Sudah 40 minit aku bangkit dari tidur. Jam sekarang tepat 12.38 pm. Kepala sakit. Minyak angin cap kapak sudah tidak lut. Apa patut aku buat sekarang? Ni pasti gara2 terkena angin sejuk ketika keluar tadi. Pertama kali keluar ke library tidak begini. Mungkin keluar kali kedua mentopupkan handphone kawan aku yang kini berada di Spain menghabiskan cuti. Mungkin ini salah satu tugas jika menghabiskan cuti di Moscow. Apa - apa je la.
Sebenarnya aku nak mengutarakan rasa pelik aku ni. Salahkah kalau kita ber'aku', ber'kau' dengan orang? Salahkah jika kita tidak guna 'saya' atau 'awak' ketika berbicara? Aku dengan sesiapa pun aku akan ber'aku-kau'. Maaflah kalau ada yang tersinggung. Bukan niat untuk membuat kamu2 terasa hati. Kalau di sini, aku bahasakan diri aku sebagai 'aku' dengan teman rapat eg: Roomates, Pipah & Miza, Muna, Budak Lelaki, etc. Tapi dengan Groupmates ( Girls only ), aku guna 'Wanie' sebab diorang bahasakan diri diorang dengan nama. Aku pun segan kalau nak guna 'aku'.
Pernah sekali dulu, aku cuba untuk berkenalan dengan seorang kawan aku ni. Sekarang dia ni sudahpun aku gelarkan sebagai sahabat yang aku letak namanya kat sini sebagai A (maksudnya dah baik la..). Dulu, masa tahun pertama, aku mulakan sesi perkenalan aku dengan ayat macam ni: Hai, nama ko sapa ek? Aku Wanie. A pun cakap la nama dia. Esoknya, roomate dia cakap kat aku, " Wanie, A terkejut ko cakap 'Aku - Ko' dengan dia". Aku balas, " Laa.. ye ke.. Aku ingat ok je pakai aku - ko." Hurm.. Macam tu la kisahnya.
Kadang - kadang aku rasa aku memang tak sesuai guna saya-awak. Tak tahu kenapa. Mungkin sudah menjadi kebiasaan ber'aku-kau' di rumah. Aku hanya guna saya-awak apabila berhadapan dengan pihak penaja, cikgu kat sekolah, atau kawan yang baru kenal (baca: kurang biasa lagi). Kadang - kadang aku guna saya-awak untuk menunjukkan rasa hormat. Tapi bagi aku, 'aku' adalah bahasa pengganti diri yang paling sesuai untuk aku sekarang.
PS I: Hari Sabtu nanti Hari Asyura'. Sama-samalah kita berpuasa sunat. Kalau di rumah, pasti ada yang sudi menyediakan bubur Asyura. Paling tidak pun, ada yang menghantar ke rumah.
PS II: Abah dengan Emak insyaAllah akan sampai ke Malaysia pada 20 Januari 2008. Tapi Abah belum menghubungi Akak Idah untuk beri flight details. Apa pun, semoga Abah dengan Emak selamat sampai ke Tanah Air dalam keadaan selamat dan sihat walafiat. Amiin.
~ Pertuturan memang menggambarkan peribadi. Tapi, ketulusan hati lebih bersinar di wajah, dan orang sekeliling sudahpun tahu bagaimana peribadinya. ~
5 comments:
ahaks!
ryn pon biase aku-kau.
tp dgn classmate ngan urg yg rapat2 jek lew.
lau x,ryn akan pakai name.
cam ngan wanie neh. hiks!
assalamualaikum
yup...saya pun pelik gak, kerana panggilan utk ganti nama yang mengkin bg kita biasa-biasa aje,tp bagi orang lain,xbiasa boleh menyebabkan berlakunya jurang antara seseorang dengan seseorang yang lain...kat dlm dunia virtual pun pelik gak, masih ada juga bagi saya cukup pelik...tah lah...
bg diri saya wanie, ALLAH tahu kita siapa dan manusia yg mnilai belum tentu betul...sory komen plak, slalunya silent reader(sbb baru2 ni brlaku prkara yg pelik berkaitan penggunaan ko..)
manusia susah utk diramal
jaga iman dan jaga diri...
wassalam
Salam to all.
Ryn: Tapi biasanya guna nama lebih mesra.. tak gitu?
Anon: Sy pon terfikir juga. ramaln manusia bukan semuanya benar belaka.. hehe..
salam..
ala ko bahasekanla diri ko gune aku ko dalam bahase rusia.. hiq3
anyway, walaupun aku duduk jorden, sikit pun aku xgune ana enta.. rase 3alimla plak hehehe..
Salam.
maTAQ: Kat sini saya=ya, awak=ti. Takkan aku nak guna ya-ti? rase pelik lak. hehe.. sebenarnya semua penggunaan pon maksudnya sama je kan.. =)
Post a Comment