pon ckp psl ppuan indon nih...haha..

Shazwani Adnan said...

Salam To All.

Kak Baiz: Hurm.. betul la.. mana ada parents yang tak sayang anak kan.. Dan memang AGAMA kena diberi priority! =)

KS: haha.. Jauh betul KS lari ye.. sampai ujung stesen.Wanie rasa.. kalau diberi pilihan, InsyaAllah wanie tak pilih lelaki negara jiran. Haha.. Bukan apa, lelaki negara sendiri lebih paham budaya kita. Tapi kalau dapat lelaki Russia yang paham kita apa salahnya.. lagipun ramai je Russian Muslim kat akademi kita kan? *kelip2 mata ala2 heliza*

Shazwani Adnan said...

f_i_u_a_i_: Kelakar betul kalau alasannya nak mengeratkan hubungan silaturrahim antara 2 negara.. Bukan ke banyak lagi cara lain yang boleh dibuat? Hai.. macam2 la orang kita nih..

Asma': Aku pon baru baca blog kak syifa'. Rasa tergelak pon ada. Ntah macam mana boleh tersama pulok!

madt said said...

org pompuan msia bile raye je mesti gaduh nak balik kampung die je.. tu yang org msia carik minah indon.. sbb minah indon pun xnk duduk kampung dorang sbb msia lagi best~

(saje kasik komen xlogik.. asek pro je nak kontra jugak hehe)

madt said said...

anyway, kalu da jodoh ke mane..

cume ingat satu je..
"lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.." xkesahla die indon ke, msia ke, bangla ke, pakistan ke.. asalkan die baik, soleh, bertanggungjawab lebih baik drpd hensem, kaye tp perangai 'masyaAllah' mcm s*tan.. huhu

p/s: masyaAllah xsesuai digunekan utk bende2 buruk tau.. ni skdr nk tunjuk 'kesalahan tatabahase' kebanyakan kite bile gune masyaAllah xkene tempat.. hehe

mohd.firdaus said...

ahaha.. minah indon cun kot.. tu la pasal.. tapi kita org pempuan ni.. kena la tingkatkan usaha.. :P

Shazwani Adnan said...

Salam.

maTAQ: gaduh balik kg tuh bese la.. kalau takde gaduh2, bosan la kan.. (macam tahu2 je... nih cakap bukan berdasarkan pengalaman ok!). Tapi betul, lelaki baik untuk perempuan baik.. dan betul gak, kalau ada jodoh tu tak ke mana..

Daos:kita? Ke ko tujukan kat aku? konfius2.. Ala.. kalau nak suruh perempuan start dulu, mestila malu.. tak gitu wahai wanita2 sekelian..?