PS: cerita ini agak panjang. Maaflah kalau bosan.
Dalam waktu cuti ni, semua sedia maklum, hanya aku dan KS saja yang tinggal di bilik ni. Bertemankan internet yang satu ni, membuatkan kurang sikit rasa bosan tu. Dan dalam masa seminggu cuti ni, banyak aku belajar. Belajar banyak benda. Tentang kehidupan. Kalau di blog KS ada menceritakan fitrah lelaki, aku juga memikirkan benda yang lebih kurang sama. Bukan apa. Konon - konon lagak sudah dewasa. Hehe.. Aku bukan fikir pasal diri sendiri. Hanya melihat dan melayan rakan - rakan yang kadang - kala bertanyakan permasalahan mereka yang berkaitan dengan kaum Adam ini.
Aku rasa nak kongsi sesuatu di sini. Aku ada ramai kakak. 6 orang. 4 daripadanya sudah berumah tangga. Kak Idah, Kak Mija, Elin dan Watie. Dan alhamdulillah semua bahagia sampai sekarang. Aku pernah bertanya pada Emak bagaimana mereka berjumpa. Bahkan aku pernah juga bertanya bagaimana Emak dengan Abah boleh berkenalan dahulu. Mula - mula aku nak bercerita bagaimana detik perkenalan Emak dengan Abah.
Emak & Abah

Emak anak bongsu. Dalam keluarga yang tidak berapa kaya, Emak dan keluarga hidup bahagia. Ayah Emak (arwah Atuk) adalah seorang Imam masjid (rumah keluarga Emak dulu letaknya bersebelahan dengan masjid.). Belakang rumah Emak ada rumah. Rumah Pakcik W (aku pun lupa nama pakcik ni. Emak pernah cakap tapi dah tak ingat). Masa Emak kenal dengan Abah, tahun tu tv berwarna baru sangat diperkenalkan. Emak kata Abah jejaka 'hot' kampung. hehe.. Lagipun Abah suka meronda-ronda keliling kampung. Macam budak zaman sekarang jugalah.
Anak - anak pun dah besar. Sekarang Emak dengan Abah dah tak payah risau dah. Aku pernah tanya Emak. *asyik tanya Emak je? Dah senang tanya Emak, Emak pun senang nak cerita, why not?* Macam mana Emak dengan Abah nak membentuk kami adik - beradik? Emak dengan Abah ada cara tersendiri. Memastikan semua anak-anaknya masuk asrama. Macam aku sendiri. Dari tingkatan 1 dah hidup di asrama. Dan baru aku perasan, memang semua adik-beradik aku (yang seramai 10 orang tu) pernah menimba pengalaman hidup di asrama. Paling kurang 2 tahun. Dan satu lagi prinsip Abah. Memastikan anak-anaknya menggenggam ijazah pertama sebelum mendirikan rumah tangga.
Balik Malaysia tahun lepas lah, aku figured out banyak benda. Tentang kehidupan Emak dan Abah. Emak kata, "Emak cerita pada Wanie sebab Wanie dah besar. Wanie dah boleh fikir". Betul. Dari cerita Emak, aku sedar, bukan mudah mahu hidup dengan orang lain. Kalau cerita pasal rumah tangga pula, bukan mudah mahu hidup dengan keluarga mertua. Kena pertimbangkan banyak sangat benda. Itu yang aku dapat dari cerita Emak.
Akak Idah kenal Abang Rizal di USM. Abang Rizal orang Merlimau, Melaka. Bagaimana mereka berkenalan? Kata Akak, hostel mereka bersebelahan. Akak bercerita ketika aku menjaga anak-anaknya di Penang selepas tamat SPM dulu. Perkenalan mereka berlanjutan sehingga Akak menyambung pengajian di Bristol, UK dalam bidang perubatan. Seminggu sebelum Akak terbang, Akak terlibat dalam satu kemalangan yang menyebabkan ada kesan luka di wajahnya. Sekarang kesan itu sudah tidak berapa jelas. Masa tu, Emak tanya pada Abang Rizal, betul ke A.Rizal nak pada Akak. Abang kata nak. Tu yang aku tabik sebab mereka bercinta bukan kerana rupa. Lagi satu aku tabik, Abang Rizal sanggup tunggu Akak habis belajar. Yang aku ingat, Akak balik je terus kahwin, dan dihantar ke Hospital Alor Setar untuk housemanship. Mereka sudah pun mempunyai 5 orang cahaya mata.
Mungkin mereka berkenalan ketika Kak Mija menyambung pengajian di Vanderbilt University,USA dan Abang Azrin di Syracuse University, USA. Aku tak berapa pasti bagaimana mereka berkenalan. Tapi yang pastinya, setahun selepas Kak Idah berkahwin, giliran mereka pula sampai. Dan itupun selepas dua - dua tamat pengajian dalam bidang masing - masing. Keluarga Abang Azrin rasanya tinggal di Batu Pahat, Johor. Kini mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata yang comel. Semuanya puteri. Dan apa yang aku tabik pada mereka, mereka saling sokong-menyokong antara satu sama lain. Kenapa? Kak Mija menyambung pengajian PhDnya di Melbourne dan Abang Azrin sanggup menemaninya di sana. Haritu ber'ym' dengan anak sulungnya Anis, katanya Ayahnya sekarang surirumah. Tersenyum aku. Apa pun, mereka bahagia sekarang.
Aku tidak berapa pasti bilakah mereka berkenalan. Tapi apa yang aku pasti, mereka sama-sama menyambung pengajian mereka di UIA dalam bidang masing-masing. Elin ambil Perakaunan dan Abang Nazri dalam bidang Perundangan. Mereka bekeja dulu sebelum berkahwin. Ketika kenduri kahwin mereka, aku sudahpun berada di Moscow. Abang Nazri kelahiran Sekinchan kalau aku tak silap. Itu yang buat mereka senang pulang ke rumah Klang (rumah keluarga aku) kerana rumah mereka pun terletak di Shah Alam. Sekarang pun, mereka banyak uruskan hal kami adik - beradik sepanjang Emak dan Abah berada di Tanah Suci. Kiranya ambil tugas Emak dan Abah la.
Menurut Watie, dia kenal Abang Bahar sewaktu dia ditugaskan mengajar di Sibu, Sarawak. Itupun ketika mereka diminta menghadiri satu kursus motivasi. Abang Bahar mengajar di sebuah sekolah menengah di Kuching. Sebetulnya, dua-dua pun tidak mahu pergi ke kursus itu. Tapi Watie diminta oleh pengetua sekolahnya untuk menghadiri kursus itu dan Abang Bahar hanya menggantikan tempat kawannya yang tidak dapat hadir. Sewaktu kursus itulah mereka berkenalan. Bagaimana aku tahu cerita ini? Tanye terus pada Watie. Hehehe.. Mereka membuat keputusan untuk berkahwin selepas setahun berkenalan. Abang Bahar orang Betong, Sarawak. Merasa juga aku ada abang ipar orang Sarawak. =) Kini, mereka telahpun mempunyai seorang putera. Rasanya mereka dalam proses untuk pindah ke Semenanjung. Ye la, seorang di Sibu, seorang di Kuching. Hanya hujung minggu saja masa untuk berjumpa. Kalau diberi pilihan, pastilah ingin berada di tempat yang sama, betul tak?
Ini adalah gambar tahun 2005. Masa ni, Elin dengan Watie belum kahwin lagi. Jadi gambar pasangan yang sudah berkahwin sajalah.. =)Itulah kisah keluarga aku. Bagaimana mereka berkenalan, dan boleh bahagia sampai sekarang. Kadang - kadang aku fikir, masih adakah insan yang boleh buat orang lain bahagia sampai ke akhir hayat?
Aku pernah mendengar ceramah Dr Masyitah Ibrahim dulu. Katanya, kalau mahu pasangan yang baik-baik, jadilah baik. Dan doalah dari sekarang untuk mandapat pasangan yang baik itu. So, doalah ye..
Updated: Dah letak gambar. Enjoy the pictures ok?
PS I: Aku nak letak gambar, tapi sekarang ni aku online di komputer orang. So, lain kali aku letak ok?
PS II:Aku suka berkongsi cerita pasal keluarga aku. Dengan cara macam ni, aku mengubat rasa rindu pada mereka. Orang kata kenanganlah yang kita bawa ke mana-mana.
~ Kita tahu apa yang kita mahu ~




7 comments:
waa~
ade lep setori.
teruja!
kang wanie punye cter,camnelah nnt yew. hahak!
suka baca hasil tulisan wanie bila menyentuh ttg org2 yg dekat dgn wanie.. i can feel the feel.. hehe.
rasa mcm nk kem salam kat parents wanie lah.. boleh?? ^_^
dorg nmpk cam best..
n lg satu, jelesnyer kat wanie dh ada byk anak sedara.. kalau kita..aiii lambat lg lah jwbnya.
>>> iA, ada seseorang untuk kita yang akak mampu membahagiakan kita.. but ultimately, rahmat bahagia tuh Allah yang bagi.. asalkan kita berusaha mencari dan menjaganya..
>>>> akan# bukan akak.. silap tekan huruf.
amboi2...hahha nih sempena nk berumo 21tahun ke...kui3....tula psl bile la aku nk merase ade anak sedare ek wani..hak2..psl kkk sulong ko tuh ko da pnh cte kt aku dlu...anyway cmne la lup story ko plak ek...haks3..otak bengong tgh2 exm nih..g blog ko cite psl lup2 plak...adoiiii...arghhh mls giler nk stdy ....nk cutiii
Salam to All.
Ryn: lama lagi la kot wanie nye.. huhu~~
Kak Baiz: No problem. iA nanti wanie sampaikan salam tu. Wanie mmg suka cerita pasal org yang terdekat dengan wanie.tak tao rasa apa.. hehe
Asma': bukan sempena 21 tahun la. tetiba rasa nak cerita. saja nak share cerita.
salam wanie.
dalam banyak2 tu, ks suka cerita kak idah dgn suami dia. terasa mcm belajar something dr kisah tu. hehe. apalah agaknya kisahnya wanie, mia, mimin n nana ye? yg lebih mengujakan, mistilah nak tau kisah wanie. tp ks yakin sgt2. wanie akan pilih org yg boleh terima wanie dgn cara wanie dan keluarga wanie seadanya. kalau ada apa2 aja yg dtg pd masa ni dan wanie rasa terganggu, jgn hiraukan. ks bukan nak kata tak payah. but u know it better rite. things like this are always unpredictable. the perfect time will come. oneday, eventho u hv just known that person for a few days, but u know that he's gonna be that someone of ur life. Allah knows best :)
Salam
KS: Wanie lg belajar dr kisah Emak dgn Abah. Ade benda lain yg Wanie tak ceritakn dan biarlah Wanie simpan sendiri. Kalau nak tunggu kisah diri sendiri, alamat berjanggut la.. hehe..
Post a Comment